Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE |
Posted: 20 Jul 2012 08:58 AM PDT Kenyataan akhbar Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Negeri Johor menafikan tuduhan terhadap DAP Johor yang "rasis" serta meminggirkan kebajikan kaum India di Negeri Johor pada 18 Julai 2012 di Skudai, Johor. Saya berasa kecewa terhadap bekas ahli-ahli DAP yang menunjuk rasa di depan Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) pada 15 Julai lalu, di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengunjungi tapak yang sama (MPJBT) satu hari sebelum itu. Oleh itu, saya mencadangkan Timbalan Perdana Menteri berbahas secara sopan susila terhadap masalah komuniti India termasuk permasalahan pendidikan dan sosio-ekonomi untuk membuktikan dua-dua DAP dan UMNO bukan untuk satu kaum sahaja. Dengan peluang sedemikain Saya ingin membuktikan tuduhan terhadap DAP Johor sebagai "rasis" dan "meminggirkan kebajikan kaum India" di Negeri Johor adalah suatu pembohongan dan pengarutan politik pihak tertentu untuk memburukkan DAP dalam usaha mewujudkan politik tidak bersifat perkauman di Malaysia dan Negeri Johor. Semenjak saya memegang jawatan Ketua Pemuda DAP Johor di antara tahun 2000 dan 2005, Penegrusi DAP Johor dari 2005 hingga sekarang, tradisi parti DAP dipatuhi dengan berkesan di mana Bahasa Malaysia diutamakan sebagai bahasa pengantar antara ahli-ahli parti pelbagai kaum dalam semua mesyuarat manakala bahasa lain termasuk Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan pun dibernarkan. Semua dokumen dan komunikasi akan dialih kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komumikasi bersama. Saya ingin menafikan cuma Bahasa Mandarin dibenarkan semasa mesyuarat DAP malahan Bahasa Tamil juga dibenarkan dan dialih bahasa ke Bahasa Malaysia untuk persefahaman semua ahli. Di sebaliknya cuma Bahasa Mandarin digunakan dalam parti MCA, tetapi MCA tidak dikatakan parti Cina oleh media rasmi. Sebenarnya DAP juga mempunyai ahli bukan India yang memahami Bahasa Tamil dan mengambil berat kehendak ahli-ahli yang berkomunikasi dalan Bahasa Tamil. Semenenjak saya mengambil alih jawatan pengerusi DAP Johor, cawangan majoriti kaum India bertambah dari sifar kepada 10 cawangan iaitu 11% dari 90 bilangan cawangan DAP Johor sedangkan saya sendiri memberikan sumbangan kewangan kepada kuil-kuil Hindu, Gereja, Masjid, Sekolah-sekolah Tamil dan Kebangsaan menurut kemampuan sendiri kerana Kerajaan Negeri Johor tidak membverikan sebarang peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat. Saya meminta bekas ahli DAP yang menuduh saya dan DAP Johor "rasis" dan "meminggirkan kaum India" di sebaliknya menunjukkan apa yang mereka sendiri telah bersumbang kepada masyarakat India di Negeri Johor. Saya berasa kecewa sebab ahli-ahli yang sama tidak menunjuk perasaan terhadap peristiwa yang tapak SJK(T) Kangkar Pulai diubah syarat kepada stesyen minyak pada 3 tahun dahulu. Di sebaliknya, mereka lagipun memuji Barisan Nasional tetapi cuba memburukkan imej saya. Saya sebenarnya pernah membangkitkan isu ini dalam Dewan Negeri Johor sebelum tapak berkenaan diubah syarat semula kepada tujuan SJK(T) Kangkar Pulai. Ini membuktikan saya telah berusaha sedaya upaya dalam kapasiti dan limitasi saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Johor untuk kebaikan semua komuniti di Negeri Johor. |
You are subscribed to email updates from Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan