:: cina islam | 2011 :: |
- Intipati Ucapan Presiden PAS Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya
- Ke Putrajaya: Mudah disebut tapi jalan berliku
- Realiti Malaysia PM perlu Melayu Islam
- PKR cabar MB Perlis debat isu kemajuan
- Saman Khalid: Mahkamah tolak permohonan Hamidah
- Ke Putrajaya: Mudah disebut tapi jalan berliku
- Masjid di Alor Setar dipenuhi jamaah berbaju hijau
- Torres temui sentuhan
- 'Lynas Busters' JB mula kayuhan ke Kuantan
- Kecederaan pemain hantui The Oranje
- Pencegah maksiat dibekal pistol untuk jamin keselamatan
- Seladang Eropah tampil garang
- Nekad padam api sendiri setelah lihat treler terbakar
- Pelajar maut langgar lembu
- Kotak hitam Sukhoi Superjet 100 ditemui
- Lelaki cuba serang polis cedera kena tembakan
- Tempoh darurat Mesir tamat
- 22 pekerja asing ditahan
- Dua syarikat pakaian diserbu
- Pemuda gergasi ingin berteman
- Warga emas tercampak keluar
- Penyamun lalok diberkas
- Penduduk sudah hilang sabar
- Tunggu masa untuk rebah
- Kereta terbakar depan rumah
Intipati Ucapan Presiden PAS Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Posted: 01 Jun 2012 05:07 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] Firman Allah: وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60) 1. Mukadimah PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah. Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan. Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya. Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut. Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu. Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi. Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Parsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah: فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita . 2. Kandungan 2.1 Allah menjanjikan kemenangan kepada para pendukung perjuangan Islam sebagaimana Firman Allah s.w.t.: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَاۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (al-Saff: 10 – 13) Allah s.w.t. akan mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam dua bentuk, iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan kemenangan yang hampir (فتح قريب) di dunia. Kemenangan akan diperolehi dengan bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita mempersiapkan ahli-ahli parti yang beriman dan berakhlak, komited, pimpinan-pimpinan parti yang berilmu, jentera-jentera parti yang tersusun dan strategi-strategi parti yang tepat. 2.2 Menegaskan kembali usaha PAS untuk membangunkan Negara Berkebajikan yang akan memberi keadilan kepada semua manusia dan alam sejagat. Tiada percanggahan antara usaha membangunkan Negara Berkebajikan dengan dasar perjuangan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1): "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah". Memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam yang dinyatakan oleh Firman Allah: (آل عمران) 104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang berjaya. PAS sedia berdailog dengan mana-mana pihak kalangan kumpulan Islam (NGO) yang membuat tuduhan bahawa PAS telah lari dari perjuangan, untuk menerangkan pendirian PAS yang sentiasa beristiqamah. Membangunkan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam PAS sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) Allah s.w.t. bukan sahaja kepada manusia, malah kepada seluruh alam sejagat. PAS menyeru kepada semua pihak memahami takrifan Negara Berkebajikan sebagai yang dikemukakan: "Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (العدل والإحسان) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (فاستبقوا الخيرات) dan saling bekerjasama (التعاون) ke arah kejayaan (الفلاح) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat." Allah membuat perbandingan dengan firmannya: (البقرة) 200. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. 201. Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" Model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS telah membimbangkan UMNO dan BN, kerana sejak 54 tahun yang lalu melakukan diskriminasi bukan sahaja terhadap kaum-kaum lain, tetapi juga terhadap sesama kaum Melayu dan Bumiputera. Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah ini, diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama termasuklah kepada alam sekitar. 2.3 PAS telah bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini. UMNO sebagai parti yang menjadi teras PERIKATAN dan BN yang telah memerintah negara sejak selepas kemerdekaan semakin terbukti gagal membawa keadilan dan perpaduan yang sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia. Dasar perjuangan sempit UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan UMNO bukan sahaja tidak berupaya mengangkat martabat kaum Melayu, bahkan gagal membangunkan peradaban Islam di Malaysia. Bahkan mencalarkan imej Islam yang murni dan mengancam perpaduan rakyat yang berteraskan adil kepada semua . Dengan semangat kebangsaan Melayu tersebut, UMNO telah membelakang al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya menjadi teras utama politik Islam. Hukum-hukum Allah dan nilai-nilai peradaban Islam dipinggirkan dalam pemerintahan negara. Apabila Islam tidak menjadi dasar politik dan pemerintahan, martabat Melayu juga tidak dapat dipertahankan. UMNO juga bertanggungjawab - Menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan tahun 1983 dan 1993 yang menghakis peranan Raja-raja Melayu sebagai kuasa semak-imbang (check and balance) kepada Legislatif dan Eksekutif. - Meminggirkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi - Merampas tanah-tanah orang Melayu sehingga Tanah Rizab Melayu berkurangan daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 selepas merdeka, menyusut hampir separuh kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995. - Menggadai tanah Felda Plantation seluas 360,000 yang juga termasuk tanah rezab Melayu untuk dipajakkan dalam proses penyenaraian FGVH sehingga membolehkan pemilikan oleh warga asing. - Merosakkan sistem Federalisme dengan mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri Melayu seperti Kelantan dan Kedah. Antaranya dengan menafikan hak kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap Royalti Petroleum, serta cuai terhadap Sabah dan Serawak. Pemerintahan UMNO juga gagal memelihara jatidiri masyarakat Melayu sehingga berlaku keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan. Salah satu petunjuknya, kadar kelahiran anak luar nikah meningkat setiap tahun. Pada tahun 2009, seramai 17,703 anak luar nikah telah didaftarkan. PAS benar-benar bersedia untuk memimpin perpaduan ummah berdasarkan anjuran al-Quran dan al-Sunnah. 2.4 PR juga telah bersedia untuk menggantikan BN untuk memimpin Malaysia. Negara Malaysia di ambang keruntuhan apabila tunjang-tunjang utama politik negara semakin runtuh dengan: - Terhakisnya semangat federalisme. - Kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri selepas hakisan kuasa Raja-raja Melayu. - Tidak menghayatai sistem pemisahan kuasa, sehingga Institusi Kehakiman tidak lagi berwibawa dan hilang keyakinan. - Agensi-agensi penting untuk keadilan dan keamanan seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain dipaksa tunduk kepada kuasa eksekutif Perdana Menteri. - Media massa yang dicengkam oleh Kerajaan. - Pilihanraya yang tidak lagi bersih sehingga kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah begitu besar. - Ketika orang lain mengambil contoh daripada Islam dengan memelihara hak rakyat, BN yang berketuakan Umno menipu dan merasuah rakyat untuk mengekal kuasa dengan apa sahaja. Masa depan ekonomi Negara juga semakin suram. - Hutang Negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM 430 biilion melebihi 53% KDNK Negara. - Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM 577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia. - Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi. - Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM 1500 ke bawah, manakala 60% isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah. Amalan rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku pembaziran dan ketirisan. Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 berbanding tangga ke-56 tahun 2010. Dasar dan polisi yang kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu pembelian saham MAS oleh Air Asia. Begitulah kehancuran boleh berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya. فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة 2.5 Roadmap ke Putrajaya PAS menyertai PRU ke-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Sehubungan dengan itu, PAS dan PR mesti memperkukuhkan penguasaan kerusi kita di Semenanjung Malaysia di samping melipat-gandakan penguasaan di Sabah dan Sarawak. PR perlu memenangi sehingga sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen dari 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai jumlah tersebut PAS perlu: - Mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-12 2008 - Menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor berbanding PRU ke-12 2008. - Memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. PAS mesti berusaha bersama PR untuk mempertahankan kemenangan di negeri-negeri yang sedia di perintah oleh PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. PAS mesti berusaha bersama PR untuk memenangi semula negeri Perak dan Terengganu di samping berusaha menawan negeri Perlis. PAS mesti berusaha bersama PR untuk melemahkan penguasaan UMNO dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala' yang ingin menegakkan Islam bersama PAS, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan dan sebagainya. PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3 - 4 % dengan langkah-langkah berikut: - Meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin Negara dan akan martabat martabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam. - Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat. - Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubah penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar Bandar. Kesempatan bulan Ramadan dan Eidul Fitri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut. - Mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil. PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi Muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar. PAS melalui Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita. PAS melalui Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan. PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All". Semua ahli-ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong UMNO dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS. Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak. 2.6 Persiapan Ahli-ahli PAS Firman Allah: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200) Berdasarkan ayat di atas seluruh ahli PAS perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi PRU ke-13 yang merupakan pertembungan yang paling sengit. Para petugas PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat. Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah. 3. Penutup Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita , melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam , semata-mata mencapai keredhaan Allah. الله أكبر ولله الحمد |
Ke Putrajaya: Mudah disebut tapi jalan berliku Posted: 01 Jun 2012 05:05 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR SETAR, 1 Jun: Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini. "Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir. PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat. "PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini. "Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi. Himpunan pagi tadi diisi dengan ucapan ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS dan dilengkapi dengan amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Petang ini pula program akan diteruskan di Stadium Darul Aman dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus, pidato anak muda dan sketsa dari selebriti Bob Lokman. Malam ini pula akan diisi dengan acara kemuncak iaitu munajat perdana dan ceramah pimpinan utama. Harakahdaily/- |
Realiti Malaysia PM perlu Melayu Islam Posted: 01 Jun 2012 01:05 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR SETAR: PAS memegang asas bahawa Perdana Menteri bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah ditentukan berdasarkan kaum yang paling besar dan pengaruh di negara itu. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, begitu juga di Malaysia, di mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar. "Mengikut kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang paling besar berpengaruh. "Sehingga kini semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum terbesar," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah di sini tengah hari tadi. Turut serta pada sidang media itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang menanyakan pendirian PAS berhubung isu yang dimomokkan Umno kononnya DAP mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara. "Lim Guan Eng sendiri pernah menyatakan yang dia mahupun DAP tiada hasrat nak jadi perdana menteri. "Dia tahu realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar," celah Mustafa Ali. "Kita dah sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan bahawa perdana menteri adalah Melayu Islam asalkan bukan Umno BN," tambah Mahfuz pula. Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan menjunjung apa yang termaktub perlembagaan negara. Perkara itu katanya telah dipersetujui bersama dalam resolusi Pakatan Rakyat. Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua negara. Terdahulu beliau menyampaikan amanat presiden sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di sini hari ini. Mengulas pemilihan Kedah sebagai tuan rumah program ini Abdul Hadi berkata ianya kerana Kedah adalah paling ramai ahli PAS dan antara negeri yang mahu dipertahankan PAS pada PRU 13 akan datang selain negeri-negeri lain. Harakah Daily |
PKR cabar MB Perlis debat isu kemajuan Posted: 01 Jun 2012 01:00 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - Pemuda PKR (AMK) Perlis memberi tempoh selama tujuh hari - bermula semalam - kepada Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menjawab cabaran debat bertajuk "Perlis Maju 2015: Realiti atau Fantasi". Mereka mencadangkan kepada menteri besar itu untuk berdebat dengan Pengerusi PKR Perlis Mohammad Faisol Abd Rahman dengan dipersetujui bersama mengenai masa, tarikh, tempat dan moderator bagi majlis itu. Surat jemputan debat tersebut diserahkan oleh Ketua AMK Perlis Ammar Gazali kepada Md Isa yang diterima oleh setiausaha akhbarnya Jamsari Jamaluddin di Kompleks DUN Perlis semalam. "Pihak AMK Perlis melihat debat ilmiah ini memberi ruang yang luas untuk YAB Datuk Seri menjelaskan kepada rakyat Perlis terutamanya golongan muda tentang dasar dan polisi kerajaan negeri berkaitan gagasan Perlis Maju 2015," surat jemputan itu dipetik. Turut bersama Ammar beberapa kepimpinan AMK negeri. malaysiakini/- |
Saman Khalid: Mahkamah tolak permohonan Hamidah Posted: 01 Jun 2012 12:40 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zainal Azman Abd Aziz hari ini menolak dengan kos permohonan Datuk Hamidah Othman bagi membatalkan writ saman yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar). Pada sekitar bulan Januari 2010 Hamidah telah melalui blognya http://hamidahosman.blogspot.com di bawah artikel bertajuk 'umat islam perlu bersatu' telah antara lain menulis tentang Khalid Samad dan menyiarkan gambar superimpose yang menunjukkan Khalid Samad berpakaian seperti seorang bishop Kristian. Khalid telah memfailkan writ saman pada 22 Disember 2011 ke atas Hamidah kerana mendakwa artikel tersebut telah memfitnah beliau. Pada 20 Februari 2012 Hamidah telah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah artikel 121 ( 1A ) Perlembagaan Persekutuan namun mahkamah telah menolak alasan Hamidah dan memerintahkan kes tersebut di mahkamah sivil. Hakim juga mengarahkan Hamidah membayar kos RM4,000 kepada Khalid Samad. Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh Datuk Hafarizam. Harakah Daily |
Ke Putrajaya: Mudah disebut tapi jalan berliku Posted: 01 Jun 2012 12:39 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR SETAR, 1 Jun: Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini. "Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir. PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat. "PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini. "Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi. Himpunan pagi tadi diisi dengan ucapan ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS dan dilengkapi dengan amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Petang ini pula program akan diteruskan di Stadium Darul Aman dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus, pidato anak muda dan sketsa dari selebriti Bob Lokman. Malam ini pula akan diisi dengan acara kemuncak iaitu munajat perdana dan ceramah pimpinan utama. Harakah Daily |
Masjid di Alor Setar dipenuhi jamaah berbaju hijau Posted: 01 Jun 2012 12:36 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR SETAR: Alor Setar mula dilimpahi rakyat berpakaian hijau terutamanya di masjid sekitar beberapa kilometer dari stadium tempat berlangsungnya Himpunan Hijau Menuju Putrajaya malam ini. Banyak masjid dipenuhi orang ramai sejak pukul 12.30 tengah hari tadi untuk menunaikan solat fardhu Jumaat sambil menanti waktu untuk mendengar penceramah agama yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus yang akan mengadakan kuliah pukul 4.00 petang nanti. Pagi tadi pemimpin PAS pusat mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin berbagai peringkat sebagai amanat terakhir menjelang pilihanraya umum ke 13 bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Selepas Jumaat sebentar tadi boleh dikatakan semua peserta mula menumpukan ke arah stadium kerana khuatir ketiadaan tempat parking ekoran kemasukan orang ramai di luar jangkaan Di Masjid Zahir, orang ramai yang berbaju hijau melimpah ke luar masjid dan terpaksa solat Jumaat di tengah panas. Masjid Zahir yang merupakan masjid negeri bagi negeri ini adalah antara masjid yang terdekat dengan Stadium Darul Aman. Khatib hari ini berkhutbah tentang kepentingan berjamaah khasnya solat jamaah di masjid. Harakah Daily |
Posted: 01 Jun 2012 12:34 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - SELEPAS disisihkan Februari lalu, Fernando Torres kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Sepanyol pada aksi pemanas badan menentang Korea Selatan menjelang Euro 2012, awal pagi semalam. Pada perlawanan itu, Torres meledak satu gol ketika Skuad La Furia Roja membelasah Korea 4-1. Jaringan tersebut juga membolehkan Torres muncul selaku penjaring keempat terbanyak negaranya dan dilihat sebagai pilihan buat Vicente del Bosque untuk disenaraikan ke Poland dan Ukraine nanti. "Selepas disisihkan, saya cuba menilai semula kemampuan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. "Apa pun, saya bertekad untuk membalas kepercayaan jurulatih dan membantu Sepanyol mempertahankan kejuaraan," katanya. Torres yang membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama 19 Mei lalu berpeluang disenaraikan ke Ukraine andai mempamerkan permainan berkualiti pada perlawanan pemanas badan terakhir Sepanyol menentang China, 4 Jun ini. Sinar Harian |
'Lynas Busters' JB mula kayuhan ke Kuantan Posted: 01 Jun 2012 12:30 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - Kumpulan berbasikal dari Johor Baru memulakan perjalanan tiga hari pagi semalam - berkayuh dari bandar di selatan Semenanjung itu menuju ke Kuantan bagi menyokong kempen anti-Lynas. Dengan menggelar diri mereka sebagai 'Lynas Busters', kumpulan kira-kira 15 penunggang basikal itu berlepas pada kira-kira jam 6.30 pagi dan dijadualkan tiba di Teluk Chempedak di Kuantan, Pahang, sekitar jam 10.30 pagi 3 Jun. Menurut pengerusi kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau, Wong Tack kumpulan berbasikal itu terdiri daripada individu dari Johor Yellow Flame, Millipede Bikers Team dan Footprint Bicycle Team. Setibanya di Kuantan, mereka akan menyerahkan senarai tandatangan penduduk Johor Bahru yang membantah Loji Lynas di Gebeng, Kuantan, kepada Himpunan Hijau - salah sebuah kumpulan yang menerajui kempen menentangn loji penapisan nadir bumi itu. Dalam satu kenyataan, Wong berterima kasih kepada kumpulan penunggang basikal tersebut dan menyeru semua penyokong anti-Lynas supaya terus menyokong Himpunan Hijau membantah loji sisa radioaktif tersebut. "Himpunan Hijau amat teruja menunggu ketibaan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Lynas Busters itu," katanya. malaysiakini/- |
Kecederaan pemain hantui The Oranje Posted: 01 Jun 2012 12:15 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - BELANDA bangkit mengalahkan Slovakia 2-0 pada aksi pemanas badan menjelang saingan sebenar Euro 2012 bermula 8 Jun ini di Poland dan Ukraine, awal pagi semalam. Kemenangan tersebut mengembalikan kepercayaan peminat selepas The Oranje tumpas mengejut 1-2 di tangan Bulgaria, Sabtu lalu. Bagaimanapun, kemenangan naib juara Piala Dunia 2010 itu dibayangi kecederaan beberapa tonggak utamanya sekali gus merisaukan pengendalinya, Bert van Marwijk. Pada perlawanan itu, Wesley Sneijder terpaksa dikeluarkan sebagai langkah berjaga- jaga selepas bintang tengah Inter Milan itu mengalami kecederaan buku lali. Manakala, Wilfred Bouma mengalami kecederaan kepala namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital berhampiran. "Sneijder mengalami bengkak buku lali, tapi keadaannya stabil manakala Bouma kecederaannya tidak serius. "Saya perlu memantau keadaan mereka setiap hari agar persiapan ke Euro tidak terjejas. "Kecederaan hamstirng Joris Mathijsen juga beransur pulih," katanya yang berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemainnya sepanjang tempoh 90 minit perlawanan. Dalam pada itu bintang tengah Bayern Munich, Mark van Bommel mengingatkan rakan sepasukannya supaya memperbaiki mutu permainanandai mahu berjaya di Euro nanti. "Saya gembira dengan kemenangan ini, namun harus diingat masih ada ruang yang perlu diperbaiki. "Saya harap kami mampu mengatasi setiap kelemahandan berjaya di Euro nanti," katanya. Untuk edisi kali ini, Belanda diundi di dalam Kumpulan B bersama Denmark, Portugal dan Juara tiga kali, Jerman. Kumpulan B juga dianggap sebagai kumpulan maut pada kejohanan kali ini. Sinar Harian |
Pencegah maksiat dibekal pistol untuk jamin keselamatan Posted: 01 Jun 2012 12:14 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - TEMBILA- Anggota Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Agama Daerah Besut atau lebih dikenal dengan pencegah maksiat turut dilengkapi senjata api bagi tujuan mempertahankan diri. Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, beberapa pucuk pistol semi automatik dibekalkan kepada unit berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka sekiranya mendapat ancaman ketika melaksanakan tugas. Menurutnya, namun begitu anggota terbabit tidak boleh melepaskan tembakan atau menggunakan senjata sembarangan sebaliknya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. "Pistol antara keperluan bagi petugas unit ini kerana tugas mereka berdepan dengan pelbagai risiko namun hanya boleh digunakan untuk mempertahankan diri sekiranya keadaan mengancam nyawa mereka atau petugas lain," katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Latihan Menembak Pejabat Agama Daerah Besut 2012 di Lapang Sasar Bukit Bubus, di sini, semalam. Latihan yang mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah itu adalah latihan kemahiran membabitkan sembilan anggota unit penguat kuasa yang diketuai Mohd Ali Pahmi Shafie serta jemputan. Hadir sama dalam latihan menembak itu Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Che Mustafa Hamzah, pendakwa syarie dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Besut. Azmi berkata, lazimnya pihaknya mendapat kerjasama padu pihak polis ketika melakukan operasi. Beliau turut memberi amaran keras kepada umat Islam terutama pasangan muhrim agar tidak melakukan perbuatan tidak senonoh atau khalwat di daerah ini khususnya di chalet, tempat perkelahan dan pelbagai lokasi lagi kerana mereka yang ditangkap akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah. Sementara itu, dalam latihan menembak tersebut setiap anggota diberi latihan mengendalikan pistol dengan betul, keselamatan menggunakan pistol dan menembak sasaran kertas menggunakan peluru hidup pada jarak 20 meter. Sinar Harian |
Posted: 01 Jun 2012 12:10 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - JUARA bertahan Sepanyol, dilihat sebagai calon popular mengungguli saingan Kumpulan C pada Kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine. Diundi bersama Republik Ireland, Crotia dan juara edisi 1968 Itali bukan masalah besar buat anak buah Vicente del Bosque melangkah ke pusingan kedua. Dibarisi majoriti pemain Real Madrid dan Barcelona, Skuad La Furia Roja lengkap di segenap posisi malah status selaku pasukan di ranking nombor satu dunia pasti menggerunkan lawan. Corak permainan tiki-taka yang diterapkan del Bosque menjadi senjata ampuh merobek gawang lawan dalam usaha memburu kemenangan. Bagaimanapun untuk edisi kali ini, penjaring terbanyak buat Sepanyol iaitu David Villa (51 gol) terpaksa diketepikan berikutan masalah kecederaan dihadapinya. Namun, del Bosque mempunyai pilihan lain di bahagian serangan umpamanya peledak berbahaya Valencia, Roberto Soldado dan Fernando Torres (Chelsea) yang kembali menemui sentuhannya. Sinar Harian |
Nekad padam api sendiri setelah lihat treler terbakar Posted: 01 Jun 2012 12:06 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - REMBAU – "Sementara menunggu bantuan tiba, saya nekad memadamkan kebakaran bersendirian namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana api marak begitu cepat dan besar," luah pemandu treler, Radzi Jaffar, 47, setelah trelernya dirempuh dari belakang di Kilometer 231, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), dekat sini, pagi semalam. Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Indah, Selangor bagi menghantar muatan lima kepala lori dan terperanjat terdengar bunyi kuat sebaik tiba di lokasi kejadian. "Seperti biasa saya memandu di lorong paling perlahan dan secara tibatiba terdengar bunyi dentuman kuat, saya menjangkakan terdapat kenderaan merempuh treler di bahagian belakang berdasarkan pengalaman memandu hampir 20 tahun. "Bagaimanapun sebaik melihat cermin sisi dan pandang belakang, tidak kelihatan sebarang kenderaan sebelum memberhentikan treler perlahan- lahan di bahu jalan," katanya. Radzi berkata, sebaik keluar, dia bergegas ke bahagian belakang treler dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira sudah melekat di bawahnya. "Pemandunya seorang lelaki juga segera menjauhi kenderaan sementara saya berusaha memadamkan kebakaran," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.04 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 8.10 pagi. Menurutnya, susulan keadaan api yang begitu marak, sebanyak 30 anggota bomba dari empat Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu masing-masing dari Rembau, Alor Gajah, Seremban 2 dan Seremban. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengawal kebakaran. Bahagian badan treler yang menempatkan lima kepala lori dan tayar hangus terbakar. "Bagaimanapun, kepala lori tidak mengalami sebarang kerosakan susulan kebakaran berkenaan manakala, kereta jenis Proton Wira juga hangus terbakar, pemandunya juga sudah dikejarkan ke klinik berhampiran ," katanya. Zamrus berkata, punca kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan. Sinar Harian |
Posted: 01 Jun 2012 12:04 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - ARAU - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya dikatakan merempuh sekumpulan lembu yang melintas jalan di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, pagi semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu melibatkan tiga buah motosikal yang salah satunya ditunggangi mangsa, Muhammad Arsyad Mohamad Zahir, 16 dan dua lagi penunggang iaitu Norazam Che Azizul dan Amir Sabirin Ahmad. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan terbabit dipercayai berlaku apabila ketiga-tiga penunggang motosikal terbabit yang dari arah Arau menuju ke Changlun melanggar sekumpulan lembu melintas jalan berhampiran pintu gerbang Ulu Pauh. Menurutnya, Muhammad Arsyad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penunggang mengalami kecederaan parah dan di hantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Kemalangan tersebut turut mengakibatkan seekor lembu mati dan cedera manakala satu lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis akan mengambil keterangan pemilik haiwan terbabit. "Dua lagi rakanya yang patah kaki serta cedera parah kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan waris masing- masing telah dimaklumkan," katanya. Bapa mangsa, Mohamad Zahir Kadir, 39, ketika ditemui terkejut dengan insiden menimpa anaknya itu kerana mangsa tidak memaklumkan bahawa dia hendak keluar. "Muhammad Arsyad jarang keluar malam, mungkin disebabkan cuti sekolah dia hendak keluar bersama rakannya. "Saya menyedari kelakuan Arsyad kerana sejak beberapa hari lalu dia agak pendiam, walau apapun saya menerima dengan reda kerana ini merupakan ketentuan daripada-Nya," katanya ketika ditemui di bilik mayat HTF, semalam. Sinar Harian |
Kotak hitam Sukhoi Superjet 100 ditemui Posted: 01 Jun 2012 12:02 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - JAKARTA - Kotak hitam atau perakam data penerbangan (FDR) pesawat Sukhoi Superjet 100 ditemui dalam keadaan baik, berhampiran lokasi kemalangan pesawat, semalam. Menurut agensi berita tempatan, FDR ditemui oleh penduduk berhampiran Gunung Salak di Bogor, Jawa Barat, lokasi kemalangan yang meragut 45 nyawa pada 9 Mei lalu. Ketua Marshal Udara, Agensi Penyelamat negara (Basarnas), Daryatmo menyerahkan kotak hitam itu kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara (KNKT) untuk siasatan. "Kami masih boleh membaca data dari peranti itu, berbanding perakam suara kokpit pesawat," katanya. Sinar Harian |
Lelaki cuba serang polis cedera kena tembakan Posted: 01 Jun 2012 12:01 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis dengan sebilah pedang samurai cedera di paha selepas terkena tembakan yang dilepas anggota terbabit, dalam kejadian di Lebuh Macallum awal hari ini. Jurucakap polis berkata dalam kejadian 4.20 pagi itu, tiga anggota polis dari pos Macallum sedang meronda berhampiran sebuah medan selera di situ apabila terdengar jeritan seorang wanita memanggil mereka. "Tiga anggota itu bergegas ke arah wanita berkenaan yang memaklumkan ada orang bergaduh di sebuah gerai makan di situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Polis mendapati dua lelaki sedang bergaduh dengan pelanggan dan seorang daripada mereka yang memegang pedang samurai bertindak menyerang ketiga-tiga anggota terbabit sebaik ternampak mereka. "Salah seorang anggota kita melepaskan tembakan bagi mempertahan diri dan ia terkena pada paha kiri lelaki berusia 33 tahun itu, manakala rakannya yang panik melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Barat Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Lelaki yang cedera itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan siasatan awal mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan curi dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Polis turut merampas pedang berkenaan serta giat mengesan rakan lelaki tersebut, katanya. - Bernama Sinar Harian |
Posted: 01 Jun 2012 12:00 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - KAHERAH 1 Jun - Tempoh darurat Mesir sejak berdekad-dekad lalu berakhir selepas tempoh akhir untuk memperbaharuinya tamat semalam, kata pemerintah tentera dalam satu kenyataan. Pihak tentera pada masa sama berikrar untuk terus `melindungi' negara ini dan meneruskan tanggungjawab nasional dan sejarah, selaras dengan pengisytiharan perlembagaan dan undang-undang. Selain itu, tentera akan terus memegang tampuk pemerintahan sebelum menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Presiden yang dilantik menerusi pilihan raya yang berlangsung pada penghujung Jun depan. - AFP |
Posted: 31 May 2012 11:59 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU - Seramai 22 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops 6P di Kawasan Perindustrian Kulai 2, dekat sini, kelmarin. Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, serbuan jam 6.35 petang yang berakhir dua jam kemudian itu menyaksikan 30 warga asing diperiksa. Menurutnya, seramai 12 daripada jumlah keseluruhan Pati yang ditahan merupakan warga Indonesia, Bangladesh(2), Vietnam (4), Myanmar (3) dan Nepal (1). "Semasa ketibaan anggota operasi, kebanyakan Pati ini sedang leka bekerja dan tidak menyedari kehadiran kami. Mereka bekerja sebagai tukang jahit kain-kain terpakai untuk dijadikan kain pengelap mesin dan sebagainya. "Dari siasatan yang dijalankan, pekerja asing terbabit dihantar oleh ejen yang berdaftar dari syarikat lain. Lebih memeranjatkan, kilang yang diserbu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah sekali gus dipercayai kilang haram," katanya, di sini, semalam. Mohamad Nasir berkata, serbuan yang turut disertai oleh anggota dan pegawai dari uruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu turut menahan seorang majikan warga tempatan berusia 29 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan Seksyen 55B iaitu menggaji warga asing tanpa pas atau permit. "Seorang lelaki warga tempatan yang bersubahat sebagai ejen yang menghantar pekerja asing tanpa pas dan permit ke kilang terbabit juga ditahan. "10 daripada jumlah keseluruhan pekerja asing yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya. Selain itu, katanya, kesemua mereka turut disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran Sinar Harian |
Posted: 31 May 2012 11:56 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - SENAI – Dua syarikat pakaian di Batu Pahat diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Batu Pahat dalam dua kejadian berasingan selepasdisyaki menggunakan perisian cetak rompak. Pengurus Cawangan KPDNKK Batu Pahat, Supartini Mahhbot berkata, sebanyak lima komputer dan 33 salinan perisian cetak rompak dirampasdalam serbuan pertama yang dijalankan pada Selasa lalu. Sementara itu, lima lagi komputer turut dirampas bersama 32 salinan perisian cetak rompak dalam serbuan kedua menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM146,500. "Serbuan berkenaan dilakukan di dua syarikat berasinganpada Selasa dan Rabu lalu, susulan aduan yang dikemukakan Business Software Alliance (BSA)," katanya. Supartini berkata, hasil pemeriksaan dari kedua-dua serbuan menemui penggunaan perisian dalam versi berbeza bagi perisian Microsoft Windows dan Microsoft Office milik Microsoft yang merupakan ahli BSA. Katanya, pihak pengurusan kanan syarikat bertanggungjawab memastikan penggunaan perisian sah digunakan dalam perjalanan atau operasi pernigaan syarikat dan mereka boleh didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987 sekiranya gagal berbuat demikian. "Jika sabit kesalahan, pihak syarikat dan pengarahnya boleh dikenakan denda diantara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap kesalahan penyalahgunaan perisian cetak rompak. "Selain itu, pengarah syarikatdan pengurusan kanan juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun," katanya. Sinar Harian |
Posted: 31 May 2012 11:53 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - SAIN bersama keluarganya. KAKI dan tangan Sain yang terus membesar menyukarkan dia bergerak. LAHORE: Seorang pemuda yang mengalami penyakit pelik apabila dia mempunyai kepala, kaki dan tangan gergasi terdesak untuk mencari penawar supaya dia boleh mendapat jodoh. Sain Mumtaz, 22, mengalami kecacatan teruk akibat sindrom Proteus menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya terus membesar. Dia sudah diterima oleh penduduk setempat di kawasan kejiranannya di pinggir bandar raya Lahore, di Pakistan tetapi penyakitnya menyebabkan dia perlu menerima rawatan secara berterusan dan menyukarkannya bergerak. Sain dikatakan mengalami sindrom Proteus - yang turut menyerang "Lelaki Gajah" Joseph Merrick berikutan kecacatan simetri pada wajah dan tengkorak kepalanya. Sain sebelum ini percaya nasib malangnya itu adalah laknat Tuhan, menyebabkan dia kecewa dan murung. Namun, teman dan keluarga memberinya semangat dan dia kini berazam untuk terus hidup dengan baik. Penduduk setempat merujuk kepadanya sebagai "kawan gergasi" mereka dan berazam untuk mencari penawar buat Sain yang mengimpikan akan bertemu dengan wanita idamannya. Sain berkata: "Saya kelihatan seperti ini sejak lahir. Wajah, lengan dan kaki saya semuanya berbeza saiz dan orang menyangka saya tidak seperti manusia biasa yang lain. "Tetapi akal saya sihat dan memahami semuanya. Saya menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun semua anggota keluarga saya termasuk ibu, bapa, abang dan kakak saya dilahirkan tidak dengan keadaan begini. "Sebelum ini, orang melarikan diri daripada saya, tetapi kini mereka melayan saya secara normal dan duduk serta berbual dengan saya ketika saya berada di luar. "Mereka memanggil saya kawan mereka. Satu hari kelak, saya harap dapat sembuh dan bertemu dengan wanita yang akan mencintai saya," katanya. Sain tidak pernah berjumpa doktor sejak dia kanak-kanak apabila diberitahu dia menghidap sindrom Proteus dan tiada apa dapat dilakukan untuk membantunya. Sekiranya Proteus adalah diagnosis betul atas penyakit dialami mungkin tiada apa dapat dilakukan untuk mengurangkan berat kaki dan tangannya yang besar itu. Namun, keluarganya masih berharap Sain menderita penyakit ketumbuhan lain dan jika ia benar mungkin ada rawatan yang dapat menyembuhkannya. Bapanya, Wazir Ali berkata: "Kami mahu tahu apa yang tak kena dengannya dan sama ada terdapat sesuatu yang dapat dilakukan bagi memperbaiki kehidupan sehariannya. "Dia menaruh harapan untuk masa depan, satu hari kelak dia akan menjalankan perniagaan beca dan mendapat isteri," katanya. - DM |
Posted: 31 May 2012 11:51 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - PARIT BUNTAR - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bersama-sama keluarganya terbabas dalam satu kemalangan di Kilometer 185.4 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Merah, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa yang dikenali sebagai P Durasingam, 66, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan berkenaan. Menurutnya, kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dipercayai berlaku akibat pemandu yang juga menantu mangsa, M Jayakumar, 31, gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas. "Kereta ini kemudiannya melanggar pengadang jalan sebelum terjunam ke parit berhampiran. "Selain menantunya, dua lagi ahli keluarga turut berada di dalam kereta berkenaan tetapi kesemua mereka hanya mengalami kecederaan," katanya. Katanya, mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarganya. "Mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Taiping," katanya. Sinar Harian |
Posted: 31 May 2012 11:48 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH - Sepasang kekasih diberkas dalam keadaan khayal di sebuah chalet di Pengkalan Balak, di sini, pagi semalam, selepas dikenal pasti terbabit dalam jenayah samun di tiga lokasi di daerah ini. Operasi mengesan suspek berusia lingkungan 30-an, kira kira jam 10.15 pagi itu, dilakukan pasukan Jabatan Siasatan dan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah yang berjaya mengesan kenderaan Proton Waja digunakan suspek. Sementara itu, seorang mangsa samun dari Kampung Paya Mengkuang, V Punitavaihi, 21, berkata, ketika kejadian kira kira jam 8.10 pagi, semalam, dia dan ibu saudaranya berusia lingkungan 50-an, didatangi seorang lelaki dan wanita yang menaiki kereta Proton Waja. "Lelaki terbabit bertanyakan rum ah sewa sebelum menyamun menggunakan sebilah pisau. Suspek mengacu pisau di perut saya dan merentap rantai leher saya serta milik ibu saudara," katanya. Sementara itu, seorang peniaga kedai makan, Karem Mohamad, 50-an berkata, dia didatangi suspek lelaki yang bersarapan pagi di kedainya sebelum ditangkap sepasukan anggota polis di chalet berdekatan. "Selesai bersarapan, dia tergesa-gesa pulang ke chalet. Tidak lama kemudian beberapa anggota polis datang membuat serbuan di chalet berkenaan sebelum saya diberitahu, lelaki terbabit adalah penjenayah," katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, pasukannya menjalankan operasi memburu suspek selepas menerima dua laporan oleh dua mangsa berbeza. "Hasil maklumat diterima, kami berjaya mengesan nombor pendaftaran kenderaan dinaiki suspek sehinggalah mereka dikesan di sebuah chalet di Pengkalan Balak. "Kami turut menemui barangan yang disamun oleh suspek dan juga dadah di dalam bilik yang disewa," katanya. Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 392/397 atas kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata. Sinar Harian |
Posted: 31 May 2012 11:47 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - BEMBAN - Seramai tujuh keluarga di Taman Bemban Jaya di sini, hilang sabar berikutan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi setiap kali pasar malam beroperasi di halaman rumah mereka pada hujung minggu, sejak 17 tahun lalu. Mereka mendakwa, pasar malam yang beroperasi setiap Ahad, bermula jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menimbulkan banyak kesukaran seperti masalah parkir kereta, pencemaran dan kerosakan harta benda. Seorang penduduk, Mukayi, 58, berkata, paling menyedihkan apabila mereka tidak boleh mengadakan sebarang majlis setiap Ahad berikutan masalah berkenaan. "Saya terkilan kerana baru-baru ini, saudara mara dan kenalan terpaksa masuk menggunakan pintu belakang rumah untuk menghadiri majlis sembahyang mendiang suami saya kerana halaman rumah sudah sesak dengan peniaga dan pengunjung pasar malam. "Kami tiada pilihan, melainkan terpaksa mengadakan apa sahaja majlis pada hari lain," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, adik iparnya, Kalyani, 59, pula berkata, dia yang menghidap sesak nafas terpaksa menutup pintu dan tingkap kerana alahan terhadap habuk serta asap makanan yang di goreng peniaga di halaman rumahnya. Menurutnya, kain yang disidai di ampaian juga terpaksa diangkat awal bagi mengelakkan bau minyak dan habuk. "Longkang juga kotor kerana sisa makanan dibuang ke dalamnya. Saya juga terpaksa membasuh lantai dan tingkap rumah akibat dicemari minyak dan habuk," katanya. Seorang lagi penduduk, R Machap, 39, berkata, dia menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah kerana jalan ditutup sebaik sahaja pasar malam dibuka. Menurutnya, dia terpaksa keluar awal untuk menghantar anaknya ke kelas tambahan setiap Ahad, kerana jika terlewat, anaknya terpaksa ponteng sekolah. "Saya juga terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari rumah jika pulang dari menghantar anak atau ke mana mana kerana jalan penuh sesak dengan peniaga dan pengunjung," katanya. Tan Soo Seng, 28, pula berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa meletakkan kenderaan di jalan besar atau laluan belakang rumah setiap kali pasar malam beroperasi. "Malangnya, kereta pernah rosak kerana laluan belakang yang sempit dan kebanyakan penduduk melalui jalan berkenaan pada hari tersebut. "Jika saya letakkan kenderaan di depan rumah, maka saya memang tidak boleh bergerak ke mana-mana hingga pasar malam tamat," katanya. Menurutnya, dia bimbang sekiranya berlaku kecemasan membabitkan ahli keluarga. "Ada juga terfikir mahu berpindah tetapi saya masih bersabar menunggu tindakan pihak berkenaan," katanya. Menurut penduduk, telah banyak aduan dibuat kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pihak terlibat, namun sehingga kini tiada tindakan diambil sejak lebih 10 tahun lalu. Sinar Harian |
Posted: 31 May 2012 11:44 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - PURUN – Keadaan dinding yang reput dimakan anai-anai di ruang dapur rumah milik pasangan warga emas di Kampung Purun, dekat sini hanya menunggu masa untuk rebah sahaja. Yusuf Chein, 82, berkata, apabila hujan lebat, isterinya, Azizah Mohd Ali, 69, terpaksa menadah air menggunakan besen hujan gara-gara bumbung dapur yang bocor dan usang. Menurutnya, keadaan dapur yang tidak sempurna menyukarkan isterinya memasak dan membasuh pinggan. "Hanya bahagian dapur sahaja yang terlalu usang dan kami bimbang sekiranya angin kuat, zink di dapur diterbangkan angin," katanya. Yusuf berkata, dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia terpaksa membuat permohonan kepada pihak berkenaan. "Saya tidak bekerja, malah lebih malang lagi menghidap darah tinggi hingga diserangstrok separuh badan. "Saya juga alami asma kronik sejak empat tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan pam setiap masa," katanya. Malah katanya, dia juga mengalami masalah kabur penglihatan sebelan kanan namun masih dalam tempoh pemulihan. "Saya sudah membuat pembedahan mata bagi menggantikan kanta mata di hospital. "Dengan keadaan saya sebegini, saya tidak berdaya untuk membaiki rumah sendiri," katanya. Manakala Azizah pula berkata, dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga suaminya itu yang tidak mampu menguruskan diri termasuk ke bilik air. Menurutnya, mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. "Wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan rumah, ubat dan melakukan pemeriksaan setiap bulan. "Jika diikutkan sememangnya ia tidak mencukupi. Ada anak, tetapi mereka juga perlu menampung perbelanjaan keluarga masing-masing," katanya. Azizah, lantaran keperitan hidupnya itu dia nekad membuat permohonan bantuan membaiki rumah pada 2010, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas. "Memang ada orang datang melihat keadaan rumah tetapi sehingga ke hari ini masih tiada tindakan diambil. "Saya sudah serik ke pejabat berkenaan. Mereka hanya memberitahu tiada peruntukkan tetapi sampai bila kami perlu menunggu?," katanya. Agency |
Posted: 31 May 2012 11:42 PM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] - BAHAU - Seorang suri rumah bersama tiga anaknya melalui detik mencemaskan apabila kereta jenis Naza Citra miliknya yang berada di hadapan rumah terbakar dalam satu insiden kira-kira jam 12.30 malam, di Taman Meranti, dekat sini, malam kelmarin. Ibu kepada empat anak, Chin Yoke Yin, 52, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama dua anaknya. Katanya, kejadian berkenaan disedari anak keduanya, Low Chor Lie, 17, yang masih belum tidur. Menurutnya, sebelum itu dia ada mendengar anjing milik mereka menyalak namun tidak mengesyaki apa apa sebelum terdengar bunyi letupan kuat. "Kemudiannya, Chor Lie menjerit memanggil saya dan terkejut mendapati api sedang marak dekat kereta milik kami. "Dalam keadaan kelam kabut, kami berlari ke bahagian belakang rumah untuk menyelamatkan diri bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya. Yoke Yin berkata, mujur ada jiran membantu menghubungi anggota bomba dan penyelamat. Menurutnya, anak sulungnya telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Bahau pada hari sama. "Saya sudah tinggal di kawasan perumahan ini hampir tujuh tahun dan tidak pernah berhadapan dengan situasi seumpama ini sebelum ini. "Ketika kejadian berlaku, suami berada di luar negara atas urusan kerja," katanya. Dalam pada itu, kejadian yang menimpa Yoke Yin turut mendapat perhatian Ahli Majlis, Phoon Kow Chai yang datang melawat kediamannya. Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhd Sabri Muhamad mengesahkan menerima laporan berkenaan. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan