Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Pakatan Rakyat tangani isu PTPTN
- Amar Maaruf, Nahi Munkar
- Kita semakin tidak selamat
- Isu Bunuh Diri
- PM kata boleh tangguh bayar pinjaman PTPTN?
- CERAMAH UMUM
- UiTM Rembau
Pakatan Rakyat tangani isu PTPTN Posted: 07 Jun 2012 09:14 PM PDT Selangor sudah mula menunjukkan jalan keluar dari belenggu PTPTN dengan menggunakan aset hartanah untuk membantu pengajian pelajar di IPT. Bagaimana dengan negeri lain, terutamanya Terengganu yang kaya dengan minyak? Sanggupkah Terengganu menggunakan duit royalti minyak untuk pengajian pelajar di IPT? Negeri Sembilan pula bagaimana? Unisel Guna Aset Hartanah Bantu Pelajar - MB Khamis Jun 7, 2012 PETALING JAYA: Universiti Selangor (Unisel) akan menggunakan aset hartanah bernilai RM30 juta bagi membantu pelajarnya meneruskan pengajian selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membeku pemberian pinjaman kepada pelajar universiti itu. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, aset hartanah seluas 500 ekar yang akan digunakan bagi tujuan berkenaan diperolehi hasil daripada penyusunan semula hutang Talam Corporation. "Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. "Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis. PTPTN dilaporkan telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel bertujuan memberi peluang kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. Mengulas lanjut Abdul Khalid bagaimanapun berkata, langkah berkenaan merupakan tindakan jangka pendek sebelum Unisel memperincikan bantuan lain kepada pelajar pusat pendidikan tinggi itu. "Bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. "Unisel akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat," katanya. Unisel cairkan aset untuk bantu pelajar SHAH ALAM 8 Jun: Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar universiti tersebut. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebagai tindakan jangka pendek, Unisel akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar dalam kesukaran meneruskan pengajian. "Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. "Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," kata Khalid. Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. "Unisel akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat," jelas beliau lagi. Khalid berkata, kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri PengajianTinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel. "Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka. "Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara kerajaan Selangor dan Pusat. Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," katanya. |
Posted: 07 Jun 2012 09:13 PM PDT Nahi munkar, hendak diselaraskan dengan amar maaruf. Eloklah PDRM dan JHEAINS kerap melakukan operasi sebahagian dari nahi munkar. Pengedaran risalah, nasihat, kaunseling kepada pengunjung kedai judi juga perlu diperhebatkan selaras dengan amar maaruf. Banteras perjudian siber SEREMBAN 7 Jun - Aktiviti pembanterasan dan penguatkuasaan undang-undang dalam menangani isu perjudian Internet akan dilakukan secara komprehensif oleh kerajaan negeri bagi memastikan masalah sosial dapat dikurangkan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, pihaknya memandang serius perkara itu dan mahu ia diselesaikan segera apatah lagi kegiatan tersebut dilihat menjadi duri dalam daging masyarakat di negeri ini. Malah, katanya, berdasarkan statistik daripada agensi penguatkuasaan, sebanyak 35 serbuan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pihak berkuasa tempatan dari 28 Mei hingga 3 Jun lalu ke atas premis yang menawarkan perkhidmatan Internet. "Berdasarkan kepada semua serbuan yang dilakukan, 11 orang terdiri daripada penganjur atau penjaga premis ditahan manakala 179 orang ditangkap kerana terlibat dan bermain judi. |
Posted: 07 Jun 2012 09:13 PM PDT Semakin menakutkan kes jenayah terutamanya culik dan samun melibatkan wanita di Malaysia. Anak gadis, para isteri, kaum ibu tak terkecuali nenek-nenek semakin terdedah kepada bahaya di keliling mereka. Guru hilang ditemui di ladang 8 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita yang hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Kinrara menghala ke Bukit Jalil Rabu lalu, ditemui dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri, kelmarin. Katanya, berdasarkan maklumat daripada suami mangsa, lebih RM1,000 dikeluarkan daripada akaun bank milik wanita itu di sekitar Bandar Kinrara. Wanita rugi RM20,000 beg diragut KUANTAN 7 Jun 20120- Seorang wanita rugi kira-kira RM20,000 apabila beg tangannya diragut dua lelaki yang menaiki motosikal ketika hendak memasuki keretanya di hadapan surau Taman Murni dekat Sungai Isap, di sini semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm Terror drive, then robbed 07 June 2012 ABDUCTED: Salesgirl forced to withdraw money from automated teller machine PETALING JAYA: MORE than a week after an Internet marketeer escaped from two robbers at the Curve shopping mall here, a salesgirl was not so lucky when she was abducted at a mall nearby on Monday night. Kes culik guru wanita: Polis buru empat lelaki KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes penculikan seorang guru wanita pada pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias berkata, Teoh Soo Kim, 51, diculik ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak rakannya di sebuah sekolah di Puncak Bukit Jalil. Teacher found and is in ICU KUALA LUMPUR: A special education teacher, who went missing after leaving her house in Bandar Kinrara 2 to pick up one of her students for class, has been found. Tan said CCTV footage from a bank in Bandar Kinrara, from where Teoh had withdrawn RM1,600, showed four men standing beside her. |
Posted: 07 Jun 2012 09:11 PM PDT Hukuman penjara kepada mereka yang terlibat dalam kes bunuh diri dianggap tidak sesuai. Bagaimana pula pandangan Islam dalam isu ini, adakah mereka yang terlibat dalam kes bunuh diri perlu dihukum, dipenjara, didenda atau diberi rawatan, khidmat nasihat, kaunseling? 'Anti-suicide law is archaic, punishes those in need of help' 7 June 2012 PETALING JAYA (June 6, 2012): Section 309 of the Penal Code, which penalises those who attempt suicide is an archaic law which should be repealed. Those who try to kill themselves are in need of proper help – not jailed or fined, say a suicide expert and civil society groups. A recent spike in suicide rates in the country, as reported by the National Suicide Registry, proves that such a law does not stop people from committing suicide. Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai last week revealed that in the last three years, more than 1,000 people had committed suicide nationwide. "The suicide figures could be higher because these are just figures collected from post-mortems," he was reported to have said. The World Health Organisation estimates that globally, there are 20 attempted suicides for every successful one, meaning there could have been around 20,000 attempted suicides in Malaysia in the past three years. These people who attempted suicide (sometimes called parasuicides) could be hauled to court under Section 309 of the Penal Code, and face up to one year behind bars or a fine, or both, if convicted. But many feel this law is outdated as it punishes those who are obviously in distress. |
PM kata boleh tangguh bayar pinjaman PTPTN? Posted: 07 Jun 2012 09:10 PM PDT Benarkah peminjam PTPTN boleh tangguh bayar hutang PTPTN selagi mereka masih menganggur? Bagaimana dengan peminjam PTPTN yang bekerja tapi tidak setaraf dengan kelayakan dengan gaji sekitar RM1000 sebagai pekerja kilang, jurujual dan sebagainya? Bagaimana pula peminjam PTPTN yang sijil mereka tidak diiktiraf JPA, Kementerian Pelajaran dan sebagainya? 'Jobless can pay loans later' 08 June 2012 KUALA LUMPUR: The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loan borrowers who have not found a job will not be forced to repay their loans. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the government would encourage the borrowers to continue putting effort in their studies. |
Posted: 07 Jun 2012 07:07 AM PDT Penceramah : Dr Aziz Bari, YB Taufek Abd Ghani, Tarmizi Mohd Jam & Wakil KAMI Tarikh : 9 Jun 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 1 ¼ , Jln Tampin Repah (rumah Abu Sufian), Tampin, Negeri Sembilan |
Posted: 07 Jun 2012 02:12 AM PDT Pada awal tahun 2008 Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Setelah lebih 4 tahun berlalu, masih belum ada tanda-tanda pembinaan kampus UiTM Rembau. 31 Jan 2008 , SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi. Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. "Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam. Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang dilanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan