N50 Dun Sri Muda |
'Bukan isu orang import tapi isu samseng' Posted: 31 May 2012 05:30 AM PDT Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei membidas Menteri Pembangunan Wilayah Datuk Seri Raja Nong Chik yang mendakwa kemungkinan orang luar yang diimport telah mencetuskan kekecohan di satu ceremah parti itu di Lembah Pantai baru-baru ini. Shuhaimi (kiri) berkata tindakan menuduh orang 'import' yang berbuat demikian sebagai satu "helah" untuk mengalih daripada isu pokok iaitu budaya samseng. "(Jadi) bukan isu bawa orang luar. Itu isu lain. Tindakan itu tidak boleh diterima dalam budaya politik baru di negara kita. "Kita boleh berbeza pendapat, tetapi kita tidak boleh menerima tindakan kekerasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin. Shuhaimi mengulas kenyataan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga ketua Umno Lembah Pantai yang dilapor membuat spekulasi insiden berlaku kerana PKR membawa orang luar ke dalam politik tempatan. Sehubungan itu, Shuhaimi berharap semua pihak termasuk Umno supaya menghormati kebebasan bersuara asalkan tindak menimbul provokasi antara satu dengan yang lain. Shuhaimi berkata beliau bimbang, jika pihak keselamatan gagal mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit, kemungkinan menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat "kehilangan sabar". Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan