Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:46 PTG

N45 Dr Halimah Ali


Kerajaan Selangor mendahulukan pekerja tempatan

Posted: 01 Apr 2013 02:17 AM PDT

Belia Sambut Baik Karnival Jom Kerja Selangor
 
KLANG, 31 MAC : Karnival Jom Kerja yang dianjurkan Kerajaan Selangor sejak 2009 telah memberi pelbagai manfaat kepada golongan belia baik lepasan sekolah mahupun graduan universiti untuk mengatur rancangan kerjaya mereka.

Tidak hanya itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai kursus kerjaya sebagai satu galakan buat golongan belia yang masih mencari pekerjaan yang sesuai.

Bekas graduan universiti, Mohd Hafizuddin Abdul Munil, 23, menyifatkan karnival itu memberi faedah kepada belia kerana mampu membantu mereka mencari pekerjaan dalam pelbagai sektor.
"Saya sarankan belia untuk menyertai program ini kerana ia memberi pelbagai manfaat antaranya mengajar kita untuk mencari kerja yang sesuai dan karnival jom kerja 2013 02memahami situasi pekerjaan sekarang," katanya kepada TV Selangor di sini hari ini.

Pandangan sama turut dikongsi Nazurah Aida Mohd Nazar, 20, yang menyatakan karnival ini adalah peluang terbaik yang perlu direbut golongan belia memandangkan persaingan untuk memperoleh pekerjaan semakin sengit.
"Peluang ini sangat baik untuk belia lepasan sekolah dan universiti berikutan peluang pekerjaan yang semakin sukar untuk diperolehi," katanya.

Karnival tersebut menawarkan 15,000 peluang pekerjaan dan adalah usahasama Kerajaan Negeri bersama Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Korporat SUK serta Bridged Amal Selangor.

Bagi Siti Nurhashirah Md Lazim, 25, berkata karnival ini
menyenangkan individu yang sedang mencari pekerjaan mengetahui bahawa terdapat kekosongan di syarikat itu.
"Sudah lebih 10 kali saya menghantar resume kepada banyak syarikat, malangnya pada masa kini untuk mendapat pekerjaan sangat sukar," katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Unit Bina Insan bahagian Sumber Manusia pejabat SUK, Daniyal Mat Jusoh berkata sebanyak 23 buah syarikat menyertai karnival itu.
"Lebih 1,000 individu hadir untuk ditemuduga oleh syarikat-syarikat itu bagi kedua-dua hari program ini dianjurkan.

"Kalau kita lihat, kebiasaannya memang ramai yang akan hadir, contohnya hari ini sahaja terdapat 501 individu yang hadir ke program ini.
"Kebanyakkan mereka berjaya ditemuduga untuk kali pertama dan akan ditemuduga kali kedua di syarikat itu nanti," katanya ketika ditemui.
karnival jom kerja 2013 01

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menasihatkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan, sebaliknya merebut peluang yang ada sebagai satu langkah memperbaiki diri sebelum ke peringkat lebih tinggi.
"Justeru saya sarankan belia rebut sahaja peluang yang ada dan membuktikan diri bahawa mereka boleh menjadi insan terbaik dan meningkat daripada menjadi pekerja biasa ke pangkat lebih tinggi," ujarnya.

Seramai 23 syarkat yang berdaftar di bawah SSIC mengambil bahagian untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan dalam pelbagai sektor, antaranya 7-Eleven, Mydin, KL Aiport Services dan Etiqa Takaful.

Dianggarkan seramai 5,583 pemohon telah mengambil bahagian sejak tahun 2009 di mana 2,642 daripadanya telah memperoleh pekerjaan.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP