Khalid Samad |
Peristiwa Kehadiran Kristian Najran di Madinah Posted: 18 Jan 2013 10:39 PM PST Masyarakat Kristian Najran telah menerima surat dari Rasulullah (SAW). Ketua mereka, Asqaf mengumpulkan semua penduduk Najran dan membacakan surat Rasulullah ke atas mereka serta menanyakan pandangan mereka dalam perkara ini. Mereka mengambil keputusan untuk menghantar sejumlah perwakilan mewakili mereka bertemu Rasulullah di Madinah pada tahun 9 Hijrah (Tahun Perwakilan). Perwakilan yang terdiri daripada 14 orang yang mulia dikalangan mereka, ada setengah riwayat mengatakan 60 orang. Daripada kalangan mereka, 3 orang yang memegang kuasa membuat keputusan dalam rombongan ini, iaitu Al-Aqib (Ketua kumpulan, Ketua Penasihat yang memberikan pandangan menghantar wakil bertemu Rasulullah di Madinah), Sayyid ( Ketua Rombongan) dan Abu Harith (Orang yang berilmu & berpengalaman dikalangan mereka serta guru mereka di sekolah). Maka mereka datang bertemu Rasulullah di Masjid Nabawi, dengan memakai pakaian cantik, berjubah bersulam dengan sutera dan pada tangan mereka cincin emas. Mereka bangun & solat dalam Masijd Nabawi berpandang ke arah timur. Berkata Rasulullah: "Biarkan mereka". Kemudian Rasulullah melalui dihadapan mereka dan meninggalkan mereka. Tidak berbicara dengan mereka, maka ada dikalangan mereka berasa hairan atas tindakan tersebut & terus bertanya kepada Othman atas tindakan Rasulullah tersebut. Lalu Othman menjawab: Kerana pakaian kamu, maka Rasulullah tidak menyahut salam kamu. Keesokkan hari, mereka hadir sekali lagi ke Masjid Nabawi dengan berpakaian seperti Rahib/Paderi dan menyampaikan salam kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah terus menyahut salam mereka dan mengajak mereka masuk Islam. Akan tetapi mereka menolak dengan menyatakan : "Sebelum kamu, kami adalah orang-orang yang menyerah (Muslimin)", maka berkata Rasulullah: "ada 3 perkara yang menyebabkan kamu bukan org Islam (Muslimin): Penghambaan kamu kepada Salib, pemakanan kamu akan daging khinzir dan kepercayaan kamu bahawa Allah ada anak…." Dan seterusnya … Rujukan: (1) Sirah An-Nabawi, Dr. Ali Mohd As-Sollabi, bab 6, pecahan ke 17, m/s 865, cetakan Darul Ma'rifah, Beirut, Lubnan, Cetakan ke-5, tahun 2006. (2) Ar-Rohiq Al-Mahktum, Syeikh Sofiyyah al-Rahman Mubaru Kafuri, m/s 321, Cetakan Darul Fikir, Beirut , Lubnan, Cetakan Pertama tahun 2003. (3) Dzadul Miaad fi Hadyun khairul Ibad, Ibnu Qoyyim al-Jauzi, m/s 22, Jilid ke-3, Cetakan Darul Fajar Lilturath, Qohirah, Mesir, Cetakan Pertama tahun 2004. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan