Rabu, 12 September 2012

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


UMAT ISLAM WAJIB CAKNA, TRAILER HINA NABI WAJIB DIBANTAH !

Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT

  
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
UMAT ISLAM WAJIB CAKNA, TRAILER HINA NABI WAJIB DIBANTAH !
24 Syawal 1433 bersamaan 12 September 2012
 
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda shallallhu 'alaihi wasallam. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.
 
Selaku seorang muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini telah menghina Baginda Nabi shallahu 'alaihi wasallam dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang 'gila perempuan'.
 
Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat radhiyallahu 'anhu ajma'in. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;
 
"My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad.He kills men, captures women and children…"
 
Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Bagi Pemuda PAS Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini.
 
"Times of Israel" melaporkan filem ini merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Filem yang melabel Baginda shallallahu 'alaihi wasallam sebagai 'fraud, a womanizer and a madman' ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara timur tengah seperti Mesir dan Libya. Menurut mereka, seorang rakyat Amerika telah ditembak mati sebagai tanda tidak puas hati mereka. Penunjuk perasaan juga bertindak membakar Konsulat AS di Beghazi dan Cairo. Bukan itu sahaja, penunjuk perasaan turut memanjat dinding-dinding kedutaan US dan menggantikan bendera AS dan bendera-bendera Islam.
 
Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.
 
Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan "Say it don't fear. Their ambassador must leave".
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar Kedutaan Amerika Syarikat menyelesaikan isu ini dengan segera. Jelas penerbit filem tersebut dilaporkan menggunakan filem ini untuk kempennya di sana. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.
 
Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap agar setiap pelusuk tanah air umat Islam di Malaysia dapat turun untuk meramaikan himpunan ini.

Disediakan oleh ;

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Gejala Hutang : Mana tumpahnya kuah…..

Posted: 11 Sep 2012 03:14 PM PDT

Oleh : Mat Teropong
Berbicara tentang Syawal, pastinya tidak dapat lari dari menyentuh tentang sambutan hariraya. Kemeriahannya mungkin masih terasa iaitu kepada sesetengah orang yang masih sibuk mengadakan rumah terbuka. Alhamdulillah, mengajak saudara mara, sahabat handai datang berkunjung dan menjamu selera adalah sesuatu yang dituntut Islam. Akan tetapi haruslah bersyarat, janganlah sampai bergolok gadai, berhutang sana-sini semata-mata untuk menganjurkan rumah terbuka ini. Itu dilarang agama.
Maka apabila berhutang, kita telah merendahkan martabat kita. Dinukilkan dalam sebuah hadis, bahawa sekiranya seseorang itu mati tanpa sempat membayar hutangnya, maka akan tergantunglah amalannya itu hatta dia seorang syuhada sekalipun. Rasulullah pernah tidak menyembahyangkan jenazah yang masih mempunyai hutang.
Hutang memang tidak dapat lari dari kehidupan kita. Berdasarkan info dari Jabatan Insolvensi Malaysia sebanyak 85,175 kes muflis telah dicatatkan bermula dari tahun 2007 hingga Mac 2012. Seramai enam juta isi rumah pula, sedang menanggung hutang sebanyak RM653 bilion, yang membawa kepada purata lebih kurang RM108,000 seorang…! Antara enam juta ini termasuklah juga mereka yang berpendapatan kurang dari RM2000 sebulan.
Lazimnya hutang-hutang tersebut adalah untuk membiayai kenderaan, rumah dan peribadi. Tetapi agak malang bagi sesetengah mereka, tujuan pinjaman itu tidak lain hanyalah untuk bergaya bagi menunjuk-nunjuk rumah atau kereta yang hebat sahaja. Bertambah lagi malang, mereka terpaksa menghabiskan masa mungkin puluhan tahun bagi melangsaikan hutang-hutang mereka itu. Keadaan ini berlaku kerana mereka menambah jumlah hutang mereka ketika hutang lama masih belum diselesaikan.
Walau bagaimanapun, ada juga diantara mereka yang benar-benar berniat ingin memberikan keselesaan kepada ahli keluarga mereka tetapi keadaan menjadi semakin sukar bagi mereka dengan cukai kereta yang begitu tinggi dan juga harga rumah yang melambung begitu tinggi berbanding dengan harga beberapa tahun yang lalu (sila rujuk rajah perbandingan di bawah) yang akhirnya mereka terperangkap dengan keadaan semasa yang tidak menyebelahi mereka.

Pakar ekonomi menyebutkan, apabila isi rumah gagal berbelanja kerana terpaksa membayar hutang, maka hal ini akan turut menjejaskan ekonomi negara kerana isi rumahlah antara penyumbang terbesar pendapatan negara. Itu belum masuk masalah hutang tidak berbayar (NPL) yang boleh menjejaskan rantaian ekonomi sesebuah negara.
Kenapakah hal yang sebegini boleh berlaku? Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kos sara hidup yang tinggi dan kegagalan menguruskan wang dengan baik adalah antara faktor tertinggi kepada masalah ini. Sekaligus menjadikan mereka yang berpendapatan dibawah RM2000 sebulan menjadi peminjam tegar.
Jika kita amati, ada dua faktor dalam masalah ini dan kedua-duanya berdasarkan sikap kita sendiri. Mengapa saya berpendapat demikian? Pertama, berkenaan faktor kegagalan menguruskan kewangan, ini jelas kerana sikap diri sendiri kerana ada sesetengahnya mengikut contoh buruk yang telah diberikan oleh "orang atas" iaitu berbelanja mewah, lupa hutang yang ada dan suka menambah hutang baru tapi tiada duit. Kemana tumpahnya kuah…
Manakan tidak, menurut Laporan Tahunan Bank Negara, negara telah berhutang sebanyak RM257 bilion pada tahun 2011 meningkat sebanyak RM30 bilion berbanding tahun sebelumnya. Dengan pengumuman demi pengumuman peruntukan untuk  itu dan ini kerana takut dijatuhkan rakyat, maka segalanya ditabur dengan begitu rupa agar dapat mengekalkan kuasa yang ada. Pendek kata berbelanja bagai nak gila.
Ini adalah contoh buruk dari kerajaan pusat. Manakala bagi kerajaan negeri Terengganu pula, tidak kurang hebat perangainya. Hutang negeri Terengganu yang direkodkan ialah lebih RM1 bilion (termasuk hampir RM100 juta untuk zoo mungkin?). Begitupun, mereka begitu rakus dalam berbelanja, sehingga lupa akan hutang yang ada. Bajet tahunan pula defisit sentiasa. Gali lubang, tutup lubang. Sudah bapaknya borek, anaknya rintiklah. Tidak seperti pada tahun 1999-2004, hutang kerajaan negeri dibayar oleh kerajaan PAS mengikut jadual. Juga negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini, begitu berdisiplin membayar hutang masing-masing.
Terengganu terus mendapat duit royalti (dengan nama lain) dari Petronas. Dan wang yang diterima itu tidak perlu diaudit, maka bertambah meriahlah perbelanjaan mereka. Walaupun dalam Sidang DUN pada April baru-baru ini, mereka begitu berbangga dengan laporan jumlah orang miskin di Terengganu telah berkurang, tapi apakah maknanya bila Terengganu negeri yang dikatakan kaya ini (telah menerima RM belasan billion semenjak mula royalti dibayar) rakyatnya masih lagi duduk pada negeri nombor dua termiskin semenjak lama dahulu?
Teruk sangatkah pemikiran pemimpin-pemimpin Umno- BN Terengganu? Negeri lain seperti Kelantan yang tidak dibayar royalti hasil minyak, dan pendapatan lebih rendah dari Terengganu, lebih berjaya dari Terengganu dalam hal ini. Bandingkan pula dengan kerajaan PAS ketika memerintah hanya empat tahun, telah berjaya meletakkan Terengganu pada tempat keempat termiskin di Malaysia. Lihatlah sikap amanah apabila dilaksanakan, maka hasilnya menyenangkan rakyat terbanyak.
Secara tidak sedar, rakyat Terengganu yang seramai kira-kira 1 juta orang ini, turut berhutang kepada pusat sebanyak kira-kira purata RM1000 seorang. Jikalau peminjam yang seperti dinyatakan pada permulaan artikel ini juga orang Terengganu, maka hutangnya sudah menjadi RM109,000.
Faktor ini (kegagalan menguruskan kewangan) adalah fator yang boleh kita hindari jika kita tidak mengikut jejak dan fi'il perangai pemimpin negeri dan negara seperti yang ada sekarang, yang hanya tahu rakus berbelanja. Manakala faktor kedua(kos sara hidup tinggi), mengapa saya katakannya kerana sikap rakyat juga? Kerana ianya juga dapat dihapuskan sekiranya kita menghapuskan kuasa pemerintahan Umno-BN dengan menggantikan mereka dengan PR. InsyaAllah kos sara hidup akan juga turun.
Senang bukan? Lihat janji-janji pra PRU yang telah diberikan. InsyaAllah penurunan harga minyak, cukai kereta, gaji minimum dan banyak lagi program kebajikan akan segera dijalankan apabila PR menguasai Putrajaya. Tidak dinamakan cerdiklah pimpinan PR jika mengkhianati janji-janji ini kerana pastinya mereka tidak akan dipilih selama-lamanya selepas ini jika khianat.
Oleh itu nasihat saya, ubahlah sikap anda dalam menghapuskan masalah berhutang ini. Apa sahaja yang mereka berikan, kita jangan menolaknya, sapu belaka, ambil semuanya, (cuma jangan diambil perangai Umno-Bn sudahlah) Tetapi ingat, apabila pensil dan kertas undi sudah berada di tangan, maka jalan terbaik bagi mengatasi masalah-masalah hidup ini ialah dengan menghapuskan sama sekali kuasa Umno-BN. Ingat, hapus Umno-BN, hapuslah masalah hidup sekarang insyaAllah. Jom, Pakak Pakoh PAS Bohh….!!!
*Pandangan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Blog ini. Terima kasih

Tiada ulasan:

Nuffnang