Isnin, 1 April 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kg Penajis dalam daerah Rembau perlu ditukar nama ke Penajuh

Posted: 31 Mar 2013 11:51 PM PDT


KENYATAAN AKHBAR PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU)

Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Tempat ini adalah tempat yang penuh bersejarah dimana tempat ini ialah tempat pertabalan empat orang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bermula dari Yamtuan Besar yang pertama iaitu Raja Melewar pada tahun 1721 H, Raja Hitam 1 pada tahun 1795 H, Raja Lenggang Laut pada tahun 1808 H dan Raja Labu atau Yamtuan Sati pada tahun 1826 H.

Menurut catatan Tun Seri Lanang ( tahun 1612), tempet ini disebut sebagai Penajuh. Resende pada sekitar tahun 1638 menamakannya sebagai Panagim. Bort, Gabenor Belanda di Melaka, dalam laporannya (tahun 1678) telah menggunakan tiga variasi ejaan kepada nama sungai ini, iaitu Panagie, Pannage dan Pannagie. Sungai Penajuh atau Panagim itu adalah nama sungai yang mengalir dari pedalaman Rembau.

Kuala Penajuh atau Kuala Linggi adalah merupakan pintu masuk peneroka Sumatera ke Rembau dan Naning sejak abad ke 12 sehingga abad ke 17. Pada sekitar tahun 1830an, nama Penajuh atau Panagim telah kepada Linggi oleh Kerajaan Inggeris.

Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota menyarankan agar nama tempat ini ditukar ke Penajuh atau Penajeh agar ianya bersesuaian dengan sejarah tempat ini sendiri.

HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras PAS DUN Kota
Tel 013-2124086

Khidmat Nasihat Percuma Lepasan SPM 3 Apr 2013 di Rembau

Posted: 31 Mar 2013 06:21 PM PDT




KHIDMAT NASIHAT PERCUMA LEPASAN SPM KE IPTA
Tarikh : 3 April 2013, Rabu
Masa : 9.30 malam
Tempat : Teratak Amal Haji Malakan, Kg Bongek, Rembau

Anjuran : PAS DUN Kota

Dapatkan panduan untuk permohonan kemasukan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA http://upu.mohe.gov.mydan Institut Pendidikan MARA (IPMa) http://apponline.mara.gov.my/upimonline

Pelajar khususnya lepasan SPM 2012 jangan lepaskan peluang mengisi permohonan ke IPTA dan IPMa secara percuma secara atas talian.

Tarikh tutup untuk permohonan ke IPMa ialah 7 April 2013 dan untuk ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA pada 15 April 2013.

Kepada ibu bapa pelajar pastikan anak-anak kita telah mengisi borang ini secara atas talian berserta dengan pengesahan permohonan.

Panduan akan diberikan oleh tenaga professional yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun bertugas di syarikat multinasional Jepun dan Eropah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 , Pengarah MTD PAS DUN Kota

Layari laman web PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang