. |
Ulamak Pelapis : HEP Johor Mesir Perlu Henti Ganggu Pelajar Posted: 30 Sep 2012 11:02 PM PDT Tindakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor Mesir mengganggu dan menyusahkan para pelajar baru adalah sangat dikesali. Mengikut maklumat, terdapat pegawai HEP Johor Mesir dengan dibantu oleh seorang pegawai Atase Pendidikan Education Malaysia Egypt dan seorang penyelia rumah Johor Mesir telah menubuhkan Sekretariat Sambutan Pelajar Baru Johor bagi mengatur aktiviti untuk para pelajar baru ini. Tujuan penubuhannya adalah kononnya untuk menyekat para pelajar terjebak dengan kegiatan politik pembangkang. Sebelum ini urusan sambutan pelajar baru diuruskan oleh Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir. BKPJM adalah persatuan yang sejak sekian lama menaungi dan menjaga kebajikan pelajar Johor di Mesir. Antara keluhan para pelajar yang diterima ialah: 1. Mereka seolah-olah dikurung untuk mengikuti taklimat-taklimat bersifat kenegaraan sedangkan mereka sudah mengikuti kursus BTN selama 5 hari di KBN Gunung Pulai. 2. Tidak dapat membuat persediaan yang baik untuk menghadapi peperiksaan kelayakan belajar (imtihan Qabul) yang bakal diduduki kerana terpaksa mengikut taklimat-taklimat tersebut. 3. Tidak dibenarkan berjumpa dengan senior walaupun hanya untuk menyerahkan barang kiriman daripada keluarga di kampung yang terdiri daripada duit, barang makanan termasuh jenis basah dan mudah rosak, pakaian, dokumen dan sebagainya. 4. Kesukaran untuk menghubungi keluarga di kampung kerana tidak dapat membeli simkad Mesir. Mereka tidak diberikan ruang untuk membelinya sendiri. Justeru, Ulamak Pelapis Pusat menyeru agar HEP Johor Mesir bertindak secara bijak dan bukannya menyusahkan para pelajar kerana takutkan bayang-bayang sendiri. Umum mengetahui bahawa para pelajar di Mesir dapat hidup dengan aman dan belajar dengan selesa sebelum ini. Tidak ada kelab politik di Mesir kecuali Kelab UMNO yang sentiasa melanggar arahan kerajaan agar pelajar tidak berpolitik. HEP Johor dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir sepatutnya mengambil tindakan terhadap kelab ini dan bukannya menjadikan para pelajar baru sebagai mangsa. Haji Khairul Mutanazar bin Ismail Pengerusi Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat. |
Kereta dinaiki Naib Presiden Pas, aktivis ditoreh dan dipecah cermin Posted: 30 Sep 2012 10:53 PM PDT RUZY ADILA IDRIS 30 September 2012 SHAH ALAM – Dua tayar kereta yang dinaiki Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ditoreh manakala dua kereta lain dipecahkan cermin depan dan disimbah asid dalam satu kejadian tengah hari tadi di Sungai Rengit, Pengerang. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid). "Dua tayar kereta itu ditoreh manakala kereta yang diparkir bersebelah kereta berkenaan turut ditoreh dua tayarnya dan cermin depan turut dipecahkan. "Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid," katanya, yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, ketika dihubungi Sinar Harian Online, lewat petang ini. Menurut Salahuddin, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), kejadian itu membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dan kejadian disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran. Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Johor pada PRU13. Ketika ditanya sama ada laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian, Salahuddin berkata, beliau tidak mahu berbuat demikian kerana ingin membiarkan orang ramai menilai sendiri perkara itu. "Apa yang berlaku merupakan lanjutan daripada budaya gengsterisme yang diamalkan apabila politik hujah tidak boleh dijawab oleh pihak tertentu. "Kami terpaksa mengambil masa lama untuk menukar tayar dan membaiki serba sedikit sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana esok saya perlu menghadiri beberapa program lagi," katanya yang menganggap kejadian sebagai "ujian kecil." Ujar beliau, apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan usahanya untuk meneruskan perjuangan dan memberi pembelaan secukupnya kepada penduduk di Pengerang. Katanya, beliau turut tidak berkecil hati dan sesiapapun tidak boleh mengharap beliau akan berundur ke belakang. "Sejak menyertai politik 30 tahun lalu, sudah banyak perkara telah saya tempuhi. Kebelakangan ini saya turut menerima ugutan pukul dan ancaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun itu semua saya hadapi dengan tenang. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan