N45 Dr Halimah Ali |
- POLITIK DENDAM aka POLITIK RIMBA
- PTPTN: KUIS juga jadi mangsa politik HINGUSAN UMNO-BN!!
- PTPTN: Tuah UNISEL apabila tindakan Khaled Nordin,Muhyiddin, Noh Omar backfire!!
- UNISEL: Panjang akal lawan pendek akal!!
POLITIK DENDAM aka POLITIK RIMBA Posted: 07 Jun 2012 08:37 AM PDT Sekat pinjaman PTPTN tindakan politik dendam Khaulah Azwar, harakahdaily 07 Jun 2012 SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyifatkan tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) adalah tindakan tidak professional dan mengamalkan politik dendam. Katanya, sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Khalid wajar memikirkan nasib pelajar yang rata-ratanya adalah miskin bandar dan tidak berkemampuan. "Kalaupun Khalid tidak bersetuju dengan kerajaan negeri untuk hapus PTPTN sekiranya menang dalam PRU13 nanti, Khalid tidak patut beri tekanan kepada pelajar pula," katanya selepas Mesyuarat Tunas di bangunan SUK, di sini hari ini. Hadir pada mesyuarat itu ialah Pegawai Penasihat Dasar, Datuk Latifah Hassan, Setiausaha Kanan Exco Pendidikan, Azmi Talib, Wakil Persatuan Tadika Islam Selangor, Ruzita Abdullah. Beliau berkata, kerajaan pusat telah menjelaskan bahawa PTPTN diwujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan pembiayaan. Tambahnya, pendidikan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri. Ujarnya, kerajaan negeri tidak mahu pelajar dijadikan mangsa politik pihak tertentu. |
PTPTN: KUIS juga jadi mangsa politik HINGUSAN UMNO-BN!! Posted: 07 Jun 2012 08:02 AM PDT da kemungkinan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar Universiti Selangor (UNISEL) diperluaskan ke atas sebuah lagi pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor. Dalam satu kenyataan PTPTN semalam mempertahankan keputusannya menghentikan pinjaman kepada UNISEL, badan itu juga menyebut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Katanya, mereka berpendapat bahawa universiti yang ditadbir oleh Selangor, seperti UNISELl dan KUIS perlu bersedia dan komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, dan menolak pinjaman PTPTN. Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri Selangor komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka pelajarnya tidak memerlukan pinjaman itu lagi.Ahli Parlimen Umno Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said adalah pengerusi PTPTN. Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau, PTPTN berkata pembekuan itu dilaksanakan kerana pemimpin Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor telah memperjuangkan idea pendidikan percuma dan menyokong gesaan supaya PTPTN dimansuhkan. |
PTPTN: Tuah UNISEL apabila tindakan Khaled Nordin,Muhyiddin, Noh Omar backfire!! Posted: 07 Jun 2012 07:34 AM PDT Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN. "Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. "Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu. Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling. Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu". |
UNISEL: Panjang akal lawan pendek akal!! Posted: 07 Jun 2012 07:24 AM PDT Beku PTPTN: Unisel cair aset bantu pelajar terbabit Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut. "Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. "Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini. Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel. Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. "Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya. Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. "UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat. "Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel. "Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya. Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. "Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan