Anwar Ibrahim |
- Perutusan Ramadhan 1433H Olehy Dato Seri Anwar Ibrahim
- Mujahaddah Ramadhan:Penjanaan Daya Juang
- Insight: Thaksin, Anwar & Horta – Reason Over Revenge
- Tiada penswastaan air di Selangor
- Photo Sekitar Wacana Tariq Ramadan Di Kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim
- Hanya Taklimat Kosong Dari SPR
Perutusan Ramadhan 1433H Olehy Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 20 Jul 2012 05:30 AM PDT |
Mujahaddah Ramadhan:Penjanaan Daya Juang Posted: 20 Jul 2012 12:56 AM PDT Dari Blog Ilmuan Rakyat Oleh Dr.Siddiq Fadzil Ramadhan dengan segala amal penghayatannya memberikan sejenis pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Kita semacam dalam keasyikan menjalani pelbagai amal yang disebut ihya’ Ramadhan, sehingga peralihan waktu dari hari ke hari terasa begitu cepat. Andainya Ramadhan itu suatu deraan, tentu perjalanan waktunya terasa lambat dan panjang. Mungkin itulah yang namanya kelazatan ibadah atau ladhdhatu ‘l-`ibadah. Mudah-mudahan kita dapat menikmati tahap kelazatan yang setinggi-tingginya. Selain itu, kita juga dapat merasakan bangkitnya motivasi dari pedalaman hati nurani untuk melakukan self-improvement, meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Memang sudah selayaknya bulan ini disebut madrasatu Ramadan, persekolahan Ramadhan yang intensif, padat dan terfokus pada komponen-komponen utama pendidikan nabawi: tilawah, tazkiyah dan ta`lim (3T).
(Ali-'Imran: 164) Hari-hari Ramadhan sedapat mungkin kita padati dengan amal yang meliputi tiga tonggak misi tarbawi tersebut: tilawah yang kita hayati dengan amal tadarrus, membaca ayat-ayat kitab suci Ilahi secara yang lebih serius dan intensif;tazkiyah yang kita hayati dengan amal pemurnian dan penyihatan hati serta peningkatan kewaspadaan batin demi menghindari hal-hal yang mencemarkan kejernihan hati yang sedang berpuasa; sementara ta`lim pula kita hayati dengan pelbagai kegiatan keilmuan — ceramah, taklim, tazkirah dan yang sejenisnya. 3T adalah gabungan padu kekuatan transformatif (quwwah taghyiriyyah), pencetus perubahan mendasar yang ditandai perbezaan nyata antara sebelum dengan sesudahnya. Kata min qabl… (meskipun sebelumnya…) dalam ayat tersebut adalah kata yang kental dengan makna transformasi, radical departure, perubahan radikal kaum mukminin generasi nabawi – dari gelita kesesatan kepada benderang cahaya kebenaran. Memang al-Rasul s.`a.w. adalah model terunggul pemimpin transformatif yang melahirkan umat baru, umat yang memiliki segala ingredients untuk memimpin dan menyelamatkan dunia. Umat baru tersebut adalah generasi pejuang yang setia bersama Nabi s.`a.w., responsif terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan bagaimana sekalipun, termasuk ketika menempuh kegawatan sa`at al-`usrah melawan gempuran musuh. Demikianlah kualiti para lulusan madrasatu Muhammad, persekolahan nabawi Pembina tough generation, generasi yang tangguh dan perkasa. Mereka bukan generasi yang dimanjakan dalam keadaan serba selesa, tetapi generasi yang dididik dengan mujahadah, hempas pulas perjuangan melawan hawa-nafsu. Falsafahnya mudah: jika mampu mengalahkan nafsu, akan mampu mengalahkan yang lain-lain; sebaliknya jika gagal melawan nafsu, takkan berdaya menghadapi selainnya. Mereka tidak hanya berjihad dalam erti tampil di medan tempur, lalu pulang setelah musuh dapat dikalahkan. Memang jihad juga memerlukan pembinaan watak pejuang dan fighting spirit yang tinggi. Tetapi mujahadah adalah perjuangan dalaman yang berterusan, dilaksanakan sepanjang masa, diulang-ulangi tanpa henti. Demikianlah makna mujahadah, kata yang terbentuk mengikut wazan mufa`alah. Memang kata tersebut mengandungi makna perulangan – al-tikrar marratan ba`da ukhra. Justeru, musuh di medan tempur tidak akan bangkit setelah terpenggal kepalanya, tetapi lain halnya dengan musuh yang bernama hawa nafsu, sekali tumbang tidak bererti segalanya sudah berakhir. Biar berapa kali tumbang, ia tetap bangkit kembali. Ternyata mujahadah adalah antara muatan madrasatu Ramadan yang paling kental. Bukankah sepanjang bulan ini urusan besar kita adalah melawan? Melawan nafsu, dan melawan kebiasaan. Kerana perlawanan itulah segalanya jadi berubah — ibadat, makan, tidur, kerja harian, watak dan perilaku, segalanya berubah sesuai dengan semangat Ramadhan. Dan ternyata kita sebenarnya mampu berubah, tetapi bukan berubah sekadar untuk berubah. Berubah dalam konteks mujahadah adalah untuk menjadi almu’min al-qawiy (mukmin yang kuat), tough generation yang daya juangnya tak terkalahkan. Mujahadah adalah salah satu teras pendidikan nabawi yang terbukti telah melahirkan generasi tangguh yang sanggup melawan ribut, berani menentang badai. Mereka adalah generasi yang telah menyebatikan mujahadah menjadi cara hidup hingga mendarah daging, bergerak bersama denyut nadi, bergetar bersama degup jantung. Pendidikan mujahadah telah melahirkan pahlawan segagah `Ali (k.w.), pemuda berusia 20 tahun yang menyanggupi tugas mempertaruhkan nyawa menempati kamar bahaya (tempat tidur al-Rasul s.`a.w.) dalam peristiwa Hijrah. Bukan beliau tidak tahu risiko menempati kamar yang menjadi sasaran mata liar kumpulan teroris Quraysh, tetapi tetap disanggupinya dengan rela kerana pendidikan mujahadah telah melumpuhkan nafsu mementingkan diri dan keinginan bersenang-senang. Orang yang dikuasai nafsu takkan sanggup mengambil risiko seberat itu. Nafsulah yang sebenarnya menyebabkan seseorang menjadi pengecut. `Ali (k.w.) tidak takut kerana beliau adalah pahlawan yang terbina dalam pendidikan mujahadah. Pada suatu ketika beliau ditanya bagaimana perasaannya pada malam bahaya tersebut, katanya, “Itulah malam paling damai pernah kurasakan sepanjang hayatku”. Pendidikan mujahadah juga telah menampilkan wanita pejuang sehebat Asma’ bint Abi Bakr (r.`a.). Dalam peristiwa Hijrah beliau diberi tugas menghantar bekalan makanan ke Gua Thawr, tempat persembunyian al-Rasul (s.`a.w.) dan pendamping setianya Abu Bakr al- Siddiq (r.`a.). Tugas ini juga tidak kurang berat dan bahayanya, mengingat bahawa selama tempoh persembunyian tersebut pihak Quraysh menjalankan operasi besar-besaran memburu Junjungan (s.`a.w.). Untuk melaksanakan tugas tersebut Asma’, wanita muda berusia 23 tahun yang sedang sarat mengandung (7 bulan) itu harus berjalan kaki setiap hari sejauh sekitar 5 kilometer, terdedah kepada risiko tertangkap di tengah maraknya operasi jahat Quraysh. Dari mana datangnya kekuatan dan keberanian luar biasa wanita muda tersebut melaksanakan tugas berat dan berbahaya seperti itu? Dari mana lagi kalau bukan dari pendidikan mujahadah, melawan nafsu mementingkan diri, mengenyah keinginan hidup bersenang-senang. Justeru, pendidikan mujahadah telah menjadikan Asma’ bint Abi Bakr (r.`a.) seorang tough lady dengan keluarbiasaan yang mencengangkan orang sepanjang sejarah. Sesungguhnya pendidikan mujahadah telah menciptakan umat dan tamadun yang religious, bersih dan berintegriti moral yang tinggi. Demikianlah hakikatnya sebagaimana yang kita saksikan pada catatan sejarah umat generasi seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga ke pertengahan era Umawi). Sepanjang tempoh tersebut hukum hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, walhal pada tahun-tahun menjelang pengutusan al-Rasul s.`a.w. kota Makkah merupakan sarang budaya maksiat. Di sana-sini berkibar bendera merah, yang menandakan bahawa di situ tersedia pelayanan seksual bagi yang menginginkannya. Sementara itu hukum hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh seratus tahun tersebut, walhal jenayah rompak samun memang berleluasa dalam masyarakat Arab pra-Islam. Masyarakat yang mengamalkan cara hidup mujahadah adalah masyarakat yang beradab, damai dan santun. Diriwayatkan bahawa setelah dua tahun menduduki jawatan Hakim, `Umar ibn al-Khattab menemui Khalifah Abu Bakr (r.`a.) memohon untuk mengundurkan diri kerana sepanjang tempoh tersebut tidak siapa pun datang mengadukan sebarang pertikaian. Sempena Ramadhan bulan intensifikasi mujahadah wajar kita merenung isu ini secara serius, bagaimana mengembalikan mujahadah ke ranah pendidikan umat, dan mengembalikan mujahadah sebagai bahagian integral cara hidup kaum Muslimin. Sikap serius dalam isu ini akan membuka pelbagai jalan penyelesaian.
(Al-Ankabut: 69) |
Insight: Thaksin, Anwar & Horta – Reason Over Revenge Posted: 19 Jul 2012 09:49 PM PDT The Jakarta Globe One man barely survived an assassination attempt. Another was severely beaten and imprisoned for six years on spurious charges. The third was ousted from power by a military coup and forced into exile because his opponents could not defeat him democratically. These three men — Jose Ramos-Horta, the former president of East Timor; Anwar Ibrahim, the Malaysian opposition leader; and Thailand's former prime minister, Thaksin Shinawatra — appeared on the same stage in Jakarta this week for a forum on reconciliation put together by Strategic Review, a quarterly journal of policy and ideas published in Jakarta. It is my pleasure to be associated with Strategic Review and to have had the chance to meet all three of these leaders. The forum on Tuesday, which was opened with a keynote address by President Susilo Bambang Yudhoyono, made for a stunning photo op of the three invited leaders speaking their minds quite openly during an event that could never happen back home for two of them, Thaksin and Anwar. Indeed, this was political theater of a very high order. Having been hauled into court repeatedly on the most spurious of sexual charges, Anwar is looking toward a general election later this year as he tries to unseat the coalition that has governed Malaysia since independence. The billionaire Thaksin is involved in his own high-stakes gambit. With his sister now prime minister, he is betting that he can one day return to Thailand despite the intractable opposition of powerful military and political figures. But along with Horta, these three men all brought a message of forgiveness to Jakarta. Anwar praised Indonesia for its ability to "not be saddled by the baggage of the past." He resisted the urge to call for payback and appealed instead for Malaysia to simply allow fair elections as the path to reconciliation. "I am only able to forgive," Anwar said from the stage, "and move on. Not necessarily forget, but move on. If you are totally committed to [democracy], you don't have time for retribution." Thaksin spoke of the need for calm in handling the political crisis in his country. "I think we need truth, but the truth must not lead to future conflict," he said. "We must learn from our past failures, but we also must move on." The best example was Ramos-Horta, who has actually done what the other two are so far only talking about. In 2008, while president, he pardoned the men who attacked him. He noted that after the 1999 independence referendum and the bloody withdrawal of the Indonesian military, he and independence fighter Xanana Gusmao made peace with Indonesia a first priority despite calls for an international tribunal to investigate the crimes committed in East Timor. "I said 10 years ago that Indonesians will be the ones who look into their souls and find solutions," he said, adding that he prefers "restorative justice. Sometimes we have to swallow this desire for retributive justice." Outsiders often chafe at the tendency in Southeast Asia to paper over deep-seated conflicts. But the path of reconciliation, as frustrating as it can be, makes sense. Would Indonesia be better off today if there had been a genuine attempt to settle the scores left behind by the New Order era? It is unlikely. Similarly, there is enormous potential for chaos in Myanmar should popular anger be unleashed against the long-ruling generals. It is to the credit of Aung San Suu Kyi that she is negotiating a way forward. I hope the message of forgiveness and reason that was expressed on the stage in Jakarta this week will be realized in both Malaysia and Thailand, and that Thaksin and Anwar prove to be men of their word should they rise to power. It has worked here and in East Timor; it is starting to bear fruit in Myanmar. In the words of President Yudhoyono during his address to the forum: "There is no peace, no freedom, no stability unless we take out the cancerous seeds of conflict and hatred from our society and replace them with seeds of amity and good will." A. Lin Neumann, founding editor of the Jakarta Globe, is the host of the "Insight Indonesia" talk show on BeritaSatu TV. He is also the publisher of Strategic Review. |
Tiada penswastaan air di Selangor Posted: 19 Jul 2012 09:10 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan penswastaan air di Selangor, yang jika dilaksana hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air. "Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan SYABAS kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender. "Justeru, Kerajaan Negeri Selangor tawarkan untuk ambil alih SYABAS dengan segera untuk mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus. "Ia berbeza dengan cadangan Datuk Seri Noh Omar yang tawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta," katanya. Menurut Anwar, air sebagai khazanah bumi tidak sepatutnya dijadikan barang dagangan sehingga membebankan rakyat. Anwar berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena program 'Wacana Pencerahan Bersama Dr Tariq Ramadan : Islam dan Reformasi Pemikiran ummah', malam semalam. Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan solat hajat. Dr Tariq memulakan syarahan sebaik selesai solat Isyak dan tamat kira-kira jam 11 malam. Turut hadir adalah Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Islamic Rennaisance Front, Dr Farouk Musa, ahli akademik dan wakil dari badan bukan kerajaan. |
Photo Sekitar Wacana Tariq Ramadan Di Kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 19 Jul 2012 01:27 PM PDT |
Hanya Taklimat Kosong Dari SPR Posted: 19 Jul 2012 01:16 PM PDT Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan program pertemuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama pimpinan parti politik hari ini tidak ‘ada apa-apa’ malah taklimat yang disampaikan lebih kepada perkara yang sudah ketahui umum. Taklimat yang diberikan itu lebih menjurus kepada peraturan-peraturan dan perkara baru yang sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. Difahamkan, para pimpinan Pakatan Rakyat meninggalkan program ini lebih awal apabila dimaklumkan tidak ada sesi soal jawab antara SPR dengan wakil parti yang hadir, walaupun pembesar suara disediakan di dalam dewan itu. Apa yang berlaku sebaliknya, persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh wakil parti hanya berkaitan proses pengundian ketika sesi simulasi susun atur tempat mengundi sahaja. Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan yang turut menghadiri pertemuan itu melahirkan rasa kecewa apabila taklimat yang disampaikan itu adalah perkara umum hanya berkaitan proses pilihan raya sahaja. “Ini satu taklimat biasa sahaja, mengenai proses membuang undi, penamaan calon, proses ini kita kira ia adalah biasa,” katanya ketika ditemui. Malah yang mendukacitakan katanya, dengan kehadiran wakil-wakil parti politik daripada PAS dan Pakatan Rakyat mahu mendengar dan melihat berlakunya perubahan secara drastik oleh SPR berkaitan dengan lapan tuntutan yang diminta oleh rakyat. Di mana katanya, lapan tuntutan itu melibatkan perkara dasar yang diminta oleh rakyat melalui Himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan 3.0. “Kita nak tahu bagaimana usaha pihak SPR untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sangat diragui khususnya daripada Pakatan Rakyat. Kita juga nak tahu apakah usaha SPR terhadap tujuh lagi tuntutan kita soal akses media untuk menerangkan manifesto kepada seluruh masyarakat. “Walaupun pihak kementerian ada menyatakan parti politik Pakatan Rakyat juga akan dibenarkan untuk menerangkan manisfesto ini, keadaan ini mungkin kita hanya diberikan beberapa minit sahaja sedangkan Umno BN akan menggunakan semaksimum mungkin media ini,” katanya. Katanya, perkara-perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh SPR dalam program hari ini sebelum berlakunya pilihan raya nanti. Malah katanya, soal penyalahgunaan agensi dan premis kerajaan oleh Umno BN setiap kali pilihan raya, juga tidak dibangkitkan. Sementara itu, Adun Seri Setia, Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat SPR agak defensif terhadap kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Katanya, apa yang Pakatan Rakyat mahu ialah pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh SPR, namun tidak dinafikan ada peraturan baru dibuat setelah berlakunya tiga siri Himpunan Bersih. “Walaupun ada sedikit perubahan, tetapi masih ada banyak perubahan yang belum dilaksanakan oleh SPR, kalau ada undi pos kerana ada anggota keselamatan bertugas di luar negara, kenapa rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di luar negara tidak boleh dapat hak yang sama. Dan untuk laksanakan itu perlu tempoh kempen yang lebih lama,” katanya ketika ditemui. Beliau yang ditemui selepas sesi taklimat persediaan PRU ke-13 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, tertunggu-tunggu untuk mengajukan beberapa pertanyaan termasuklah undi pos dan pengundian awal. “Tunggulah macam mana, kalau kita tengok mereka sediakan ‘mic’ macam ada sesi soal jawab dan saya akan bangkitkan perkara ini,” katanya. Turut bersama dalam program ini, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, dan beberapa wakil dari DAP. Program pertemuan SPR bersama pimpinan parti politik yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya bermula jam 8.30 pagi diikuti ucaptama oleh Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof. Sejurus selepas itu taklimat persediaan PRU ke-13 hampir dua jam disampaikan oleh Wan Ahmad, kemudian sesi simulasi susun atur tempat mengundi dan proses pengundian mengakhiri taklimat hari ini. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan