:: cina islam | 2011 :: |
- Helikopter dinaiki 4 orang terhempas di Sarawak
- Ramadhan: Universiti Tarbiyah
- Umur pengeluaran KWSP naik ke 60 tahun?
- Tahniah : Akhirnya Abby Abadi jadi ahli PAS seumur hidup
- PDRM diminta jaga negara, bukan Umno
- Dua lelaki cedera ditembak ketika cuba lari dari sekatan polis
- KLIA2: Lagi kepincangan dalam kontrak
- Rakyat Bukan Ahli UMNO Tidak Diperlukan Sambut Hari MERDEKA? Bagus!
- Ulama Rusia mati ditembak
- MB : Terus Terang Cara Terbaik Selesai Masalah Rakyat
- SPR tawar empat badan jadi pemerhati
- Selamat menunaikan Ibadah Ramadhan.
- Krisis air Selangor di musim hujan?
- Teroka Rahsia Alam Cakrawala Di Balai Cerap Baru
- 'Penerima kontrak trafik udara KLIA tak cukup syarat'
- Siapa Presiden MCA? : Muhyiddin umum MCA tidak akan keluar BN
- Bekas Presiden Tunisia dipenjara seumur hidup
Helikopter dinaiki 4 orang terhempas di Sarawak Posted: 20 Jul 2012 07:41 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - KUCHING - Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120, milik Sebiro Holdings, dalam penerbangan ke Nanga Merit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman, hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama, berkata juruterbang warga Jerman, Rico Steger, 35, diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan manakala nasib tiga penumpang masih belum diketahui. Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), helikopter tersebut berlepas dari KIA pada pukul 8.57 pagi dengan tiga penumpang berkenaan iaitu seorang jurutera syarikat Sebiro Holdings dan dua juru perunding. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk mengkaji sebuah projek di Nanga Merit dekat Kapit. Steger, yang berenang selama empat jam di muara sungai tersebut, kemudian dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau untuk mendapatkan rawatan perubatan. Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat tiga penumpang yang masih hilang itu.- Bernama |
Posted: 20 Jul 2012 07:34 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita. Terapi Ramadhan insya Allah akan terus menyemarak semangat Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam. 1. Buat semua exco DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini. 2. Bulan Ramadhan telah diisytiharkan sebagai bulan kempen bebaskan mangsa ISA. Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezaliman ISA dan betapa mangsanya perlu dibebaskan segera atau dakwa di mahkamah. 3. Tingkatkan amal kebajikan, maksimumkan penglibatan bersama masyarakat melalui program iftar Jamaei dan lainnya. 4. Ramadhan jua adalah bulan munajat untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan ini mendapat tempat dihati rakyat dan kita berjaya mempersadakan perjuangan ini ke mercu jaya. 5. Titipkan doa buat seluruh mangsa kezaliman regim Myanmar dan Syria yang telah mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah. Demikian jua buat semua mangsa kezaliman di seluruh dunia termasuk dalam negara kita. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Umur pengeluaran KWSP naik ke 60 tahun? Posted: 20 Jul 2012 07:30 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekarang sedang tertanya-tanya apakah benar umur pengeluaran penuh wang KWSP dinaikkan ke 60. Ini kerana, kepelbagaian mesej yang dihantar kerajaan kepada media seolah-olah usaha itu sedang dibuat tetapi sedang menunggu reaksi rakyat. "Jika rakyat tidak bantah, mereka akan dinaikkan ke umur 60 itu," kata seorang pencarum kepada Harakahdaily. Beliau yang baru pulang dari ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur berkata, kakitangan KWSP juga tidak dapat mengesahkan perkara ini. "Jika tidak ada isu naik ke 60 tahun ini masakan pegawai KWSP tidak tahu," kata beliau kepada Harakahdaily. Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol mencadangkan kerajaan menaikkan umur pengeluaran wang KWSP dari 55 ke 60 tahun. Cadangan ini dibuat melalui cadangan Bajet 2013 beliau kepada kerajaan. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung had umur bagi pengeluaran caruman KWSP setelah membenarkan had umur persaraan minimum bagi pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun. Sehubungan itu, beliau meminta para pencarum KWSP supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya pengeluaran wang simpanan bagi pekerja swasta hanya boleh dibuat selepas mencapai umur persaraan 60 tahun. "Kerajaan belum putuskan apa-apa. Keputusan mengenainya akan diputuskan kemudian... mungkin sebelum kita buat bacaan kali kedua di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Meningkatkan Taraf Pentadbiran Sistem Pertubuhan-Pertubuhan Sosial di sini baru-baru ini. Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan pencarum KWSP mengenai had umur pengeluaran caruman yang kini boleh dibuat pada usia 55 tahun, berikutan pembentangan Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 untuk bacaan kali pertama di Parlimen Rabu lepas yang menetapkan umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari tahun depan. HARAKAHDAILY/- |
Tahniah : Akhirnya Abby Abadi jadi ahli PAS seumur hidup Posted: 20 Jul 2012 07:29 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - (Abby Abadi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am malam tadi)
KOTA BHARU: Selepas menekuni semula amalan agama dan bersedia sepenuhnya menerima segala risiko, akhirnya pelakon Abby Abadi secara rasminya malam tadi menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup.
Beliau menyerah borang sebagai pendokong berdaftar gerakan Islam kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Nilam Puri.
Biar pun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan, namun Menteri Besar Kelantan mengagahi juga hadir pada program tersebut yang diadakan di padang Yayasan Islam Kelantan, berhadapan dengan kampus Akademi Islam Universiti Malaya.
(Penyataan Abby melalui twitternya kenapa beliau menyertai PAS)
Kedatangannya agak lewat, semata-mata bagi memenuhi impian dan hasrat pelakon terbabit yang kebelakangan ini muncul dengan penampilan baru.
Bersaksikan ribuan penduduk tempatan, Abby bersama seorang lagi pelakon Hairie Othman diserbu ramai peminat remaja untuk bergambar dan beramah mesra.
Selepas menyerah borang yang dirakam dengan puluhan lensa kamera, Abby kemudian dipakai selendang berwarna hijau oleh anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar. Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan.
"Biar pun saya bersama dengan gerakan memperjuangkan Islam dan keadilan, namun saya masih sayang lagi kepada dunia seni.
"Sebagai orang seni saya tidak pandai untuk mencari rezeki dengan bidang lain. Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan di Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi memartabatkan seni mengikut acuan Islam," ujarnya.
Hujah itu sebelumnya turut dikongsi bersama Hairie apabila mencadangkan kepada PAS supaya membikin drama berkaitan perjuangan Islam bagi membolehkan generasi muda tahu asal usul sejarahnya.
Menurutnya elok diterbitkan filem mengisah mengenai kegigihan tokoh terkenal dalam gerakan Islam di Malaya iaitu Dr Burhanuddin Helmy yang begitu banyak berjasa.
"Kalau PAS berminat untuk menerbit filem tersebut eloklah watak utama diberi kepada saya," katanya dengan nada berseloroh. Harakahdaily/- |
PDRM diminta jaga negara, bukan Umno Posted: 20 Jul 2012 07:27 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain. Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis. Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia. "Jika benar perkara ini kenapa polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan. "Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?" soal Idris. Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini, kata Idris. Beliau seterusnya mempersoalkan, mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak. "Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum. "Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu. "Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak," soal beliau. Idris juga bertanya, kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka. "Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang. "Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media. "PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno," pinta beliau. HARAKAHDAILY/- |
Dua lelaki cedera ditembak ketika cuba lari dari sekatan polis Posted: 20 Jul 2012 07:07 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera ditembak apabila cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Plaza Tol Sunway dari arah Puchong, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas mereka dan seorang lagi rakan yang menaiki kereta Honda Civic bertindak mengundurkan kereta sehingga merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis. Beliau berkata dua daripada tembakan terkena cermin hadapan, mencederakan bahu kiri pemandu, manakala satu lagi tembakan yang mengenai pintu depan turut mencederakan bahagian pinggang penumpang di sebelahnya. "Ketika kejadian, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sedang melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Bandar Kinrara. "Polis mengekori kereta itu sehingga ke Plaza Tol Sunway. Bila terlihat sebuah lagi kereta peronda polis cuba menghalang, suspek bertindak merempuh kenderaan di hadapan sebelum berundur dan menghentam kenderaan anggota kami, menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Yahaya berkata siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek berumur antara 16 dan 24 tahun itu dipercayai dicuri di Kelana Jaya pada 4 Jun berdasarkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan, manakala pemandunya mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan curi kereta. "Dua suspek yang terkena tembakan adalah penganggur manakala seorang lagi rakan mereka didapati masih bersekolah," katanya dan menambah tiada sebarang senjata atau barang kes dijumpai di dalam kenderaan itu. Suspek yang cedera berada dalam keadaan stabil di Hospital Serdang dan ketiga-tiga mereka akan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama |
KLIA2: Lagi kepincangan dalam kontrak Posted: 20 Jul 2012 07:04 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan wujud penyelewengan berlaku dalam pemberian kontrak bagi kerja-kerja kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kepada sebuah syarikat yang telah gagal sewaktu proses pembidaan. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR memberitahu jika sebelum ini dikejutkan isu masalah sistem radar yang dibangunkan Selex Sistem Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT) di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang, kini PKR difahamkan salah satu syarikat tersebut telah mendapat projek di KLIA2 walaupun ia pembida yang kalah. "Kita mendapat mahlumat bahawa AAT merupakan salah satu dari tiga syarikat yang telah memasukkan bidaan untuk membangunkan sistem kawalan udara di KLIA2. "Bagi projek KLIA2, syarikat AECOM dilantik menjadi konsultan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan telah memulakan pengumpulan maklumat, data dan laporan sejak Februari 2010 untuk memberikan pendapat komprehensif; terutamanya di dalam tiga aspek iaitu sistem kawalan udara, prosedur dan peralatan," jelasnya. Katanya lagi, AECOM juga mendapati ada keraguan dalam keberkesanan sistem kawalan udara SELEX dan mengesyorkan peningkatan sistem kawalan udara supaya ia dinaiktaraf dan kekal relevan supaya dapat menangani kapasiti penerbangan dengan lebih baik dan berkesan apabila KLIA2 dibuka nanti. "Meskipun laporan penilaian teknikal AECOM bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (AMCOP) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih. "Namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada AAT iaitu sebuah syarikat yang mengikut laporan penilaian teknikal tersebut, tidak memenuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan untuk projek ini," sambungnya. Walaupun nilai bidaan AAT adalah lebih rendah daripada AMCOP, kelulusan hanya boleh diberikan sekiranya AAT menepati kesemua keperluan teknikal yang disenaraikan. Tambahnya lagi, mesyuarat Jawatankuasa Khas Perolehan MAHB juga dengan jelas memberikan penilaian dan rekomendasi seperti berikut pada 15 Mac 2012. "Pemilihan AAT mengejutkan kerana sebelum ini AAT juga terjerumus di dalam kontroversi yang mengancam keberkesanan keselamatan sistem kawalan udara di Malaysia serta para penumpang pengangkutan udara menerusi makluman dalaman tentang senarai kecacatan dan kestabilan penyenggaraan sistem radar MIP-2 di Lapangan Terbang Subang. "Insiden-insiden kecacatan di dalam sistem MIP-2 juga diakui oleh Jabatan Penerbangan Awam, dan emel dalaman pegawai DCA dan ATC yang menggambarkan sistem radar kelolaan SELEX tidak berfungsi secara memuaskan," sambung Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi. Nurul Izzah menegaskan bahawa senarai kecacatan di dalam sistem MIP-2 adalah mirip masalah teknikal yang dihadapi oleh sistem LEFCO keluaran SELEX yang dibatalkan di Cyprus. "Kalau Parlimen Cyprus berani membatalkan projek, saya desak Kementerian Pengangkutan menjemput ICAO untuk mengadakan audit ke atas sistem MIP-2 dan sekaligus melenyapkan tanda tanya terhadap keberkesanan sistem radar di Malaysia. "MAHB dan MOT wajib menjawab dan menjustifikasikan penganugerahan projek sistem kawalan udara KLIA2 kepada AAT kerana kita tidak mahu keselamatan orang awam diperjudikan dengan pemilihan semberono," tegasnya lagi. Sebelum ini, KLIA2 sebelum ini pernah menghadapi kontroversi antaranya, pemilihan tapak dengan permukaan tanah yang lembut dan tidak sesuai untuk membangunkan lapangan terbang namun maklumat yang tidak diketengahkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada rakyat. Selain itu, kenaikan kos dari RM1.7 bilion kepada RM 3.6 bilion dan penundaan tarikh siap pembinaan dari September 2011 ke April 2013; menambahkan lagi kontroversi, dan tentunya penggunaan wang rakyat apabila nilai projek KLIA2 melambung tinggi nanti. HARAKAHDAILY/- |
Rakyat Bukan Ahli UMNO Tidak Diperlukan Sambut Hari MERDEKA? Bagus! Posted: 20 Jul 2012 01:25 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - Petaling Jaya:Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas tema perayaan hari kemerdekaan yang disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN. Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati. "Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya. "Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak "BN"," katanya dalam kenyataan akhbar semalam. Abdul Kadir yang juga Presiden Sementara Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) berkata, beliau pernah menjadi pengerusi perayaaan kemerdekaan selama tujuh tahun dari tahun 1999 hingga 2006. Katanya, beliau dapat memahami kenyataan kekecewaan yang diluahkan merata-rata mengenai tema perayaan kemerdekaan pada tahun ini iaitu Janji Ditepati. "Saya diingatkan bahawa pada pilihanraya 2008 hampir separuh dari pengundi seluruh Malaysia tidak mengundi BN. "Oleh itu sudah wajarlah kerajaan perlu mengambil kira bagaimana untuk menarik sokongan hampir separuh dari jumlah rakyat ini supaya sama-sama dapat merayakan kemerdekaan tersebut," tambah beliau lagi. Pemimpin pembangkang Abdul Kadir berkata, perayaan kemerdekaan adalah suatu peluang yang sebaik-baiknya untuk kita merapatkan hubungan di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Ia juga peluang untuk mengenepikan segala persoalan yang mengasingkan rakyat maka kerajaan begitu berhati-hati mengenai segala perkara yang berkaitan dengan perayaan tersebut. "…supaya ia tidak menimbulkan sebarang kecurigaan dan sebaliknya pula perayaan tersebut dapat diterima dan disokong oleh semua pihak," kata beliau lagi. Menurut Abdul Kadir lagi, pemimpin pembangkang dijemput untuk menghadiri dan bila mereka menghadirinya maka adakalanya mereka dijemput juga di pentas untuk bersama pemimpin-pemimpin kerajaan. Katanya, beliau sendiri setiap tahun sebelum perayaan bermula akan berjumpa Menteri Besar Kelantan dan juga Menteri Besar Terengganu (yang pada masa itu dipimpin oleh PAS) serta ketua pembangkang, Lim Kit Siang supaya memberi kerjasama dan merayakan perayaan tersebut sebagai suatu perayaan yang dipunyai oleh seluruh bangsa Malaysia. Begitu juga bantuan-bantuan yang berbagai termasuk bantuan bendera yang termampu disalurkan juga kepada kerajaan-kerajaan pembangkang termasuk memberi ruang kepada mereka dalam media massa. "Alhamdulillah, parti-parti pembangkang pada waktu itu telah memberi kerjasama 100 peratus kepada kerajaan dalam menjayakan program-program perayaan kemerdekaan," katanya. -FMT |
Posted: 20 Jul 2012 01:22 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - BEBERAPA anggota polis memeriksa bangkai kereta yang membawa Ildus selepas ia hangus akibat letupan bom di Kazan, Rusia semalam. MOSCOW - Seorang ulama wilayah Tatarstan, Rusia mati ditembak manakala seorang lagi ulama cedera dalam satu letupan bom kereta di Kazan, wilayah Tatarstan, kata beberapa penyiasat semalam. Beberapa pemimpin tempatan menyatakan, kedua-dua serangan tersebut mempunyai kaitan dengan kritikan mereka terhadap golongan radikal Islam. Jawatankuasa Siasatan Rusia memberitahu, Timbalan Mufti Tatarstan, Valiulla Yakupov ditembak mati ketika beliau meninggalkan rumahnya di Kazan semalam. Menurut jawatankuasa itu, Ketua Mufti, Ildus Faizov cedera di kaki selepas bom pada keretanya meletup di pusat bandar tersebut. Kedua-dua ulama berkenaan merupakan penentang pengikut fahaman Salafi atau Wahabi. Jurucakap Jawatankuasa Siasatan, Vladimir Markin memberitahu beberapa agensi berita Rusia bahawa agensinya sedang menyiasat aktiviti kedua-dua ulama itu sebagai punca mereka diserang. Berusia 49 tahun, Ildus menjadi Ketua Mufti Tatarstan pada tahun 2011 dan memulakan operasi membanteras golongan radikal Islam dengan memecat pendakwah Wahabi dan mengharamkan buku agama dari Arab Saudi. Beliau turut dikritik media di Tatarstan kerana mengaut keuntungan daripada pakej mengerjakan haji anjurannya selain cuba mengawal sebuah masjid yang dikategori sebagai antara tertua dan terbesar di Kazan. - AP |
MB : Terus Terang Cara Terbaik Selesai Masalah Rakyat Posted: 20 Jul 2012 01:18 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 20 JUL : Kerajaan Negeri Selangor menggunakan pendekatan 'berterus-terang' semasa membincangkan masalah dan aduan masyarakat setempat dalam sesi bertemu rakyat bersama pimpinan tertinggi negeri di Program Khas Terima Kasih Rakyat (PKTKR). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendekatan itu bukan sahaja efisyen, malah membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak hanya pandai menabur janji kosong. Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga konsisten dengan keputusan yang dibuat dan sentiasa mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah rakyat. "Saya ambil pendekatan berterus terang supaya tidak membuang masa rakyat. Kalau perkara itu boleh dilakukan, maka kita akan buat. Kalau tidak boleh, kita akan terangkan sebabnya dan cari alternatif lain. Kita tidak mahu buat janji kosong. "Saya rasa apa yang penting ialah rakyat mahukan respon yang cepat. Kita mesti mencari jalan untuk selesaikan masalah mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena PKTKR daerah Petaling, di sini pagi tadi. Abdul Khalid berkata, masalah yang diadukan rakyat itu akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bergantung kepada isu yang dikemukakan. Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, sesi bertemu rakyat anjuran Kerajaan Negeri semakin mendapat perhatian, apatah lagi ia satu-satunya medium yang membolehkan masyarakat bertemu pimpinan tertinggi negeri untuk mengutarakan masalah mereka. Menurutnya, kaedah ini membolehkan pimpinan negeri memahami kehendak rakyat sebelum melaksanakan sesuatu polisi. "Sesi bertemu rakyat ini amat penting. Pada pendapat saya, pemimpin perlu bertemu rakyat sepanjang masa. Kadangkala setelah polisi itu dilaksanakan, apabila timbul masalah, barulah dia turun ke bawah. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita ingin merangka sesuatu polisi, kita bertemu rakyat terlebih dahulu," ujarnya selangorku/- |
SPR tawar empat badan jadi pemerhati Posted: 20 Jul 2012 01:14 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Empat badan telah dijemput oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemerhati tempatan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Ke empat-empat badan itu adalah ASLI Centre for Public Policy Studies (ASLI-CPPS) Merdeka Center Transparency International Malaysia dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ke empat-empat badan itu, tawaran itu dibuat oleh SPR dalam pertemuan mereka dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam. Bagaimanapun, sehingga kini, mereka belum lagi menerima sebarang tawaran bertulis. "Buat masa ini kami sedang berunding terma dan syarat dengan SPR," kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh mereka. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ng Yeen Seen, Pengarah Asli-CPPS, Ibrahim Suffian, Pengarah Program, Merdeka Center, Josie Fernandez, Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia dan Wan Saiful Wan Jan, Chief Executive, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Antara yang mereka bincangkan adalah permintaan agar SPR mempastikan perjalanan pilihan raya kali ini mengikut standard antarabangsa. Mereka juga mempersoalkan rasa tidak senang beberapa pihak tentang ketelusan pemilihan badan yang boleh menjadi pemerhati dalam pilihan raya kali ini. Dalam pertemuan dengan Pengerusi SPR, mereka juga meminta SPR agar mematuhi standard antarabangsa dalam menentukan syarat dan peraturan ke atas pemerhati pilihan raya ini. harakahdaily/- |
Selamat menunaikan Ibadah Ramadhan. Posted: 20 Jul 2012 01:12 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - Masa begitu cepat berlalau, setahun sudah berlalu dan esok Ramadhan yang kita tinggalkan pada setahun yang lepas datang lagi. ianya muncul dalam keadaan kita sebagai insan yang sangat kerdil dan memerlukan keampunan dari Allah SWT. Kerana itu kehadiran bulan penuh beberkatan ini diharapkan memberi sirna dalam kehidupan beribadah seorang insan yang sentiasa mengharapkan keampuan dari segala kelpaan yang lampau. Oleh itu marilah kita pergunakan semaksima mungkin Ramadhan yang menjelang ini dengan kita menyempurnakan pelbagai kelebihan ibadah yang terkandung pada Ramadhan : 1. Ibadah Puasa yang difardhukan 2. Mempebanyakkan solat Terawih 3. mencari Malam Al Qadr 4. Meningkatkan Ibadah Sedekah 5. Berdoa 6. Membayar Zakat Fitrah 7. Tilawah dan Tadabbur Al Quran 8. Teruskan amalan mulia dibulan lain dengan gandaan pahala dibulan ini. Selamat beribadah di bulan Ramadhan , Semuga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, InsyaAllah... |
Krisis air Selangor di musim hujan? Posted: 20 Jul 2012 01:09 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat. Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan. Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini? Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat. Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah 'jenayah' dan 'dosa' yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali. Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan 'selamatkan' dengan satu dasar bernama "Penstrukturan Semula Industri Air". Terlalu banyak yang diselamatkan atau 'bailout'. Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat 'penstrukturan' dan 'migrasi' dari 'regim konsesi' ke 'regim pajakan', kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa? Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan 'migrasi' dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi 'merawat dan mengurus pengedaran' air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri. Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta? Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau "Air Tak Berfaedah" hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau 'procurement'. Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan 'pemberian kontrak dan konsesi' seperti ini. Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang 'menswastakan sektor yang untung' yakni 'rawatan air' dan 'merakyatkan' sektor yang rugi yakni 'pengedaran'. Umum masih ingat tabiat 'kecurangan dan pengkhianatan' ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu 'aspek pengedaran' yang 'tak menguntungkan' dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005). Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka. Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah 'The Edge' yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu 'Air Selangor' 'lead story' mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya. Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru. Ini macam pendekatan "Shock Doctrine' buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan 'shock doctrine' melalukan 'morning raid' di Bursa 'London Stock Exchange' bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981? Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan 'pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas'. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian. Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi. Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset. Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini. Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu 'krisis kerkurangan air' di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?! Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya? Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani 'krisis air' ini. Lebih 'aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk 'power' penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja. Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada? Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah! Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor. |
Teroka Rahsia Alam Cakrawala Di Balai Cerap Baru Posted: 20 Jul 2012 01:05 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - SABAK BERNAM 20 JULAI : Rakyat Selangor kini boleh mengambil peluang menggunakan infrastruktur Balai Cerap yang baru dirasmikan untuk mengkaji serta meneroka kejadian serta rahsia alam cakrawala. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Balai Cerap yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Selangor itu di sini petang semalam. Salam ucapan alu-aluannya Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, Balai Cerap ini berperanan sebagai pusat pendidikan dan penyebaran dakwah selain menjalankan aktiviti falak seperti melihat anak bulan, mencerap objek di langit seperti bintang, planet, buruj, komet dan meteor. "Lebih istimewa, pembinaannya turut mendapat sentuhan idea Menteri Besar yang mengesyorkan agar tiang teleskop di kubah utama ditinggikan agar sudut pandangannya tidak terhalang dengan objek di sudut ufuk barat," jelas Tamyes. Balai Cerap yang mula dibina pada 2009 dengan kos RM 2.5 juta dan berkeluasan 4, 824 meter persegi ini mula beroperasi pada Ogos 2010. Ia yang terletak di dalam kawasan Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) turut meliputi ruang pejabat, pentadbiran, ruang pameran dan sistem teleskop di kubah cerapan yang berbumbung dan bermekanikal. Sistem teleskop tersebut bernilai RM800,000 merangkumi sistem kubah yang mampu berputar 360 darjah serta dua buah teleskop robotik yang dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer dan boleh melihat jelas sehingga ke Tanjung Lumba-lumba, Perak. Dalam majlis perasmian lewat petang itu, Sultan Sharafuddin turut dibawa mencerap anak bulan bagi penentuan 1 Ramadan selain meninjau insfrastruktur tersebut. Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd Isa serta Exco Negeri, Dr Yaakob Sapari. selangorku/- |
'Penerima kontrak trafik udara KLIA tak cukup syarat' Posted: 20 Jul 2012 01:02 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - PKR mendakwa, kontrak untuk membina sistem kawasan trafik udara untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dianugerahkan kepada syarikat yang gagal menepati keperluan tender. Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil meski pun perunding projek Aecom menyarankan syarikat lain yang lebih berkemampuan. "Meski pun laporan penilaian teknikal Aecom bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (Amcop) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih, namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada Advanced Air Traffic Systems (AAT)," katanya. Projek itu dianugerahkan kepada AAT ekoran bidaan terendah RM85.6 juta, untuk mereka, membina dan menguji sistem kawalan trafik udara dalam tempoh 14 bulan di sambungan KLIA, yang dikenali KLIA2. alaysiakini/- |
Siapa Presiden MCA? : Muhyiddin umum MCA tidak akan keluar BN Posted: 19 Jul 2012 04:46 PM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - Saya sedikit keliru bila membaca berita mengenai kehadiran TPM dalam satu majlis MCA di Pagoh dan dalam majlis tersebut dia tidak semena-mena mengumumkan MCA tidak akan keluar BN. Bukankah Chua Soi Lek Presiden MCA dan dialah yang sepatutnya mengumumkan langkah tidak mahu keluar BN bukanmya Muhyiddin. Ataupun kalaulah pemimpinb MCA yang lain mengucapkan perkara tersebut baru kena pada tempatnya. Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita MCA Bahagian Pagoh 2012 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Pekan Lenga, Pagoh "Kita ada semangat kekeluargaan dan yang penting zaman susah kita sama-sama susah, MCA tidak ada mahu keluar BN pun, ia tetap sebahagian anggota BN dan selama-lamanya menjadi komponen penting dalam BN" Kata Muhyiddin Belioau juga menyifatkan MCA sebagai teman sejati dalam Barisan Nasional (BN) kerana parti komponen itu sanggup susah dan senang bersama walaupun dalam suasana politik masa kini yang amat mencabar. Timbalan Perdana Menteri berkata, kesanggupan itu mengukuh serta mematangkan lagi hubungan antara parti komponen BN sekali gus menjadikan BN bertambah kuat. Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyerahkan sumbangan sebanyak RM390,000 untuk keperluan empat buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini. |
Bekas Presiden Tunisia dipenjara seumur hidup Posted: 19 Jul 2012 04:35 PM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - TUNIS 20 Julai - Mahkamah Ketenteraan Tunisia semalam, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden, Zine El Abidine Ben Ali tanpa kehadirannya atas dakwaan membunuh 43 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat negara ini pada 2011. Hakim Hedi Ayari berkata, Ben Ali dibicarakan bersama 40 bekas pegawainya yang lain termasuk bekas Ketua Keselamatan Presiden, Jeneral Ali Seriati, yang dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun. Sebelum ini, Ben Ali turut dijatuhi hukuman penjara lebih 66 tahun atas pelbagai dakwaan termasuk menyeludup dadah dan menggelapkan wang. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan