:: cina islam | 2011 :: |
- [HANGAT] Mahathir Pernah Kata BR1M Najib Menghampiri Beli Undi
- Jual aset: PAS Perak tuntut penjelasan Zambr
- Kerajaan digesa sedia rumah lebih selesa
- Muka kebiruan, nafas tercungap
- Penjenayah tegar mati ditembak
- Keganasan politik: Siapa pula mangsa seterusnya?
- Lestari Pengerang: Kereta Zulkefly dipancitkan tayar
- Gian tarian tiang darling Betong
- Mati langgar tembok plaza tol
- Lagi protes di Jakarta
- FDI: Negeri Pakatan Rakyat antara 5 tertinggi
- Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang
- Ayah rentung dalam van
- Tentera Bashar bedil kawasan pemberontak
[HANGAT] Mahathir Pernah Kata BR1M Najib Menghampiri Beli Undi Posted: 01 Oct 2012 12:25 AM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat kepada pembelian undi. Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya. "Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan. "Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini," kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana. "Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin ia bukanlah membeli undi ... tetapi ia adalah sangat dekat degan itu," katanya, untuk ketawa daripada penonton. Kerajaan dijangka mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, satu langkah yang dipercayai bertujuan meningkatkan Najib dan penilaian terhadap pakatan BN menjelang pemilihan dijangka tidak lama lagi. Pusingan pertama pemberian tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga dan wang pembayar cukai berkos RM2.6 bilion telah dilihat penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga 69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan dari miskinisi rumah. Sepanjang ucapannya, Dr Mahathir berulang kali menyebut pemberian wang tunai pentadbiran Najib, pada satu titik walaupun mengatakan bahawa "beliau (Najib) mempunyai wang yang banyak". "Sekarang kita mempunyai seorang lelaki baru sebagai ketua (kerajaan)," katanya apabila mengingatkan penggantian perdana menteri selepas dia meletak jawatan pada tahun 2003. "Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang buruk mengenai beliau kerana saya menyokong BN. "Satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang. "Pada masa saya, saya tidak memberikan wang saya dapat telah pun diberikan wang untuk diri sendiri tetapi saya tidak. Saya rasa saya membuat kesilapan di sana," katanya secara berseloroh. Najib akan membentangkan Bajet pada 28 September dan selain pemberian BR1M kedua, beliau dijangka mengumumkan langkah-langkah lain untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dan ekonomi dalam usaha untuk menuju prospek ekonomi semakin teruk kerana dia bersedia untuk memanggil pilihan raya pertama beliau. Ekonomi berkembang pada kadar yang mengejutkan sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua, bertiup dari jangkaan ekonomi 'dan berpotensi menimbulkan faktor rasa-baik menjelang pilihan raya umum. Tetapi berita baik dijangka adalah tidak untuk bertahan sebagai prospek global berkemungkinan akan menjejaskan eksport Malaysia. Menghairankan pertumbuhan pada suku kedua ekonomi walaupun eksport lemah adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh penampan projek pembinaan yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan gaji penjawat awam dan pemberian tunai kerajaan, berkata ekonomi, yang boleh menunjukkan kepada pertumbuhan tidak sekata pada bulan-bulan akan datang. -TMI (19/9/2012) | ||
Jual aset: PAS Perak tuntut penjelasan Zambr Posted: 01 Oct 2012 12:08 AM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - IPOH: PAS Negeri Perak terkejut dikhabarkan bahawa beberapa aset penting negeri seperti Rumah Perak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang telah dijual. Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Salman Saleh berkata, PAS ingin mendapatkan kepastian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang perkara tersebut. "Adakah benar rumah tersebut telah dijual kepada 'orang' Datuk Seri Zambry?," soal beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini. Menurutnya, persoalan juga timbul jika ianya benar, kenapa Kerajaan Negeri menjual aset Perak itu dan apakah rasionalnya. "Adakah Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos pentadbiran negeri sehingga terpaksa menjual rumah tersebut? "Mungkinkah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat? ," soal beliau. Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menyoal, adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah yang baru bagi menggantikan rumah yang telah dijual itu. Mengulas lanjut, beliau berkata, persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan segera dari Zambry kerana ianya melibatkan maruah dan integriti kepimpinan kerajaan negeri. Katanya, PAS Perak juga mahu penjelasan siapakah pembeli rumah tersebut dan apakah hubungannya dengan Zambry jika ianya telah dijual. "Mengapakah tindakan untuk menjual Rumah Perak tersebut diambil dan apakah faktor sehingga memaksa penjualan rumah tersebut yang boleh dianggap amat bernilai dan berstrategik di Pulau Pinang," katanya. harakahdaily/- | ||
Kerajaan digesa sedia rumah lebih selesa Posted: 01 Oct 2012 12:03 AM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Wakil-wakil penduduk ladang, peneroka bandar, penghuni rumah flat dan orang asal hari ini menyerahkan memorandum menuntut kerajaan menyediakan perumahan mampu milik yang lebih selesa sempena Hari Habitat Sedunia. Memorandum mengandungi enam tuntutan tersebut diserahkan oleh jurucakap Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), R Thevarajan kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) dan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Lima lagi tuntutan adalah: -Menghentikan ancaman kepada Habitat Rakyat dengan projek seperti Lynas, Lombong Emas di Bukit Koman dan Projek Petrokimia di Pengerang -Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia -Menggubal undang-undang Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang -Mengiktiraf tanah adat orang asal dan menghentikan rampasan tanah adat. -Menghentikan pengusiran paksa dan iktiraf hak peneroka bandar. Wakil-wakil adalah terdiri daripada jawatankuasa (JK) Bertindak Taman PErmata Dengkil, JK Bertindak Ladang Bukit Jalil, JK Bertindak Kampung DBI, Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Taman Pertama, JK Peneroka Bandar Kampung Perak Hydro, JK Peneroka Bandar Kampung Gopal, JK Peneroka bandar Kampung Bahar, JK Peneroka Bandar kampung baru Sungai Buloh dan Gabungan Penduduk Green Cow. Thevarajan berkata, belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu hanya memberikan insentif sementara tanpa mampu menyelesaikan isu-isu asas khususnya masalah perumahan. "Akibat harga rumah yang mealmbung tinggi masyarakat miskin bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah. "Masyarakat peneroka bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang mengundang pelbagai masalah sosioekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang tanpa sebarang perumahan alternatif," katanya. harakahdaily/- | ||
Muka kebiruan, nafas tercungap Posted: 30 Sep 2012 11:07 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MAUT...jenazah Mohamad Samsul disembahyangkan di bilik mayat HS. TINGGAL KENANGAN...Mohamad Samsul tidak sedarkan diri sebelum sempat menamatkan perlumbaan. KUALA LUMPUR: "Saya lihat mukanya kebiruan dan tercungap-cungap," kata Mohd Faris Adli Mat Nawi, 34, yang cuba memberi bantuan sebelum Mohamad Samsul Ariffin, 31, meninggal dunia selepas menyertai Kejohanan Lumba Basikal Bukit Universiti Putra Malaysia (UPM) 2012, dekat sini, semalam. Mohd Faris berkata, dia kemudian diberitahu rakan peserta lain yang Mohamad Samsul meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan ke Hospital Serdang (HS) jam 12 tengah hari. Mohamad Samsul dari Kelab Basikal Pasoh Satu antara 1,700 peserta yang menyertai perlumbaan sejauh 40 kilometer itu yang dianjurkan Desa Tasek Mountain Bike Club yang bermula kira-kira jam 8 pagi. Rakan sepasukannya, Azmi Abd Aziz, 43, yang dihubungi Harian Metro berkata, mangsa yang juga jirannya di Kampung Pasoh Satu, Jelebu, dekat Negeri Sembilan, berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan dan sungguh bersemangat. "Namun selepas sejam berlumba iaitu di kilometer (km) ke-18 dia mengadu pening kepala dan sakit dada lalu berhenti untuk berehat. Seorang rakan mengurut dada Mohamad Samsul sebelum kami semua meneruskan semula kayuhan. metro/- | ||
Penjenayah tegar mati ditembak Posted: 30 Sep 2012 10:18 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Tindakan kejam seorang penjenayah yang mencederakan dua anggota polis ketika hendak membuat pemeriksaan di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu berbalas apabila dia maut dalam kejadian berbalas tembak di tempat letak kereta Taman Tema Air Taman Desa di sini semalam. Difahamkan, suspek berusia 32 tahun tersebut maut pada pukul 3.30 pagi selepas terkena tiga das tembakan di kaki dan perut yang dilepaskan oleh pasukan khas yang ditugaskan untuk memburu suspek. Suspek dari Lanchang, Mentakab, Pahang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan dan dikenali sebagai penjenayah tegar kerana sering keluar masuk lokap berdasarkan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah yang dilakukan. Menurut sumber, pihaknya yang telah mengenal pasti suspek kemudian telah menjejak dan mengekorinya sejak kejadian dua anggota polis, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak di perut dan leher pada pukul 6.45 petang 26 September lalu. metro/- | ||
Keganasan politik: Siapa pula mangsa seterusnya? Posted: 30 Sep 2012 10:11 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan pihak tertentu merosakkan tiga kenderaan milik pemimpin NGO termasuk kenderaan yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor semalam. Turut dirosakkan adalah dua kereta aktivis sosial Hishamuddin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar yang disimbah asid. "DPPM menganggap tindakan pihak berkaitan adalah tindakan pengecut golongan yang tersepit dan terdesak bagi menyekat arus kebangkitan rakyat," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Katanya, mereka ini adalah golongan yang cemas apabila melihat rakyat Johor bangkit bersama-sama dalam himpunan Hijau Lestari Pengerang semalam. Menurutnya, apabila rakyat Johor juga sudah mula membuka mata dan bersuara, ini menandakan hayat politik pemerintah sudah semakin menuju ke pengakhirannya. Justeru, kata beliau ada pihak tertentu yang sukar menerima hakikat pasang surut politik negara ini melakukan tindakan sedemikian sebagai amaran kepada PR agar jangan terlalu agresif memimpin gelombang rakyat. "DPPM merasa bimbang kerana trend keganasan sudah semakin menular akhir-akhir ini," ujarnya dalam satu kenyataan. Jelasnya, setelah pemimpin PAS dan PKR dibaling kasut dan hampir diserang di Kedah, ceramah Pakatan Rakyat diganggu dengan dilontar batu, penontonnya dipukul, siri simbahan cat merah ke rumah pemimpin PAS, bas PKR, markaz PAS serta Pejabat Pakatan Rakyat, rumah pemimpin PR dibaling molotov cocktail, dibakar dan lain-lain lagi, kini muncul pula serangan ke atas kenderaan milik pemimpin Pakatan Rakyat. Justeru, tegasnya DPPM mengingatkan pihak terbabit bahawa budaya keganasan bukanlah budaya yang diterima oleh rakyat di negara ini. Katanya, rakyat semakin matang dan bijak berpolitik, dan rakyat memilih politik aman sebagai jalan perjuangan mereka. Beliau menambah, rakyat mahu melihat apakah tawaran parti-parti politik terhadap mereka bagi menarik hati mereka. Malah, katanya lagi rakyat menunjukkan sikap simpati dengan PR kerana kerap menjadi mangsa pelbagai tindakan sabotaj yang dilakukan siang dan malam. "Nyawa pemimpin PR adalah ibarat kertas yang tidak bernilai dan boleh melayang pada bila-bila masa sahaja," katanya lagi. Oleh itu, ujar beliau DPPM menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat mempertingkatkan kawalan keselamatan ke atas pemimpin PR dan rakyat umumnya khususnya menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba. "Suhu politik negara sudah semakin panas dan PDRM perlu menjangkakan sesusatu yang lebih buruk mungkin terjadi menimpa pemimpin PR atau penyokong mereka pada bila-bila masa," ujarnya. harakahdaily/- | ||
Lestari Pengerang: Kereta Zulkefly dipancitkan tayar Posted: 30 Sep 2012 10:08 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Selain memecahkan cermin kereta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tayar kereta Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohd Omar juga telah dirosakkan. (Zulkefly melihat tayar keretanya ditukar selepas dipancitkan di Masjid Pengerang, semalam) Menurut Zulkefly, dua tayar kereta jenis Nissan Teana beliau telah di bocorkan iaitu dibahagian kiri hadapan dan belakang. Kereta ini diletakkan di Masjid Penggerang, Johor ketika beliau bersama-sama penduduk Pengerang berhimpun membantah projek Rapid Pengerang. "Kami sedar tayar dicucuk dengan benda tajam pada pukul 2.00 petang bila tayar hadapan kiri pencit lalu kami tukar dengan simpanan. "Dalam perjalan balik, tayar belakang sebelah kiri pula bocor dan pencit teruk di R & R Machap. "Kami mendapat bantuan dari Plus Ronda kemudian telah menampal tayar yang bocor tersebut," cerita beliau kepada Harakahdaily. Bagi beliau, yang jelas sikap khianat pihak tertentu di Pengerang tidak mengira tempat walaupun kereta itu diletakkan di kawasan masjid. "Yang mengejutkan kami bahawa masjid tidak lagi menjadi kawasan selamat bagi kami," katanya. Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan bagaimana cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari semalam. Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi semalam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan. HARAKAHDAILY/- | ||
Gian tarian tiang darling Betong Posted: 30 Sep 2012 10:00 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BETONG (Selatan Thailand) – Melihat aksi ghairah penari tiang pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali. Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia 'cuci mata' sebelum 'mengangkut' gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM300. Tinjauan Kosmo! di kawasan itu mendapati, premis dua tingkat yang terletak di sebuah lorong di pekan ini hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang. Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu. KOSMO/- | ||
Posted: 30 Sep 2012 09:55 PM PDT Jitra: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tembok pembahagi kaunter di Plaza Tol Jitra di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Ng Hock Yong, 55, yang memandu kereta PROTON Saga dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu sendirian dari arah Alor Setar menghala ke Jitra. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata mangsa yang menetap di Taman Gunung Ledang, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, berkata seorang jurutol yang tergamam apabila melihat kereta mangsa meluru laju ke arahnya bagaimanapun sempat menyelamatkan diri. "Dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana kereta mangsa hanya merempuh tembok pada jarak tiga meter dari kaunter tol terbabit. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian," katanya. berita harian/- | ||
Posted: 30 Sep 2012 09:06 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - JAKARTA, Indonesia - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di sekitar ibu kota Indonesia di sini untuk memprotes filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW. Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 orang menyertai demonstrasi itu yang berlangsung semalam. Mereka berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dikawal ketat oleh ratusan anggota polis. Demonstrasi tersebut berlangsung dalam suasana aman. Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh sebuah parti politik berteraskan Islam, Parti Keadilan Sejahtera yang melaungkan slogan anti-AS. Ramai antara mereka memakai jubah putih dan membawa sepanduk yang membidas kebebasan bersuara di AS. Protes terhadap filem tersebut turut diadakan di beberapa buah bandar lain di Indonesia baru-baru ini. - Agensi | ||
FDI: Negeri Pakatan Rakyat antara 5 tertinggi Posted: 30 Sep 2012 09:00 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk dalam lima negeri yang mencatat jumlah pelaburan asing (FDI) paling tinggi bagi tempoh 2008 hingga Julai tahun ini. Di kedudukan pertama adalah Sarawak dengan nilai pelaburan sebayak RM30.3 bilion dikuti Pulau Pinang (RM25b), Selangor (RM23.9b), Johor (RM20.1b) dan Kedah (RM11.1b). Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir pada sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang mahu kementerian itu menyatakan jumlah pelaburan asing mengikut negeri bagi tenpoh tersebut. Jumlah keseluruhan pelaburan FDI negara sepanjang tempoh itu menurut Mukhriz adalah RM145.3 bilion. Selain Sarawak, dua lagi negeri yang terkenal dengan sumber bumi iaitu Sabah dan Terengganu masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-10 dengan nilai pelaburan RM6.3 bilion dan RM4.2 bilion. Negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada ditangga ke-11 dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion diikuti Kelantan pada tangga ke-12 dengan nilai pelaburan RM297 juta. Berikut adalah kedudukan negeri mengikut kadar jumlah pelaburan paling tinggi: 1- Sarawak (RM30.3b) 2- P.Pinang (RM25b) 3- Selangor (RM23.9b) 4- Johor (RM20.1b) 5- Kedah (RM11.1b) 6- Melaka (RM7.9b) 7- Negeri Sembilan (RM7.2b) 8- Sabah (RM6.3b) 9- Perak (RM5.8b) 10- Terengganu (RM4.2b) 11- Pahang (RM2.8b) 12- Kelantan (RM297 juta) 13- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM196 juta) 14- Perlis (RM109 juta) 15- Wilayah Persekutuan Labuan (RM22.9 juta) harakahdaily/- | ||
Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang Posted: 30 Sep 2012 08:30 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - dikemaskini 2.36pm Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi. Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka. Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang. Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu. LAPORAN LANGSUNG 11.45am: Juruacara Hishamuddin Rais mengetuai peserta perhimpunan untuk menyanyikan lagu Suara Rakyat dan membaca deklarasi Earth Charter. Deklarasi sama dicetak di baju hijau yang dipakai peserta. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa perhimpunan itu tamat dengan kehadiran 6,000 peserta. Aktivis itu juga menggesa para peserta mengutip sampah ketika bersurai. Sumber polis menganggarkan 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini. 11.25am: Chua juga berjanji bahawa projek Rapid akan dihentikan sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya. "Kita (PKR) sudahpun mewakili orang di sini. Peguyam kita telah mengemukakan petisyen terhadap projek ini di mahkamah," katanya. 11.20am: Pesuruhjaya PAS Johor juga berucap berhuung isu pembangunan lestari dengan pandangan bahawa parti itu menentang pembangunan yang hanya menguntungkan kroni. Katanya, PAS akan mempertahankan hak orang Johor di Pengerang sekiranya berjaya menewaskan BN. Ketua PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng pula berucap mengenai prestasi MP Pengerang dalam mempertahankan hak warga Pengerang. "Di mana Azalina? Adakah dia berada di hotel? Katanya, Pakatan akan menghentikan semua "projek berbahaya" sekiranya berjaya merampas Johor. 11.10am: Anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan Clement Gan berkata negara jiran perlu bimbang dengan kerosakan alam sekitar di sini, kerana menurutnya ia juga akan menjejaskan negara tersebut. "Bila saya lihat udang karang di sini, saya rasa kasihan kerana ia akan menjadi toksik, dan jika ia berenang ke Kuantan, ia akan menjadi radiokatif," katanya. Pentas kemudian diserahkan kepada pemimpin politik. ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menggesa peserta supaya "menghijaukan" seluruh Johor dan Malaysia. "Ini adalah untuk anak-anak kita pada generasi depan," katany ADUN Skudai itu. 10.45am: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman menyenaraikan sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek Rapid, yang disambut dengan laungan "boo" dari peserta perhimpunan. 10.30am: Dalam ucapannya, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat berkata rakyat akan membuang kerajaan ke "tong sampah sejarah" sekiranya menggadaikan hak dan tanah mereka. "Kita tidak mahu tanah kita menjadi tong sampah Australia dan Taiwan," katanya. 10.20am: Jumlah peserta perhimpunan di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada 3,000 orang apabila disertai kumpulan yang berarak. Presiden Jawatankuasa Bertindak Pengerang Prihatin (Prihatin) berucap di hadapan peserta perhimpunan. Kerusi yang dikhaskan untuk MP Pengerang Datuk Azalina Othman diketepikan untuk memberi ruang kepada VIP yang hadir. 10.15am: Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang. Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar. 10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa. Sementara itu, seorang wartawan Citizen Journalist Malaysiakini, Azizan Yunos mendakwa keretanya disimbah asid pagi ini. "Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya. Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai Lim Hwee Seng, seorang bekas guru di Pengerang yang melawati kawasan tersebut. Kereta yang digunakan Lim diparkir di hadapan kereta Azizan turut menjadi sasaran dalam serangan itu. 9.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km. Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang. Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara. Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan. 9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang. Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar. Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang". 9.05am: Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya. 8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai. 7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain. Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang. "Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong. Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru. malaysiakini/- | ||
Posted: 30 Sep 2012 07:30 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PILU...Nor Aini Syahirah (kiri) dan adiknya, Nor Aina Syafiqah (tengah) ditenteramkan ahli keluarga. Gambar kecil, Daud. KOTA TINGGI: Sukar digambarkan kesedihan dirasai empat beradik ketika melihat ayah mereka mati terbakar selepas van Nissan Vanette dinaiki mereka berlanggar sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lok Heng-Mawai, di sini, semalam. Dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal, Daud Talib, 46, rentung selepas tersepit di tempat duduk pemandu dan gagal diselamatkan. Turut terkorban dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu ialah Adibah Hashim, 48, pemandu kereta Proton Iswara yang bertembung van dipandu Daud. Isteri Daud, Salina Kadis, 44, parah manakala empat anak dan tiga anak saudara berusia lima hingga 17 tahun yang berada dalam van sama cedera ringan. Kejadian berlaku apabila Adibah hilang kawalan sebelum kereta dipandunya termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki Daud sekeluarga. metro/- | ||
Tentera Bashar bedil kawasan pemberontak Posted: 30 Sep 2012 07:00 PM PDT 15 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ALEPPO, Syria - Tentera Presiden Bashar Al-Assad membedil kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak di seluruh Syria semalam ketika beberapa pertempuran sengit dilaporkan berlaku di bandar raya ini. Sebuah pasar lama turut terbakar semasa pertempuran tercetus di sini semalam. Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, pertempuran di bandar raya ini melibatkan bedilan meriam. Menurut kumpulan tersebut, serangan artileri menyebabkan sejumlah rumah musnah dan sekurang-kurangnya lima orang termasuk dua penduduk awam terbunuh. Bandar raya ini yang merupakan bandar berpenduduk paling padat di Syria menjadi medan peperangan utama dalam konflik yang telah berlanjutan selama 18 bulan itu. Namun, pertempuran di sini memuncak sejak beberapa hari lalu. Kebanyakan keganasan berlaku di sekitar Bandar Lama di sini yang turut menyaksikan sebuah pasar lama terbakar. Seorang koresponden agensi berita AFP dan kumpulan pemerhati itu memberitahu, banyak kedai musnah dalam kebakaran tersebut. Pertempuran sengit turut dilaporkan berlaku di wilayah Aleppo, utara Syria dengan dua helikopter milik tentera rejim Bashar di lapangan terbang tentera Al-Nairab rosak terkena bedilan mortar pemberontak. Di wilayah Damsyik pula, pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) membunuh lapan askar pemerintah dalam serangan ke atas sebuah pos kawalan tentera di sebatang jalan yang menghubungkan bandar raya Damsyik dengan bandar Qatana, di selatan negara itu. Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Khaled Al-Masri memberitahu, Ketua Pejabat Utusan Keamanan PBB-Liga Arab di Syria, Mokhtar Lamani mengadakan pertemuan dengan seorang komander FSA, Kolonel Kassem Saadeddine di tengah negara berkenaan. Namun, agenda perbincangan mereka tidak didedahkan. Menurut kumpulan pemerhati berkenaan, seramai 118 orang iaitu 48 orang awam, 41 askar dan 29 pemberontak terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria kelmarin. Laporan yang sama menyatakan lebih 30,000 orang terkorban sejak kebangkitan rakyat Syria menentang pemerintahan Bashar tercetus pada Mac 2011. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan