Khalid Samad |
Posted: 07 Jun 2012 07:59 AM PDT Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO. Bagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu. "Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. "Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini. Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam. Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini. Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu. "Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku. "Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi. Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi: Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah." Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)." Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli. Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas. Berita dan video ihsan Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad- |
Posted: 06 Jun 2012 07:00 PM PDT Satu lagi usaha terdesak memainkan lagu lapuk oleh media arus perdana yang dikuasai UMNO sedang didendangkan bagi menandakan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir. Tidak habis-habis BN memfitnah PR dengan bermacam-macam tohmahan termasuklah persoalan pergaduhan PAS dan DAP. Hakikatnya, dalam PR, perbezaan pendapat bukan bererti bergaduh. Pelik juga. Media yang sama menuduh PAS 'tunduk' pada DAP, ikut sahaja telunjuk. Tetapi pada masa yang sama PAS 'gaduh' dengan DAP, maknanya tidak ikut telunjuklah! Ini yang membuatkan kita tergelak seorang diri bila memikirkan penipuan yang diusahakan oleh UMNO yang turut mengambarkan cara pentadbiran negara yang dijalankan. Tidak konsisten sama sekali! Sampai bilakah agaknya lagu lama ini akan terus dimainkan oleh media BN? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Posted: 06 Jun 2012 04:32 PM PDT Bilamana musim pilihan raya menjelang tiba, sejak dari dulu hingga sekarang, isu Muzakarah PAS dan UMNO akan ditimbulkan media perdana. Ianya bertujuan untuk menunjukkan 'keikhlasan' UMNO yang inginkan orang Melayu yang beragama Islam bersatu. Hakikat bahawa sepanjang tempoh UMNO memerintah, iaitu pada masa di luar musim pilihan raya, mereka menindas dan menzalimi PAS tidak pula diambil kira. Sebenarnya sekiranya UMNO benar-benar ingin bersatu, dan atas dasar Islam, sudah lama ianya berlaku. Malangnya ianya hanya tipu muslihat musim pilihan raya dan ummat Islam Malaysia sepatutnya sudah lali dengan permainan ini. Keikhlasan untuk bersatu sepatutnya didahului dengan pembayaran royalti minyak pada kerajaan Negeri Kelantan dan penghentian segala dasar menganaktirikan Negeri tersebut. Ianya semestinya didahului pengakuan kekesalan atas tindakan zalim kerajaan BN selama ini dan keinsafan terhadap amalan rasuah yang telah dibudayakan BN. Tetapi, oleh kerana ianya hanya tipu muslihat pilihan raya, maka itu semua sudah hampir pasti tidak akan dilakukan. Kenyataan TGNA tentang bermuzakarah hanya atas dakwaan kononnya PAS sesat dan usaha mengharamkan penggunaan nama Islam kepada parti politik. Ianya tiada kena-mengena dengan soal kerjasama PAS dengan UMNO. TGNA ingin mendengar penjelasan dari UMNO kenapa mereka tolak politik Islam dan mengapa mereka ingin PAS menolaknya juga. Saya pun sebenarnya hairan dengan seorang Mufti dari Perak ini. Sebagai seorang yang mendokong syariat Islam, beliau sepatutnya berusaha supaya semua parti ummat Islam, khususnya UMNO, berjuang atas landasan Islam. Ini tidak. Sebaliknya beliau ingin penggunaan nama Islam diharamkan dan dalam masa yang sama, sebagai dasar sesebuah parti politik! Hairan bin Ajaib. Apa punya jenis Mufti yang dibela di bawah pentadbiran UMNO/BN? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan