Rabu, 12 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Penjenayah menyamar sebagi Pegawai Kesihatan

Posted: 12 Sep 2012 12:33 AM PDT


Sebelum ini penjenayah menyamar sebagai pekerja TNB, kini mereka menyamar sebagai Pegawai Farmasi pula.

Hilang RM2,500 ditipu 'ahli farmasi'
12 September 2012

GEMENCHEH – Lagak seorang lelaki berbaju T berwarna biru tertera tulisan farmasi berjaya mengaburi mata seorang warga emas dan anaknya menyebabkan mereka kerugian sebanyak RM2,500.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, mangsa, Edah Ahmad, 74, dan anaknya, Norziah Abdul Rani, 48, yang menetap di Kampung Tenai Air Gelugor didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil farmasi hospital kerajaan.

Norziah berkata, pada mulanya mereka tidak mempercayai lelaki berkenaan, namun perwatakannya yang seolah-olah kakitangan hospital selain turut berhubung di telefon dengan seseorang dan mengetahui ibunya pernah ditahan di hospital susulan dipatuk ular beberapa tahun lalu menyebabkan mereka mempercayai lelaki berkenaan.

"Malah, dia juga mengatakan mak akak antara 30 nama yang telah disenaraikan dan harus membeli mesin penapis air susulan masalah kesihatan yang mak alami.

"Lelaki itu turut memberi jaminan supaya kami tidak risau kerana selepas pembelian pihak hospital akan membayar RM300 setiap bulan kerana membeli mesin penapis air bernilai RM2,500 itu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tenai Air Gelugor, dekat sini semalam.

Menurutnya, setelah bersetuju untuk membeli mesin itu, dua rakan lelaki itu yang berada di dalam kereta jenis Proton Exora turun bagi membantu memasang mesin berkenaan.

"Kami juga dimaklumkan pada minggu hadapan mereka akan datang sekali lagi bagi memasang mesin air panas dan sejuk sebelum mengarahkan saya mengambil bil air lalu sementara ibu diminta mengambil kad pengenalan miliknya.

"Sebaik kami pergi mengambil dokumen yang diminta, kesemua lelaki itu melarikan diri dan kami percaya sudah tertipu serta segera membuat laporan di Balai Polis Gemencheh.

Penempatan Guru Lepasan UPSI

Posted: 12 Sep 2012 12:32 AM PDT


12 Sep 2012

Apa nak jadi dengan guru-guru lepasan UPSI? Sejak Kementerian Pengajian Tinggi diadakan makin ranum masalah ini. Tak tahu KPM terlepas pandang atau KPT yang tak bergerak?

Anda bayangkan KPM sanggup berbelanja lebih untuk melatih semula siswazah yang bukan kelulusan pendidikan di IPG sedangkan lulusan ijazah pendidikan dari IPTA masih berlambak terkial-kial menunggu penempatan.

Nyamuk mati di seberang nampak gajah terlentang mati di depan mata terpijak. Bukan tak nampak, tapi malang sekali rakan-rakan yang memilih bidang ini.

Balik kepada tanggungjawab pihak yang berwajib, setakat ini tiada penjelasan daripada KPM mahupun KPT. Hanya khabar angin yang diterima yang mengatakan KPT tiada link langsung dengan KPM dalam soal penempatan lulusan pendidikan yang dimaksudkan.

Ada yang kata KPM tak dapat menempatkan sebab kuota guru dah lebih.

Setahu saya masih terdapat sekolah-sekolah yang masih kekurangan guru sehingga smencecah sepuluh orang. Ini menjadi bebanan berat kepada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru kerana jadual dipadatkan dengan " SIT IN ". Kata nak kurang beban guru.

Sehubungan itu terpaksa buka ruang untuk guru sandaran tidak terlatih yang bukan lulusan bidang pendidikan.Sampai bila usaha kita untuk memartabatkan bidang keguruan ke arah atau menjadi bidang profesional?

Melentur buluh mestilah dari rebungnya. Binalah insan dari peringkat awal supaya bijak memilih dalam pelbagai perkara. Untuk itu kena pakai juru bina yang terlatih.

Sekadar menulis sebab setakat ini aduan yang senasib seperti ANJING MENYALAK BUKIT.

By: BJ

Kapal TLDM ceroboh perairan Indonesia

Posted: 12 Sep 2012 12:31 AM PDT


Kapal perang TLDM Malaysia telah beberapa kali menceroboh perairan Indonesia pada tahun ini, demikian laporan dari media Indonesia. Sempadan perbatasan dan perairan negara adalah isu sensitif. Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan harus bersikap professional, kerana yang menjadi mangsa selalunya ialah nelayan yang mencari sesuap nasi dari kedua-dua negara. Puncanya ialah kerajaan kedua-dua negara belum sepakat dalam isu persempadanan perairan negara. Masing-masing menggunakan peta maritim yang berlainan.

Malaysia Lakukan 14 Pelanggaran Kedaulatan di Nunukan
Selasa, 11 September 2012 17:37 WIB

NUNUKAN-(IDB) : Dalam kurun waktu antara Januari hingga akhir Agustus 2012, negara asing telah melakukan 14 kali pelanggaran kedaulatan di wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) khususnya di Kabupaten Nunukan. Pelanggaran kedaulatan yang terjadi ini secara keseluruhan dilakukan negara tetangga Malaysia.

Komandan Pangkalan TNI Angkatan Laut Nunukan Letkol Laut (P) Eko Vidiyantho mengatakan, Malaysia melakukan pelanggaran kedaulatan dengan melakukan aktivitas yang melewati batas teritorial wilayah NKRI. Kapal perang maupun pesawat terbang milik Malaysia memasuki teritorial NKRI.

Jika terjadi pelanggaran kedaulatan di wilayah Indonesia, pihak Lanal Nunukan melakukan pemantauan dan pengusiran terhadap kapal perang maupun pesawat terbang dimaksud. Untuk upaya itu, TNI AL melibatkan Kapal Republik Indonesia yang bertugas di perbatasan dan Pangkalan Pos TNI AL di Pulau Sebatik.

Eko mengatakan, masih seringnya terjadi pelanggaran kadaulatan negara disebabkan karena hingga kini belum tercapai kata sepakat terkait batas wilayah antara Indonesia dan Malaysia. "Yang terjadi muncul saling klaim wilayah masing–masing," ujarnya.

Sementara itu, Polres Nunukan hingga Agustus hanya memproses satu kasus pelanggaran laut yang melibatkan kapal trawl milik pengusaha Malaysia. Kapolres Nunukan AKBP Achmad Suyadi melalui Kasat Reskrim Polres Nunukan AKP Ardian Rahayudi mengatakan, pihaknya baru menindak satu kasus dimaksud.

"Yang kita amankan itu kapal trawl sama alat tangkapnya. Semuanya kita sita dan kita limpahkan ke Kejaksaan Negeri Nunukan. Untuk barang buktinya sepertit apa, pengadilan yang lebih tahu," ujarnya.

Ia tak mengerti faktor yang menyebabkan masih seringnya kapal Malaysia masuk mencari ikan di perairan Indonesia. "Saya tidak mengerti kenapa dia ambil ikan di tempat kita? Banyak ikannya mungkin. Yang pasti mereka mengambil di wilayah kita," ujarnya.

Sebenarnya, kata dia, selama ini upaya pengamanan laut sudah dilaksanakan dengan maksimal. Nyatanya aparat berhasil menangkap para pelaku pencuri ikan dari Malaysia.


Indonesia Tolak Peta Batas Laut Malaysia

Menkopolhukam Djoko Suyanto dalam rapat kerja dengan Komisi I di Jakarta, Selasa (31/8) kembali menegaskan Indonesia menolak peta Malaysia tahun 1979 yang dijadikan patokan dalam penentuan garis batas laut antara kedua negara. Indonesia tetap berpegangan pada aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982 yang sudah diratifikasi oleh Indonesia.

"Dalam perundingan terkait batas maritim di lima segmen, Indonesia menolak peta Malaysia tahun 1979," kata Djoko.

Lima segmen yang masih menjadi sengketa kedua negara adalah perbatasan Selat Malaka, Selat Malaka Selatan, Selat Singapura yang menyangkut tiga kawasan, Laut China Selatan, dan Laut Sulawesi. Indonesia tidak ingin perundingan tersebut diatur segmen per segmen tetapi ingin pembahasan menyeluruh sehingga persoalan batas wilayah menjadi tuntas.

"Kita menggunakan UNCLOS tahun 1982 sebagai dasar hukum dan dasar perundingan karena yang dianut ada dua cara penetapan landasan yang berbeda untuk landasan teritorial dan batas zona ekonomi eksklusif," jelasnya.

Anak Rembau gigih selamatkan bahan sejarah

Posted: 11 Sep 2012 07:52 PM PDT



Kita rasa bertuah mempunyai anak muda seperti Fatharullah Amin Abd Wahab dari Sepri, Rembau yang gigih menyelamatkan bahan sejarah yang tidak ternilai harganya di perairan negara tetapi malang tidak mendapat reaksi positif dari pihak kerajaan.

Penyelam amat kecewa
12 September 2012

SEREMBAN – Seorang penyelam bebas yang menjumpai sebuah kapal karam dipercayai berusia 122 tahun kecewa apabila usaha yang dibuat selama ini dianggap tidak dihargai kerajaan Malaysia.

Fatharullah Amin Abd Wahab, 39, berkata, minatnya untuk mengkaji dan mencari khazanah bawah air itu membuahkan hasil apabila berjaya menemui sebuah kapal selam dipercayai milik British pada September 2010 lalu.

Katanya, ketika dia bersama adiknya, Ghairullah Amin, 38, menyelam di Permatang Semarang, Pulau Labuan, Sabah, mereka telah menemui sebuah kapal karam lama di dasar laut tersebut.

Menurutnya, setelah diselidik dan dirujuk kepada pakar arkeologi bawah air, ternyata bangkai kapal karam itu adalah yang terbesar pernah dijumpai di perairan negara dan mempunyai nilai artifak yang sangat penting.

"Sebaik sahaja kami menjumpai kapal karam ini, saya merujuknya kepada Perbadanan Labuan untuk diambil tindakan kerana lokasi tapak penemuan hanya 35 batu nautika dari pesisir pantai Pulau Labuan.

"Bukan itu sahaja, perkara ini juga telah diberitahu kepada Jabatan Warisan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Unesco Malaysia, namun sehingga kini masih tiada tanda yang menunjukkan bahawa pihak tersebut mahu membawa kapal berkenaan ke darat," katanya.

Fatharullah Amin berkata, sehinggalah pada 6 April lalu, dia bersama krew kembali menyelam ke tapak tersebut dan mendapati sauh kapal jenis 'Trotman' bersama sebahagian rantainya hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.

"Saya sangat kecewa dengan kejadian ini kerana sejak penemuan kapal karam berkenaan,  tiada pihak daripada jabatan kerajaan yang sudi membawa naik kapal, bahkan membiarkan sahaja elemen penting kapal karam ini dicuri.

"Sauh adalah bahagian paling penting dan mempunyai nilai tersendiri kerana melaluinya  pakar boleh mengkaji bagaimana kapal tersebut boleh karam," katanya.

Katanya, mengikut rekod, kapal yang dibina syarikat Harland & Wollf Ltd itu adalah kapal kargo yang ketika itu membawa barangan dari Manila menuju ke Perancis, namun karam di tengah laut di Semarang Labuan.

"Bagaimana kejadian berlaku belum dapat dipastikan sehinggalah pakar arkeologi negara kita selesai membuat kajian mengenainya," katanya.

Menurutnya, kapal setinggi 120.3 meter itu dan dikenali SS Saint Pancras adalah terbesar yang pernah dijumpai di Malaysia.

"Penemuan kapal ini seolah-olah tidak bernilai, sedangkan ia adalah tinggalan sejarah paling berharga.

"Saya merayu kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membantu memelihara penemuan ini agar ianya tidak terhenti begitu sahaja," katanya.


SS Saint Pancras mangsa kecurian dasar laut

SEREMBAN 3 Sept. - Perairan Wilayah Persekutuan Labuan yang kaya dengan tapak kapal karam kini menjadi lokasi pemburu harta karun dasar laut untuk mendapatkan isi kargo dan bahagian kapal bagi dijual di pasaran gelap dengan nilaian mencecah jutaan ringgit.

Ini kerana, selain empat tapak popular kapal karam bagi aktiviti skuba iaitu di Australian Wreck, American Wreck, Cement Wreck dan Blue Water Wreck, terdapat beberapa lagi lokasi iaitu Terusan Kuraman, Pulau Burong, Jeti Terminal Antarabangsa, Pulat Daat dan Terusan Timur yang belum didokumentasi.

Apa yang menariknya, dalam kajian oleh pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Baszley Bee Basrah Bee dalam Laporan Identifikasi Awal Tapak Kapal Karam 'Semarang Wreck' di kawasan perairan Permatang Semarang, Wilayah Persekutuan Labuan serta Justifikasi Projek Salvaj Penyelamat, SS Saint Pancras menunjukkan kesemua tapak kapal karam itu adalah dari pertengahan abad ke-20 masihi.

Perkara itu didedahkan oleh pencari lokasi kapal karam yang juga penyelam, Fatharullah Amin Abd. Wahab, 39, dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, terlalu banyak artifak dari tapak kapal karam di perairan Wilayah Persekutuan Labuan diceroboh dan dijual dalam pasaran gelap sehingga nilai sejarah khazanah dasar laut itu lenyap tanpa sempat ditunjukkan kepada generasi muda hari ini.

"Usaha menyelamatkan artifak itu tidak dilakukan dengan serius, berbeza dengan kerja arkeologi yang dilakukan di darat," katanya yang mengesahkan penemuan tapak kapal karam Semarang Wreck oleh penyelam Syarikat Hati Emas Enterprise miliknya.

Tegasnya, kajian terhadap harta arkeologi Warisan Kebudayaan Bawah Air itu khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan amat perlu dalam memberikan gambaran sejarah lampau kewujudan jalan utama penghubung aspek sosial, agama, politik dan perdagangan antara bangsa meliputi Eropah dan Asia Tenggara.

"Kita mahu mengelakkan berlaku lebih banyak kemusnahan disebabkan pelbagai kegiatan di lautan seperti aktiviti pengeboman ikan, pemburu harta kapal karam secara haram dan pencari logam bawah air yang kian berleluasa," ujarnya yang mendapat kebenaran survei Warisan Kebudayaan Bawah Air daripada Jabatan Warisan Negara.

Fatharullah bersama krew penyelam yang menemui SS Saint Pancras iaitu sejenis kapal berenjin wap arang batu yang karam sekitar 1895 di Permatang Semarang juga kesal kerana satu penemuan berharga iaitu sebuah sauh jenis Trotman didapati hilang pada 5 April lalu, ketika tinjauan terhadap harta warisan di kapal berkenaan dijalankan pihaknya sekali lagi baru-baru ini.

"Saya telah membuat laporan polis dan makluman sama telah saya sampaikan kepada Majlis Keselamatan Negara. Ini sesuatu yang amat dikesali selepas penemuan itu dimaklumkan kepada kerajaan supaya ia diselamatkan lebih awal," tegasnya.

Sauh Trotman menjadi pilihan kapal wap dagang antara tahun 1870 hingga 1910 dan adalah yang terbaik ketika itu kerana cengkaman di dasar laut.

"Kini pada kapal SS Saint Pancras yang dibina oleh syarikat Harland & Wolff Ltd. di Belfast, Ireland dan siap pada 8 Februari 1890 itu, terdapat tiga buah pendidih dari jenis Scotch dengan tiga relau yang bertindak sebagai pemacu kapal dengan enjin wapnya. Kita bimbang ini juga akan lesap," tegasnya.

Katanya, hari ini kapal SS Saint Pancras yang ditemuinya itu semakin musnah akibat aktiviti pencurian logam dasar laut, malahan kerangka besi yang berharga untuk kajian dan penyelidikan pula semakin rosak.

"SS Saint Pancras merupakan kapal yang dilengkapi enjin wap terkini pada zamannya dan adalah yang terawal melalui proses transisi kapal layar kepada kapal berenjin wap. Sebab itulah penemuan itu amat berharga," katanya.

Fatharullah mendakwa, pentingnya Projek Penyelamat ini dilakukan kerana dokumentasi mengenai pembinaanya seperti pelan, lukisan teknikal dan foto tidak lagi dimiliki oleh Harland & Wolff Ltd., malah pihak National Museum Nothern Ireland sendiri pun tidak mempunyai rekod mengenainya.

"Satu yang menarik mengenai SS Saint Pancras ini ialah kapal wap ini pernah terlibat dalam satu operasi penyelamat kapal lain dan anak kapalnya menerima pingat keberanian.

"Pada 1892, krew kapal wap itu telah menyelamatkan enam anak kapal jenis Brigantine, 'Petrel' dan seorang anak kapalnya, James Fortay dikurniakan pingat perak dari Liverpool Shipwreck & Humane Society," katanya.

Justeru katanya, kisah SS Saint Pancras adalah sebahagian kecil penemuan yang perlu diselamatkan kerana kaitannya dengan sosio ekonomi WP Labuan.

"SS Saint Pancras merupakan kapal wap sepenuhnya yang menggunakan enjin 'Triple Expansion' tertua pada kelasnya yang ditemui di perairan negara ini dan bantuan kerajaan untuk mengenal pasti warisan dasar laut ini amat ditagih," katanya.


SS St Pancras of the British & Foreign Steamship Company. She was built by Harland and Wolff's c1890 and was wrecked in the South China Sea near Brunei a few years later.

Berapa ramai Melayu bunuh diri dalam sehari?

Posted: 11 Sep 2012 05:03 PM PDT


Berapa ramaikah sebenarnya orang Melayu yang beragama Islam didapati bunuh diri atau cuba membunuh diri dalam sehari. Kajian sebelum ini mendapati terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di negara ini  dengan 11.3 peratus rakyat kita atau sekitar 3.3 juta orang menghidapi sakit mental.

PELAJAR PARAH JATUH TINGKAT TIGA
12 Sep 2012

Johor Bahru: Seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPG-KTI) parah selepas dikatakan terjatuh daripada tingkat tiga asramanya, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, gadis berusia 18 tahun dan mendaftar memasuki pusat pengajian terbabit pada Jun lalu, cedera parah di bahagian tulang belakangnya. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata kejadian disedari seorang pengawal keselamatan pusat pengajian terbabit sebelum menghubungi polis.

Abdul Samad berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan dilaporkan stabil, sementara kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri.


WANITA MAUT JATUH KONDO
12 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai terjatuh dari tingkat 23 Kondominium PV13, Danau Kota, Setapak, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang berusia 24 tahun mengalami kemurungan selepas dipercayai putus cinta dengan kekasihnya yang baru dikenali melalui satu laman sosial.

Isteri terkejut mayat suami tergantung depan rumah

Posted: 11 Sep 2012 07:10 AM PDT

11 September 2012

JASIN - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung di beranda rumahnya di Kampung Pondok Kempas, Kesang Pajak, petang kelmarin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 75 tahun ditemui isterinya yang baru pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kesyukuran salah seorang anaknya di Kesang Jaya.

Isteri mangsa berusia 75 tahun berkata, sebelum keluar rumah dia mengajak suaminya yang menghidap asma dan paru-paru berair untuk pergi bersama namun suaminya enggan.

Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa meninggalkan suaminya seorang diri di rumah.

"Saya ke rumah anak kerana dia mengadakan kenduri kesyukuran kerana akan menunaikan haji tetapi bila pulang ke rumah, saya terkejut lihat suami dalam keadaan tergantung.

"Sebelum kejadian kami tidak ada perselisihan faham. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku," katanya, semalam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas selepas solat Zuhur, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

"Polis menerima panggilan kira-kira jam 3 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

"Pihak hospital memaklumkan mangsa mati kerana lemas," katanya.

Ceramah Khas

Posted: 11 Sep 2012 07:09 AM PDT


Bom diseludup keluar dari Kem Ulu Tiram, Johor

Posted: 11 Sep 2012 02:44 AM PDT


Dalam usaha menjejaki saspek kes rompakan pihak polis telah menemui pelbagai senjata api termasuk peluru, bom, jerangkap samar dan peledak di sebuah rumah pegawai tentera yang dipercayai seorang pakar bom di Johor. Pegawai berkenaan disiasat berkaitan kes rompakan kedai emas. Siasatan awal mendapati bahan letupan tersebut diseludup keluar dari sebuah kem di Ulu Tiram.

Komen : Kem Ulu Tiram Johor menempatkan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA). Bagaimana sebuah kem yang dikawal ketat bahan letupan boleh diseludup keluar?

Cops recover bomb cache in robbery suspect's home
September 11, 2012

KULAIJAYA: A police team, tracking down a suspect involved in an armed robbery, stumbled upon a cache of weapons including bombs and detonators in the house of an army officer here.

Police have so far recovered a dozen detonators, bullets and booby traps from the officer, who is believed to be a bomb specialist, during the 1.45am raid in Senai.

It is learnt that police were investigating the man in connection with a recent goldsmith robbery in the state, which led officers to the house.

It is learnt that a search around the house led to the seizure of the items in one of the rooms several days ago.

Initial investigations showed that the explosives were smuggled out of an army camp in Ulu Tiram.

Kulaijaya OCPD Supt OCPD Supt Zulkefly Yahya confirmed the arrest of a 31-year-old army personnel and the seizure of an array of items including bullets and other explosive-making related items.

Menyamar staf TNB rompak warga emas menjadi-jadi

Posted: 11 Sep 2012 02:43 AM PDT


Kes penjenayah menyamar sebagai pekerja TNB menyamun suri rumah terutama warga emas semakin menjadi-jadi. Sebelum ini berlaku di Rembau dan Johor, kini di Melaka.

Nenek rugi RM10,000 ditipu 2 'pekerja TNB'
11 Sep 2012

ALOR GAJAH: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila diperdaya dua penyangak yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumahnya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 79 tahun berada di rumahnya seorang diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, wanita itu didatangi dua lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna putih dengan mendakwa dari TNB Alor Gajah dan memberitahu mahu melakukan pemeriksaan elektrik di setiap rumah. "Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan pada peralatan elektrik.

"Seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan peralatan elektrik di dalam rumah, manakala rakannya mengambil gambar dalam dan luar rumah," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, seorang suspek kemudian menyuruh wanita itu mengambil kad pengenalan untuk direkodkan ke dalam buku catatan sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan.

Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa masuk ke dalam bilik dan mengambil kad pengenalan dalam beg sebelum meletakkan semula beg itu di atas katil.

"Mangsa menyerahkan kad pengenalannya kepada seorang suspek yang bertindak mengisi butirannya. Selepas 15 minit di sekitar rumah mangsa, kedua-dua suspek menyatakan tugas mereka sudah selesai lalu meminta diri sebelum menghilangkan diri.

"Beberapa minit selepas suspek beredar, mangsa masuk ke dalam biliknya dan mendapati wang dalam sampul surat berjumlah RM750 hilang," katanya.

Menurutnya, selain wang tunai, satu rantai leher, dua rantai tangan dan dua bentuk cincin emas disimpan dalam beg turut lesap.

Umar berkata, wanita itu mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua lelaki terbabit.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkulit cerah, seorang daripadanya memiliki susuk tubuh kurus dan tinggi, manakala rakannya berbadan rendah.

"Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sekiranya didatangi individu berkenaan dan segera menghubungi balai polis berhampiran atau talian 06-5562222 untuk tindakan lanjut," katanya.


Duit raya warga emas dikebas
31 Ogos 2012

LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin.

Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian elektrik di kediamannya. Kamariah berkata, dia yang merasa tidak sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang.

'Staf TNB' kelar tangan suri rumah
25 Ogos 2012

JOHOR BAHRU: "Ketika kami berbual termasuk menyiasat aduan kerosakan meter elektrik di rumah, tiba-tiba seorang daripada dua lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengugut dan meminta saya menyerahkan semua barang kemas.

"Apabila saya menjerit meminta tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar pergelangan tangan saya berulang kali," kata suri rumah dikenali sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.

Pesara Telekom maut terjatuh dari tingkat 12

Posted: 11 Sep 2012 02:42 AM PDT


Kajian mendapati 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit mental. Kajian juga mendapati terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di negara ini dengan hanya 233 pakar sakit jiwa di seluruh Malaysia. Kementerian Kesihatan sedar akan masalah ini dan akan mengambil langkah tertentu. Apa pula langkah yang akan diambil oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri, adakah Khutbah Jumaat akan lebih serius lagi mengetengahkan permasalahan masyarakat semasa?

KUALA LUMPUR 10 Sept. 2012 - Seorang pesara Telekom Malaysia Berhad maut selepas terjatuh dari unit rumahnya di tingkat 12 Apartmen Abdullah Hukum, Bangsar di sini hari ini.

Kejadian itu disedari oleh seorang daripada anaknya pada kira-kira 8 pagi yang meninjau ke bawah dan melihat bapanya telah jatuh ke bawah, setelah mendapati jeriji pintu rumah terbuka.

Isteri mangsa, Faridah Omar, 58, tidak menyangka sarapan bersama suaminya Abd Khalid Salleh, 60, pagi ini merupakan detik terakhir mereka meluangkan masa bersama.

"Saya sempat bersarapan pagi bersama arwah sebelum menuju ke bilik air selepas bersarapan...kejadian hanya disedari oleh anak kedua saya yang melihat jeriji besi pintu rumah telah terbuka. Dia kemudiannya keluar rumah dan meninjau ke bawah sebelum melihat ayahnya telah jatuh ke bawah," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Faridah berkata suaminya itu demam sejak seminggu yang lepas dan telah dibawa berjumpa doktor dan diberikan ubat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata mangsa terjatuh kerana dipercayai mengalami masalah kemurungan.

"Bagaimanapun tiada unsur jenayah berhubung kejadian ini," katanya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Nuffnang