Khamis, 7 Mac 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dakwa tiga hutan simpan diceroboh

Posted: 06 Mar 2013 03:17 AM PST


6 Mac 2013

SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Persatuan Pencinta Alam membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam berhubung dakwaan berlakunya pencerobohan secara berleluasa terhadap tiga hutan simpan di negeri ini.

Mereka mendakwa telah berlaku aktiviti pengambilan hutan simpan secara berleluasa melibatkan Hutan Simpan Jeram Padang, Bahau; Hutan Lipur Gemas Selatan, Tampin dan Hutan Simpan Triang, Jelebu yang mula dikesan berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar berkata, laporan itu dibuat berikutan sejak isu tersebut didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kepada umum serta membuat laporan polis, tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa.

"Kita mengesyaki kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di negeri ini mempunyai unsur rasuah kerana berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak

Penyelidik Hutan dan Pencinta Alam, didapati wujud aktiviti penebangan secara haram," katanya pada sidang media diadakan di SPRM di sini.

Sementara itu Pengarah Penyelidik Hutan dan Pencinta Alam Lim Teck Wyn berkata, berdasarkan beberapa kajian yang dilakukannya, mendapati Negeri Sembilan antara negeri yang kawasan hutannya mengecil paling cepat.

Manakala Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, sejak 2008 pihaknya membangkitkan masalah itu kepada kerajaan negeri pada sidang Dun, namun tiada jawapan kukuh diberi.

Tiada ulasan:

Nuffnang