Khamis, 7 Mac 2013

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


Pameran dan Pendaftaran Minat Rumah Mampu Milik mendapat sambutan baik

Posted: 06 Mar 2013 08:20 PM PST


Kenyataan Akhbar oleh YB Wong Hon Wai, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian) di George Town, Pulau Pinang pada 7-3-2013

Pameran dan Pendaftaran Minat Perumahan Mampu Milik yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima sambutan baik dengan dicatatkan melebihi 17,000 permohonan.

Pameran dan Pendaftaran Minat tersebut telah berlangsung selama sebulan sejak 7-2-2013 dan pameran di Ruang Legar Tingkat 3, Komtar dan di Ibu Pejabat MPSP di Bandar Perda akan berakhir pada 7-3-2013 (Hari Khamis).

Pada 8-3-2013 (Jumaat) pukul 4 petang sampai 11 malam, pameran dan pendaftaran minat dibuka di ruang pameran di Padang Kota Lama sempena program 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Selepas itu, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran minat semasa waktu pejabat di (i) Kaunter Perumahan, Tingkat 3, Komtar dan (ii) Pejabat PDC di Bayan Baru. Borang turut juga boleh didapati dengan melayari laman web http://erumah.penang.gov.my

Permohonan-permohonan akan diproses dan dibuat tapisan. Maklumat lanjut akan diumumkan di media massa pada masa akan datang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk tabung rumah mampu milik dan ini merupakan satu sejarah yang tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pameran yang berlangsung selama sebulan telah mempamerkan dan mendaftarkan minat terhadap projek perumahan mampu milik di Jalan S.P. Chelliah (George Town) sebanyak 1320 unit dan juga projek Bandar Cassia di Batu Kawan sebanyak 12,000 unit.

Kerajaan Negeri telah membuat perancangan membina rumah yang secara beskala besar iaitu sebanyak 19,172 unit di kelima-lima daerah di Pulau Pinang. Projek-projek yang lain ialah di Teluk Kumbar, Ampang Jajar, Kampung Jawa dan Bukit Mertajam yang akan dibuka pendaftaran pada masa depan.

Harga rumah tersebut adalah mampu milik di mana 770 unit di Jalan SP Chelliah dan 4800 unit di Batu Kawan adalah dijual dengan harga RM72,500. Selainnya adalah bersaiz 800 kaki persegi sehingga 1000 kaki persegi yang harga jualannya berbeza mengikut lokasi.


槟州城乡策划, 房屋, 艺术部主席黄汉伟行政议员于7-3-2013发表文告

由槟州民联州政府兴建的可负担房屋开放登记及展览得到热烈反应,已经收到超过17,000表格。

位于光大三楼广场及威省市政局从201327日起已举行一个月的可负担房屋开放登记及展览。 上述展览将会在201337日(星期四)结束。

即将来临的201338日(星期五)下午四时至晚上十一时,可负担房屋开放登记及展览将配合民联在槟州执政五周年活动而在旧关仔角举行。

之后,有兴趣登记可负担房屋的民众可以在办公时间到(i)光大三楼房屋部柜台或(ii)峇央峇鲁

槟州发展机构进行登记。 表格也可以从房屋部网站
http://erumah.penang.gov.my下载。


所有的申请表格都会经过整理及过滤。 更多详情将会通过媒体宣布。

槟州州政府拨款5亿令吉于可负担房屋基金创造历史,是前朝政府未曾做过的。

这一个月的展览展出了槟岛乔治市齐来也路1,320个单位及威省巴都加湾桂花城12,000个单位的可负担房屋及开放登记。

槟州州政府有计划在槟州五个县建立一共19,172间的房屋。 其他在公芭,安邦惹惹, 甘榜爪哇及大山脚的房屋计划会在未来开放登记。

有关屋价是人民可负担的,乔治市齐来也路770个单位及威省巴都加湾桂花城4,800个单位售价是RM72,500。其他单位由八百方尺至一千方尺,不同地区的房屋不同售价。

Tiada ulasan:

Nuffnang