. |
Posted: 23 Jul 2012 11:30 PM PDT "Alhamdulillah, sepanjang bulan ini saya sudah pun mempunyai rancangan sendiri. Bermula daripada minggu lalu, saya giat mengikuti pelbagai program keagamaan dan majlis ilmu. "Malah undangan menyertai majlis sebegini juga akan penuh sehingga akhir Ramadan nanti. Bagaimanapun, ia hanya tertumpu waktu siang sahaja memandangkan waktu malam saya tidak terkecuali mengerjakan solat tarawih," katanya kepada Zass. Yatt berkata, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan berkongsi pengalaman hijrahnya. "Di majlis ini, biasanya saya akan bercerita dengan peserta mengenai kehidupan saya sebelum dan selepas berhijrah. Bagi saya, selain dapat memberi inspirasi kepada mereka, ia merupakan jalan terbaik membantu golongan sasaran membuka hati untuk berhijrah. "Saya yakin dakwah yang dijalankan selebriti juga mampu memberi kelainan dan mendorong peminat mengikut jejak artis kesayangan mereka. Walaupun ramai ustaz dan ustazah di luar sana, namun kita tidak boleh bebankan mereka," katanya. Jelas Yatt, dia bukan sengaja menolak tawaran yang datang, namun keutamaannya kini lebih mencari keredaan Ilahi. "Sebenarnya undangan menyertai program ilmu terlalu banyak dan rasanya saya memang tidak sempat untuk berlakon sepanjang bulan ini. "Bagaimanapun, saya masih sempat berlakon dalam sebuah telemovie di bawah terbitan TV Alhijrah yang akan ditayangkan raya keempat nanti. Itu pun penggambaran dilakukan pada awal Ramadan," ujarnya. Menerusi telemovie itu, Yatt membawa peranan sebagai wanita moden yang masih berpegang kepada ajaran Islam. Sebaliknya, dia terpaksa berdepan karenah orang tuanya yang terlalu asyik mengejar nikmat duniawi. Dalam perkembangan lain Yatt turut menjadi duta kepada beberapa rangkaian koleksi tudung di sekitar tanah air. Sertai Usrah bersama rakan artis Selain terlibat program ilmu dan menjadi penceramah jemputan, Yatt juga tidak ketinggalan bersama rakan artis lain menyertai program Usrah setiap minggu di Wangsa Melawati. Program diterajui selebriti terkenal, Wardina Safiyyah, itu turut disertai rakan artis seperti Irma Hasmie, Diana Amir, Siti Nordiana dan Farah Asyikin. Menurut Yatt, menerusi program itu, mereka bersama-sama mendalami ilmu agama di samping terlibat dengan pelbagai aktiviti kebajikan. "Terbaru, kami akan mengadakan sebuah program di mana kami akan cuba membimbing rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai niat untuk berhijrah. "Walaupun ilmu kami juga tidak setinggi mana, namun kami mempunyai ahli agama yang menyertainya untuk memberikan tunjuk ajar," katanya. Jelasnya, dia dan rakan-rakan turut memberi sokongan kepada rakan artis yang baru berhijrah. "Bergelar selebriti merupakan cabaran besar kepada kami. Misalnya, kami masih diberikan tawaran lakonan yang tidak sesuai dengan penampilan. "Pada awalnya mereka kata, babak yang diberikan tidak akan meminta kami membuka tudung, bersentuhan dan sebagainya, tetapi apabila memulakan penggambaran lain pula jadinya. "Jadi, kami tidak mahu ada rakan-rakan yang terpengaruh dengan perkara ini. Biarlah niat kami untuk mengenakan tudung dan menutup aurat di atas landasan yang betul," katanya berharap pihak produksi memberi ruang kepada artis bertudung. Memasak untuk keluarga Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti keagamaan, Yatt tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Menurut Yatt, sudah menjadi keutamaannya untuk menyediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga tercinta. "Saya memang akan memasak setiap hari kecuali jika mendapat undangan berbuka puasa di luar. "Tetapi, hidangan dimasak sederhana sahaja, lagi pun keluarga saya kecil," katanya yang memilih menu Lemak Cili Api sebagai hidangan wajib. PROFIL YATT Nama Sebenar: Haryati Hamzah Tarikh Lahir: 13 April 1980 Tempat Lahir: Muar, Johor Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa Dan Pengajian Media. Kerjaya: Model, Pengacara Dan Pelakon. Suami: Abdul Mutalib Abdul Shukor Anak: Suci Hanania Malika Abdul Mutalib, 2 Source: http://www.sinarharian.com.my/personaliti/penghijrahan-yatt-bawa-berkat-1.69190?localLinksEnabled=false |
Lajim Ukin(Ahli Parlimen Sabah) temui Nik Azizi Posted: 23 Jul 2012 05:02 PM PDT Lajim Ukin temui Nik Aziz - MalaysiakiniAhli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Harakahdaily, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu mengunjungi pejabat menteri besar Kelantan itu pagi tadi. Pertemuan di Kota Bharu itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Lajim akan menyertai Pakatan Rakyat. Lajim pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort. Source: http://www.malaysiakini.com/news/204426 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan