Anwar Ibrahim |
- [VIDEO] Panji Keadilan
- Pakatan Pledges To Focus On Household Income Not Equity Targets
- Defisit RM22 Bilion Dalam Bajet 2013, Hutang Negara RM8 bilion
- Anwar Bidas PM Tiada Di Dewan Ketika Bajet Dibahas
- [VIDEO] Jam 2:30 Petang Ini Sambungan Siaran Langsung Perbahasan Bajet 2013 Oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
- Ayuh Berbahas Di Parlimen
Posted: 01 Oct 2012 01:29 AM PDT |
Pakatan Pledges To Focus On Household Income Not Equity Targets Posted: 01 Oct 2012 01:22 AM PDT The national economic plan should shift from only meeting equity targets and growth to ensuring a minimum household income of RM4,000 a month by the end of a first-term Pakatan Rakyat (PR) administration, Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He also said economic growth should be generated by small and medium-sized businesses and not just by "one or two big bosses." Speaking in Parliament, the opposition leader pitched his PR's Budget 2013 proposal to focus on disposal income instead of chasing equity and growth targets. "The statement has been distorted until some end up making assumptions that PR had promised to pay compensation to the people until their minimum household income reaches the target of RM4,000 a month," Anwar (picture) said. "The approach should instead emphasise sustained economic development and ensure there is increase in the people's disposable income," he said when debating the government's Budget 2013 proposals. Anwar stressed family household income levels were important key economic targets to ensure nobody was left out of mainstream development and the nation's prosperity. "The welfare and well-being of those in the community who require help and protection so as to not be marginalised is the government's responsibility through an integrated social safety system," he said. "The economic prosperity of the majority with continuous revenue levels ensures sustainable growth when they continue to invest in the country's economy," he added. Anwar also said economic growth must be generated by small and medium-sized entrepreneurs "who form the largest business class in the economy", and not only "one or two big bosses or the person who monopolises most economic activities". "The government's role in the economy should be restricted to generating growth in new areas and to accelerate economic activities strategically, and not get involved in every type of economic activity and competing with small businesses and the entrepreneurs," he said. Last week, Anwar had promised to raise the disposable income of Malaysians through measures such as cheaper car prices, abolishment of tolls and waiver of student loans. He said a PR government would be able to pay for the proposed measures not through raising taxes but by plugging leakages that arise as a result of inefficiencies and corruption. |
Defisit RM22 Bilion Dalam Bajet 2013, Hutang Negara RM8 bilion Posted: 01 Oct 2012 01:16 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara. Katanya, peningkatan bayaran hutang paling ketara sebanyak 56 peratus atau meningkat ke RM8 bilion berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan, "Jika diperhatikan, sejak Najib menjadi Menteri Kewangan (2009-2013), saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan. "Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (yang diguna) untuk membayar khidmat hutang telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu 85 peratus. "Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran," katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen hari ini. "Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hinga 2013 adalah (RM)184 bilion," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka. Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya. Malangnya, kata Anwar, sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh. Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya. Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga. "Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat. "Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan," jelas Anwar. Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yang menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut: 1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yang membolot sebahagian besar ekonomi. 2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi. 3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yang berlaku oleh Khazanah Nasional. Manakala pendidikan dan kemahiran yang khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi. Dasar khusus yang menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah. |
Anwar Bidas PM Tiada Di Dewan Ketika Bajet Dibahas Posted: 01 Oct 2012 01:13 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. “Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang,” kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. “Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik,” katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. “Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?” kata Anwar. |
Posted: 30 Sep 2012 11:13 PM PDT Nota Admin: Dato Seri Anwar Ibrahim akan menyambung Perbahasan untuk sesi Perbahasan Bajet 2013 hari ini,Isnin 1 Oktober 2012, 2:30 petang. Klik Video dibawah untuk mengikuti siaran perbahasan langsung dari Parlimen Malaysia. |
Posted: 30 Sep 2012 12:11 PM PDT Ketika saya, Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga sebelum pemecatan, peran saya adalah membentangkan belanjawan negara dan juga berbahas bersama ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang ketika itu. Sepanjang tempoh itu juga, saya tuntas menggerakkan agenda perubahan – membanteras rasuah, menghapuskan amalan kronisme dan nepotisme serta mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat terbanyak. Esok, jam 11.30 pagi, selaku Ketua Pembangkang, saya akan mulakan perbahasan Belanjawan 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Selaku Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan berani, saya percaya Datuk Seri Najib akan hadir di dalam Parlimen esok bagi membahaskan Belanjawan 2013 bersama saya dan ahli parlimen semua – agar rakyat mendapat gambaran sebenar akan kebijakan ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Semoga perbahasan esok hari menjadi kayu pengukur kepada sekelian rakyat bagi mereka menentukan – di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – yang mana madu, yang mana racun. ANWAR IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan