Anwar Ibrahim |
Anwar Seru Mahasiswa Pantau Pilihanraya Posted: 19 Jan 2013 06:54 AM PST Mahasiswa dan anak muda yang masih belajar di universiti tetapi tidak dapat mengundi dalam pilihan raya umum akan datang tetap berperanan besar untuk memantau sebarang cubaan penipuan dalam pilihan raya itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Nanti kita pun memerlukan ribuan mahasiswa untuk turun, bukan untuk membuat kacau tetapi untuk pastikan dan kurangkan penipuan,” kata ketua pembangkang itu. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan pada majlis Dialog Anak Muda Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kajang, petang tadi yang dihadiri kira-kira 500 orang. Kehadiran peserta dialog melebihi jangkaan awal penganjur, AnwarIbrahim Club, kerana mereka yang sampai awal ke dewan hotel tempat majlis itu berlangsung, terpaksa duduk berhimpit-himpit untuk memberi ruang kepada mereka yang sampai lambat tetapi masih mahu menghadiri sesi itu. “Kenapa ia dilihat populis? Daripada saya universiti, pendidikan itu perkara utama. Selalunya masalah kemiskinan desa dapat diatasi dengan pendidikan,” kata Anwar. Membincangkan pelbagai topik bersama hadirin, beliau turut menampilkan sisi santai dan ‘mudanya’ apabila memberikan bayangan sudah menonton filem muzikal Les Miserables yang diangkat daripada karya Victor Hugodan sedang ditayangkan di pawagam. “Awak semua perlu membaca novel berkenaan. Ia beratus-ratus kali jauh lebih baik berbanding filem itu,” katanya. Majlis petang itu diakhiri dengan sesi foto di antara peserta yang hadir bersama Anwar. |
Wujudkah ‘Projek IC’ di Selangor ? – Anwar Soal SPR Posted: 18 Jan 2013 10:16 AM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, juga berlaku di Selangor . Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan. Anwar bertanya adakah mereka ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI. “Kita perlu respons segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai bukti untuk menyokong hujah tersebut. “Bolehkah kita mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?” Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan