. |
BOLEHKAH MUSLIM MEMBELA HAK NON-MUSLIM? - Dr MAZA Posted: 18 Jan 2013 07:59 PM PST BOLEHKAH MUSLIM MEMBELA HAK NON-MUSLIM?Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA) Ada yang bertanya saya mengenai hukum muslim membela hak non-muslim. Mereka merasa seakan berdosa seorang muslim itu berpihak kepada non-muslim yang menuntut hak dari muslim, sekalipun non-muslim itu di pihak yang benar. Ini kerana mereka merasakan membela hak non-muslim yang menuntut dari muslim bagaikan mengkhianati saudara seakidah ataupun ukhuwwah islamiyyah (Islamic brotherhood). Anggapan mereka bahawa muslim itu mesti setia bersama muslim sekalipun saudara muslimnya di pihak yang salah. Membela hak non-muslim yang berselisah faham dan tuntutan dengan muslim itu bagaikan satu pengkhianatan. Ini sebenarnya anggapan yang tidak tepat. Memang benar orang muslim itu bersaudara. Kecintaan antara kita amat tinggi. Kita membantu antara satu sama lain. Namun, ini tidak bererti kita diizinkan untuk menindas atau merampas hak mereka yang tidak seagama dengan kita. Pendirian al-Quran Kefahaman Islam tidak boleh hanya berdasarkan emosi, tetapi hendaklah berasas hujah dan dalil yang dibuktikan oleh al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah agama sejagat (universal). Inilah yang menjadikan ajaran itu contoh dan memimpin kehidupan manusia dengan adil dan saksama. Keadilan Islam yang merentasi sempadan agama, bangsa dan geografi. Inilah yang al-Quran tegaskan: (maksudnya) :
Bahkan al-Quran menyebut dalam ayat yang lain: (maksudnya)
Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami' li Ahkam al-Quran ketika menafsirkan ayat di atas menyebut:
Akhlak Nabi Muhammad Jika kita melihat kepada pendirian Nabi Muhammad s.a.w, kita dapati baginda adalah sebaik dan semulia-mulia insan dalam berinteraksi dengan semua pihak, termasuk mereka yang tidak beriman dengannya (unbelievers). Justeru itulah kedatangan Nabi Muhammad ke alam ini dianggap sebagai rahmat untuk seluruh alam yang meliputi muslims, non-muslim, manusia, haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan segalanya. Dalam hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Dalam hadis ini Nabi Muhammad s.a.w memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan apa sahaja bentuk penindasan kepada warga non-muslim yang berada di bawah pentadbiran muslim. Baginda memberikan jaminan kepada non-muslim yang tertindas itu bahawa baginda sendiri akan berhujah menentang muslim yang zalim pada Hari Kiamat kelak. Demikian indahnya keadilan Tuhan yang dinyatakan oleh Islam. Keadilan yang rentas sempadan agama, kaum, puak dan segala sempadan kehidupan. Maka tidak hairanlah jika Islam dalam sejarahnya menjadi agama yang paling pantas diterima oleh masyarakat manusia di dunia ini. Keindahan budi dan sikap. Sikap Islam ini ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada lebih 1430 tahun yang lalu, pada masa masyarakat dunia belum membicarakan tentang toleransi agama. Pada zaman kekejaman atas nama Tuhan berlaku di setiap lapisan masyarakat manusia, Nabi Muhammad membawa sikap yang begitu tolerant sekali. Bahkan menjadikan hubungan baik antara penganut agama itu ada nilai dosa dan pahala di sisi Tuhan. Inilah yang membawa Islam menjadi kuasa yang dihormati dan manusia masuk ke dalamnya berbondong-bondong. Namun, apabila semua ini hilang dari akhlak kaum muslimin, maka kita sentiasa berada di belakang, merasa tertekan dan offensive selalu. Teladan Sahabat Pesanan Nabi s.a.w ini menjadi pegangan para pemerintah selepas baginda yang mengikuti jalan baginda. Marilah merenung surat Khalifah 'Umar bin al-Khattab kepada gabenornya di Mesir iaitu 'Amr bin al-'As. Dalam surat itu 'Umar menyebut:
Di manakah hendak kita cari ketelusan dan ketulusan yang seperti itu. Ramai yang mengakui pemerintah muslim tapi bukan sahaja tidak kisah jika unta mati, bahkan tidak peduli jika rakyat terbunuh tanpa sebab yang sah. Dalam riwayat dari Sa'sa'ah, berkata: Aku bertanya Ibn 'Abbas:
Inilah Islam. Inilah keindahannya. Sikap yang benar dan adil untuk semua. Terlalu banyak riwayat dalam sejarah kegemilangan Islam jika hendak dinukilkan mengenai keadilan Islam kepada penganut agama lain. Islam yang seperti itu tidak defensive tetapi sentiasa maju ke depan mempengaruhi pemikiran manusia yang berakal. Sumber : http://drmaza.com/home/?p=2267 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan