Jumaat, 7 September 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Implikasi cadangan harga kereta murah Pakatan Rakyat

Posted: 07 Sep 2012 01:00 AM PDT

Dalam keghairahan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta, mereka terlupa untuk memberi  maklumat kepada rakyat Malaysia apakah impak cadangan tersebut terhadap kualiti alam sekitar dan kenaikan sisa karbon serta kesesakan lalu lintas di jalanraya.

Sudah tentu ratusan ribu kereta baru yang bakal dibeli ini akan menambah implikasi buruk kepada alam sekitar dan kesesakan jalanraya yang sekarang ini pun sudah begitu kronik di bandar-bandar utama di negara kita.

Apakah kita akan terpaksa membelanjakan berbillion ringgit lagi untuk membina lebih banyak jalan dan lebuhraya bagi menampung lebih banyak kereta yang murah ini?

Atau haruskah kita belanjakan duit berbillion itu untuk perkara lain seperti sekolah, hospital dan balai polis, termasuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam, bagi mengelak impak negatif bertambah terhadap alam sekitar dan kesesakan lalu lintas yang kronik.

Ramai orang merasakan cadangan mengurangkan harga kereta ini bercanggah dengan tindakan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dipertangggungjawabkan untuk mereformasikan sistem pengangkutan awam di negara kita.

Seperkara lagi, orang kampung di luar bandar tidak akan mampu untuk membeli kereta walaupun harga kereta diturunkan. Tetapi mereka akan merasa implikasi dari cadangan ini. Besar kemungkinan mereka terpaksa berkorban kerana sekolah dan klinik di kawasan pendalaman terpaksa di kurangkan akibat kekurangan peruntukan pembangunan disebabkan cukai kereta berbillion ringgit yang dipungut oleh kerajaan sudah berkurangan.

Ini belum lagi membicarakan tentang komitmen negara kita untuk mengurangkan intensiti karbon negara sebanyak 40% sepertimana yang diperakui oleh Malaysia dalam Protokol Kyoto.

Tiada ulasan:

Nuffnang