Isnin, 1 April 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kesalahan ibu bapa didik anak

Posted: 01 Apr 2013 02:17 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


tahfiz

Setiap ibu bapa mahukan zuriat yang dapat berbakti kepada mereka pada hari tua kelak
SOALAN:
Setiap ibu bapa mahukan zuriat yang dapat berbakti kepada mereka pada hari tua kelak. Namun, semakin banyak didikan yang diberi semakin mereka jauh daripada gelaran 'anak soleh'. Bagaimanakah perkara tersebut boleh terjadi? Di manakah silapnya?

Jawapan:
Anak adalah kurniaan ALLAH SWT yang tiada nilai tandingnya. Betapa beruntung pula ibu bapa yang dikurniakan zuriat sebagai penyambung dan kekuatan sesebuah rumah tangga.

Anak yang cemerlang tidak hanya terjadi begitu saja. Ini bergantung sejauh mana kesedaran dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak. Terdapat kisah dalam al-Quran mengenai Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub dan Nabi Zakaria yang tidak putus berdoa agar dikurniakan anak yang taat kepada ALLAH SWT.

Demikianlah ibu bapa juga perlu berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah dan memohon agar tidak diuji dengan anak derhaka seperti yang dialami Nabi Nuh AS. Hakikatnya, anak juga menjadi ujian kepada setiap ibu bapa. Dan merekalah yang berkewajipan untuk mendidik anak agar tidak terjerumus ke lembah kesesatan dunia dan kemelaratan akhirat.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi ALLAH jualah pahala yang besar." (Surah At-Taghabun: 15)

Ada segelintir ibu bapa yang gagal membentuk anak menjadi generasi yang unggul. Orang yang malang dan gagal dalam ujian ialah mereka yang mempunyai anak, tetapi tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Kesilapan bagaimanakah dilakukan ibu bapa dalam membentuk anak hingga dikatakan gagal dalam ujian ALLAH ini?

Antara kesilapan dalam mendidik anak adalah seperti berikut:
1. Kurang mengambil perhatian dan menitikberatkan mengenai berdoa kepada ALLAH SWT. Oleh itu, ibu bapa digalakkan berdoa agar dikurniakan zuriat yang baik pada saat kehamilan. Antara amalan doa ketika mengandung adalah memohon rahmat, zuriat yang baik, mengerjakan solat dan mendoakan ibu bapa apabila tiada di dunia kelak. Setelah anak dilahirkan, ibu bapa perlu terus lebih banyak berdoa seiring dengan anak yang semakin membesar.

2. Anak tidak dibesarkan dengan belaian kasih sayang. Suasana rumah yang tidak aman dan penuh ancaman, hanya akan membantutkan proses pembelajaran kerana emosi mereka yang tidak stabil. Diriwayatkan Aisyah RA: "Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan dan Al-Husain bin Ali RA. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra': "Ya Rasulullah! Aku mempunyai 10 anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Ibu bapa menunjukkan contoh yang tidak baik di hadapan anak. Sedarilah bahawa, anak akan senang meniru perbuatan orang yang lebih rapat dengannya, khususnya ibu bapa mereka. Apabila diperhatikan, anak yang sering bercakap kasar dan menipu lahir daripada keluarga yang mempunyai tingkah laku yang sama. Selain daripada itu, ibu bapa turut membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke rumah sama ada dari kalangan sahabat sendiri ataupun anak. Wujudnya anasir yang tidak baik di dalam rumah akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak yang sedang meningkat dewasa.
Seeloknya, mereka perlu didedahkan dengan model yang cemerlang seperti golongan ulama, orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Mereka juga perlu digalakkan untuk solat berjemaah, mengikuti kuliah agama dan aktiviti yang bersesuaian dengan nilai murni Islam.

4. Mendidik anak dengan memberi ancaman dan menakut-nakutkan (tarhib) berbanding penghargaan, pujian dan hadiah (targhib).

5. Tidak tegas dalam mendidik anak. Ibu bapa perlu tegur dan hukum anak apabila menunjukkan tingkah laku negatif seperti malas atau enggan melaksanakan perintah ALLAH SWT. Ketegasan juga perlu selari antara ibu dan bapa supaya anak tidak keliru untuk membentuk tingkah laku yang betul.
Selain mendidik dengan belaian kasih sayang, ibu bapa juga perlu memberi amaran dan teguran apabila mereka melakukan kesalahan dalam tingkah laku. Ibu bapa perlu menggantung rotan di rumah sebagai amaran kerana merotan mereka dengan tujuan mendidik (bukan untuk menyakiti) sebagai satu sunnah.

6. Menjadualkan kegiatan harian anak tanpa menurut kemahuan dan kemampuan mereka. Ibu bapa juga terlalu memfokuskan sesuatu aktiviti tanpa mengambil kira perasaan dan bakat yang mereka miliki. Bagi yang mempunyai bakat melukis, mungkin akan memberontak apabila ibu bapanya memaksa memasuki kelas seni mempertahankan diri. Kesilapan lebih besar berlaku apabila ibu bapa tidak memberi pendidikan yang seimbang antara jasmani, rohani, emosi dan mental. Ini kerana ibu bapa hanya mementingkan kemajuan mental hingga melahirkan anak yang cerdas tetapi mempunyai akhlak yang buruk.

7. Memaki hamun dan menegur anak dengan mengeluarkan kata-kata kesat terutama ketika sedang marah. Kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendoakan keburukan si anak setiap kali mereka melakukan perkara yang menyalahi norma. Perbuatan mendoakan kejelikan anak perlu dielakkan kerana dikhuatiri doa itu akan dimakbulkan ALLAH.

8. Tidak menghidupkan keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmah. Apabila diperhatikan, walaupun kehidupan sesebuah keluarga itu terasnya adalah Islam, tetapi gaya hidup yang dilalui persis orang bukan Islam. Inilah hasilnya apabila hidup yang tidak bertunjangkan Islam, tidak berteraskan al-Quran dan tidak berpaksikan hadis. Pastinya hari-hari yang dilalui mereka akan berterusan tanpa mengamalkan norma dan nilai Islam yang digariskan.
Ibu bapa yang sebegini akan melahirkan anak yang tidak islamik dan akan menimbulkan pelbagai konflik keluarga yang akhirnya akan merosakkan masa hadapan anak itu sendiri. Kurang menghidupkan sunnah di dalam rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah dan seumpamanya, hanya membuatkan anak semakin jauh daripada ibu bapa. Pertengkaran juga akan berlaku antara suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang tidak dirahmati. Keadaan menjadi lebih keruh lagi apabila pergaduhan berlaku di hadapan anak-anak. Hasilnya, akan menyebabkan anak berasa tertekan dan membenci kedua ibu bapanya.

9. Tidak mengambil berat kepentingan rumah tangga yang memerlukan suasana kondusif, bersih, kemas dan teratur. Suasana rumah tangga yang berselerak dan kotor akibat ibu bapa yang malas dan pengotor hanya akan melahirkan anak yang pemalas dan selekeh. Rumah tangga yang tidak kondusif juga akan menutup ruang untuk anak mengembangkan potensi dan bakat sedia ada.
10. Kurang mengawasi aktiviti anak sama ada di dalam ataupun di luar rumah. Misalnya, ibu bapa kurang mengawasi rancangan yang ditonton sama ada melalui pawagam, televisyen, video ataupun internet, menjadikan peluang untuk mereka terdedah kepada budaya kuning atau liar menjadi lebih besar.

Ini kerana, rancangan daripada pelbagai media ini banyak menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan memakai pakaian yang tidak menepati syarak. Kesilapan akan berterusan apabila ibu bapa menyerahkan tugas mendidik anak kepada pembantu rumah yang tidak membesarkan mereka dengan nilai-nilai Islam (jika dia tidak beragama Islam). Oleh itu, ibu bapa harus memastikan anak benar-benar terdidik dengan didikan Islam kerana hal inilah yang akan menentukan hala tuju kehidupan mereka kelak.

Sinar/-

Suara hati: Mahasiswa tidak wajar ditangkap

Posted: 01 Apr 2013 01:42 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS memandang serius dan kesal terhadap siri tindakan keras dan melampau yang telah diambil oleh pihak berkuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional terhadap para mahasiswa yang juga menjadi rakyat dalam negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan demikian sebagai mengulas tangkapan dan ugutan yang dikenakan terhadap kalangan mahasiswa yang ingin menyuarakan rasa hati dan pandangan mereka berhubung cadangan penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri.

Antara tangkapan membabitkan mereka ialah mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan ketika mengadakan Speakers Corner dan edaran risalah sekitar Labuan; dan semalam lima mahasiswa ditahan di Putrajaya kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak).

"Siri-siri tindakan yang tidak setara dengan luahan perasaan para mahasiswa ini, di samping tindakan tekanan berasaskan politik kepada kalangan ahli akademik, pelantikan ke jawatan utama universiti yang tidak berasaskan kepada keupayaan kesarjanaan, pelantikan ahli lembaga pengarah universiti awam yang dipertikaikan kelulusannya, semuanya ini cukup untuk menggambarkan kecelaruan pihak kerajaan pimpinan Umno BN yang terus gagal membawa dunia menara gading ke mercunya yang selayaknya," ujarnya.

Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, generasi mahasiswa juga wajar dinilai suara hati dan pandangan mereka, kerana merekalah sebenarnya yang sangat terkesan dengan isu-isu sekeliling dan permasalahan ekonomi yang dialami oleh mereka pada masa kini dan akan datang.

harakahdaily/-

846 pelatih di 79 kem seluruh negara tangguh PLKN

Posted: 01 Apr 2013 01:39 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil
AYER KEROH – Seramai 42,000 pelatih kumpulan dua Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melaporkan diri di 79 kem di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mereka melaporkan diri bermula 30 hingga hari ini membabitkan keseluruhan pergerakan sebanyak 912 bas dan 40 penerbangan.

Menurutnya, seramai 846 pelatih dari Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang akan ditempatkan kem di Tawau dan Sandakan ditangguhkan latihan siri ketiga Ogos depan selepas kem itu ditutup sementara.

"Seramai 142 pelatih dari Semenanjung yang didaftarkan di kedua-dua kem itu akan ditukarkan ke lima kem lain di Selangor dan Melaka.

"Kebimbangan ibu bapa antara yang diambil kira oleh kerajaan dan kita bebaskan kerisauan mereka.

"Kita tahu PLKN memang selain daripada latihan di dalam kem tetapi juga mereka berada bersama masyarakat menerusi khidmat komuniti pergi ke gereja, masjid dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pergerakan pelatih PLKN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, semalam.

Manakala, pengambilan siri kedua berkenaan dipercepatkan berikutan mahu memudahkan urusan pelatih sekiranya menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan matrikulasi.

harakahdaily/-

25 orang maut bangunan runtuh di Tanzania

Posted: 01 Apr 2013 01:37 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

DAR ES SALAAM - Angka kematian akibat sebuah bangunan yang runtuh di sini telah meningkat kepada 25 orang semalam.

Menurut beberapa pegawai, harapan untuk mencari mangsa yang selamat semakin pudar selepas tiga hari kejadian tersebut berlaku.

"Enam mayat ditemui antara malam kelmarin dan tengah hari ini.

"Ia menjadikan jumlah kematian yang disahkan meningkat kepada 25 orang," kata seorang pegawai polis, Saidi Mecky Sadicky.

Sebelum ini jumlah kematian yang disahkan hanya 19 orang.

Sejumlah orang masih lagi hilang di sekitar lokasi bangunan itu runtuh.

Ratusan pekerja berusaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terperangkap.
Bangunan itu dibina berdekatan dengan sebuah masjid di kawasan Kisutu.

Menurut Sadicky, kira-kira 60 hingga 70 orang dilaporkan berada di lokasi kejadian ketika bangunan itu runtuh pada Jumaat lepas.

Firma-firma pembinaan China diberitahu oleh para pegawai kedutaan negara berkenaan supaya meminjamkan peralatan untuk membantu usaha-usaha menyelamat mangsa.

Presiden Tanzania, Jakaya Kikwete melawat ke tempat kejadian pada Jumaat dan Sabtu lalu dan menghantar mesej ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi Twitter.

Bangunan kediaman itu merupakan projek antara Perbadanan Perumahan Negara milik pemerintah dengan syarikat Pembinaan Ladha.

Sadicky berkata, punca kejadian masih disiasat.

Pihak polis kini menyiasat enam orang melibatkan pemilik bangunan itu dan para pegawai syarikat pembinaan berkenaan serta Majlis Bandar Raya Dar es Salaam. - Agensi


PAS mahu k'jaan dedah kontrak pertahanan RM4.27b

Posted: 01 Apr 2013 01:32 AM PDT

NONE20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


 
PAS menuntut kerajaan menyenaraikan jumlah projek dan pembelian peralatan pertahanan dalam perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang ditandatangani dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, jumlah projek dan pembelian itu perlu didedahkan kerana ia dibuat selepas tempoh mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan telah berakhir.

Tambahnya, sebarang keputusan yang dilakukan selepas mandat berakhir juga akan memberi kesan implikasi kewangan pada rakyat.

"Saya meminta kerajaan menyenaraikan jumlah projek dan apa-apa pembelian yang dibuat kerajaan selepas daripada 8 Mac 2013 sebab ini sangat penting untuk kita tahu apa keputusan dibuat kerajaan selepas tempoh mandat diberi rakyat.

"Kerajaan tak berhak selepas 8 Mac untuk buat apa-apa keputusan yang memberi implikasi kewangan pada rakyat kecuali pentadbiran harian. Untuk apa-apa keputusan baru yang memberi implikasi kewangan negara, tak boleh selepas mandat berakhir.

"Saya bercakap ini dari segi moral politik," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Pada Khamis lalu, sebanyak 24 perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang membabitkan industri pertahanan ditandatangani dalam LIMA 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah keseluruhan itu diperoleh menerusi enam dokumen kontrak serta tiga surat persetujuan kementerian bernilai RM548 juta.
Selain itu, ia turut melibatkan 11 memorandum persetujuan dan empat memorandum persefahaman bernilai RM3.7 bilion.

sinar/-

Menara Eiffel diancam bom palsu

Posted: 01 Apr 2013 01:30 AM PDT

Menara Eiffel diancam bom palsu20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Pekarangan Menara Eiffel dikawal rapi oleh pasukan keselamatan susulan panggilan bom palsu.
 
PARIS - Pihak pengurusan Menara Eiffel bertindak pantas mengosongkan kawasan pelancongan itu daripada pengunjung selepas menerima ancaman bom menerusi panggilan telefon, kelmarin.

Dipetik AP, menurut pegawai, kira-kira 1,400 pengunjung diarah keluar dan menjauhi kawasan menara itu.

Selain menutup kawasan terdekat, pasukan polis turut menjalankan siasatan kecemasan membabitkan unit anjing pengesan dan pemusnah bom.

Bagaimanapun, kawasan Menara Eiffel dibuka semula kepada pengunjung selepas pihak polis mendapati ianya adalah panggilan bom palsu.

Sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa Perancis terpaksa meningkatkan tahap keselamatan susulan usaha kerajaan negara itu dalam memerangi al-Qaeda di Mali.

PAS Terengganu janji kosong?

Posted: 01 Apr 2013 01:02 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: "Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud.

"Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999," tulis Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim di dalam blognya.

Menurutnya, sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.

"RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah," tulisnya lagi. Tulisan penuh seperti di bawah.

"Janji kosong belaka tu…" Begitulah bunyi nada sinis pemimpin Umno Terengganu di atas pentas politik mereka apabila mengulas tentang tawaran-tawaran dalam manifesto PAS Terengganu.

"Selama ni ngetoh (memerintah) tak wat (buat) mende (benda) satu pun! Acu (cuba) kabor (beritahu) mende apa yang PAS doh buat!"

Menjawab perkara ini, saya berhajat nak mengajak pembaca meletakkan diri pada tahap pemikiran umum masyarakat untuk kita membuat beberapa analisa mudah dan ringkas.

Yang pertama, penghapusan tol Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kadarnya 50 sen untuk perjalanan pergi dan 50 sen untuk perjalanan balik.

Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud. Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999.

Sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.

RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah.

Yang kedua, penghapusan cukai pintu rumah kediaman. Ambil contoh kadar puratanya sebanyak RM150 setahun. Sepanjang lebih kurang 4 tahun pemerintahan PAS dari 1999 hingga 2004, bermakna rakyat telah berjimat RM600 setahun sebelum ianya kembali dibebankan kepada rakyat apabila Umno/BN kembali ke Wisma Darul Iman pada 2004.

Bayangkan kalau tindakan pengecualian cukai pintu dikekalkan sehingga sekarang tahun 2013, bermakna selama 14 sekitar RM2,100 telah terselamat dalam poket rakyat.

Penghapusan cukai pintu rumah kediaman menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan sekitar RM12j setahun. Tapi tak menjadi masalah asalkan beban rakyat boleh dikurangkan.

Yang ketiga, kenaikan hampir 100% elaun imam/bilal dari RM180 sebulan kepada RM350 sebulan. Bermakna pertambahan pitih yang masuk ke poket imam dan bilal RM170 sebulan bersamaan RM2,040 setahun, selama 14 tahun dari 1999 hingga 2013 menjadikan jumlah RM28,560.

Itupun lantaran Kerajaan Umno Terengganu tak tergamak untuk menurunkan semula elaun yang telah dinaikkan oleh Kerajaan PAS. Sebahagian besar para imam dan bilal pula adalah ahli dan penyokong Umno.

Yang keempat, menaikkan bantuan fakir/miskin melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Bantuan untuk golongan fakir dinaikkan dari RM150 kepada RM200 sebulan.

Ertinya pertambahan RM50 sebulan atau sebanyak RM600 setahun menjadikan pertambahan bantuan untuk golongan fakir selama 14 tahun berjumlah RM8,400. Itu pun kerana Umno sekali lagi tak tergamak untuk menurunkan semula bantuan yang telah dinaikkan oleh kerajaan PAS dulu.

Bantuan untuk golongan miskin pula dinaikkan dari RM120 kepada RM150 sebulan. Pertambahan RM30 sebulan atau RM360 setahun.

Sekali lagi selama 14 tahun apabila Kerajaan Umno mengiktiraf keputusan Kerajaan PAS dulu menjadikan jumlah pertambahan yang telah diterima oleh seorang miskin sebanyak RM5,040.

Maafkan saya kerana mengajak pembaca semua menjadi orang kampung, menghintung setiap sen dan ringgit. Mafhum mukhaalafah (makna di sebaliknya) saya ingin mendedahkan betapa rendahnya IQ pemimpin Umno yang menjaja ke sana-sini, "PAS tak dok buat gapo satu pun!"

Kalau mereka boleh buta untuk melihat perkara mudah sebegini, saya keliru, apakah mereka mampu untuk melihat sesuatu yang lebih besar?

harakahdaily/-

Kampung Melayu dimiliki keluarga pemimpin MCA

Posted: 01 Apr 2013 12:52 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


TUMPAT: Acap kali penduduk menemui ular sawa sebesar betis. Namun lama-kelamaan kawasan paya menjadi semakin sempit. Bermula dari situlah wujud perkampungan Melayu.

Kewujudannya sebelum air bah merah sekitar 1925. Penduduk berpakat mendirikan rumah. Di kawasan seluas kira-kira dua ekar itulah anak-anak mereka membesar.

Malah generasi awal yang meneroka kawasan itu sekarang sudah tidak ada lagi.

Hari ini tinggal generasi kedua dan ketiga. Malangnya penempatan yang diteroka datuk nenek mereka rupa-rupanya dimiliki orang lain.

Sedangkan Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat itu merupakan tanah rizab Melayu, tetapi sekarang dalam geran tertera nama keluarga bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.

Tahun lepas cucu kepada Chow Yong menggunakan mahkamah mengarahkan lot itu dikosongkan. Sebelum itu penduduk menerima surat peguam.

Ketika Kelantan diperintah BN, pemimpin MCA terbabit merupakan anggota Exco kerajaan negeri. Semasa pilihanraya awal 1980-an, Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu.

Seorang penduduk, Anuar Abdullah, 48 berkata, beliau merupakan generasi ketiga yang tinggal di penempatan tersebut.

"Saya masih ingat lagi ayah saya terpaksa membayar sewa kepada tuan tanah sejak dahulu lagi. Kami tidak tahu bagaimana kampung Melayu boleh terlepas ke tangan orang bukan Melayu.

"Kami cuma tahu pemiliknya bukan Melayu selepas menerima surat peguam yang mengarah berpindah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Malah kata beliau penduduk semakin resah selepas Mahkamah Tinggi di Kota Bharu menolak rayuan penduduk pada November 2012.

Sementara itu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, berdasar kepada fakta sejarah, penempatan tersebut wujud sejak sebelum merdeka lagi, namun hairan bagaimanapun boleh berpindah milik kepada pemimpin MCA.

"Saya yakin kerajaan negeri dan keluarga tuan tanah dapat menyelesaikan isu tersebut dengan baik. Ini kerana penempatan itu wujud sejak sekian lama dan penduduk tidak ada lagi tempat lain untuk berpindah," katanya.

harakahdaily/-

PAS mahu k'jaan dedah kontrak pertahanan RM4.27b

Posted: 01 Apr 2013 12:49 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



PAS menuntut kerajaan menyenaraikan jumlah projek dan pembelian peralatan pertahanan dalam perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang ditandatangani dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. 

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, jumlah projek dan pembelian itu perlu didedahkan kerana ia dibuat selepas tempoh mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan telah berakhir. 

Tambahnya, sebarang keputusan yang dilakukan selepas mandat berakhir juga akan memberi kesan implikasi kewangan pada rakyat. 

"Saya meminta kerajaan menyenaraikan jumlah projek dan apa-apa pembelian yang dibuat kerajaan selepas daripada 8 Mac 2013 sebab ini sangat penting untuk kita tahu apa keputusan dibuat kerajaan selepas tempoh mandat diberi rakyat. 

"Kerajaan tak berhak selepas 8 Mac untuk buat apa-apa keputusan yang memberi implikasi kewangan pada rakyat kecuali pentadbiran harian. Untuk apa-apa keputusan baru yang memberi implikasi kewangan negara, tak boleh selepas mandat berakhir. 

"Saya bercakap ini dari segi moral politik," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. 

Pada Khamis lalu, sebanyak 24 perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang membabitkan industri pertahanan ditandatangani dalam LIMA 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah keseluruhan itu diperoleh menerusi enam dokumen kontrak serta tiga surat persetujuan kementerian bernilai RM548 juta.

Selain itu, ia turut melibatkan 11 memorandum persetujuan dan empat memorandum persefahaman bernilai RM3.7 bilion.

Malaysiakini/-

Belanja RM1j untuk burung

Posted: 01 Apr 2013 12:44 AM PDT

Foto20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
 
Petaling Jaya: "Hobi ini sangat mahal dan hanya mereka yang mempunyai minat luar biasa sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan baka burung terbaik sebagai koleksi," kata peminat burung merbuk dan pakar kanser Prof Dr Syed Putra Meir, 62, mengenai hobi uniknya itu.
Beliau mengakui sudah membelanjakan lebih RM1 juta untuk 'melayani' hobinya itu selain turut membabitkan diri dalam pertandingan diadakan di negara ASEAN seperti Thailand dan Indonesia.
"Saya mempunyai banyak koleksi baka burung merbuk asli yang mencecah RM50,000 sehingga RM120,000 seekor," katanya yang menggondol dua kejuaraan dari tiga kategori dalam pertandingan seni suara merbuk ASEAN di sini, semalam.

Beliau berkata, penilaian terhadap seni suara burung tidak boleh dikenal pasti oleh orang biasa melainkan sudah berpuluh-puluh tahun terbabit dalam bidang berkenaan.
DR Syed Putra menunjukkan piala dimenanginya, semalam.

"Bagi orang biasa mereka merasakan bunyi burung merbuk sama dan biasa-biasa saja. Namun, peminat tegar dapat membezakan kelainan setiap seekor suara burung ini walaupun ciri fizikalnya seperti saiz dan bulu nampak sama," katanya yang sudah lebih 30 tahun membabitkan diri dalam seni suara burung berkenaan.

metro/-

‘Keputusan pilih Fauzi muktamad’

Posted: 01 Apr 2013 12:06 AM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Apabila ia diumumkan oleh (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah muktamad, kata Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias.
PETALING JAYA: Pemilihan tokoh politik veteran, Datuk Fauzi Abdul Rahman bertanding kerusi parlimen Indera Mahkota adalah muktamad, kata Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (gambar).

Beliau berkata, pemilihan itu tidak akan diubah lagi termasuk membenarkan semula Azan Ismail mempertahankan kerusi tersebut.
"Apabila ia diumumkan oleh (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah muktamad.
"Saya meminta mana-mana pihak menerima keputusan tersebut," katanya lagi.
Anwar mengumumkan Fauzi yang juga Pengerusi PKR Pahang  bertanding di Indera Mahkota dalam satu program ceramah di Balok, Kuantan baru-baru ini.
Razali berkata, antara 2, 000 dan 3, 000 orang menghadiri program tersebut yang mana Anwar turut mengumumkan Fuziah Salleh akan mempertahankan parlimen Kuantan manakala peguam Murni Hidayah Anuar di Paya Besar.
Fauzi di 'boo'
Azan yang kini menjadi pengerusi PKR Terengganu dilaporkan tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.
"Sama ada Azan tahu atau pura-pura tidak tahu keputusan telah dibuat nya, Datuk Fauzi akan bertanding di Indera Mahkota," kata Razali.
Menurutnya,  calon untuk kawasan lain akan diumumkan kemudian.
Mengenai laporan sebilangan orang ramai yang `mengeboo' pemilihan Fauzi, Razali berkata, PKR akan menyiasat perkara tersebut.
Katanya, sehingga kini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada mereka yang berbuat demikian penyokong PKR atau pihak lain.
Katanya, mereka yang `mengeboo' itu berada dalam kawasan gelap, jadi sukar untuk mengenali identiti mereka.

FMT/-

Defisit: Ahmad Husni cuba sembunyi kegagalan BN

Posted: 31 Mar 2013 11:54 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Tuduhan oleh Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Manifesto Rakyat akan melonjakkan defisit ke paras 11.5% dan hutang kerajaan ke paras 62.1% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak berasas dan membelakangkan fakta ekonomi mengenai prestasi pengurusan ekonomi di bawah Umno/Barisan Nasional.

Selain itu, beliau juga menambah bahawa Manifesto Rakyat akan menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang untuk membayar gaji, berbanding pendekatan hutang Umno/Barisan Nasional yang kononnya hanya berhutang untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.

Ketiga-tiga dakwaan ini dibuat tanpa membentangkan sebarang data atau perkiraan, berbeza dengan disiplin Pakatan Rakyat yang senantiasa mempertahankan rancangan ekonominya menggunakan fakta dan data yang jelas. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah masih lagi berada dalam kepompong politik lama yang beranggapan rakyat akan menerima bulat-bulat sebarang angka yang disebut oleh seorang menteri, walaupun ia tidak masuk akal.

Mutakhir ini, rakyat menuntut mana-mana parti politik yang membentangkan dasarnya turut menyertakan analisa yang lengkap sebagai bukti. Ini telah dibuat secara terperinci oleh Pakatan Rakyat – sejurus selepas Manifesto Rakyat dibentangkan, analisa lengkap kos setiap program dan bagaimana membiayainya telah dibentangkan kepada rakyat agar ia boleh dikaji dan dikritik.

Sehingga kini Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah masih belum mampu menampilkan satu analisa yang menunjukkan bahawa kira-kira kewangan yang dibuat Pakatan Rakyat di dalam Manifesto Rakyat tidak tepat. Saya percaya Umno/Barisan Nasional bukan sahaja tidak mampu menghasilkan analisa kewangan yang lengkap, mereka juga cuba menyembunyikan kegagalan pengurusan ekonomi di bawah pentadbiran mereka.

Ketiga-tiga tuduhan yang dibuat oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah – mengenai defisit, jumlah hutang negara dan pergantungan kepada hutang untuk menampung operasi kerajaan – sebenarnya berpunca dari kegagalan pengurusan ekonomi Umno/Barisan Nasional sendiri, seperti yang dihuraikan di dalam bidasan-bidasan berikut:

DEFISIT NEGARA

§ Masalah defisit negara yang berpanjangan sejak tahun 1998 ini sebenarnya dimulakan dan diwariskan oleh pengurusan ekonomi Umno/Barisan Nasional.

§ Walaupun hasil negara bertambah mendadak terutamanya dengan kenaikan harga minyak mentah sejak tahun 2008, Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan peluang itu untuk memotong defisit. Sebaliknya pertambahan pendapatan itu dijadikan alasan untuk berboros sehinggakan defisit kekal tinggi walaupun hasil negara meningkat:

Tahun
Hasil Negara (RM Juta)
% Kenaikan Tahunan
2000
61,864
5.4%
2001
79,567
28.6%
2002
83,515
5.0%
2003
92,607
10.9%
2004
99,396
7.3%
2005
106,305
7.0%
2006
123,547
16.2%
2007
139,885
13.2%
2008
159,794
14.2%
2009
158,639
-0.7%
2010
159,653
0.6%
2011
185,419
16.1%

Jadual 1: Hasil Negara (mengikut data Perbendaharaan)

§ Secara purata, kadar pertumbuhan hasil negara adalah 16% di antara tahun 2000 hingga 2011 terutamanya kerana hasil minyak mentah yang naik mendadak. Sekiranya Umno/Barisan Nasional menguruskan kewangan negara dengan menghalang ketirisan dan rasuah, masalah defisit negara sudah lama dapat diselesaikan kerana Malaysia mempunyai pertumbuhan hasil negara yang tinggi pada kadar 16% setahun.

JUMLAH HUTANG NEGARA AKIBAT MANIFESTO RAKYAT

§ Hutang negara melonjak naik kerana perbelanjaan Umno/Barisan Nasional yang tidak terkawal walaupun hasil negara meningkat. Akibatnya, saban tahun Umno/Barisan Nasional terus terpaksa menambah hutang, sehinggakan hutang negara sudah mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada 54.6% dari KDNK (iaitu hanya 0.4% dari had hutang yang dibenarkan).

§ Perbelanjaan tidak terkawal ini dapat dibuktikan dengan rekod buruk Umno/Barisan Nasional yang berbelanja melebihi belanjawan yang diluluskan setiap tahun seperti berikut:

Tahun
Belanjawan Diluluskan (RM Bilion)
Perbelanjaan Akhir (RM Bilion)
Belanja Melampaui Kelulusan (RM Bilion)
2008
176.9
195.0
18.1
2009
206.0
207.9
1.9
2010
191.5
203.0
11.5
2011
212.0
228.0
16.0




Jumlah
47.5

Jadual 2: Perbelanjaan melampaui kelulusan belanjawan oleh Umno/Barisan Nasional

§ Jika perbelanjaan melebihi kelulusan belanjawan Umno/Barisan Nasional bagi tahun 2008 hingga 2011 dijumlahkan, angka RM47.5 bilion perbelanjaan tanpa perancangan mengatasi jumlah RM45.75 bilion yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk membiayai Manifesto Rakyat.

§ Dicampur pula dengan pembaziran, ketirisan dan rasuah yang berlaku setiap tahun, sasaran penjimatan untuk mendapatkan jumlah RM45.75 bilion setiap tahun tanpa perlu menambah hutang sudah tentu dapat dicapai.

§ Pakatan Rakyat hanya perlu menghentikan amalan berbelanja tanpa kelulusan, menghentikan ketirisan dan memacu ekonomi supaya hasil negara meningkat untuk mencapai sasaran itu.

PERGANTUNGAN KEPADA HUTANG UNTUK MENAMPUNG KOS OPERASI

§ Kenyataan Datuk Seri Husni Ahmad Hanadzlah bahawa Umno/Barisan Nasional tidak berhutang untuk membayar kos operasi kerajaan adalah tidak tepat. Ini hanya dapat dilakukan kerana Umno/Barisan Nasional menggunakan dana PETRONAS secara tidak terkawal.

§ Tanpa dana PETRONAS, Umno/Barisan Nasional terpaksa berhutang untuk menampung kos operasi bermula dari tahun 2005 seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:

Tahun
Hasil Negara
Dividen PETRONAS
Hasil Tanpa Dividen PETRONAS
Perbelanjaan Mengurus
2000
61,864
4,100
57,764
56,547
2001
79,567
5,910
73,657
63,757
2002
83,515
5,390
78,125
68,699
2003
92,607
5,100
87,507
75,224
2004
99,396
9,100
90,296
91,298
2005
106,305
11,000
95,305
97,744
2006
123,547
18,000
105,547
107,694
2007
139,885
24,000
115,885
123,084
2008
159,794
30,000
129,794
153,499
2009
158,639
30,000
128,639
157,067
2010
159,653
30,000
129,653
151,633
2011
185,419
30,000
155,419
182,594

Jadual 3: Perbandingan Hasil & Perbelanjaan Mengurus (Sumber: Perbendaharaan)

Ketiga-tiga bidasan awal dengan jelas menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi di bawah Umno/Barisan Nasional mewariskan hutang dan defisit yang tinggi kepada rakyat. Bukanlah tempat Datuk Seri Husni Ahmad Hanadzlah untuk menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau harus menjelaskan rekod pengurusan ekonomi yang buruk ini kepada rakyat.

harakahdaily/-

Dedah syarikat terlibat perjanjian RM4.27b di LIMA

Posted: 31 Mar 2013 11:53 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menyenaraikan syarikat dan agensi yang terlibat dalam perjanjian berjumlah RM4.27 bilion di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.

Mahfuz mengesyaki tindakan Perdana Menteri melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan usaha untuk mendapatkan komisyen daripada pembelian-pembelian yang dilakukan di LIMA.

"Ini tindakan yang tak wajar (kerana) walaupun saya mengatakan kita perlukan peningkatan persiapan pertahanan secara yang lebih lengkap tapi kerajaan tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan kerajaan telah kehabisan mandat.

"Jadi oleh sebab itu saya minta kerajaan dedahkan secara terperinci perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat seperti mana yang telah dibuat di LIMA.

"Ini penting kerana rakyat perlu tahu sejauh mana ketelusan pembelian tersebut. Saya daripada awal mengesyaki bahawa bila perdana menteri tangguhkan PRU sehingga selesai LIMA seolah-oleh ada agenda mendapat habuan daripada pembelian yang dilakukan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga memberi jaminan Pakatan Rakyat akan meneliti semula pembelian-pembelian tersebut selepas mengambil alih Putrajaya.

"Saya beri jaminan semua keputusan yang telah dibuat kerajaan dalam LIMA di Langkawi akan diteliti semula apabila Pakatan diberi mandat.

"Satu siasatan mesti dibuat kerana bagaimana dalam masa kehilangan mandat kerajaan boleh buat pembelian," katanya sambil menambah, tindakan tersebut salah dari sudut moral politik walaupun secara perlembagaan tempoh berakhir Parlimen ialah pada 30 April.

Sementara itu, Mahfuz turut mempersoal kawalan keselamatan negara yang longgar walaupun telah membeli peralatan pertahanan yang canggih.

"Setiap tahun kerajaan anjur LIMA dan banyak peralatan pertahanan kita peroleh daripada perjanjian di LIMA.

"Tapi kelemahan yang berlaku sistem kawalan keselamatan pertahanan negara kita terus dipersoal seperti yang berlaku di Lahad Datu.

"Kita nak tahu apa yang kerajaan buat oleh pembelian yang begitu hebat setiap kali LIMA tiba-tiba kita tak dapat kesan penceroboh masuk dalam negara.

"Penceroboh 200 orang kita terpaksa kerah 7 batalion tentera yang muda hanya menghadapi tentera Sulu yang tua," katanya.

harakahdaily/-

Pakatan tawar motosikal lebih murah

Posted: 31 Mar 2013 11:52 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Pakatan Rakyat memperluaskan rancangannya untuk mengurangkan harga kenderaan apabila mengambil alih pentadbiran negara – dengan meliputi harga motosikal.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan itu dibuat memandangkan terdapat golongan yang hanya mampu untuk bergantung kepada motosikal untuk pengangkutan.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi mendakwa ia disebabkan oleh sistem cukai oleh kerajaan BN yang mengenakan lebih banyak cukai kepada golongan bawahan berbanding kelas atas.

Rafizi menjelaskan, duti eksais antara 20 hingga 30 peratus yang dikenakakan ke atas motosikal – mengikut saiz enjin – memberi tekanakan kepada golongan berpendapatan rendah.

Ia turut meningkatkan harga motosikal tersebut dan memaksa pembeli mengambil pinjaman daripada penjual dengan kadar faedah yang tinggi, memandangkang bank tidak menyediakan khidmat pembiayaan untuk pembelian seperti itu.

Selari dengan rancangan untuk menurunkan harga kereta itu, Rafizi berkata Pakatan bercadang untuk mengurangkan kadar eksais motosikal sebanyak 20 peratus mengikut fasa, dan cukai itu akan dimansuhkan selepas lima tahun.

Pengurangan pendapatan kerajaan itu akan ditampung dengan lelongan terus ke atas permit import kenderaan, katanya.

malaysiakini/-

Pesawat mendarat di ladang anggur

Posted: 31 Mar 2013 11:50 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

PARIS - Sebuah pesawat ringan mendarat di sebuah ladang anggur dekat Sainte-Radegonde, selatan Perancis kelmarin.

Pesawat tersebut mendarat selepas ia mengalami masalah teknikal dan minyak.
Juruterbang pesawat berkenaan yang berusia 42 tahun tidak mempunyai pilihan lain kecuali membuat pendaratan di ladang itu.

Ketika kejadian, pesawat itu dinaiki dua orang termasuk juruterbang berkenaan.
Seorang penumpang pesawat itu yang berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beberapa anggota bomba turut berada di lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan berlepas dari landasan terbang Sarlat sebelum pendaratan cemas tersebut dibuat.
Ladang anggur turut mengalami kerosakan apabila selluas 12.14 hektar tanaman musnah akibat pendaratan cemas itu.

Bagaimanapun, juruterbang pesawat berkenaan disoal siasat oleh pihak berkuasa penerbangan ekoran kejadian tersebut. - Agensi

Patah dua-dua kaki

Posted: 31 Mar 2013 11:49 PM PDT

Foto20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Miri: Seorang wanita warga Indonesia patah kedua-dua belah kakinya apabila terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dalam usaha melarikan diri selepas mendapat tahu dia menjadi mangsa sindiket pelacuran didalangi ejen mencari pekerjaan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di Jalan Sri Dagang itu, mangsa nekad melarikan diri menggunakan kain selimut yang diikat pada tingkap di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu sebelum sambungan ikatan itu terputus menyebabkannya terjatuh.
Dia yang mengerang kesakitan kemudian dibantu orang awam dan dikejarkan ke Hospital Miri.

Menurut mangsa dikenali sebagai Nadia, 23, dari Pulau Jawa, Indonesia, dia tiba di Miri seminggu lalu dengan dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi di sebuah pusat hiburan melalui satu agensi mencari pekerja di sini.
PASUKAN perubatan memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.

Bagaimanapun, katanya, semua itu hanya janji kosong apabila dia diarah majikannya bekerja sebagai tukang urut selain dipercayai cuba dijadikan pelacur menyebabkannya nekad melarikan diri.

metro/-

Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR dedah pengalaman

Posted: 31 Mar 2013 11:45 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.

Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.

Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.

Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, strategi lama yang pernah digunakan Umno dan BN diulang semula sekarang dengan melemparkan tomahan kepada Pakatan.


"Sedangkan berdasar kepada maklumat yang kami dapat dua minggu lepas beberapa NGO Umno mengadakan perjumpaan di sini difahamkan ada kaitan sabotaj perjalanan pilihan raya.

"Malah perjumpaan itu diadakan di seluruh negara bagi memastikan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan Putrajaya habis-habisan menjadi realiti," katanya di sini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mendakwa pihaknya mengesan beberapa rancangan jahat parti politik tertentu bagi mengganggu PRU 13 termasuk mencetus ketegangan dengan pegawai SPR.

Menurutnya, pihak terbabit juga dikatakan akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.

Sebelum ini Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan ada pihak keluar masuk kampung memperalat penduduk mengenai penggunaan dakwat kekal.

Wan Nik berkata, usaha mensabotaj pengundi menggunakan dakwat hanya mampu dilakukan pihak yang ada kuasa bagi melindungi kegiatan mereka.

"Tidak masuk akal Pakatan yang tidak ada kuasa boleh melakukan perbuatan itu. Sedangkan apa diperjuangkan Pakatan melalui Bersih bagi mewujudkan pilihan raya yang adil.

"Kami mengikut segala lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan. Nampak sangatlah mereka kelam kabut sekarang. Perancangan dan agenda mereka sudah diketahui ramai," ujarnya.

Oleh itu beliau berharap badan-badan pemantau pilihan raya dan pemerhati bebas memastikan komplot jahat tersebut dapat dibongkar.

"Kami juga sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak berkuasa lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama," katanya.

Harakahdaily/-

Kelantan: Laporan NST, TV3 tiada butiran tepat

Posted: 31 Mar 2013 11:40 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Sunday Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. 

Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama Umno Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini. 

Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. 

Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?

Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram. 

Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin Umno Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.

Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. 

Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.

Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat?

Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!

Harakahdaily/-

Gambar yang tiada dalam RTM dan TV3...Mahasiswa himpun depan rumah PM

Posted: 31 Mar 2013 11:35 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



UMNO dan Najib bertambah pening kepala...Hebohkan kepada dunia kononnya anak-anak muda bersama dan pilih UMNO/BN tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Lihat rakaman gambar diatas....Mahasiswi bangkit dan mau melakukan perubahan dengan berdemo depan kediaman rasmi Najib Razak di Sri Perdana Putrajaya semalam.

Dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera tulis ayat ' TOLAK UMNO/BN" sudah pasti UMNO kini berasa cuak gementar, panik dan gelabah untuk menghadapi PRU 13 yang sudah mata dekat tarikhnya kini.

Bila mahasiswi dengan berani bangkit tolak UMNO memberi erti UMNO akan sakit dan rebah.

Para pemimpin UMNO terutamanya Mursyidul Amnya Mahathir dan Najib Razak tanya pada diri sendiri mengapa mahasiswi  yang dikategorikan sebagai anak muda yang cerdik pandai, berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN secara total dan mutlak.

PRU 13 ialah PRU anak-anak muda.

Harakahdaily/-

Nurul Izzah tunjuk bukti makluman pada SPR

Posted: 31 Mar 2013 11:33 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.

NONESurat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.

Beliau seterusnya memfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi pada 26 Mac.

"Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas.

"Saya mesti kata, perkara ini tidak boleh diterima bahawa pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang lain sedang ada pengakuan (terima) daripada Datuk Kamaruddin Baria," katanya.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia semalam antara lainnya menyebut, tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul Izzah kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam wawancara itu.

Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman itu menyebut, perkara itu melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012 untuk pengundi di kawasannya.

Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.

Selain itu, beliau juga mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.

Malaysiakini/-

Warga emas maut dilanggar ketika lintas jalan bersama isteri

Posted: 31 Mar 2013 11:30 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUANTAN - Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera selepas dilanggar sebuah kereta jenis Proton Waja di Km 330 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, dekat Kampung Jeruas, Raub semalam.
Mangsa, Yusof Buruk, 81, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Jeruas, Raub manakala isterinya, 75, cedera di kepala kini dirawat di Hospital Raub.
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Shamsudin Wan Osman berkata dalam nahas 6.45 petang itu kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Benta, Lipis.
"Dipercayai di tempat kejadian, pemandu (lelaki) kereta berkenaan, 49, telah membunyikan hon dan cuba membrek kenderaannya namun gagal sebelum melanggar pasangan suami isteri warga emas terbabit yang sedang melintas jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya pasangan suami isteri yang berasal dari Kampung Jeruas Sega, Raub itu dipercayai melintas dari kanan ke kiri jalan secara tiba-tiba sebelum dilanggar kereta terbabit.
Wan Shamsudin berkata semasa kejadian cuaca baik namun keadaan gelap berikutan tiada lampu jalan di situ dan jalan lurus bergarisan kembar. - Bernama

Selamat tinggal kepada Apple iPhone?

Posted: 31 Mar 2013 11:28 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Seorang eksekutif syarikat menunjukkan model keluaran terbaru Apple, iPhone 5

$entry.content.caption.value
LONDON - Telefon pintar anda mungkin tidak dapat lagi menandingi kuasa telefon pintar akan datang yang lebih hebat dan menakjubkan. 

Tiga syarikat gergasi teknologi ketika ini sedang menyiapkan diri bagi memperkenalkan teknologi lebih canggih di masa hadapan.

Apple (AAPL), Google (GOOG) dan Samsung ketika ini sedang merangka kerjasama bagi mencipta jaringan yang lebih hebat di pasaran.

"Ini hanya permulaan yang hebat bagi teknologi baru. Akhirnya teknologi pintar mampu menjadi pakaian kita apabila ia memasuki pasaran," kata penganalisis, Gartner.

Menurut ABI Research, teknologi canggih ini bakal meledak di pasaran dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan 485,000 peranti tersedia yang boleh digunakan pelanggan menjelang tahun 2018.

Teknologi Google selepas ini mampu dikawal menggunakan arahan suara dan ia dijangka memasuki pasaran tahun ini atau awal tahun hadapan.

"Kami sedang berusaha keras bagi menyediakan produk terbaru ini," kata Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Samsung, Lee Young Hee awal bulan ini.

Bagaimanapun, Samsung terpaksa bergantung pada sistem operasi Android Google.

Smartwatch Apple, dikenali sebagai iWatch juga bakal memasuki pasaran lebih awal dari jangkaan pengguna.

Ia mungkin berada di pasaran tahun ini atau awal Oktober semasa musim panas.

iWatch mempunyai fungsi sama seperti telefon pintar lain tetapi mempunyai ciri-ciri tambahan istimewa yang lain.

Ia akan menggunakan teknologi skrin sentuh dan boleh diaktifkan menggunakan kod suara pengguna.

Sinar/-

PRU13: Ahli MPAN 308 sokong Pakatan Rakyat

Posted: 31 Mar 2013 10:13 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KEPALA BATAS: Seramai 400,000 ahli Pertubuhan Kebajikan Menyatupadukan Anak Negara Malaysia (MPAN 308) seluruh negara mengisytiharkan menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Majlis pengisytiharaan itu dibuat sendiri oleh Pengasas MPAN 308, Rashidi Ismail atau dikenali dengan 'Paduka Ayahda' dalam satu majlis ringkas di pekarangan kediamannya di Kampung Permatang Manggis, di sini kelmarin.

Program yang dihadiri oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Johari Kasim dan kepimpinan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam (gambar atas) menambahkan lagi keyakinan di kalangan ahli MPAN 308 bahawa Pakatan boleh menjadi kerajaan yang lebih baik, bertanggung jawab dan amanah berbanding Umno BN.

Baginya, tragedi dipukul oleh 20 petugas Umno Kepala Batas di hadapan sebuah pasar raya baru-baru ini membuatkan mereka 'berpatah arang' untuk bersama Umno BN lagi.

"Dengan ini saya menggesa semua ahli MPAN 308 yang ada malam ini dan seluruh negara supaya berikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana Umno tidak lagi releven kerana mengamalkan gengsterisme. Umno buat negara ni macam tiada undang-undang," katanya menceritakan detik-detik beliau dipukul di hadapan isteri dan anaknya ketika sedang memasukkan barangan ke dalam kereta.


Beliau juga terkilan kerana tiada seorang pemimpin Umno Bahagian Kepala Batas datang menziarahi atau bertanya khabar ekoran kejadian itu kecuali Johari bersama rakan-rakannya.

"Saya ucapkan terima kasih kepadanya yang begitu prihatin," tegasnya.

Sementara itu, Johari dalam ucapan ringkasnya menyifatkan sokongan yang diberikan itu merupakan tamparan hebat kepada Umno yang sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang parah.

Justeru, ujarnya biarlah Umno bangga dengan budaya samseng kerana rakyat sudah tahu menilai yang mana baik untuk dijadikan parti pilihan semasa membuang undi nanti.

"Jauhilah parti yang mengembangkan budaya samseng untuk bersama-sama bertekad memenangkan Pakatan Rakyat dan seterusnya menakluk Putrajaya bagi menjadi Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah," terangnya

harakahdaily/-

Najib, Duit BRIM kami dah Habis

Posted: 31 Mar 2013 10:12 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Masa dapat duit BRIM hari tuh.. kan main lagi orang Mesia nih terutama orang Melayu... penuh sakan kat pasar raya. Golongan muda berkepit sana sini dengan handphone pintar mereka. Golongan berumur padat kat restoran segera KFC, MCdonal, dan bla bla bla lagi lah. Golongan pelajar selerak kat kedai buku, malah ada yang tukar ngan eksesori laptop, games.. bla bla bla. 


Tokey kedai senyum manjang... Maidin, Giant juga penuh. Nak cari parking pun susah. Masa ini aku nampak kelibat Saleh Petai dari ulu Jenahak, Ali Pisang dari Kaki Bukit Jong, Man Ranggi dari Baroh Gondang tercangak cangak masuk pasar raya.. Dalam hati ini cukup pilu bila kenangkan mengapa dah lebih lima puluh tahun BN perintah Malaysia suasana Rakyat kampong di perbodohkan saperti ini?.

Masa aku mengelamun dalam memikirkan tentang mereka ini.. tetiba datang sebuah kereta Mecedes 240series keluar suami isteri dan anak anak mereka dari kereta tersebut dengan baju batik mereka serta isteri dan anak perempuan mereka itu berambut coklat seolah negara ini hak mereka punya... Lantas beberapa Pak Cik Guard yang berada disitu menghalau budak budak motor supaya diubahkan tempat lain sebab Dato nak parking kereta nya. Untuk mengambil hati sempat juga lah hulurkan tangan pada rakyat bersalam lepas itu hilang dikawasan shooping barangan berjenama.

Lantas aku berjalan lagi dikawasan lorong menjual barangan keperluan dapur.. serta barangan basah.. mak oii.. sayur Kangkung paling kurang dua hinggit satu ikat... ikan kembong sedang satu ekor dua hinggit.. itu pun belum masuk barang lain lagi. Tetiba aku nampak anak Man Ranggi dari Baroh Godang nak beli sardin, sebab Maknya janji nak buat Karipap sarding untuk bawa bekal ke sekolah. Tetiba Man Ranggi beritahu isterinya, " Tak payah beli sarding lah..., kita balik pancing ikan paya belakang rumah, bawa bekal lauk ikan keli pegi sekolah.. cukup lah.. duit yang ada lebih sikit lagi tuh.. rasanya nak tukar tayar motorsikal dan beli rantai motorsikal baru.


Perangai Buruk Shafie Apdal Didedahkan!

Posted: 31 Mar 2013 09:40 PM PDT

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Inikah hukum karma yang diterimanya atau memang sengaja dilakukannya??

Itulah yang terjadi ke atas Naib Presiden Umno, Mohd Shafie Apdal yang disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga memalukan Umno kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori presidennya sendiri! Seorang peniaga Bumiputera, Karim Ahmad, mendedahkan bahawa Shafie Apdal telah pun berhutang dengan syarikatnya, Hazrim Sukanika pada 1994 sejumlah RM12,600 ketika diminta membekalkan alat binaan dan alat pejabat kepada Pejabat Umno bahagian Semporna.

"Sehingga ke hari ini setelah beberapa kali saya minta, Shafie hanya membayar RM200. Cukup memalukan dan menghina peniaga bumiputera seperti saya," ujar Karim yang kesal kerana Umno masih mengekalkan pemimpin yang tidak berhati perut seperti Shafie.

Menurut Karim, hutang berkenaan telah diakui sah dan disaksikan oleh Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Hj Sabaani yang ketika itu bertugas sebagai Penyelia KEMAS Daerah Semporna.

Walaupun Karim telah memberikan notis tujuh hari bermula 4 Februari 2013 kepada Shafie untuk menjelaskan hutang berkenaan, namun sehingga ke hari ini dia tidak mendapat sebarang respon dan akan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kini jumlah hutang Shafie ialah RM31,248 setelah mengambil kira kadar kerugian 8% setahun selama 19 tahun.

"Sehubungan itu, saya menyeru agar rakyat Semporna menilai semula sokongan mereka terhadap Shafie kerana tidak bertanggungjawab dan sentiasa menindas peniaga dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan Umno selama ini," ujar Karim yang kesal kerana menerima nasib yang sama dengan puluhan peniaga lain.

Manakala dalam satu lagi kes melibatkan kementeriannya, pada 20 Julai 2011, 20 kontraktor Kelas F mencela sikap buruk Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah gagal menyelesaikan isu tuntutan kontrak kerja mereka yang belum dibayar; walaupun kerja telah disiapkan sejak lebih setahun lalu.

Jurucakap kontraktor berkenaan, Kunsul Nahul mengesahkan pihaknya sudah terlalu lama menunggu janji Shafie untuk menyelesaikan isu tuntutan 20 kontraktor bumiputera yang teraniaya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) apabila Pejabat Daerah Lahad Datu memberitahu tidak mempunyai cukup wang untuk membayar GWO (Pesanan Kerja Am) yang telah dikeluarkan kepada mereka.

"Kerja kita telah buat dan telah disahkan siap, tetapi sampai hari ini janji Shafie untuk selesaikan isu ini belum tertunai. Bukan salah kami. Kami terima GWO dan buat kerja ikut spesifikasi. Bila mahu tuntut, Pejabat Daerah kata duit habis," ujar Kunsul yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana peruntukan khas RM1.5 juta yang dikeluarkan oleh KKLW kepada Pejabat Daerah Lahad Datu telah disalahgunakan untuk tujuan lain sehingga mereka gagal membayar kontrak kerja yang telah kami siapkan.

Tegas Kunsul, walaupun tuntutan projek kecil beliau tidak banyak, antara RM20,000 sehingga RM50,000, tetapi adalah jumlah yang cukup besar bagi kontraktor Kelas F seperti beliau dan rakannya yang bukan sahaja terpaksa membeli batu kelikir, membayar pekerja dan sewa jentera malah menanggung keluarga.

Projek Selenggara Jalan Kampung Sapagaya, Lahad Datu yang diperolehinya melalui KKLW/PD/PJK/S/LDU/SIM/358P/03-09 dan dikeluarkan GWO bernombor A 172499 pada 19 Mac 2009, kata Kunsul telahpun disiapkan dua minggu kemudian. -sabahkini


Tiada ulasan:

Nuffnang