N50 Dun Sri Muda |
- Gutter Politics atau Polisi & Dasar
- Pakatan Rakyat Mewujudkan MPKR Untuk Memantau Soal Pertahanan & Keselamatam Negara
- Soal Kerajaan Sementara selepas bubar
- Pekerja Awam Kerajaan Akan Mendapat Ganjaran Jika Bersama Menentang Rasuah
Gutter Politics atau Polisi & Dasar Posted: 31 Mar 2013 10:44 PM PDT Gutter Politics atau Polisi & Dasar "Gutter Politics" atau Politik jijik yang dibawa UMNO BN semakin menular seolah-olah ia mainan kebiasaan dan terus memberi impak buruk kepada lanskap politik negara, tidak bagi pihak Pakatan Rakyat dimana dasar dan polisi merupakan senjata asas. Cara Politik jijik yang dimainkan UMNO-BN ini tidak selaras dengan budaya seorang Melayu beragama Islam.Mengaibkan seseorang dengan fitnah itu tidak mencerminkan budaya sebenar majoriti rakyat di negara ini.Melayu ini punya adat sopan-santun , tertib dan hormat-menghormati. Melihat "trending gutter politics" ini berlaku sejak tahun REFORMASI 98 , UMNO-BN menjangka serangan politik jijik ini akan berjaya, namun sudah bersiri-siri menyerang hingga ke tahun 2013 pun malang buat UMNO-BN sokongan rakyat semakin meningkat pada Pakatan Rakyat.Benar bahawa sesuatu kebenaran itu harus dibayar dengan masa. Implikasi kepada rakyat amat buruk , bayangkan foto dan video jijik ini menjadi tayangan media arus perdana. Sehinggakan kanak-kanak atau rakyat bawah umur punya akses untuk melihat. Cara apa ini ? mana dia undang-undang televisyen ? kita bukan "Americano" . Apakah UMNO mencerminkan cara Melayu? . Dek ingin pertahankan kuasa , UMNO BN menghalalkan cara. Puih! Pakatan Rakyat sudah berkali-kali mencanangkan politik baru dimana kita bicara soal rakyat dengan melahirkan polisi dan dasar yang dapat mengurangkan beban hidup rakyat. Jika seteru Pakatan Rakyat juga mengamalkan politik seperti ini maka rakyat akan mendapat manafaat. Malaysia ini Negara Demokrasi dan punya "2 ways politics" samada UMNO-BN atau PAKATAN RAKYAT. Kita biasa dengar "negara demokratik ini rakyatlah yang berkuasa" dan "suara rakyat , suara keramat" . Namun apakah yang merencatkan ungkapan ini agar ia menjadi nyata ? Negara ini akan menjadi lebih sejahtera jika kedua-dua parti masuk ke gelanggang dasar dan polisi. Bersaing melahirkan polisi yang mampan , persaingan sihat ini mendidik rakyat untuk undi mengikut pertimbangan dasar dan polisi yang sesuai untuk dirinya bukan lagi undi mengikut sentimen peribadi mahupun kaum. Maka ia tidak timbul pergaduhan di akar umbi yang tidak membawa apa-apa erti. Justeru UMNO-BN harus sahut cabaran Pakatan Rakyat agar sama-sama bersaing secara sihat dengan memberi tawaran yang relevan kepada permaslahan rakyat masa kini. Hindari fitnah murahan dan politik jijik , raikan tawaran atau dasar dan polisi yang membantu hingga ke akar umbi. -MJ |
Pakatan Rakyat Mewujudkan MPKR Untuk Memantau Soal Pertahanan & Keselamatam Negara Posted: 31 Mar 2013 10:40 PM PDT PETALING JAYA- Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) bagi memantau isu yang melibatkan pertahanan dan keselamatan negara. Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan bekas Panglima Tenter Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dilantik sebagai Pengerusi MPKR. Menurut Hashim, selain berfungsi sebagai penasihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkaitan aspek pertahanan dan keselamatan, majlis tersebut juga berperanan membangkitkan kesedaran awam tentang isu keselamatan negara. Ahli Jawatankuasa majlis itu juga akan menilai kewajaran pembelian sesuatu aset pertahanan dari segi spefikasi dan samada berpadanan dengan harga yang dibayar kerajaan. "Majlis ini akan menasihati pemimpin PR berkaitan semua aspek ruang lingkup isu-isu pertahanan dan keselamatan negara termasuk kaedah penilaian ancaman, proses penyediaan dasar, startegi pertahanan dan 'force capability' serta 'capacity building'. "Penubuhan MPKR ini adalah berasaskan rujukan kepada situasi keselamatan semasa di Malaysia, dasar-dasar serta peraturan kerajaan sedia ada dan pengalaman serta pengetahuan yang luas bekas penjawat awam dan tentera negara ini," kata Md Hashim. Menurut Md Hashim, MPKR turut bertindak mengisi peranan yang ditinggalkan Majlis Keselamatan Negara (MPK) yang ada hari ini. "MKN pada masa ini fokus utamanya menjaga 'keselamatan' BN, tidak kepada isu keselamatan yang sepatutnya diutamakan," kata beliau. Selain Anwar dan Md Hashim, turut serta dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Tony Pua. -harakahdaily |
Soal Kerajaan Sementara selepas bubar Posted: 31 Mar 2013 10:35 PM PDT Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 di Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya apabila Parlimen masih lagi belum di bubarkan. Rakyat masih terus menanti walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik apabila tamat tempohnya pada 28 Mac lalu. Pastinya tarikh 28 Mac 2013 mencatatkan sejarah penting dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, kerana buat pertama kalinya sebuah DUN di dalam Malaysia terbubar secara automatik apabila genap tempohnya lima tahun. Ini bertitik tolak daripada tarikh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan telah mengangkat sumpah dan bersidang pada 28 Mac 2008 berdasarkan peruntukan Perkara 58, Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan. Walaupun DUN Negeri Sembilan telah dibubarkan secara rasmi namun Datuk Seri Utama Mohammad Hasan telah mengumumkan pentadbiran kerajaan tetap berfungsi sepertimana biasa memandangkan mereka kini berfungsi sebagai 'caretaker government' manakala badan kehakiman dan badan eksekutif tidak terlibat dengan apa-apa pembubaran. Ramai orang membuat spekulasi bagaimanakah pengiraan tarikh genap lima tahun di buat. Berdasarkan peruntukan Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Parlimen haruslah berjalan dari tarikh mesyuaratnya yang pertama. Oleh itu, berdasarkan maksud peruntukan di atas ini bermakna Parlimen Malaysia hanya mempunyai tempoh tamat sah laku sehingga 28 April 2013. Ini kerana kesemua ahli Parlimen telah mengangkat sumpah dan mula bersidang pada 28 April 2008. Ada yang bertanya, bolehkah kiraan tarikh mengangkat sumpah dikira sebagai tarikh mula mesyuarat bersidang kerana di dalam peruntukan Perlembagaan hanya menyebut tarikh mula bersidang dan bukannya tarikh mula mengangkat sumpah. Jawapannya adalah, secara konvensyen apabila seseorang ahli Parlimen mengangkat sumpah maka selepas itu akan diteruskan dengan persidangan mesyuarat. Interpretasi secara liberal Penulis sering kali mengingatkan pembaca bahawa di dalam kes Loh koi Choon, Hakim Raja Azlan Shah mengingatkan bahawa Perlembagaan harus diinterprestasikan secara liberal dan luas dan bukannya dengan cara yang sempit. Ini bermaksud apabila perkataan yang digunakan didalam Perlembagaan di rujuk maka ia harus diinterpretasikan secara luas seperti mengangkat sumpah dan bersidang di atas. Sangat signifikan juga Perlembagaan Persekutuan ini dirujuk serta diselang-selikan dengan Perlembagaan Negeri memandangkan Perlembagaan Negeri merupakan cedokan daripada Perlembagaan Persekutuan bagi penulis menerangkan isu ini di sini. Dengan berlakunya pembubaran ini maka apa yang pasti ADUN Negeri Sembilan yang telah berkhidmat genap 60 bulan ini mereka layak mendapat ganjaran dan saraan sepertimana serupa di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980. Walau pun, DUN Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik dan akan disusuli negeri-negeri lain dan Parlimen, apa yang lebih penting ketika ini adalah kewujudan 'caretaker government' atau kerajaan sementara. Ini kerana idea penubuhan kerajaan sementara telah pun menjadi salah satu isi penting kepada Jawatankuasa Pilihan Reformasi Pilihanraya yang telah ditubuhkan pada 2011 bagi menambah baik perjalanan pilihanraya di Malaysia. Kerajaan sementara bolehlah didefinisikan sebagai individu atau kumpulan manusia yang dilantik bagi mentadbir kerajaan bagi satu tempoh masa tertentu (kebiasaannya singkat) sehingga sebuah kerajaan baru yang diabsahkan (legitimate) terbentuk. Definisi ini berdasarkan kertas kajian 'Caretaker Government during Election: A Comparative Study of Pakistan, Bangladesh and India, Pakistan, 2006 Institute of Legislative Development and Transparency.' Ada banyak sebab kerajaan sementara boleh dibentuk namun kebiasaannya adalah i) negara mengalami zaman darurat; ii) kerajaan sedia ada menghadapi undi tidak percaya dan kalah di dalam Parlimen dan iii) Parlimen dibubarkan secara normal dan akan menghadapi pilihanraya. Zaman darurat Contohnya ketika tahun 1969 negara menghadapi zaman darurat, satu jawatankuasa MAGERAN di bentuk yang bertindak mengambil alih kuasa kerajaan sebelum Parlimen dibenarkan berfungsi kembali pada tahun 1971. Pada tahun 1996 Presiden Farooq Leghari telah membubarkan Dewan Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen) Pakistan dan membatalkan kerajaan Perdana Menteri ketika itu, Benazir Bhutto. Malik Meraj Khalid Rektor Universiti Islam Antarabangsa telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan sementara. Oleh itu, kita harus faham pemerintah yakni Presiden atau Raja berhak melantik sesiapa sahaja yang tidak berkepentingan tetapi berkebolehan bagi memimpin kerajaan sementara. Ini juga yang terjadi pada tahun 1959 apabila YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah meletakkan jawatannya dan jawatan beliau ditanggung Tun Abdul Razak sebagai Pemangku Perdana Menteri selama dua bulan bagi memastikan beliau dapat berkempen dengan efektif dan efisyen bagi Parti Perikatan. Tetapi ideaini tidak disambut selepas Perdana Menteri itu dan akhirnya ia tidak menjadi good governance bagi parti pemerintah selepas zaman Tunku. Menyorot susur galur idea kerajaan sementara ini popular selepas Perang Dunia kedua apabila Perdana Menteri Churchill daripada Parti Konservatif ketika itu telah mendapat maklumat awal berhubung akan adanya perletakan jawatan di kalangan Menterinya yang datang daripada Parti Buruh. Justeru, Churchill telah meletakkan jawatannya sebelum tindakan diambil oleh Menteri Parti Buruhnya tanpa berunding dengan mereka terlebih dahulu. Oleh itu, Raja telah mengarahkan sebuah kerajaan sementara yang diketuai oleh Churchill bagi memastikan urusan harian kerajaan berjalan seperti biasa. Menurut Prof Sir Ivor Jenning di dalam bukunya 'Cabinet Government', ia bukanlah tradisi British melantik caretaker government sewaktu pilihanraya berlangsung. Namun menjelang pilihanraya umum Britain pada tahun 1945 ketika itu, mereka perlu memilih di antara dua, sebuah kerajaan Parti Konservatif atau sebuah kerajaan Parti Buruh yang kuat. Pada waktu yang sama urusan Raja (kerajaan) perlu berjalan seperti biasa menyebabkan idea kerajaan sementara menjadi popular ketika itu. Pentadbiran sehari-hari Justeru, idea terhadap cadangan penubuhan kerajaan sementara ini penting bagi memastikan kerajaan sementara ini menjalankan urusan pentadbiran sehari-hari tanpa menyalahguna kuasanya untuk parti-parti tertentu. Menurut Jagdish Chandra Johari dalam bukunya 'The Constitution of India, The Politico Legal Study' menyatakan ketika kerajaan sementara berfungsi mereka tidak boleh a) memulakan atau mewar-warkan dasar kerajaan yang baru b)berjanji atau memulakan program baru c) menyediakan elaun, kenaikan gaji dan emolumen dan d) tidak boleh membuat majlis-majlis yang boleh dihadiri Menteri. Manakala bagi 'Caretaker Conventions Australia 2010′ menetapkan pula kerajaan sementara ini perlu mengelakkan daripada membuat sebarang keputusan dasar yang besar yang akan mengikat kerajaan akan datang; membuat sebarang perlantikan utama dan memasuki mana-mana kontrak atau perjanjian. Walaupun asasnya, perlantikan kerajaan sementara ini kebiasaannya terdiri daripada kerajaan yang terdahulu. Namun bagi memastikan konsep semak dan imbang maka wakil pembangkang boleh juga dijemput menyertai kerajaan sementara. Selain itu, terdapat juga kaedah di mana wakil perkhidmatan awam yang berfungsi memainkan peranan ini. Mahu tidak mahu kita harus juga menerima bahawa perlantikan kerajaan sementara ini merupakan undang-undang tidak bertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan atau secara tidak langsung memberikan kuasa budibicara Yang DiPertuan Agong untuk melantik kerajaan sementara atau peralihan. Ia tidak menjadi titik pertikaian kerana Yang DiPertuan Agong juga boleh melantik wakil pembangkang sebagai sebahagian daripada peruntukan yang boleh di baca di dalam Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan. Isu kewujudan kerajaan sementara sangat kritikal pada PRU ke 13 yang bakal diadakan memandangkan pilihanraya merupakan hak setiap warganegara untuk menentukan calon yang terbaik bagi mewakili suara mereka di dalam Parlimen. Menurut Dr. Mohd Faisal Syam di dalam 'Proposal for a Caretaker Government during the Election Period for submission to the Malaysian Parliamentary Select Committee for Electoral Reform' pada tahun 2011, beliau menyatakan pilihanraya juga menjadi peluang bagi warganegara untuk memberi atau menghukum calon-calon yang sedia ada atas asas integriti dan pencapaian mereka. Eksploitasi parti pemerintah Kebimbangan beliau ini ada asasnya apabila berlakunya eksploitasi terhadap sumber dan jentera kerajaan oleh parti pemerintah ketika dalam tempoh masa pilihanraya telah menyebabkan ketidakadilan terhadap proses pilihanraya sepanjang pengalaman pilihanraya di Malaysia. Akhirnya walaupun pelbagai pihak telah mencadangkan kita melihat konvensyen kerajaan sementara/peralihan di beberapa buah negara seperti di UK, Australia dan sebagainya. Kita harus fahami konvensyen ini tidak mempunyai kuasa mengikat maksudnya jika masih lagi berlaku pelanggaran terhadap tatacara kelakuan yang dilakukan kerajaan sementara seperti menjanjikan lebuhraya, binaan sekolah dan wang ringgit ketika mana pemimpinnya memerintah maka ia tetap tiada gunanya. Namun, penulis juga memandang positif usaha Perdana Menteri meminta Peguam Negara menderaf tatacara bagi Kerajaan Sementara pada masa yang sama sangsi dengan usaha yang tergesa-gesa ini. Penulis teringat kata-kata almarhum guru penulis, Dr Che Norlia Mustafa. Beliau menyatakan undang-undang yang dibuat seharusnya melihat keadaan mikro dan makro sesebuah negara itu. Implikasi sosial Malahan pada masa yang sama juga, signifikan undang-undang itu serta implikasinya terhadap sosial masyarakat harus diambil kira. Jika berterusan mengambil cedokan undang-undang tanpa melihat keadaan persekitaran Malaysia, penulis bimbang kita akan menjadi seperti Akta Perhimpunan Aman. Pada peringkat awalnya terdapat banyak percanggahan dalam Akta ini akibat kerakusan pihak tertentu yang mencedok tanpa berunding dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, parti-parti politik, NGO, SUHAKAM, universiti dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, di titik akhirnya adalah semangat keterbukaan jugalah yang lebih penting. Jika kita menyorot sejarah kerajaan sementara ini kembali, ada sesuatu yang kita tertinggal dalam meneliti sejarah Perdana Menteri Churchill apabila mempopularkan idea kerajaan sementara. Beliau telah menghadiri 'PostDam Conference' bersama Menteri Luarnya Anthony Eden pada 17 Julai 1945 yang dihadiri juga Presiden Truman, Amerika Syarikat dan Stalin, Perdana Menteri USSR ketika itu. Perdana Menteri Churchill telah membawa juga Clement Attlee yang juga Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri Bayangan dengan Ernest Bevin (Menteri Luar Bayangan) walaupun mereka dari parti politik yang berbeda. Peristiwa ini telah menjadi ingatan penting berhubung apa yang dimaksudkan dengan semangat kerajaan sementara dan menonjolkan lagi Churchill sebagai seorang negarawan yang ulung di Britain ketika itu. Justeru, adakah keberanian yang sama ada pada Perdana Menteri kita atas maksud membawa semangat 'caretaker government'. Sama-sama kita nantikan. *Penulis ialah pelajar Doktor Falsafah bidang undang-undang Perlembagaan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. fmt |
Pekerja Awam Kerajaan Akan Mendapat Ganjaran Jika Bersama Menentang Rasuah Posted: 31 Mar 2013 10:20 PM PDT PETALING JAYA, 1 April — PKR hari ini mencadangkan bonus "anti-rasuah" tahunan kepada pekerja kerajaan jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat selepas Pilihan Raya 2013, dalam langkah untuk memenangi hati 1.5 juta penjawat awam. Ketua Biro Perdagangan dan Industri PKR Wong Chen menerangkan langkah tersebut akan membantu usaha mengurangkan rasuah negara selain untuk memberikan motivasi kepada penjawat awam bagi melawan rasuah. "Ia akan menjadi tanggungjawab bersama bagi semua.. Jadi pekerja kerajaan akan menumpukan untuk melawan rasuah dan pembaziran terhadap RM34 bilion bajet bukan emolumen, termasuk perkhidmatan dan bekalan. "Sebagai insentif, apa sahaja simpanan yang kami perolehi dari usaha ini akan dikembalikan sebagai dividen kepada penjawat awam, yang akan dibayar melalui bonus tambahan secara tahunan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini. themalaysianinsider |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan