Isnin, 18 Jun 2012

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Jawapan-jawapan bagi Soalan Parlimen Penggal ke-5 Mesyuarat Kedua 2012

Posted: 17 Jun 2012 07:56 PM PDT

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera…

Berikut adalah jawapan-jawapan bagi soalan yang saya bangkitkan di dalam Sesi Parlimen Mesyuarat ke-2 bagi Penggal ke-5 ini.

Soalan Jawab Lisan

11 JUN 2012 ( ISNIN )

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tahap pelaksanaan Jawatankuasa Media yang dicadangkan oleh Kerajaan. Adakah jawatankuasa media ini hanya akan ditubuhkan setelah pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan digazet seperti industri media

JAWAPAN :             

Tuan Yang di-Pertua,

Penubuhan Majlis Perundingan Media Negara masih lagi di peringkat cadangan. Kerajaan masih lagi mengkaji bagaimana struktur majlis tersebut akan dibentuk dan Kerajaan mengalu-alukan kertas cadangan daripada industry media mengenai Majlis Media Malaysia seperti yang dihasratkan.

——————————————————————————————————————————–

12 JUN 2012 ( SELASA )

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kos perbelanjaan dan status prestasi system kawalan udara yang menggunakan system Human Machine Interface yang dinaik taraf oleh Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn. Bhd. (AAT). Nyatakan sama ada sistem tersebut menepati piawai antarabangsa dan berjalan lancar.

Jawapan :                

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai, kos perbelanjaan sistem kawalan udara yang menggunakan Human Machine Interface secara keseluruhannya adalah sebanyak EURO(€)26,050,000.00 (atau bersamaan RM128,426,500.00). Manakala status prestasi sistem tersebut berada di tahap yang baik di mana sehingga kini belum terdapat sebarang insiden yang disebabkan oleh sistem ini.

Berhubung dengan pertanyaan sama ada sistem tersebut menepati piawai antarabangsa dan berjalan lancar, sistem yang dibekalkan oleh pihak kontraktor tersebut adalah memenuhi piawaian dan amalan iaitu International Civil Aviation Organization (ICAO) dan ianya berjalan dengan lancar.

 

——————————————————————————————————————————–

13 JUN 2012 ( RABU )

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang Jalan Tun Sambathan di bawah Projek Little India. Nyatakan juga tempoh pengekalan laluan bas menerusi Jalan Sultan Abdul Samad dan jumlah sekolah dan tempat-tempat ibadat yang terkesan.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Lembah Pantai, Kementerian Wilayah Pesekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan Pertubuhan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO's) yang terlibat di kawasan berkenaan bagi mendapatkan pandangan mereka. Hasil daripada perjumpaan berkenaan, maka beberapa perubahan terhadap sistem lalulintas di kawasan itu telah dijalankan termasuklah sistem laluan bas. Maklumbalas yang diperolehi yang turut merangkumi kewujudan sekolah dan tempat ibadat di kawasan berkaitan serta tempoh percubaan untuk sistem laluan bas dengan tempoh sekitar tiga bulan yang telah dibuat tersebut, maka sistem yang dijalankan sekarang ini adalah dikira yang terbaik untuk kawasan Brickfields.

Selain daripada itu, DBKL juga telah membina tujuh (7) bonggol di kawasan laluan kenderaan di Jalan Sultan Abdul Samad yang merangkumi kawasan sekolah dan juga tempat beribadat di situ. Pembinaan bonggol ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kelajuan kenderaan yang bergerak melalui jalan tersebut.

Oleh itu, sehingga kini Kementerian dan DBKL tidak mempunyai perancangan untuk mengubah skim aliran lalulintas di Jalan Tun Sambathan dan Jalan Sultan Abdul Samad tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, keseluruhan Projek Little India telah pun siap kecuali tempat letak kereta bertingkat yang sedang dalam pembinaan di bekas tapak Restoran The Pines yang dijangka siap pada penghujung tahun 2013 dan satu lagi juga dirancang untuk dibina di Jalan Sultan Abdul Samad.

 ——————————————————————————————————————————–

14 JUN 2012 ( KHAMIS )

Y.B PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ LEMBAH PANTAI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah perbelanjaan pihak Kerajaan dan Khazanah bagi kos juru runding dengan butiran kos berkaitan untuk melaksanakan dan kemudian membubarkan kerjasama Mas-Air Asia

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketika melaksanakan pertukaran saham Malaysian Airline System Bhd (MAS) dan AirAsia Bhd (AirAsia) di antara Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Tune Air Sdn Bhd (Tune Air) pada bulan Ogos 2011, Khazanah telah melantik perunding-perunding luar bagi tujuan khusus, di antaranya khidmat rundingcara kewangan, strategik (penyelidikan dalam sektor penerbangan), komunikasi dan perundangan.

2. Perunding-perunding tersebut terdiri dari bank pelaburan, syarikat rundingcara strategik, syarikat komunikasi dan firma perundangan. Secara ringkasnya, jumlah keseluruhan yuran rundingcara yang telah dibayar oleh Khazanah kepada syarikat-syarikat tersebut hanyalah sebanyak 0.42% daripada nilai janji niaga atau transaksi keseluruhan. Kadar ini adalah jauh lebih rendah berbanding kadar pasaran bagi khidmat perunding yang biasanya dibayar oleh institusi pelaburan lain iaitu antara 0.1% hingga 1.5%.

3. Merujuk kepada jumlah kos pembatalan pertukaran saham pula, ia belum dapat pastikan kerana perkara tersebut masih dalam proses untuk dimuktamadkan.

——————————————————————————————————————————–

Soalan Lisan Rabu 13 Jun 2012

Posted: 17 Jun 2012 05:04 PM PDT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB. PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ LEMBAH PANTAI ]

TARIKH : RABU, 13 JUN 2012

RUJUKAN : 07 [PR-1252-L50533]

SOALAN :

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang Jalan Tun Sambathan di bawah Projek Little India. Nyatakan juga tempoh pengekalan laluan bas menerusi Jalan Sultan Abdul Samad dan jumlah sekolah dan tempat-tempat ibadat yang terkesan.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Lembah Pantai, Kementerian Wilayah Pesekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan Pertubuhan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO's) yang terlibat di kawasan berkenaan bagi mendapatkan pandangan mereka. Hasil daripada perjumpaan berkenaan, maka beberapa perubahan terhadap sistem lalulintas di kawasan itu telah dijalankan termasuklah sistem laluan bas. Maklumbalas yang diperolehi yang turut merangkumi kewujudan sekolah dan tempat ibadat di kawasan berkaitan serta tempoh percubaan untuk sistem laluan bas dengan tempoh sekitar tiga bulan yang telah dibuat tersebut, maka sistem yang dijalankan sekarang ini adalah dikira yang terbaik untuk kawasan Brickfields.

Selain daripada itu, DBKL juga telah membina tujuh (7) bonggol dikawasan laluan kenderaan di Jalan Sultan Abdul Samad yang merangkumi kawasan sekolah dan juga tempat beribadat di situ.Pembinaan bonggol ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kelajuan kenderaan yangbergerak melalui jalan tersebut. Oleh itu, sehingga kini  Kementerian dan DBKL tidak mempunyai perancangan untuk mengubah skim aliran lalulintas di Jalan Tun Sambathan dan Jalan Sultan Abdul Samad tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, keseluruhan Projek Little India telah pun siap kecuali tempat letak kereta bertingkat yang sedang dalam pembinaan di bekas tapak Restoran The Pines yang dijangka siap pada penghujung tahun 2013 dan satu lagi juga dirancang untuk dibina di Jalan Sultan Abdul Samad.

Tiada ulasan:

Nuffnang