Isnin, 1 Oktober 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Fathul Bari tuduh belajar Sifat 20 Firqah Sesat?

Posted: 30 Sep 2012 06:20 PM PDT


Betul ke Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menuduh mereka yang mempelajari Sifat 20 sebagai Firqah Sesat? Ikuti ulasannya di http://hanifsalleh.blogspot.com/2012/09/jawapan-untuk-fathul-bari.html

Alat permainan rosak, berkarat

Posted: 30 Sep 2012 06:20 PM PDT


MPS perlu tumpu keperluan penduduk, bukan turun bendera
Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan semua Majlis Daerah perlu tumpu keperluan, rungutan penduduk seperti alat permainan yang berkarat, rumput padang tidak dipotong, longkang tersumbat, pembuangan sampah secara haram. Bukan hanya tertumpu untuk menurunkan bendera PAS, PKR dan DAP.

28 Sep 2012  

SEREMBAN: Kebanyakan peralatan taman permainan di Taman Permai Fasa 2, di sini, rosak serta tidak sempurna, sekali gus berisiko membahayakan pengunjung taman itu terutama kanak-kanak.

Tinjauan Metroplus mendapati sebahagian besar peralatan permainan tidak boleh digunakan, malah kebanyakannya sudah berkarat yang boleh mengundang bahaya.

Lebih teruk, pihak tidak bertanggungjawab membakar beberapa bahagian peralatan permainan papan gelongsor, bangku batu dipecahkan, buaian berkarat dan rantainya putus serta sampah dibuang merata-rata tempat.

Kebanyakan alat permainan terutama buaian dan jongkang-jongkit sudah rosak sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan kanak-kanak yang menggunakannya.

Lebih menghairankan, kedudukan taman permainan berkenaan bersebelahan Pusat Rukun Tetangga, Taman Permai 2 itu.

Sebuah gazebo yang menjadi tempat pengunjung berehat bersama keluarga mengambil angin pula bocor dan tidak terurus.

Dua beradik remaja yang bersantai di taman permainan ketika ditemui Metroplus, Amirul Mohd Zin, 15, dan adiknya Mohd Asrul, 13, berkata, sudah lama keadaan taman berkenaan tidak terurus.

Menurut Amirul, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS Seremban, di sini, walaupun keadaan taman permainan itu teruk, tetapi dia masih menjadikan tempat itu untuk berehat.

"Selepas mengulang kaji pelajaran di rumah biasanya di taman permainan ini tempat saya berehat. Taman ini dekat dengan rumah sebab itu saya datang sini," katanya.

Sumber: Harian Metro

Polis pun bimbang dengan kes jenayah ketika ini

Posted: 30 Sep 2012 06:18 PM PDT


Penjenayah semakin ganas - Tun Hisan

30 Sept. 2012 - Polis bimbang trend penjenayah kebelakangan ini yang disifatkan tiada sifat perikemanusiaan dan sanggup bertindak ganas termasuk mencederakan sesiapa sahaja ketika melakukan jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, berdasarkan kes-kes yang berlaku, penjenayah tidak mempertimbangkan keadaan mangsa dan mencederakan mereka meskipun tidak melawan.

Kita bimbang penjenayah akan mencederakan mangsa tanpa mempertimbangkan keadaan mereka (tidak melawan).

Ini menunjukkan penjenayah semakin hilang pertimbangan sekarang. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai berhati-hati dan berhubung dengan polis jika mengesan sesuatu yang mencurigakan," katanya.

Jika benar kita sayangkan Nabi, cintailah solat

Posted: 30 Sep 2012 06:15 PM PDT


Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.

Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga."

"Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir." (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda'). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: "Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya." (Riwayat Tabarani).

Abu Hurairah RA meriwayatkan: "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: "Ah...andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah...aku sungguh menyesali umatku."

Rasulullah menangis

"Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini," kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. "Siapa?" tanya Aisyah. "Aku bersama Abu Hurairah." Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: "Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka."

"Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?"

"Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: "Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah." "Apa yang harus kubaca?" "Bacalah firman Allah yang bermaksud: "Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan." (Maryam : 59).

"Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?"
"Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat." (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).

BH 1 Okt 2012

Maklumbalas Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Posted: 30 Sep 2012 06:19 AM PDT

Adakah sistem baru yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan memberi manafaat kepada guru, pelajar dan ibu bapa. Dengar ceritanya mulai tahun 2013 nanti pelajar di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 perlu membeli satu buku laporan untuk setiap matapelajaran yang berharga RM8.50 setiap satu. Jika ada 11 matapelajaran bermakna seorang murid akan memerlukan RM93.50. Bolehlah gunakan RM100 dari Bajet 2013 untuk membeli buku tersebut.

Tiada ulasan:

Nuffnang