Isnin, 18 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Nota mengharukan dari Kamunting

Posted: 17 Jun 2012 09:43 PM PDT

11:31AM Jun 18 2012
  
"Nota penyeksaan" yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik"  daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
"Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
"Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
Mencucuh kemaluan dengan api rokok
Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

Jom Ubah 21 Jun 2012 di Senawang

Posted: 17 Jun 2012 08:04 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 21 Jun 2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang
Penceramah :
YB Hj Taufek - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Fareedah Samad - Pengerusi Ameerah Malaysia
Hj Ramlan Roes - EXCO AMK Pusat
Ustaz Fairuz Isa -  Ketua Pemuda PAS Jempol
Turut serta :  Aisyah - Selibriti/Artis

Terengganu tapis air terjun elak virus kencing tikus

Posted: 17 Jun 2012 06:25 PM PDT

Adakah ini bermakna kawasan air terjun di Malaysia, terutamanya di Terengganu tidak selamat dikunjungi ketika ini kerana berisiko mengandungi virus kencing tikus? Adakah alat penapis air terjun ini boleh menjamin 100 peratus menapis visrus kencing tikus? Apakah punca sebenarnya virus kencing tikus ini dan apakah langkah yang sepatutnya diambil untuk menghapuskan punca kewujudan virus kencing tikus ini?

Terengganu tapis air terjun - Alat dipasang pastikan kawasan mandi-manda bebas virus kencing tikus

18 Jun 2012 JERTIH: Semua air terjun di Terengganu yang menjadi tumpuan pengunjung akan dipasang alat penapis air mengandungi bahan berfungsi membunuh virus kencing tikus, sekali gus membebaskan kawasan itu daripada ancaman virus berkenaan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Said memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang untuk berkelah dan mandi di air terjun selepas alat berkenaan dipasang tidak lama lagi.

Kita akan pastikan semua pusat perkelahan air terjun di negeri ini bebas daripada virus kencing tikus dan pengunjung boleh mandi dengan selamat tanpa bimbang terkena jangkitan kuman yang boleh memudaratkan kesihatan. - Abdul Rahim Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu Katanya, penggunaan alat penapis itu didapati berkesan untuk membunuh virus kencing tikus serta meningkatkan mutu air.

Katanya, alat itu juga sudah digunakan syarikat pengurusan utiliti Indah Water Konsortium di Selangor dan ia dikatakan berkesan membunuh virus termasuk kencing tikus.

Tanpa menyebut kos, beliau berkata alat itu tidak terlalu mahal dan dalam kemampuan kerajaan negeri untuk membelinya.

"Kita akan pastikan semua pusat perkelahan air terjun di negeri ini bebas daripada virus kencing tikus dan pengunjung boleh mandi dengan selamat tanpa bimbang terkena jangkitan kuman yang boleh memudaratkan kesihatan.

"Pemasangan alat itu di air terjun juga sebahagian usaha kerajaan negeri untuk memastikan semua destinasi pelancongan di Terengganu berada dalam keadaan bersih menjelang Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013," katanya selepas majlis penutup Cabaran Gunung Tebu di Pusat Perkelahan Air Terjun Belatan, Jabi, dekat sini, kelmarin.

Pada Oktober tahun lalu, penduduk perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu terpaksa dirawat di hospital akibat dipercayai diserang virus hepatis A dan virus air kencing tikus.

Berikutan itu, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan dua daripada 24 Orang Asli di kawasan penempatan Sungai Berua dijangkiti wabak air kencing tikus atau virus Leptospirosis. 

Keselamatan dan kebajikan jurutol perlu dipertingkatkan

Posted: 17 Jun 2012 04:02 PM PDT

Alhamdulillah, Pn Nurijah jurutol di Tol Seremban yang ditembak dalam kejadian rompakan bersenjata tempoh hari dalam keadaan selamat termasuk bayi yang dikandunginya. Satu situasi atau prosedur PLUS yang amat membahayakan pekerjanya, ada pengawal keselamatan yang mengiringi jurutol tersebut tetapi tidak bersenjata, dan terpisah semasa kejadian. Apakah syarikat pengawal keselamatan yang cuai atau pihak PLUS yang cuai yang tidak menjalankan audit terhadap prosedur kawalan keselamatan? Setakat ini tidak ada rasanya kenyataan rasmi dari pihak tertinggi pengurusan PLUS serta Menteri yang berkaitan dalam isu ini. Adakah prosedur ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana tol di Malaysia?

Tak sedar peluru di badan
17 Jun 2012

SEREMBAN: "Hanya Tuhan mengetahui perasaan saya sebaik melihat perompak mengacu senapang dan melepaskan tembakan jarak dekat," kata Nurijah Rosli, 24, jurutol yang cedera ditembak dengan 'pump gun' dalam kejadian samun berhampiran Plaza Tol Seremban di sini, Khamis lalu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 9.57 malam itu, dia bersama rakannya, Mohd Hafizz Zamri, 26, menunggang motosikal ke pejabat Plaza Tol Seremban di seberang jalan bagi menghantar wang kutipan tol RM2,000 sebelum dipintas kereta. "Ketika kejadian, kami berdua baru selesai syif malam dan mahu menghantar wang berkenaan ke pejabat diiringi seorang lagi pengawal keselamatan tidak bersenjata. "Bagaimanapun, kami berpisah apabila pengawal terbabit berhenti di lampu isyarat merah manakala saya yang menunggang motosikal dibonceng Hafizz, terdengar bunyi letupan seakan-akan tayar pecah di belakang kami," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Wan Salwati Abdullah, di sini semalam. Menurut Nurijah, dia tidak menyedari bunyi letupan berkenaan adalah tembakan pump gun perompak dan meneruskan perjalanan seperti biasa. "Apabila mahu membelok ke simpang pejabat, sebuah kereta memintas dan kelihatan seorang lelaki membuka tingkap penumpang hadapan sambil mengacukan muncung senapang menakutkan kami.

"Saya terkejut, tetapi tidak memberhentikan motosikal kerana takut. Perompak memintas dan berhenti di depan motosikal kami dan melepaskan tembakan jarak dekat," katanya. Dia yang terkejut terus rebah di bahu jalan bersama motosikal manakala Hafizz tercampak beberapa meter. "Bimbang dicederakan lagi, saya berpura-pura pengsan dan menyedari seorang lelaki turun merampas beg berisi duit yang disangkut pada motosikal serta mengambil beg yang tersangkut di bahu Hafizz. "Sebaik mereka pergi, saya bangun memangku Hafizz yang berlumuran darah di kaki kanannya sambil memujuknya jangan pengsan," katanya. Menurutnya, ketika ingin bangun dia berasa belakangnya pedih dan terkejut melihat baju dipenuhi darah. "Ketika itulah saya baru mengetahui saya terkena tembakan sebelum pengsan.
"Saya hanya sedar ketika dirawat di hospital dan doktor mengeluarkan tiga peluru di belakang. Saya sangat bersyukur kejadian ini tidak membawa kecelakaan pada bayi yang dikandung," katanya. Nurijah selamat menjalani pembedahan membuang peluru di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) manakala Hafizz yang parah pada paha kanan dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) terpaksa dipotong kakinya bagi mengelak jangkitan pada jantung dan buah pinggang

Tiada ulasan:

Nuffnang