Jumaat, 7 September 2012

.

.


Saham Judi? GENTING BHD DALAM SAHAM FGVH

Posted: 07 Sep 2012 02:59 AM PDT

GENTING BHD DALAM SAHAM FGVH

Kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini bahawa pegangan dan kepentingan peneroka kekal terpelihara. Bahkan menjamin dari unsur yang melanggar syarak.

"Saya adalah anak pengasas Felda, Ayahnda Almarhum Tun Abd Razak. Saya bersumpah tidak akan khianat apa yang telah dibina oleh Ayahnda saya".nampak macam tegas ucapan Najib.

Hari ini saham menjunam tinggal RM4.78. Esok lusa tak tau lagi. Adakah Najib akan kata, turun naik saham perkara biasa. Hujah yang sama diberikan oleh Dato Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor waktu lingkupnya Amanah Saham Johor. Pemimpin Umno tak fikir derita rakyat. Berapa ramai pemegang saham ASJ yang muflis kerana ghairah beli saham ASJ sebab percaya sangat cakap Ghani Othman. Hingga buat loan di Bank mencecah RM 100,000.
Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard...adat main saham, ada untung ada rugi!

Masa ghairah promote FGVH,...apa yang pemimpin Umno tak jamin?
Bulan, bintang....masyaallah.
Jangan dengar cakap pembangkang, tak de wawasan, bodoh, ......

Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dlm FB ni pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!
Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH....

Mewakili ANAK, saya mendesak YAB PM buat penjelasan segera kedudukan meruncing saham FGVH; juga kedudukan sebenar mekanisme syariah bagi mengelakkan pemegang saham terjebak dlm pelaburan haram atau syubhat.

Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan mengutus surat Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong mohon pemakluman mengenai status memorandum yg dihantar pada Himpunan Oren 14 Julai lalu. Keyakinan kami Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu sedang meneliti perkembangan terkini mengenai FGVH.
GSF sedang berusaha mendapat perkenan untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi berkongsi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin selar ulama Umno membisu dalam isu melibatkan parti tersebut

Posted: 07 Sep 2012 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Bekas mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Dr Asri (gambar) juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan  lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.
"Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,"kata Asri dalam kenyataannya di  laman rasminya www.drmaza.com.

Insiden serangan bas jelajah merdeka ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Bharu dan kemudiaannya serangan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di masjid baru-baru ini mencerminkan imej  sebenar budaya politik ganas yang berlaku dalam negara.

Kontroversi memijak potret perdana menteri (PM) Najib Razak dan isteri dan kibaran bendera baru pada malam kemerdekaan diperbesar-besarkan oleh media  hingga memaksa polis mengambil langkah drastik bagi menangkap pesalah tersebut.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya  mengikut kehendak parti semata-mata.

"Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka," tulis Dr Asri dalam  laman sosial Twitter.
Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri  apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.
"Dalil-dalil agama dan nama 'salafussoleh' dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik 'orang muda agama'.
" Maka tidak pelik jika Allah  menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing," katanya lagi.

Turut tidak terlepas daripada teguran Dr Asri dalam kenyataannya tersebut ialah bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi yang menyertai parti Islam, PAS baru-baru  ini.

Pertelingkahan melibatkan bekas mufti Perlis tersebut dengan Abby menarik perhatian ramai minggu lepas apabila kedua-dua mereka bertikam lidah dalam menyuarakan  pandangan ke atas isu hukum hudud.
Dr Asri mempersoalkan pihak PAS yang memberikan platform kepada Abby untuk bercakap tentang isu-isu berkaitan dengan Islam dan politik tanpa sebarang ilmu dan  pendidikan yang selayaknya.
"Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi 'sarjana Islam'.
"Mula mengeluarkan hukum ke atas orang  lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi 'wajah dan penampilan' yang memikat penganjur.
"Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan," katanya lagi.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/asri-selar-ulama-umno-membisu-dalam-isu-melibatkan-parti-tersebut/

Tiada ulasan:

Nuffnang