Khamis, 7 Mac 2013

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Rakyat kini sudah cerdik

Posted: 07 Mar 2013 03:59 AM PST



Kampung Laut : Seramai lebih kurang 40 orang petugas PAS bagi Unit Peti Undi (UPU) Kampung Laut hadir dalam majlis perasmian pelancaran gerak kerja UPU itu semalam.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor itu adalah untuk memberi motivasi kepada petugas-petugas PAS di Kampung Laut agar mengerahkan seluruh tenaga bagi mengekalkan kemenangan PAS di Dun, Parlimen dan seterusnya merampas kembali negeri.
Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Nor menyatakan bahawa rakyat sekarang sudah cerdik dengan tidak menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh pemerintah baik dengan berita ataupun kebendaan.
"Rakyat terutama orang muda sekarang ini sudah cerdik. Mereka ambil apa yang diberikan, tetapi bila undi, mereka fikir dulu sebab undi adalah hak mereka," ujar beliau.
Ini bermakna menurut beliau lagi keadaan sekarang sudah tidak semestinya memihak kepada pihak yang memberikan wang atau apa-apa kebendaan bagi memujuk pengundi seperti keadaan zaman dahulu.
Perkara ini berlaku adalah hasil dari penyebaran maklumat berterusan tanpa jemu dari petugas-petugas PAS yang sangat komited dalam tugasan mereka bagi menyedarkan rakyat akan tipu daya dalam politik.
"Maklumat seperti wang kerajaan adalah wang dari rakyat dan bukan hak mutlak kerajaan sudah difahami oleh sebilangan besar rakyat sekarang.
Buktinya sehingga sekarang pilihanraya belum diisytiharkan menunjukkan ketakutan dan keyakinan Umno bahawa rakyat menolak mereka sekarang ini," tambah beliau lagi.
Contoh kesungguhan penyebaran maklumat seperti inilah yang sangat dituntut dari petugas-petugas bagi membantu pimpinan PAS untuk mengalahkan musuh khususnya dalam pilihanraya yang semakin hampir.
Beliau  kemudiannya mengingatkan semua agar menetapkan keikhlasan dalam hati supaya sentiasa pekerjaan ini dikira sebagai pahala di sisi Allah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Nor bagi memohon keberkatan dalam pekerjaan ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang