Mohamad Taufek Abd Ghani |
Isu kuota haji, adilkah pengagihannya? Posted: 02 Sep 2012 07:24 PM PDT Baru-baru ini kerajaan mengumumkan menaja 400 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji pada tahun ini. Persoalannya, adakah 400 orang yang terpilih ini mereka yang memang termasuk dalam senarai menunaikan haji pada tahun ini, atau 400 orang ini ada yang mengambil kuota jemaah lain yang sepatutnya pergi pada tahun ini? 28,000 kuota haji yang diberikan pada tahun ini , berapakah yang diberikan kepada jemaah haji muassasah dengan kos menunaikan ibadat haji sebanyak RM9,980, dan berapa pula kuota yang diberikan kepada syarikat pengendali swasta yang mungkin ada kos hajinya yang menelan belanja ratusan ribu ringgit untuk seorang jemaah haji? Jika kita sudah ada 963,000 rakyat Malaysia yang sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji dengan hanya 28,000 kuota setiap tahun, ini bermakna siapa yang mendaftar selepas ini akan menunggu 34 tahun lagi untuk pergi menunaikan haji. Kuota kekal 28,000 3 Sep 2012 Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam. "Sehingga kini, 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam. Jamil Khir berkata, penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980. Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji 28 Ogos 2012 Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini. Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan