Anwar Ibrahim |
- Anwar Pertahan Kibaran Sang Saka Malaya
- (Versi Penuh HD) Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong
- Anwar Mohon Mahkamah Ketepi Pertuduhan Bawah PAA
- Serang Majlis Ilmu, Perkasa Jahil Seperti Abu Jahal – Johari
- AIC Kutuk Serangan Di Masjid
- [VIDEO] Rakaman Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star
- Sambungan Perbicaraan Kes YB Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Dakwaan Di Bawah Akta Perhimpunan Aman 2011
- Anwar Dan Mahfuz Diserang Didalam Masjid
Anwar Pertahan Kibaran Sang Saka Malaya Posted: 03 Sep 2012 06:23 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu. Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu. “Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara,” katanya. Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang. Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh. |
(Versi Penuh HD) Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong Posted: 03 Sep 2012 02:58 AM PDT |
Anwar Mohon Mahkamah Ketepi Pertuduhan Bawah PAA Posted: 02 Sep 2012 11:16 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan bagi mengetepikan pertuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA), supaya didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguamnya Karpal Singh hari ini mahukan pendengarannya dilakukan di Mahkamah Tinggi ekoran kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA itu berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan. Katanya, permohonan itu terbaik didengar di Mahkamah Tinggi kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Pihak pendakwaan diketuai Abdul Wahab Mohamad dan dibantu oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof. Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan pasukan pendakwaan untuk terhadap permohonan memindahkan kes itu. |
Serang Majlis Ilmu, Perkasa Jahil Seperti Abu Jahal – Johari Posted: 02 Sep 2012 09:56 PM PDT KUALA LUMPUR 3 September: Golongan yang menolak kebenaran dan menyerang individu di masjid ketika majlis ilmu sedang berlangsung tidak ubah sifatnya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. "Sudah menjadi lumrah, apabila ada orang bercakap soal kebenaran pasti akan ada orang yang tidak suka, seperti zaman Rasulullah dahulu, orang Arab Quraisy menentang kerana baginda menyampaikan kebenaran," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu ketika dihubungi. "Malah, bapa saudaranya sendiri menentang kebenaran. Baginda ditentang sehingga ke tahap diletakkan bangkai di atas badannya ketika sedang solat di masjid," jelasnya. Beliau mengulas insiden sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam. "Bukan saya menyamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Rasulullah, tapi lihat dari segi bagaimana kebenaran yang cuba disampaikan beliau begitu ditentang, hingga ada orang yang berasa tidak senang dan cuba menghalang dengan pelbagai cara," kata Johari lagi. Keadilan Daily melaporkan, samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. |
Posted: 02 Sep 2012 09:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangka masa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu. Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan. Katanya, AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap dipercayai ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah. "AIC ingin mempersoalkan tentang munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi penyebab kepada kejahilan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan. |
[VIDEO] Rakaman Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star Posted: 02 Sep 2012 07:38 AM PDT |
Posted: 02 Sep 2012 07:29 AM PDT MAKLUMAN MEDIA Untuk makluman pihak media, perbicaraan melibatkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 berhubung bantahan aman Bersih 3.0 akan disambung pada hari esok, 3 September 2012 jam 9.00 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Sekian, adalah dimaklumkan. |
Anwar Dan Mahfuz Diserang Didalam Masjid Posted: 02 Sep 2012 07:20 AM PDT Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah. Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin. Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah. Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau. Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan