. |
Adakah ini juga 'menghasut', polis? - POLIS KENA ADIL Posted: 07 Sep 2012 06:30 PM PDT ![]() Adakah ini juga 'menghasut', polis? Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka. ![]() Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa. Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat. Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut: Lim Guan Eng ![]() Datuk Ambiga Sreenevasan ![]() Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak. Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang ![]() Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN. Lim Kit Siang Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa. Source: http://www.malaysiakini.com/news/208271 |
Waris pencipta Jalur Gemilang tuntut royalti Posted: 07 Sep 2012 02:53 PM PDT ![]() Abu Bakar bersama Jalur Gemilang dan buku mengisahkan abangnya pencipta bendera itu. Bait kekesalan itu jelas terpancar di wajah adik bongsu daripada 10 beradik keluarga Allahyarham Mohamed, yang juga adalah waris apabila mengenangkan nasib pencipta bendera Malaysia. Abu Bakar, 77, berkata, biarpun abangnya yang juga bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor disahkan sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun tiada pengiktirafan dan anugerah dikurnia, apatah lagi royalti. "Bukan harta kekayaan yang kami inginkan, apatah lagi gelaran untuk disanjung, cukup sekadar abang diiktiraf atas jasa dan sumbangannya. "Jalur Gemilang diarak sekeliling dunia, dibawa ke angkasa, malah dikibar di Olimpik, mereka mengharumkan nama disanjung dan diberi pengiktirafan, namun jasa abang? "Saya serik dan sedih dengan janji dan liputan diberikan untuk abang, kini saya tidak mahu berlembut lagi," katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Pandan, semalam. Abu Bakar menuntut royalti RM1 juta setahun daripada kerajaan bermula Jalur Gemilang dikibar di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957. "Niat saya hanya satu, duit ini akan saya guna untuk ketenangan abang dengan bina masjid di 14 negeri yang diterjemah menerusi 14 bucu bintang pada Jalur Gemilang yang dinama atas nama abang, atau Jalur Gemilang atau nama lebih bersesuaian," katanya. Katanya, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur, bukan golongan berkemampuan malah kos baik pulih pusara abangnya juga tidak dapat dilunaskan. Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/waris-pencipta-jalur-gemilang-tuntut-royalti-1.82648 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan