Isnin, 18 Jun 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


EXCO RASMIKAN AGM PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TERATAI - Dari Laman Web PAS Cawangan Taman Bukit Subang.

Posted: 18 Jun 2012 09:18 AM PDT

Pusat Khidmat Rakyat: Mesyuarat Agung Tahunan 1431/2010 Persatuan Penduduk Pangsapuri Teratai (PPPT) pada 17-01-2010 yang lalu mencatatkan kenangan istimewa apabila Exco Kerajaan Negeri Selangor (Portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) iaitu YB Iskandar Abdul Samad telah merasmikannya.

Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka Komuniti Blok 9/10, bermula pada pukul 10.00 pagi dan dihadiri oleh 100 orang ahli persatuan (pelbagai bangsa dan agama) yang berdaftar untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab bersama kepada persatuan.
Encik Mohammad Ariffin b. Baba (pemangku pengerusi) sedang memberikan ucapan

Turut memberikan ucapan adalah Pegawai Khas (PA) kepada Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang, Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim.


Ucapan yang cukup bernas dengan maklumat terkini untuk rakyat daripada YB Ir. Iskandar b. Abdul Samad yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.


Ahli Jawatankuasa PPPT sempat bergambar kenangan bersama YB Iskandar.

Antara ahli PPPT yang hadir.

Sebahagian lagi ahli PPPT yang hadir.

Ahli Jawatankuasa PPPT yang lama bergambar dengan ahli jawatankuasa yang baru dipilih pada mesyuarat agung tersebut

Semoga ahli jawatankuasa yang baru dapat memperkukuhkan lagi persatuan terutama dari segi hubungan antara kaum, kerjasama dan perancangan aktiviti bagi kebaikan masyarakat setempat, insya'ALLAH.

" PERPADUAN MASYARAKAT BERLANDASKAN SYARIAH "
" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "

" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "

COMMUNITY LIBRARY GETS 1,000 VISITORS PER DAY.

Posted: 18 Jun 2012 09:10 AM PDT

THE recently launched Pandan Jaya community library located along Jalan Pandan 4, Ampang has been a hit with locals who have been fully utilising the various modern facilities and equipment available.

"From what I was told, the library is visited by up to 1,000 people a day.

"We hope that this library will change the perception of locals regarding community libraries that are usually seen as old and outdated," Selangor education, higher education and human resources development committee executive Dr Halimah Ali said at the launch of the facility recently.

Cool comfort : The open and air-conditioned new Pandan Jaya community library encourages visitors to linger and pick up a book.

The 510.96sq m library has several features including seven free-to-use computers including an iMac as well as broadband Internet access.

There are also two 52-inch plasma televisions in the children and magazine sections while other facilities include a surau, baby room, cafeteria, multi-purpose hall, seminar room and reading room.

She added that currently, the Selangor Public Libraries Corporation (PPAS) where she is chairman, manages 96 community libraries including three mobile ones.

"This library is part of our PPAS rebranding project using the My Second Home concept. We hope that the community, particularly students, will be able to make full use of it rather than hang out in malls," she said.

Corporation director Mastura Muhamad said the facility cost RM400,000 to build.

Hello there!: PPAS mascots Alif and Anis greeting the children at the community library launch.

"The building construction including several new rooms cost RM200,000. As for the interior furnishings and equipment it was RM100,000 while we had RM100,000 to spend on books," she said, adding that RM250,000 was from the state government while an additional RM150,000 was from Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Cempaka assemblyman Iskandar Abdul Samad hoped visitors would be able to care for the library and not let it become rundown.

"We can give the best facilities and continue to repair and fix whatever gets broken but it is of no use if the users have an irresponsible attitude," he said, adding that the library could serve as a catalyst to turning this attitude around - CHOONG MEK ZHIN, STAR METRO. PHOTOS BY RAYMOND OOI.

LEBIH 100 LAGI PANGSAPURI BAKAL DI"CERIA"KAN.

Posted: 18 Jun 2012 08:57 AM PDT

SHAH ALAM 18 JUN 2012 : Sebanyak 100 lagi pangsapuri di Selangor bakal dicat semula dan mendapat kemudahan baru seperti lif, apabila mereka menyertai skim CERIA Kerajaan Negeri.

Majoriti pangsapuri-pangsapuri tersebut yang berada di dalam kawasan Petaling Jaya dan Shah Alam disasarkan akan menyertai skim tersebut selewatnya pada akhir tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Samad berkata sebanyak 70 buah pangsapuri yang sudah menyertai CERIA di seluruh Selangor akan dibaik pulih pada tahun ini.

Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM8.5 juta untuk 70 bangunan tersebut.

Setakat ini, sebanyak 51 pangsapuri sudah siap dibaik pulih dengan kos RM15.19 juta.

"Saya berharap penduduk menggesa pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Persatuan Penduduk supaya berbincang dengan Kerajaan Negeri dan bersetuju untuk sertai skim ini.

"Projek baik pulih ini bukan hanya pembaikian dalam jangka masa pendek tetapi ia melibatkan jangka masa panjang," katanya di dalam satu sidang media di semasa lawatan ke pangsapuri Teratai di Taman Subang di sini.

Melalui skim tersebut, kerajaan negeri akan melantik kontraktor untuk memperbaiki kemudahan yang rosak seperti saluran sisa buangan dan lif di pangsapuri yang terpilih.

Oleh kerana permintaan yang tinggi bagi menyertai skim tersebut, Iskandar berkata, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka tender kepada kontraktor bagi kerja-kerja baik pulih.

Sebelum ini, kerja-kerja tersebut dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Tender akan dibuka dalam masa dua minggu lagi melalui PKNS dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)," Iskandar berkata.

Katanya, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri melihat ia (CERIA) perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang cepat. Kami mahukan projek skim ini berjalan dengan lancar dan cepat."

Kerajaan Selangor juga memutuskan bayaran deposit sebanyak lima peratus yang dikenakan kepada penghuni pangsapuri yang terlibat dengan skim itu boleh dibayar selepas kerja-kerja baik pulih siap.

Sebelum ini setiap pangsapuri perlu membayar deposit itu sebelum kerja baik pulih dijalankan.

"Mereka boleh membayar deposit itu selepas kerja-kerja baik pulih dijalankan dengan syarat penduduk perlu menandatangani surat Aku Janji.

"Selepas surat ditandatangani, kerja-kerja itu akan dimulakan," katanya - NORHAYATI UMOR, MEDIA SELANGORKINI.

Himpunan Hijau PAS Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam 17 Jun 2012.

Posted: 17 Jun 2012 05:21 PM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang