Isnin, 3 September 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kahwin ketika perang Syria

Posted: 03 Sep 2012 01:23 AM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

HANAN dan Abu Khaled duduk dalam majlis perkahwinan mereka di Aleppo pada 31 Ogos lalu.

ALEPPO - Satu pasangan muda menjalin hubungan cinta semasa peperangan berlaku di negara mereka, Syria di sini.

Pasangan itu, seorang penembak tepat, Abu Khaled dan Hanan yang merupakan seorang jururawat kemudian mendirikan rumah tangga.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di sini pada 31 Ogos lalu.

Hanan pernah merawat kecederaan luka Abu Khaled.

Abu Khaled yang berusia 20 tahun mendedahkan dia menyintai Hanan selepas melihatnya pada pandangan pertama.

"Saya melihatnya di tempat bantuan kecemasan di sekolah Coneta. Daripada pandangan pertama, saya menyintainya.

"Kemudian saya ditembak di kaki dan dia membersihkan luka saya pada setiap hari," katanya.

Hanan yang berusia 23 tahun turut mendedahkan cintanya terhadap Abu Khaled semakin kuat selepas abangnya terbunuh dalam peperangan di Syria.

Dalam majlis perkahwinan mereka, seorang komander Tentera Pembebasan Syria yang mewakili kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad telah memberikan ucapan.

Pasangan tersebut saling bertukar-tukar cincin.

Pergolakan di Syria bermula pada Mac tahun lalu apabila penduduk bangkit menentang kepimpinan Bashar.

Pertempuran kemudian berlaku antara sebahagian besar penduduk dengan askar-askar Bashar.

Kumpulan penduduk yang bangkit memberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak asasi manusia.

Lebih 20,000 orang telah terbunuh sejak pertempuran berlaku di bandar-bandar Syria. - Agensi

Jemputan Merdeka: Umno usah bermuka-muka

Posted: 03 Sep 2012 01:16 AM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menasihatkan pemimpin Umno agar tidak bermuka-muka kononnya membela Raja-raja Melayu apabila memainkan isu jemputan sambutan Merdeka terhadap Sultan Selangor.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, Rakyat sudah muak dengan sifat bermuka-muka dan putar belit pemimpin-pemimpin Umno dalam perkara itu dan bukti penghinaan Umno terhadap raja-raja Melayu terlalu banyak.

"DPPNS turut berasa kesal dengan politik sempit yang cuba dimainkan oleh Umno yang berlagak seumpama wira untuk mempertahankan institusi diraja sedangkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang mempunyai sejarah hitam sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada institusi beraja di dalam negara ini dan mereka selama ini tidak pernah barang sekali berasa sesal dan memohon maaf di atas tindakan mereka.

"DPPNS meminta supaya pemimpin–pemimpin Umno Selangor tidak perlulah cuba membodek dan menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menyelamatkan kuasa politik Umno Selangor yang sudah semakin tenat," katanya.

Mengulas isu jemputan sambutan ambang Merdeka terhadap Sultan Selangor, Mohd Sany berkata isu tersebut sengaja dimainkan pihak tertentu untuk cuba untuk mengeruhkan hubungan yang terjalin baik di antara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, isu tersebut belum diketahui asal-usul punca kesilapan tetapi telah digembar-gemburkan sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja.

"DPPNS bersetuju bahawa orang yang paling layak untuk menjelaskan kekeliruan ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan peringkat negeri," katanya.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia Sabtu lalu melaporkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan Selangor tidak menghormati institusi diraja dengan mengenepikan Sultan Selangor, dalam majlis Ambang Merdeka yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu.

Semalam Setiausaha kepada Menteri Besar, Faekah Husin memberitahu Mohamad Khusrin telah mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mempersoal, jika kerajaan Selangor dituduh menghina raja, maka Umno lebih lagi menghina raja apabila tidak menjemput Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

harakahdaily/-

Tempangkan 3 negeri talian hayat BN

Posted: 03 Sep 2012 12:33 AM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -


TASIK GELUGOR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub sekali lagi memberi peringatan kepada jentera Pakatan Rakyat agar berkerja keras jika mahu menggapai impian menguasai Putrajaya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, laluan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya akan menjadi lebih mudah jika kedudukan BN di tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor dapat ditempangkan..

Ini kerana ketiga-tiga negeri itu kini adalah talian hayat Umno untuk terus kekal berkuasa.

"Tempangkan dulu tiga negeri yang menjadi teras kekuatan BN iaitu Sabah, Sarawak dan Johor sebab negeri terbabit adalah nadi Umno dan BN.

"Jika dapat dikurangkan pasti memberi peluang Pakatan Rakyat ke Putrajaya dengan mudah sekali, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program Karnival Penerangan Terkini (KarPenTer) anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri dengan kerjasama PAS Tasek Gelugor di Dewan JKKK Simpang Empat Permatang Buluh semalam.

Sehubungan itu katanya, selain memberi tumpuan di negeri-negeri lain, tumpuan lebih pula perlu diberikan kepada tiga negeri ini.

Sebab itu katanya, ramai kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kini berada di Sarawak, Sabah dan Johor ekoran terdapat angin perubahan rakyat yang sangat memberangsangkan.

Menurut beliau lagi, jika ketiga-tiga negeri ini menunjukkan perubahan besar menjelang PRU13, pasti Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak mampu tidur lena.

"BN memang selesa di tiga negeri tersebut. Tak apa itu situasi lama berlainan dengan sambutan masyarakat hari ini di mana Umno dan BN tidak berani lagi bersiul di tengah jalan kerana khuatir mendapat malu, " katanya.

HARAKAHDAILY/-

Subhanallah! Bayi kembar hitam putih

Posted: 03 Sep 2012 12:30 AM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.

Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.

Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya – Aleisha Lily – berkulit putih.

Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.

"Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha," katanya.

Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa.

Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik.

"Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta," katanya.

Sementara itu, Frazer berkata, dia 'jatuh cinta pandang pertama' apabila melihat Candice dan Aleisha.

"Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza," katanya.

Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela – Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur.

Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai.

Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. – TS

Hantar Rohingya ke negara lain

Posted: 03 Sep 2012 12:20 AM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

Yangon: Ratusan sami Buddha di Myanmar mengadakan perarakan menyokong saranan Presiden Thein Sein untuk menghantar 800,00 penduduk Rohingya ke negara lain. Thein Sein membuat cadangan itu Julai lalu yang segera ditolak agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sami itu membawa sepanduk berbunyi: "Selamatkan tanah air kamu dengan menyokong presiden." Myanmar menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh tetapi Dhaka turut tidak mengiktiraf mereka. - AP

Syaitan Dan Lembu Berkeliaran Dekat Pilihanraya

Posted: 03 Sep 2012 12:13 AM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

AKU malas nak ulas pasal serangan ke atas jemaah masjid sewaktu DS Anwar sedang memberikan tazkirah malam tadi kerana banyak blog telah mengulas kejadian ini. Katanya PERKOSA terlibat di dalam serangan terhadap rumah Allah tersebut, tetapi aku lebih yakin bahawa sebenarnya yang menyerang itu adalah syaitan dan iblis yang telah menjelmakan dirinya.

Ertinya, kenyataan Mamak pandi kutti sebelum ini adalah benar bahawa lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali.

Aku nak ulas sikit isu bendera walaupun aku sudah mengulasnya di dalam artikel yang lepas. Di dalam tulisan aku yang lepas aku nyatakan bahawa PR tidak berminat untuk menukar bendera, kita lebih berminat untuk tukar rejim yang memerintah sekarang. Tiada salahnya bendera samada ianya dipanggil Jalur Gemilang mahu pun Sang Saka kerana yang rasuah tetap rasuah, yang zalim tetap zalim.

Semalam pihak Polis secara tegasnya menyebut akan menyiasat kes bendera dan juga kes meletakkan punggung ke atas potret Najib. Pantas nampaknya pihak Polis kali ini. Aku harap siasatan ini berjaya walaupun banyak kes yang lebih besar tidak selesai malah berlalu begitu sahaja.

Budak ini dikatakan membawa bendera Sang Saka (Saka Bangsa? ) dan tidak pula kedengaran budak-budak ini menjerit " Ayuh...kita tukar bendera". Tidak pula diketahui membawa bendera Sang Saka ini begitu besar dosanya sedangkan bendera Israel pernah berkibar di PWTC. Ertinya, lebih mulia bendera Israel dari Sang Saka?

Membawa bendera Sang Saka lebih besar dosanya dari mempamirkan banner menggelar Sultan sebagai "Natang" ? Lebih mulia gamaknya mengusung kepala babi di letakkan di masjid daripada membawa bendera Sang Saka? Di mana siasatan dan siapa yang didakwa atas krjadian usung kepala babi ke masjid dan mempamerkan banner menghina Sultan sebagai " Natang" ? Ada atau tidak yang didakwa?

Nampaknya semakin dekat PRU maka semakin banyak syaitan yang menjelmakan dirinya. Mungkin kerana syaitan ini telah diseru oleh bomoh mamak pandi kutti baru-baru ini. Oleh kerana itu, kita di dalam PR khususnya tuan rumah atau Penganjur mana-mana program yang melibatkan pimpinan berisiko wajiblah peka terhadap aspek keselamatan. Mereka ini kita tahu dari spesis lembu yang suka makan poster dan bendera dan suka ceroboh kawasan kita, jadi kita perlu bina kandang dari dimasuki oleh lembu-lembu ini. Jangan salahkan lembu jika menceroboh ladang kita kerana lembu tetap berotakkan lembu.http://wfauzdin.blogspot.com/

Pasukan khas siasat kes serang bas jelajah Anwar

Posted: 02 Sep 2012 11:55 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

Polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis.

"Kita menubuhkan pasukan khas ini bagi menyiasat ketiga-tiga insiden berkenaan termasuk yang berlaku semasa perhimpunan itu berdasarkan siaran gambar-gambar yang telah dihebahkan oleh pihak media. Kita minta individu-individu yang terlibat itu untuk tampil memberi keterangan.

"Sekiranya gagal tampil membantu siasatan, kita (polis) akan memburu dan mencari mereka serta mengenakan tindakan berdasarkan undang-undang yang ada," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibunegara semalam.

Mohd Bakri berkata tindakan segelintir individu yang cuba membuat provokasi semasa perhimpunan itu boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara serta mewujudkan anasir negatif yang boleh menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata berhubung insiden mempamerkan bendera baru bagi menggantikan bendera Malaysia kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948, manakala kejadian memijak gambar pemimpin negara kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Katanya, insiden menunjukkan punggung terhadap gambar pemimpin negara boleh disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan
seseorang.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata berhubung satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Tun H.S Lee pada Rabu lepas, polis kini menyiasat laporan berhubung tindakan penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang gagal memberi notis untuk berhimpun Khamis lepas.

Mohd Bakri berkata polis meminta penganjur tampil membantu siasatan kerana melanggar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2011 iaitu gagal memberi notis 10 hari awal untuk berhimpun.

Dalam pada itu, polis telah merakam keterangan lima saksi termasuk seorang pemandu bas berhubung insiden serangan dan simbah cat ke atas sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR di Kota Bharu.

Mohd Bakri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan di balai-balai polis berhampiran.

- Bernama

Bajet 2013 jadi pertaruhan BN untuk PRU13

Posted: 02 Sep 2012 11:49 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD]

KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada September ini sarat dengan 'gula-gula' menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau yakin Umno BN akan menggunakan peluang semaksima mungkin untuk menarik sokongan rakyat.

"Sudah pasti bajet ini menjadi kosmetik sepenuhnya untuk mereka menghadapi PRU13 nanti.

"Saya pasti peluang ini akan digunakan semaksima mungkin untuk mereka mendapat sokongan dari seluruh rakyat dan juga liputan yang meluas," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Gantang juga menjangkakan bajet kali ini lebih tertumpu kepada kakitangan awam dan orang kampung.

"Kalau hanya melalui pemberian 'one off' di luar musim bajet, impak yang mereka perolehi tidak memberangsangkan dan itu yang dialami oleh mereka sebelum ini terhadap pemberian tayar percuma serta RM500 kepada rakyat," jelasnya.

Mengulas pertaruhan BN kepada bajet itu nanti, Nizar berkata ianya mungkin menjadi kayu ukur kepada Najib untuk membubarkan parlimen selepas melihat reaksi rakyat terhadap pembentangan bajet itu.

Menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata draf bajet 2013 akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.

Bajet 2013 yang turut merangkumi cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk kumpulan tumpuan, agensi kerajaan serta sektor-sektor perindustrian itu, akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.

HARAKAHDAILY/-

Gandingan Mantap Wanita Pakatan Rakyat

Posted: 02 Sep 2012 11:46 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

BERMULA jam 3 petang ini, di Dataran Marwan Al Hakam, Air Hitam Johor berlangsungnya program Riang Raya, Semarak Hijau ke Putrajaya.

Kelihatan YB Zailah, YB Ubaidah, Siti Aishah Ketua Srikandi PKR, Aiman Atirah AlJundi, Faridah Ketua Ameerah Muslimat PAS, wakil Wanita DAP dll yang disantuni pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

90% program di penuhi golongan hawa. Kaum lelakinya datang menemani isteri atau anak perempuan mereka.
Saya kagum dengan komitmen wanita PR ini. Majlis forum yg menampilkan Hajah Mumtaz Nawi, Siti Aishah, wakil DAP, Cik Faridah dan moderator Cik Anis Azli berjaya menampilkan tokoh2 hebat wanita!

Kelibat muslimat dari Melaka dan NS Yg datang dengan bas menggembirakan kita orang Johor selaku tuanrumah. Turut hadir para seniman seperti Hj Salleh Bakar, Hasni Abas, Abang Kasim dan Amni Jagat.

Kemuncak malam ini adalah pidato Tuan Hj Mohd Sabu dan Dato Dr Mahfodz Mohamed.
Syabas Muslimat!

SELATAN ONLINE/-

Harga minyak Asia merudum

Posted: 02 Sep 2012 11:42 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

SINGAPURA: Harga minyak mentah di Asia merudum hari ini selepas peniaga kecewa dengan tindakan Ketua Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke yang enggan mengesahkan langkah rangsangan ketika berucap, kata penganalisis.

Pengeluaran kontrak utama New York, minyak mentah Light Sweet Oktober kurang 24 sen kepada AS496.23 setong manakala minyak mentah Brent North Sea pada bulan sama turun 17 sen kepada AS$114.40. - AFP

Sambutan Kemerdekaan Negeri Selangor meriah

Posted: 02 Sep 2012 11:39 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Malam tadi, sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Sebangsa, Senegara, Sejiwa adalah tema yang telah disepakati dan telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan.

Sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor.

Turut hadir memeriahkan sambutan tersebut, barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri serta keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain.

Dalam pada itu, sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat.

Pada sambutan itu juga, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam, tepat pada jam 12 tengah malam.

MALAYSIA HARMONI/-

Serang masjid tak hormat majlis agama

Posted: 02 Sep 2012 10:57 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan samseng menyerang majlis tazkirah maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah suatu penghinaan kepada rumah ibadah.

Samseng yang dipercayai ahli Perkasa itu menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam Masjid Al Husin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, insiden itu sangat memalukan dan menunjukkan sikap mereka yang tidak menghormati majlis agama.

"Perbuatan ini sangat memalukan dan merupakan penghinaan kepada rumah Allah, tempat ibadat dibaling kasut ketika orang ramai sedang mengimarah masjid dengan mendengar tazkirah.

"Mereka yang diupah tak hormat imam masjid walaupun berkali-kali imam memberitahu bahawa beliau yang memberi kebenaran untuk majlis tazkirah itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahfuz yang turut berada berada dalam majlis tersebut turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dengan sikap biadab orang Islam sedangkan orang bukan Islam turut berada di luar masjid dan mendengar tazkirah yang disampaikan.

"Tapi ada orang Islam yang menggunakan Perkasa, yang bukan qariah tempatan melakukan perkara yang memalukan.

"Inilah kejayaan 55 tahun Umno menternak rakyat untuk menjaga kepentingan mereka. Umno gagal mendidik rakyat, tapi mereka ternak rakyat untuk bersikap biadab," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

HARAKAHDAILY/-

Rakyat dibohongi, sogok wang dan restui samseng

Posted: 02 Sep 2012 10:51 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat kecewa dengan budaya pemimpin kerajaan yang terus menerus mengguna wang dan paksaan kepada kakitangan kerajaan untuk hadir dalam perhimpunan.

Jelas ini bukanlah petanda demokrasi yang sihat, malah adalah petanda kerendahan minda dan jiwa pimpinan kerajaan untuk berhadapan dengan realiti apabila tidak yakin dengan sokongan rakyat.

Sampai bilakah budaya seperti ini akan dikekalkan kerana ia adalah suatu cara membohongi bukan sahaja rakyat malah kerajaan sendiri.

Kami mendapati betapa kerajaan kali ini mengguna habis-habisan semua kakitangan kerajaan untuk memastikan kehadiran mencapai bilangan yang akan digahkan sebagai perhimpunan yang berjaya.

Tidak cukup dengan surat arahan dan amaran bahawa tindakan boleh diambil jika tidak hadir, malah kakitangan juga ada yang diberi peruntukan kewangan untuk memastikan mereka tidak ponteng dalam acara bersandiwara menyokong kerajaan.

Dari acara menyambut hari Kemerdekaaan sehingga kepada majlis jamuan Hari Raya, dari perhimpunan belia sehingga acara sambutan hari kebesaran negara; beratus juta ringgit dikeluarkan untuk meramaikan majlis tanpa berfikir mengenai implikasinya.

Tidak cukup dengan itu nampaknya pihak kerajaan merestui pendekatan samseng yang semakin menunjukkan bayangan bahawa kerajaan yang ada sedang terdesak sehingga tidak lagi membatas tindakan untuk mempertahankan kuasa, iaitu dengan apa cara sekali pun termasuk kekerasan.

Sangat memalukan kini pihak parti yang bersungguh untuk mempertahankan kuasa di Putrajaya sedang bermati-matian untuk menghalalkan semua cara termasuk pendekatan terorisme untuk menakutkan rakyat.

Lebih malang lagi pihak polis yang begitu cepat bertindak jika ada laporan dilakukan terhadap pihak pembangkang, nampak sangat berlengah jika keganasan yang jelas dilakukan oleh penyokong kerajaan dilaporkan di seluruh Negara.

Soalnya apakah kerajaan yang sudah memerintah selama 55 tahun ini terlalu rapuh dan sudah terlalu lemah daya berhujah sehingga terpaksa mengguna politik samseng, politik fitnah dan politik adu domba antara kaum.

Lebih memalukan lagi ialah bila yang diperkuda ialah anak-anak muda bangsa Melayu. Bukan sahaja ia menghina daya berfikir generasi muda malah juga merendahkan adab dan tatasusila budaya orang Melayu yang dipertonton kepada kaum lain.

Teras sangat kesal dan mengecam keras kepimpinan Melayu yang berdiam diri terhadap budaya politik tidak senonoh dan ganas. Cukup bangsa Melayu ini ditelanjang dengan budaya fitnah dan lucah yang sangat menjijikkan, kini kerajaan yang diteraju oleh orang Melayu pula mendidik anak muda bangsanya sendiri untuk berperilaku dengan budaya politik samseng jalanan yang sangat menjijikkan.

Teras berpendirian jika pemimpin-pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan budaya politik samseng ini tidak memperbetulkan pengikutnya dengan perangai yang melambangkan budaya Melayu, maka tidak ada masa depan lagi untuk bangsa Melayu dihormati.

Kini seluruh tenaga nampaknya terpaksa berhadapan dengan cabaran politik gangster ala mafia yang diperlihatkan kepada dunia.

Pihak pimpinan kerajaan dengan mudah berselindung di sebalik NGO asobiyyah fanatik bila berlaku provokasi untuk bertindak ke atas pihak pembangkang.

Akibat ketandusan ide untuk berhujah dengan matang dan dewasa, pimpinan kerajaan memilih untuk mencari jalan pintas mewujudkan ketegangan awam dan dengan itu boleh beralasan untuk merempuh seluruh hak politik dan hak asasi manusia di kalangan rakyat yang menuntut perubahan.

Penulis ialah Presiden Teras.

Gadis 16 tahun jadi datuk bandar dua bulan

Posted: 02 Sep 2012 09:57 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

BASHAER menggunakan cop datuk bandar di atas dokumen di pejabatnya di Allar, Tebing Barat pada 25 Ogos lalu.

ALLAR - Seorang gadis berusia 16 tahun, Bashaer Othman (gambar kecil) kembali semula ke sekolah selepas beliau menamatkan perkhidmatan sebagai datuk bandar selama dua bulan di sebuah bandar kecil di Tebing Barat, Palestin.

Beliau menjadi Datuk Bandar Allar yang mempunyai 8,000 penduduk.

Beliau menjadi datuk bandar pada 2 Julai lalu semasa usianya 15 tahun.

Bashaer menjadi datuk bandar menerusi program projek parlimen muda yang dikendalikan Forum Pemuda Sharek.

Tujuan program itu diperkenalkan adalah untuk melibatkan golongan muda dalam pentadbiran tempatan Palestin.

"Saya datang ke pejabat pada setiap pukul 8 pagi dan meneliti banyak fail, menandatangani dokumen selain bertemu dengan anggota-anggota majlis perbandaran.

"Saya juga melakukan banyak lawatan untuk menyelesaikan masalah dengan segera," katanya.

Menurutnya, dia berasa takut memegang tanggungjawab yang terlalu banyak namun menganggapnya sebagai satu cabaran.

Selepas enam jam bekerja, Bashaer pulang ke rumah dan melakukan rutin harian sebagai seorang gadis termasuk bermain permainan komputer.

Terdapat 11 anggota majlis perbandaran, enam daripadanya dari parti Fatah, lima lagi mewakili pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza.

Menurut Bashaer, semua anggota majlis tersebut memberikan sokongan kepadanya.

Gadis itu diberikan kuasa penuh sebagai datuk bandar.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan utnuk menandatangani kelulusan kewangan setakat AS$75 (RM52.92).

Menurutnya, dia berharap akan menjadi datuk bandar sekali lagi. - AFP

100 motor, basikal konvoi Xpresi Hijau di Miri

Posted: 02 Sep 2012 09:54 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

MIRI: Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya anjuran DewanPemuda PAS Malaysia semalam, berjaya menjejak kaki di Bumi Kenyalang semalam.

Konvoi yang disertai lebih 100 buah motosikal dan basikal itu bermula di bandar Miri menuju ke tapak Himpunan Hijau Tanjung Lubang dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Menurut Nasrudin, sambutan konvoi oleh rakyat negeri itu memberikan satu harapan baru bahawa perubahan akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

"Xpresi Hijau Anak Muda Sabah dan Sarawak menunjukkan satu signal kebangkitan menggerak perubahn menjelang PRU 13," katanya.

Berikut antara gambar-gambar menarik di konvoi tersebut.

HARAKAHDAILY/-

100 motor, basikal konvoi Xpresi Hijau di Miri

Posted: 02 Sep 2012 09:52 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

GAZA – Ketua Fraksi Hamas di Gaza, Khalil al-Haya, bersumpah akan menghapuskan Israel dari peta dunia dan beliau menegaskan kembali bahawa al-Quds (Jerusalem) bukanlah kawasan yang dijual beli.

"Kami akan terus bekerja pada malam dan siang hari untuk menghapuskan pendudukan yang hina di tanah air kami kerana al-Quds bukanlah tanah untuk dijual beli dan tidak akan dikembalikan apabila kita berdiam diri, serta mengutarakan permohonan. Tanah itu akan kembali dengan perjuangan," jelas al-Haya, sebagaimana dilaporkan Arutz Sheva.

Beliau menjelaskan bahawa usaha penentangan bukanlah tindakan langsung, namun beliau tidak akan membiarkan mereka melakukan pencerobohan dan serangan.

"Kami bersedia untuk menguasai wilayah kami dan menang," tegasnya.

Pernyataan itu dilontarkan al-Haya dalam ucapannya di sebuah majlis di Gaza yang bertujuan untuk meningkatkan komitmen Hamas terhadap Jerusalem, di samping menyentuh masalah pertemuan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas dengan seorang Ketua Israel.

"Kami mendesak seluruh negara-negara Arab agar bersatu dan memperjuangkan kemerdekaan Palestin dari Israel dengan cara mengusir seluruh perwakilan Israel di negaranya dan negara-negara Arab pun diminta untuk tidak memperbaiki hubungan dengan negara Zionis itu," tegasnya lagi.

Sementara itu Pengerusi Jabatan Hamas di Jerusalem Ahmed Mahmoud Halabia mendakwa, Israel menggunakan senjata kimia untuk merosakkan asas Masjid al-Aqsa. Tuntutan itu muncul kerana terlihatnya keretakan di dinding masjid tersebut.

Halabia turut mengecam kedatangan para pelancong Yahudi ke Masjid al-Aqsa kerana pada saat itu, pelancong-pelancong juga mengadakan upacara agama di Masjid al-Aqsa selain menuduh Israel mengajak warga Yahudi untuk beribadah di tempat bersejarah umat Islam itu.

HARMONI MALAYSIA/-

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Posted: 02 Sep 2012 09:41 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

AMMAN (Jordan): Agensi berita Syria, SANA melaporkan satu letupan bom kereta yang berdekatan sebuah kem pelarian Palestin di pinggir Damsyik, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang maut.

Laporan itu menyebut, letupan di bandar al-Sbeineh lewat malam tadi turut mencederakan beberapa penduduk dengan beberapa bangunan rosak.

Kejadian itu dipercayai dilakukan kumpulan pengganas bersenjata merujuk kepada tindakan kumpulan pemberontak yang mahu menggulingkan pemerintahan Presiden Bashar Assad. - AP

Perpustakaan di rumah

Posted: 02 Sep 2012 09:39 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

KERDAU - Sebuah keluarga di sini mengambil inisiatif sendiri untuk membina perpustakaan di rumah bertujuan menerapkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak.

Rahaini Idham, 68, berkata, mereka mengambil keputusan untuk mengubahsuai seterusnya menjadikan ruang kosong di bahagian bawah rumah itu sebagai perpustakaan keluarga.

Menurutnya, dia bersama suaminya membina perpustakaan itu supaya mereka sekeluarga dapat membaca pelbagai bahan bacaan bersama dan dalam masa sama memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

"Jika mahu anak-anak rajin membaca, ibu bapa perlu menjadi contoh terlebih dahulu. Kita perlu bersama mereka untuk membaca dan mencari pelbagai ilmu.

"Perpustakaan ini dibina suami ketika dia masih sihat. Namun kini, suami saya kian uzur dan tidak lagi berdaya untuk mengendalikan perpustakaan ini," katanya.

Selain itu, Rahaini berkata, perpustakaan tersebut juga pernah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan perpustakaan rumah peringkat negeri.

Menurutnya, kemenangan itu adalah kenangan paling indah untuk mereka sekeluarga kerana turut menerima sebanyak 1,500 naskhah pelbagai jenis buku ilmiah.

"Kesibukan menjalankan urusan seharian tidak boleh dijadikan alasan hingga tidak membaca sebarang buku untuk menambah pengetahuan. Jadikan amalan membaca sebagai rutin harian kerana banyak lagi perkara masih belum kita ketahui.

"Kini, kami mahu menerapkan amalan tersebut kepada cucu pula supaya mereka membesar dengan pelbagai ilmu demi kebaikan masa depan," katanya.

SINAR HARIAN/-

Minggu Mesra Pelajar UKM tercemar

Posted: 02 Sep 2012 09:21 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

Tindakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) dan sesetengah Pemudah Cara yang menghalang Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) daripada menyambut dan meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi 2012/2013 di kampus UKM Bangi amat mendukacitakan.

Rombongan awal pagi PMUKM yang diketuai oleh Presiden PMUKM, Ahmad Muzzammil Mohd Hairi serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) lain telah dihalang untuk berada di perkarangan kolej Kediaman Ibrahim Yaakob (KIY) oleh oleh Pemudah Cara Kolej.

Ekoran dari itu, Timbalan Pengetua Kolej KIY, Dr Rizal turut maki hamun oleh barisan MPP di hadapan ibu bapa ketika sesi pendaftaran pelajar baru sedang berlangsung.

Selain dari itu, PMUKM turut dihalang oleh TNC HEPA sendiri di kolej kediaman Keris Mas.

Alasan yang diberikan oleh TNC HEPA ketika menghalang kehadiran anggota PMUKM ke kolej berkenaan atas dasar PMUKM telah terbubar dengan sendiri pada hujung bulan Jun lepas.

Walau bagaimanapun PMUKM langsung tidak diberikan notis pembubaran PMUKM sehingga saat sekarang.

PMUKM menyelar keras tindakan tersebut yang dilihat terlalu tidak rasional kerana sewajarnya PMUKM sebuah badan tertinggi pelajar diberikan ruang untuk meraikan bersama pelajar-pelajar baru sekalipun pihak pentadbiran menafikan hak PMUKM mengendalikan Minggu Mesra Pelajar (MMP).

Perkara ini tidak berlaku di kebanyakan kampus kerana sememangnya Minggu Mesra Pelajar (MMP) dikendalikan oleh MPP sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PMUKM menganggap tindakan pentadbiran begitu terdesak dan dilihat sangat pelik serta bermotifkan politik.

PMUKM juga menyatakan tindakan menghalang dan menahan MPP untuk menyambut kedatangan pelajar baru merupakan tindakan "double standard" pihak pentadbiran melayan barisan kepimpinan pelajar yang dimenangi oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam Pilihan Raya Kampus yang lalu.

Tahun lalu, pentadbiran UKM juga telah mengetepikan barisan PMUKM dalam mengendalikan Minggu Mesra Pelajar (MMP) bagi sesi 2011/2012 dengan melantik barisan kelab penyokong Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dilihat "mesra" aspirasi berbanding kabinet PMUKM yang sedia ada.

Tindakan berat sebelah itu juga terserlah tahun lalu dengan tindakan menghalang MPP GMUKM dari memantau perjalanan setiap tempat pendaftaran pelajar baru sedangkan MPP Pro Aspirasi dibenarkan bahkan turut bersama-sama dengan pelajar baru.

Selain itu, MPP Pro Aspirasi juga turut dilantik sebagai jawatan kuasa MMP bahkan diberikan slot khas bagi kolej tertentu.

Layanan "double standard" ini tidak diragui lagi jika dilihat pada pelantikan barisan kepimpinan Pesta Konvo terdiri dari kelab rakan HEP sedangkan menjadi tradisi turun temurun bahawa Pesta Konvo di bawah kelolaan PMUKM. Ironinya perkara ini berlaku ketika sesi PMUKM di bawah GMUKM.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pentadbiran UKM turut campur tangan mengatur strategi memenangkan calon pilihan pentadbiran dalam Pilihan Raya Kampus yang dijangka pada 25 September ini.

Tindakan tersebut mencabar kredibiliti pentadbiran dalam melayan pilihan pelajar UKM secara sah.

Persatuan Mahasiswa UKM ( PMUKM ) terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) yang dipilih melalui Pilihan Raya Kampus ( PRK ) setiap tahun. Pro Mahasiswa di UKM dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa UKM ( GMUKM ). Bagi PRK sesi 2010/2011, calon-calon GMUKM menang secara majoriti dan membentuk kerajaan PMUKM. Bagi PRK 2011/2012 tidak dijalankan dan pentadbiran UKM telah menyambung lantikan PMUKM menjadikan PMUKM sekarang masih terdiri dari MPP GMUKM sehingga dibubarkan bagi PRK 2012/2013.

harakahdaily/-

Peragut 'baik hati' terperangkap

Posted: 02 Sep 2012 09:16 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN: Selepas dimaklumkan hanya mempunyai RM40 dalam beg tangannya, seorang lelaki mengambil RM20 dan telefon bimbit sebelum menyerahkan semula beg tangan itu kepada mangsanya.

Bagaimanapun, suspek yang cuba melarikan diri selepas merompak mangsa dalam kejadian di Jalan Perak, semalam, ditahan polis tidak lama kemudian.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, 30-an, seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister, berjalan bersendirian ke tempat kerjanya sebelum dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Selepas merompak wang dan telefon bibit mangsa, suspek cuba melarikan diri dan secara kebetulan sebuah kereta peronda polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

metro

Ribut landa tujuh kampung

Posted: 02 Sep 2012 09:04 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

HULU TERENGGANU – Kanopi tetamu lelaki terbang, 10 keping atap melayang. Begitulah keadaan di rumah pengantin lelaki Azmi Abd Rashid, 34, akibat kejadian ribut puting beliung yang melanda pada jam 6.30 petang kelmarin.

Kejadian disifatkan yang terburuk melanda kampung itu turut menyebabkan 20 rumah penduduk mengalami kerosakan khususnya di bahagian atap selain sebatang pokok rambutan dan pokok rambai tumbang menghempap rumah.

Sinar Harian difahamkan kejadian serupa turut melanda enam buah kampung lain di Dun Kuala Berang dipercayai akibat puting beliung yang sama iaitu Kampung Gaung, Tajin, Telaga Teluk Balai, Pulau Kudat dan Kampung Tanggol.

Kata Azmi, dia amat bersyukur kerana kejadian berlaku sebaik berakhirnya majlis perkahwinannya.

"Saya sangat bersyukur, kerana kejadian ribut ini melanda pada waktu petang, setelah semua tetamu pulang bagaimanapun bumbung rumah ibu, (Zaimah Ismail, 67) mengalami kerosakan.

"Saya tidak dapat bayangkan jika kejadian ini berlaku pada waktu tengah hari ketika majlis sedang berlangsung, tentunya ramai yang kelam kabut dan ketakutan," katanya.

Katanya, sebelum kejadian hujan, ketika itu dia berada di bilik pengantin mengalihkan barang perkahwinan daripada basah kerana atap rumahnya bocor.

"Saya mengemas barang hantaran termasuk beg pakaian isteri (Safinah Salleh, 34) untuk elak basah kerana atap bocor kerana semalam (kelmarin) dia sudah bertandang ke sini sempena majlis menyambut menantu.

"Ketika itu pekerja sedang mengemas kanopi yang digunakan pada majlis kenduri untuk dibawa pulang," katanya.

Namun secara tiba-tiba kedengaran angin menderu kencang seperti puting beliung, kata Azmi dia melihat kanopi terbang di depan matanya yang meninjau melalui tingkap rumah.

"Saya tidak sangka kenduri sambut menantu ini meninggalkan sejarah tersendiri buat kami sekeluarga," katanya.


Lihat pusaran angin menghala ke rumah

"Pakcik laung azan kerana terlalu takut, ketika itu pakcik lihat angin berpusar seperti puting beliung menghala ke rumah."

Demikian kata seorang warga emas, Tengku Embok@Mahari Tengku Mat, 60 ketika menceritakan detik cemas setelah ribut melanda Kampung Telaga, petang kelmarin.

Menurut Tengku Embok, dia sebelum itu ingin ke Masjid Kampung Telaga untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah namun membatalkan hasrat itu setelah melihat langir gelap pekat dan angin bertiup kencang berlainan daripada biasa.

"Pakcik sudah masuk ke dalam kereta untuk ke masjid tetapi tidak jadi kerana lihat langit gelap pekat dan angin kencang, pakcik berasa tidak sedap hati ketika itu dan kemudian kembali ke dalam rumah.

"Pakcik kemudian ke dapur dan dari tingkap pakcik lihat pusaran angin seperti puting beliung menghala ke rumah, pakcik laung azan sekuat hati kerana terlalu takut," katanya.

Menurut Tuan Embok, ketika itu isterinya, Tuan Kembang Syed Mamat, 53, membaca ayat suci al-Quran.

Selepas itu katanya, dia, isteri dan tujuh ahli keluarga lain berkumpul di ruang tamu dan tidak membenarkan sesiapa menaiki tingkat atas.

"Nasib baik saya tidak benarkan sesiapa naik ke tingkat atas kerana tidak lama kemudian kedengaran bunyi yang kuat serentak dengan kedenga-ran seperti ada benda berat terjatuh ke lantai.

"Air hujan turun mencurah-curah selepas bunyi kuat itu menyebabkan rumah kami dipenuhi air," katanya.

Ketika itu, barulah Tuan Embok menyedari yang atap rumahnya telah diterbangkan angin.

"Kejadian berlaku hanya beberapa ketika sahaja tetapi sebanyak 10 keping atap rumah melayang. Sejak 30 tahun tinggal di sini, ini kejadian pertama dialami apatah lagi saya melihat sendiri pusaran angin putih yang bergerak laju menghala ke rumah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, bagi Tuan Kembang, tidak ada kata-kata dapat diluahkan bagi menggambarkan rasa takut dialaminya ketika kejadian dan jika suaminya tiada pada waktu itu dia mungkin hanya mampu menangis ketakutan.
Pokok tumbang hempap bilik tidur anak

"Saya tidak sangka pokok tumbang hempap dua bilik tidur anak walaupun dengar bunyi kuat ketika sedang berbual dengan jiran."

Demikian kata Mansor Jusoh, 53, menceritakan saat cemas yang turut dialami ketika kejadian ribut itu.

Ketika kejadian kata Mansor, ahli keluarganya tiada di rumah dan sedang berbual dengan jiran yang berkunjung ke rumahnya di ruang ramu.

"Walaupun melihat pokok di hadapan rumah meliang-liuk namun tidak sangka pokok rambai yang ditanam, di hadapan rumah akan tumbang dan menghempap bilik anak.

"Saya hanya sedar kejadian itu setelah terdengar serpihan sesuatu jatuh ke lantai, barulah saya bangun untuk meninjau di bilik tidur anak," katanya.

Mansor kemudiannya sangat terkejut apabila melihat bumbung bilik tidur anaknya berlubang dan bilik itu dipenuhi air hujan, daun dan ranting pokok.

Katanya, sejak 25 tahun tinggal di situ, itulah kejadian paling buruk yang pernah dialami.

Tidak tahu ribut melanda

Berlainan kisahnya dengan Siti Minah Salleh, 59, yang menyedari kejadian ribut hanya setelah keadaan reda.

Lebih malang, dia juga tidak tahu pokok rambutan yang ditanam di hadapan rumahnya menghempap garaj.

"Makcik tahu angin kuat di luar dan makcik serta enam ahli keluarga yang lain bertindak menutup pintu dan tingkap kerana ketika itu hujan, kami hanya duduk di dalam rumah dan tidak ambil tahu apa yang berlaku di luar.

"Hanya selepas anak makcik, Rosidawati Musa, 36, yang secara kebetulan membuka pintu utama kira-kira jam 7 petang untuk keluar barulah kami sedar.

"Selain garaj dihempap pokok rambutan, hampir 10 keping atap rumah di bahagian hadapan melayang.

"Jika dianggarkan jumlah kerugian mungkin melebihi RM3,000, apa-apapun makcik tetap bersyukur kerana kami sekeluarga selamat," katanya.

Kata Siti Minah, sejak lebih 30 tahun tinggal di situ, itu kejadian pertama dialami.

"Walaupun tidak melihat ataupun merasai kesan puting beliung itu, namun melihat kepada kerosa-kan rumah termasuk kediaman jiran dan pokok tumbang, makcik yakin ia benar-benar dahsyat," katanya.

Hanya mampu laung azan

Penduduk Kampung Gaung, Mamat Salleh, 69, berkata, sebelum kejadian dia sedang berehat di rumah kerana ketika itu hujan lebat dan secara tiba-tiba terdengar bunyi angin yang agak kuat lalu menjengah keluar melalui pintu depan.

"Pakcik benar-benar terkejut, melihat pusaran angin semakin menghampiri rumah namun tidak dapat melakukan apa-apa. Pakcik hanya mampu melaungkan azan dan ketika itulah angin kencang tadi kembali reda.

"Sejak lebih 20 tahun tinggal di sini, ini kejadian yang paling teruk dialami walaupun sekitar lima tahun lalu pernah terjadi ribut," katanya.

Terburuk dalam sejarah: Adun

Sementara itu, Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berkata hampir 50 buah rumah di tujuh buah kampung dalam Dun Kuala Berang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut petang kelmarin yang sememangnya dianggap terburuk dalam sejarah.

"Kejadian ribut petang semalam (kelmarin) sebenarnya sukar digambarkan dengan kata-kata apatah lagi ia disifatkan paling buruk berlaku khususnya di Kampung Telaga. Tambahan pula, ia terjadi dalam lingkungan masa yang sama melibatkan banyak buah kampung dalam Dun Kuala Berang.

"Walaupun banyak rumah alami kerosakan terutamanya melibatkan bahagian bumbung, syukurlah tiada sebarang kecederaan. Diharapkan semua penduduk terlibat bersabar dan reda dengan ujian-Nya ini," katanya.

Bagi Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadzli Ismail berkata, pihaknya telahpun turun padang menilai jumlah kerosakan dialami penduduk sebagai proses awal sebelum Bantuan Bencana disalurkan kepada yang terlibat.

sinar harian/-

Boleh masuk Umno tanpa niat

Posted: 02 Sep 2012 08:40 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

Seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Makhdom mengaku bahawa dia tidak pernah berniat untuk masuk Umno.

Ustaz Makhdom berkata begitu kerana mengulas orang mengesyaki dia masuk Umno.

Tidak diketahui adakah Ustaz Makhdom masuk Umno atau tidak. Tetapi dengan mengatakan tidak berniat untuk masuk Umno itu syarat sah masuk Umno?

Kalau solat tanpa niat sah solat itu tidak sah. Demikian juga tidak sah puasa tanpa niat.

Tetapi Umno tidak mensyaratkan sah Umno tanpa niat. Baik berniat atau tidak berniat, Umnonya sah. Dan bukan semua orang yang masuk Umno kerana mereka berniat.

Saya teringat kejadian Almarhum Aziz Ishak, menteri pertanian pertama kabinet Tunku Abdul Rahman Putra dulu. Dia berkawan baik dengan Tunku sejak sekian lama tapi tidak masuk Umno. Satu hari Tunku menyerahkan borang Umno dan minta dia mengisinya. Dia pun mengisinya bagi menjadi ahli Umno tanpa niat.

Seorang bekas pemimpin Umno ketika mengumumkan dia masuk Umno memberitahu, bahawa dia sudah dijadikan ahli Umno oleh emak dan ayahnya ketika dia masih menuntut. Bukan baru dia jadi Umno. Dia dijadikan ahli Umno tanpa niatnya.

Kadang-kadang seorang itu mabuk bersama kawan Umno nya. Ketika itu kalau dia mengisi borang Umno, dia jadi Umno tanpa niat. Ada orang menghadapi ancaman tindakan jenayah seperti rasuah. Bagi mengelakkan tindakan itu dia masuk Umno dengan harapan tidak dikenakan tindakan. Dia juga masuk Umno dengan tidak berniat.

Seorang pemimpin PAS Kota Belud, Sabah benama Aminuddin Alin. Satu hari dia menerima surat tentang keahliannya dalam Umno. Dia tidak tahu bila dia masuk Umno. Ertinya boleh seseorang itu masuk Umno tanpa dia memohon.

Dalam mahkamah kita pernah mendengar ada yang dituduh membunuh dibebaskan kerana dia membunuh tanpa niat membunuh. Ini bermakna boleh seseorang seperti Ustaz Makhdom menjadi ahli Umno dengan tidak berniat masuk Umno.

Sama juga kalau Ustaz Makhdom sambil bergurau senda melafazkan cerai kepada isterinya tanpa niat. Cerai tanpa niat itu sah.

Demikian juga kalau seseorang itu berkawan dengan orang kafir dan membuat pekerjaan yang dibuat oleh orang kafir seperti menyembah tokong tanpa niat untuk keluar Islam, tetapi perbuatan tanpa niat itu boleh disabitkan sebagai murtad. Seperti iblis yang enggan sujud kepada Adam seperti yang Allah perintahkan. Iblis tidak berniat untuk kufur kepada Allah, tetapi tanpa niat dia enggan patuh atas perintah Allah.

Dalam kes Ustaz Makhdom yang menjauhkan diri dari kawan-kawan ustaznya, tiba-tiba dia didapati berkawan dengan orang Umno dan didapati dia membuat kerja yang Umno suruh buat, sekali pun dia tidak masuk masuk Umno dan tidak berniat untuk masuk Umno, maka orang boleh mengira dia sudah jadi Umno.

Tidak penting bagi seseorang berniat masuk Umno untuk membuat kerja-kerja Umno, tetapi penting ustaz membuat kerja-kerja yang Umno buat. Ketika itu Ustaz Mahkdom tidak boleh menyalahkan kalau ada yang mengara ustaz sudah jadi Umno walaupun tidak menjadi ahli Umno.

haarakahdaiily/-

TV Mesir mansuh larangan bertudung penyampai berita

Posted: 02 Sep 2012 08:17 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

(Fatma Nabil menjadi wanita pertama negara tersebut untuk menyampaikan berita sambil memakai tudung dalam tempoh setengah abad- AFP)

KAHERAH: Stesen televisyen negara Mesir telah menarik balik larangan berusia satu dekad yang menghalang penyampai berita wanita mereka dari memakai tudung.

Larangan itu berkuatkuasa di zaman rejim-rejim sebelum ini yang cenderung kepada fahaman sekular.

Fatma Nabil yang muncul Ahad lalu dengan memakai tudung berwarna krim dan sut berwarna gelap, menyampaikan berita pada pukul 12 tengah hari.

TV Mesir memberitahu ini adalah penampilan pertama seorang penyampai wanita bertudung sejak stesen TV itu ditubuhkan separuh abad lalu.

Pegawai stesen TV tersebut, Mohammed Fathi berkata bahawa penampilan Nabil akan menggalakkan pemakaian tudung oleh ramai wanita lain yang ingin memakai tudung tetapi takut kehilangan pekerjaan mereka.

TV Mesir mengekalkan dasar larangan pemakaian bertudung kepada penyampai berita sepanjang era Presiden Hosni Mubarak, diKtator yang digulingkan dalam kebangkitan Dunia Arab tahun lepas, serta rejim-rejim sebelumnya.

Sesetengah penyampai berita menyaman stesen TV tersebut, dan menang kes, tetapi mereka masih dihalang dari muncul di kaca TV.

harakahdaily/-

AIC kutuk tindakan ganas, jahil politik

Posted: 02 Sep 2012 08:08 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangka masa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.

Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan.

Katanya, AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap dipercayai ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah.

"AIC ingin mempersoalkan tentang munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi penyebab kepada kejahilan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Rujuk http://youtu.be/3Bx-Y8XAuVw

2 maut kereta masuk gaung

Posted: 02 Sep 2012 08:05 PM PDT

15 Syawal 1433H. [MOD] -

MAUT...anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjunam ke dalam gaung.

HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam nahas membabitkan tiga kenderaan.
HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam nahas membabitkan tiga kenderaan.

PEKAN: "Sungguh memilukan apabila panggilan telefon kepada Nur Hidayah (mangsa) dijawab orang lain, memaklumkan rakan saya itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia," kata Nor Zarina Md Tahir, 25.

Dia adalah rakan kepada dua penuntut peringkat sarjana Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, kelmarin.

Berikutan insiden menyayat hati itu, Nor Zarina berkata, dia membatalkan hasrat untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan di Bahau, Negeri Sembilan, semalam.

Mangsa yang maut dikenali Balqis Amira Mat Hasan dan Sharifah Nur Hidayah Syed Salleh, masing-masing berumur 26 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua rakan karib terbabit terbunuh selepas Perodua Viva dipandu Balqis dalam perjalanan ke Kuantan bersama Sharifah Nur Hidayah dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan dengan sebuah Toyota Avanza dinaiki seorang lelaki, Mohd Rasid Hassan, 41, bersama lima ahli keluarganya.

Perodua Viva itu kemudian melambung sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter di bahu sebelah kiri jalan berkenaan menghala ke Muadzam Shah, Rompin.

Pada masa sama, sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita, Noor Hidayu Hitam, 24, bersama seorang rakan yang berada di belakang Toyota Avanza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu.

Bagaimanapun, mangsa yang berada di dalam dua kereta terbabit hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP).

Nor Zarina berkata, dia dijangka bertemu Balqis dan Nur Hidayah masing-masing berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan Batu Pahat, Johor, pada majlis kenduri kahwin rakan mereka semalam, selepas sebulan tidak berjumpa apabila dia terlebih dulu menamatkan pengajian di UTHM sebelum Ramadan lalu.

Katanya, dia tinggal serumah dengan kedua-dua mangsa di Batu Pahat dan mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di UTHM dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal.

"Saya terkejut apabila seorang pegawai polis menghubungi saya tengah malam semalam (kelmarin), memaklumkan kedua-dua arwah terbabit dalam kemalangan.

"Bagi memastikan berita itu, saya menghubungi arwah, tetapi panggilan itu dijawab seseorang memaklumkan dua rakan itu terbunuh dalam kemalangan.

"Ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Kuantan atas satu urusan sebelum meneruskan perjalanan ke majlis kenduri kahwin rakan kami di Bahau," katanya yang menetap di Bera.

Nor Zarina berkata, kali terakhir dia berbual dengan arwah Nur Hidayah kira-kira jam 6 petang kelmarin.

"Kami berkawan sejak 2005 ketika sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi di Gambang (dekat Kuantan) sebelum melanjutkan pelajaran di UTHM," katanya sedih dengan kejadian menimpa dua rakan karibnya itu.

Abang Balqis, Mohd Syafirul Amri, 30, berkata, keluarganya reda dengan kejadian menimpa anak kesembilan daripada 10 beradik itu.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu di rumah ibu bapanya di Tanah Merah.

"Balqis seorang yang periang serta peramah dan dia kini menuntut dalam semester terakhir untuk menamatkan pengajian pada peringkat sarjana," katanya memaklumkan jenazah adiknya itu dibawa ke Tanah Merah untuk urusan pengebumian selepas solat Isyak, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ketika kejadian cuaca baik, manakala kawasan tempat kejadian gelap tanpa lampu jalan," katanya.

metro/-

Tiada ulasan:

Nuffnang