Anwar Ibrahim |
- Foto Jelajah #Merdekarakyat Rantau Negeri Sembilan,7 September 2012
- Jadual Jelajah Bas #Merdekarakyat Melaka, Esok Sabtu, 8 September 2012
- Mahfuz: Gambar PM Lebih Suci Dari Masjid?
- Misi Utama APS Untuk Menangkan Pakatan – Wilfred
Foto Jelajah #Merdekarakyat Rantau Negeri Sembilan,7 September 2012 Posted: 07 Sep 2012 09:16 AM PDT | ||||||||||||||||||
Jadual Jelajah Bas #Merdekarakyat Melaka, Esok Sabtu, 8 September 2012 Posted: 07 Sep 2012 09:12 AM PDT 8 September 2012 (Sabtu) – Melaka
| ||||||||||||||||||
Mahfuz: Gambar PM Lebih Suci Dari Masjid? Posted: 07 Sep 2012 08:59 AM PDT Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya. Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini. “Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?” soalnya. Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid. | ||||||||||||||||||
Misi Utama APS Untuk Menangkan Pakatan – Wilfred Posted: 07 Sep 2012 08:49 AM PDT Misi utama penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk Kerajaan Persekutuan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Bumburing. Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya APS akan memonopoli calonnya bagi mewakili Pakatan pada PRU akan datang. "Tidak perlu bagi saya atau mana-mana pemimpin APS menjadi calon kerana kami pasti pemimpin semasa dari kalangan komponen Pakatan mampu dan bersedia untuk diletak sebagai calon dalam PRU. "Bagaimanapun APS bersedia mencadang beberapa nama untuk dipertimbang sebagai calon," Katanya dalam satu kenyataan. Mengakui PRU ke-13 sengit, APS ketika ini juga kata Wilfred giat menyatukan bekas penyokong BN Sabah untuk menyertai Pakatan. "Kita akan pastikan pembangkang Sabah bersedia berdepan BN kerana Pakatan mempunyai kelebihan termasuklah kegagalan BN menyelesai masalah penduduk Sabah walaupun diberi peluang sebagai kerajaan sekian lama," kata Wilfred lagi. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan