Direct Free Kick |
Posted: 20 Jul 2012 02:49 AM PDT Memorandum telah diserahkan kepada wakil Tesco Ampang, Encik Sivalingam pada 20 Julai 2012, lebih kurang jam 3.30 petang oleh wakil Gabungan Wanita Pandan, Puan Hajjah Basmatul Uyun Mohd. Yusof, Hajjah Musalmah Osman dan Cik Lee Shok Jing. Memorandum itu adalah seperti berikut, MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN Gabungan Wanita Pandan menggesa pasaraya-pasaraya besar ( hypermarket ) merizabkan sebilangan unit letak kereta khusus untuk kaum wanita di tempat-tempat letak kereta mereka. Kami menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin. Sebelum ini seorang pelanggan wanita telah diserang dan cuba dirompak di tempat letak kereta sebuah pasaraya besar. Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya. Kami mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu ditanda "W" dan rizabkan hanya untuk pelanggan-pelanggan wanita yang mengunjungi pasaraya-pasaraya tanpa ditemani pelanggan. Buat masa ini telah ada unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk Orang Kelainan Upaya ( OKU ). Tindakan juga perlu kenakan ke atas pelanggan-pelanggan yang menyalahguna tempat letak kereta ini seperti mengunci tayar atau "clamping". Kami yakin pasaraya yang melaksanakan cadangan ini akan mendapat sambutan yang lebih dari kaum wanita oleh kerana ianya juga merupakan satu tarikan yang penting kepada mereka untuk mengunjungi pasaraya tersebut. GABUNGAN WANITA PANDAN 20 JULAI 2012 Beliau juga berjanji akan membawanya ke Mesyuarat Exco agar ia mendapat perhatian pasaraya-pasaraya lain di Selangor. Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor berkata cadangan di dalam memorandum tersebut adalah baik dan wajar dijadikan satu peraturan wajib oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Chempaka Kini 20 Julai 2012 |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan