Khamis, 7 Mac 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Ketua Umum Cabar PM Buktikan Manifesto Demi Penceraha Pada Rakyat

Posted: 06 Mar 2013 09:37 PM PST



Manifesto Rakyat yang diluncurkan minggu lepas zahir kepada iltizam Pakatan Rakyat demi melaksanakan agenda perubahan di negara ini. Peluncuran manifesto tersebut adalah tuntas dengan ikhtiar Pakatan Rakyat selama ini yang senantiasa mengemukakan saranan serta kebijakan segar dan cergas.
najib penakut-debatAlhamdulillah maklum balas yang kita terima sangat memberansangkan. Saya menerima secara terbuka cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk memperkemaskan lagi manifesto itu, selagi ia tidak mengubah prinsip dasar Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman dan mengangkat tata kelola, amanah dan keadilan untuk rakyat.
Saya mengambil inisiatif untuk mendengar sendiri pelbagai pandangan yang diutarakan, disamping menjelaskan beberapa perkara. Misalnya, pertemuan dengan wakil-wakil badan yang mewakili orang berbeza upaya menguatkan persefahaman bersama mengenai program-program khusus untuk mengangkat martabat dan menjaga kebajikan mereka.
Saya juga banyak berbincang dengan pimpinan masyarakat India sejak seminggu lalu untuk mengambil kira pandangan mereka. Saya telah mengulangi pendirian mengenai perkara-perkara besar yang melibatkan masyarakat India seperti berikut:
1. Masalah kerakyatan yang kebanyakannya melibatkan rakyat Malaysia dari kaum India di samping kaum-kaum lain di seluruh Malaysia akan diselesaikan dalam tempoh 100 pertama pentadbiran Pakatan Rakyat di Putrajaya
2. Program khusus untuk menyediakan latihan teknikal yang digabungkan dengan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda lepasan sekolah dengan sasaran utama kepada anak-anak miskin. Masyarakat India akan mendapat manfaat utama dari program ini untuk membasmi kemiskinan dan menaiktaraf kedudukan sosio-ekonomi;
3. Pakatan Rakyat akan memastikan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menjadi sekolah bantuan penuh agar kemudahan infrastrukturnya setanding dengan piawai pendidikan nasional. Pengiktirafan ini dimuatkan secara jelas di dalam Manifesto Rakyat;
4. Reformasi institusi Polis diRaja Malaysia (PDRM) yang disebut di dalam Manifesto Rakyat turut melibatkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengurusan dan Perlakuan Polis (IPCMC); dan
5. Peranan Perbadanan Perumahan Negara yang bakal ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat untuk membina rumah-rumah rakyat akan mengambil kira keperluan mendesak rumah-rumah mampu milik bagi bekas-bekas pekerja estet di seluruh negara.
Kesemua perkara ini sudah pun terkandung di dalam Manifesto Rakyat yang dibina di atas semua dasar-dasar dan pengumuman yang pernah dibuat oleh Pakatan Rakyat. Pun begitu, untuk menguatkan lagi komitmen Pakatan Rakyat, perkara-perkara ini akan disebut secara jelas di dalam Manifesto Rakyat edaran umum, seperti mana juga beberapa perkara melibatkan kumpulan lain yang mengutarakan pandangan kepada Pakatan Rakyat.
Saya mempertahankan pendekatan berdasarkan keperluan (needs based approach) kerana setiap program perlulah dilaksanakan kelak secara berkesan. Demi menjamin keberkesanan dan kejayaan program-program rekayasa nasional yang digariskan di dalam Manifesto Rakyat, kita memerlukan sokongan setiap kumpulan masyarakat.
Contohnya, pelaksanaan Skim Perantis Rakyat akan melibatkan puluhan ribu majikan di seluruh Malaysia yang dijemput kerajaan menyertai skim penempatan anak muda lepasan sekolah bagi tujuan latihan teknikal di premis milik mereka. Majikan ini akan bekerjasama dengan kerajaan melatih anak-anak muda mengikut piawaian kemahiran teknikal kebangsaan.
Perkongsian pintar ini membolehkan majikan mendapat khidmat tenaga kerja tempatan pada kadar yang lebih murah kerana kerajaan menyumbang sebahagian besar dari kos penggajian sepanjang tempoh latihan. Kerajaan pula mempunyai platform untuk melatih puluhan ribu anak muda sebagai program teras memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah, disamping meningkatkan guna tenaga anak muda di dalam ekonomi.
Program sebegini memerlukan majikan dari pelbagai sektor dan pelbagai kaum menyertai skim secara terbuka dan berlapang hati menyumbang atas semangat khidmat nasional. Jika program-program seperti ini dirangka mengikut perspektif perkauman, ia akan serta-merta mengenepikan penyertaan kumpulan-kumpulan tertentu kerana ia dilihat khusus untuk kaum tertentu sahaja.
Kegagalan banyak program yang dijalankan oleh Barisan Nasional ialah kerana ia tidak mendapat sambutan dan kerjasama yang meluas apabila setiap program dikhususkan mengikut kaum.
Sebab itu, saya pertahankan pendekatan berdasarkan keperluan kerana hanya program-program seperti itu yang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Serangan dari Barisan Nasional masih berkisar kepada propaganda lapok yang menghamburkan angka-angka tidak tepat untuk mengelirukan rakyat. Misalnya, Barisan Nasional mempersoalkan kewajaran mengambil alih lebuhraya untuk membatalkan tol, sedangkan peruntukan yang mereka telah gunakan setakat ini untuk BR1M1 dan BR1M2 telah melepasi jumlah RM6 bilion setahun yang diperlukan.
Saya mengingatkan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat telah membentangkan secara telus analisa kira-kira kewangan yang diperlukan sebanyak RM45.75 bilion untuk membiayai kesemua program Manifesto Rakyat. Makanya, wajarlah Barisan Nasional juga memperincikan analisa kira-kira yang mereka gunapakai untuk menyokong tuduhan mereka, supaya rakyat dapat membandingkan kedua-duanya.
Saya sedia maklum bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan memberikan bidasan-bidasan beliau terhadap Manifesto Rakyat. Saya percaya rakyat lebih gemar jika bidasan-bidasan ini diberikan secara langsung di dalam satu perdebatan dasar, bukannya bidasan bersembunyi seperti yang selalu dibuat oleh beliau sebelum ini.

Oleh Ketua Umum Keadilan Dato Seri Anwar Ibrahim

Selangor Merupakan Negeri Pelaburan Utama Negara

Posted: 06 Mar 2013 09:28 PM PST



SHAH ALAM 6 MAC : Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 bilion untuk sepanjang 2008 – 2012 dengan berjaya mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama negara ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, sepanjang 2012, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM 11.7 bilion dengan 252 projek perkilangan diluluskan.
Jumlah itu 28.5 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pelaburan negara. Ia juga adalah 31 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia.
Pada 2012 juga, Selangor mencatatkan pertumbuhan pekerjaan yang terbesar di Malaysia iaitu sebanyak 22,719 peluang pekerjaan atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.
"Negeri Selangor mencatatkan prestasi yang amat cemerlang di mana Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dari segi bilangan projek yang diluluskan dan nilai pelaburan yang diterima," kata Teresa.
Ujar Teresa, dalam tempoh 2008 – 2012 juga, Selangor mencatatkan jumlah kelulusan projek perkilangan tertinggi iaitu sebanyak 1,420 projek dengan 123,067 potensi peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan.
"Dari jumlah pelaburan yang diluluskan, sebanyak RM 7.3 bilion (62 peratus) adalah daripda pelaburan tempatan dan sebanyak RM 4.4 bilion (38 peratus) daripada pelaburan asing," katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Sebanyak 156 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8.1 bilion dan sebanyak 96 projek merupakan projek pembesaran dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.5 bilion.
Dari segi daerah, Petaling mencatat pelaburan tertinggi sebanyak RM4.3 bilion dengan 97 projek. Ini diikuti Hulu Langat sebanyak RM2.2 bilion dengan 6 projek dan Daerah Klang dengan nilai pelaburan RM1.7 bilion dengan 58 projek.
selangorku

Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar

Posted: 06 Mar 2013 09:03 PM PST




KUALA LUMPUR - Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.

Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai
keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan.

- Bernama

Posted: 06 Mar 2013 06:35 AM PST

Melawat Rakan Perlukan Rehat - 02/03/2013





Posted: 06 Mar 2013 06:27 AM PST

Mesyuarat PIBG SR Agama Bkt Naga - 02/03/2013















Tiada ulasan:

Nuffnang