N50 Dun Sri Muda |
Kerajaan Negeri Harus Ambil Tindakan Isu LRT Subang Alam Posted: 23 Jul 2012 02:13 AM PDT SHAH ALAM 22 JULAI : Keselamatan penduduk Taman Subang Alam, Seksyen 27, dikuatiri semakin terancam apabila pembinaan jajaran stesen transit aliran ringan (LRT) dilakukan atas tapak berdekatan tasik bekas kuari. Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie berkata perkara itu perlu di selesaikan secara tuntas dan bersepadu oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan penduduk dan mengelak dari bencana. Shuhaimi menambah sekiranya pembinaan itu dilaksanakan tiga buah rumah akan dipindahkan dan lima buah rumah akan berada dalam keadaan yang terlalu hampir dengan jajaran LRT itu. Katanya, Kerajaan Negeri juga perlu mempertimbangkan cadangan penduduk agar tapak bagi jajaran LRT dan stesen 11 dan 12 pada laluan penyambungan LRT Subang Jaya dipindahkan ke satu tapak berhampiran yang lebih selamat. Beliau berkata walaupun pihak Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) telah memberi respons kepada kebimbangan penduduk, ia tidak mengurangkan ketakutan mereka. "Saya sudah berulang kali membangkitkan perkara ini untuk meminta Kerajaan Negeri mengatasi masalah ini dan ia harus diteliti dan dipertimbangkan. "Isu ini bukan perkara baru jadi ia perlu perhatian segera," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Sebelum ini, kira-kira 300 penduduk Taman Subang Alam meminta pihak berkuasa menghentikan pembinaan LRT di kawasan taman perumahan mereka kerana khuatir ia akan menyebabkan tanah runtuh. Penduduk mendakwa pembinaan di tapak sekarang mengundang bahaya kerana ia melalui kawasan sempit antara tasik bekas kuari dan deretan rumah di Subang Alam dan Putra Heights. Penduduk bimbang kerja-kerja itu menjejaskan keselamatan mereka kerana Prasarana antaranya, didakwa tidak mendedahkan pelan migrasi struktur dan pelan kontingensi untuk mengukuhkan kuari berdekatan kediaman mereka. Justeru, mereka menyarankan agar laluan dan tapak kedua-dua stesen tersebut dipindahkan ke satu lagi cadangan tapak yang berhampiran yang difikirkan lebih selamat. Cadangan tapak itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 2011 sebelum binaan di tapak sekarang, yang dicadangkan Prasarana, dimulakan. Ini kerana, cadangan laluan LRT MBSA akan dibina melalui jalan raya lebar, kawasan komersial yang dapat menarik lebih ramai pengguna dan berisiko rendah. | ||||||
LRT Projects: Prasarana Yet to Respond to Safety Issues Posted: 19 Jul 2012 07:25 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan