Sabtu, 8 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sekitar Rumah Terbuka PAS N.Sembilan 1433H/2012M

Posted: 07 Sep 2012 09:59 PM PDT

Antara tetamu yang hadir semasa Rumah Terbuka PAS N.Sembilan 1433H/2012M di Dataran Senawang pada 8 September 2012.

Beberapa gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka PAS N.Sembilan 1433H/2012M di http://pasns.blogspot.com/2012/09/sekitar-rumah-terbuka-pas-nsembilan.html

Banyak bendera PAS diturunkan MPS di Dataran Senawang

Posted: 07 Sep 2012 07:04 PM PDT

Majlis Rumah Terbuka PAS di Negeri Sembilan hanya akan bermula jam 11 pagi Sabtu 8 September 2012 di Dataran Senawang. Akan tetapi awal pagi lagi sebuah lori MPS (Majlis Perbandaran Seremban) telah berlegar-legar sekitar Dataran Senawang, ketika petugas Majlis Rumah Terbuka sedang membuat persiapan, membuat air, menyusun kerusi, memotong buah dan sebagainya.

Sekitar jam 9.25 pagi kakitangan MPS memulakan operasi menurunkan bendera PAS di sekitar Dataran Senawang yang baru dipasang 1-2 hari yang lalu, sedangkan begitu banyak bendera BN dan Umno telah bergantungan berjuntai-juntai berbulan-bulan sebelum ini di Dataran Senawang tiada tindakan langsung oleh MPS untuk menurunkannya.

Satu demi satu bendera PAS diturunkan, dikait dengan galah besi oleh beberapa kakitangan MPS. Petugas PAS hanya memerhatikan sahaja tanpa membuat sebarang tindak balas, memaki hamun atau menghalang kakitangan MPS.

Kakitangan MPS ini bertindak demikian kerana menerima arahan dari pihak atasan.

Inilah demokrasi ala Umno dan BN di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga Allah menumbangkan Umno/BN dalam pilihanraya yang terdekat ini.

Amin.

Saksikan lebih banyak gambar-gambar bendera PAS sedang diturunkan oleh kakitangan MPS dan gambar bendera BN yang begitu banyak di Dataran Senawang di http://pasns.blogspot.com/2012/09/banyak-bendera-pas-diturunkan-mps-di.html

Tiada ulasan:

Nuffnang