Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Susulan pegawai polis mengamuk di Seremban dan penyelesaiannya
- Program Ramadhan 1433 H Surau Taman Pinggiran Senawang
- Program Ramadhan 1433 H Madrasah Islamiah
Susulan pegawai polis mengamuk di Seremban dan penyelesaiannya Posted: 20 Jul 2012 12:57 AM PDT Dengan angka 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia, sebagai orang Islam, jalan penyelesaian kepada semua permasalahan ini ialah kembali kepada Islam sepenuhnya. Buat semua yang diperintahkan Allah, serta tinggalkan semua yang ditegah Allah. TERTEKAN MASALAH KELUARGA Harian Metro 20 Julai 2012 SEREMBAN: Tekanan akibat menghadapi masalah keluarga dikatakan menjadi punca seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja hotel Seremban 2, di sini, gara-gara ais krim dibeli di hotel berkenaan dikatakan mahal dalam kejadian Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan, berkata berdasarkan soal siasat terhadap pegawai polis itu, dia didapati berada dalam keadaan tertekan akibat masalah keluarga. "Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan 'stress' menyebabkan dia mengamuk. POLIS MENGAMUK DIDAKWA Sinar Harian 20 Julai 2012 SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan, berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan. Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban. "Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun. "Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadinya," katanya. POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU Berita Harian 27 Sep 2011 KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba. Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan. Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. Malah, sesetengah kes yang disiasat SEPERTI KES BUNUH ATAU YANG MEMBABITKAN GOLONGAN BERPENGARUH ADA KALANYA MEMBERIKAN TEKANAN terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM. MALAH, DIKHUATIRI, JIKA TAHAP TEKANAN YANG DIHADAPI BEGITU KRITIKAL, SENJATA YANG DIMILIKI DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MELAKUKAN UGUTAN ATAU SEBARANG AKTIVITI JENAYAH TERMASUK RASUAH, katanya. NEGERI SEMBILAN PALING RAMAI SAKIT MENTAL Kosmo 27 Nov 2008 Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa. 11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL Berita Harian 14 Nov 2010 MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin. Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa. KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS 21 hb November 2004 Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini bagaikan bom jangka. ONLY 233 PSYCHIATRISTS TO TREAT 28 MILLION MALAYSIANS The Star November 8, 2010 IPOH: Malaysia is running short of psychiatrists. Health Ministry technical adviser on psychiatry Datuk Dr Suaran Singh Jasmit Singh said the country only has 233 psychiatrists to treat the population, which works out to a ratio of 0.8:100,000. "The ideal ratio is 1:50,000," he said after the opening of a public forum on handling stress at Ipoh City Hall yesterday. Dr Suaran, who is Hospital Bahagia Ulu Kinta director, said of the 233 psychiatrists available, 15 were attached with the Health Ministry and three with the Defence Ministry. Rujukan : |
Program Ramadhan 1433 H Surau Taman Pinggiran Senawang Posted: 19 Jul 2012 09:38 PM PDT |
Program Ramadhan 1433 H Madrasah Islamiah Posted: 19 Jul 2012 09:38 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan