Isnin, 4 Jun 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


IMBAS KEMBALI: KENAPA SAYA (Dr Mahathir ) KELUAR UMNO

Posted: 04 Jun 2012 07:01 PM PDT


Allah yang membolak balik hati dan pandangan manusia. Hati, akal dan segala-gala yang ada pada insan hanyalah sekadar "pinjaman sahaja". Usah berangan-angan manusia tidak akan dipertanggungjawabkan atas segala yang Allah telah kurniakan kepadanya. Hanya dengan beranggapan manusia yang telah mati tidak bangkit semula dalam masa terdekat untuk menceritakan pengalamannya di alam kubur, tidak semestinya HARI BERBANGKIT dan HARI PEMBALASAN tidak akan berlaku. Kemampuan akal manusia terhad. Jika manusia era internet dan globalisasi mampu merekacipta CCTV dan segala bentuk perakam peristiwa yang boleh dimainkan semula, inikan pula ALLAH azzawajalla. Setitik
darah yang telah dihisap oleh nyamuk aedespun tidak mampu diambil balik oleh mangsa, usah terlalu sombong dengan Sang Pencipta.

SALAWAT BADAR: tawassalna bi bismillah

Posted: 04 Jun 2012 07:34 AM PDT

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan pengantin....

Posted: 04 Jun 2012 06:54 AM PDT

AHAD
2.6.12
DUN SELAT KLANG

Rutin biasa ADUN Selat Klang pada hari cuti ialah menghadiri majlis perkahwinan. Jemputan memang lazimnya banyak.Banyak juga tak kesempatan. Sampai menjadi sebutan.Apakan daya kebiasaan program dan aktiviti bertindan. Ada yang dekat.Ada yang jauh.Maklumlah sebagai EXCO Kerajaan Selangor.Mana boleh hanya berpusar di Selat Klang sahaja.
Kekadang ini yang menguris hati sesetengah pihak kerana ada yang seolah dilayan, ada yang tidak dihadiri.
 YB Dr Hjh Halimah Ali cuba mencatu masa. Bila sempat hadir sudah tentulah gembiranya kedua mempelai serta ibubapa dan sanak saudara. Tidak kira PAS, UMNO,PKR atau apa sahaja ideologi politik tetapi kerana bertujuan untuk meraikan pasangan raja sehari ADUN Selat Klang tetap penuhi jemputan yang amat bermakna bagi mereka.

Memulakan rumah tangga perkara yang kritikal  bagi kedua mempelai.Harus diberi sokongan padu oleh semua pihak. Moga dengan sokongan dan kehadiran yang ikhlas mahu melihat mereka bahagia dunia dan akhirat sekeluarga akan memberi suntikan semangat ke arah pembinaan rumah tangga sakinah yang mendapat keredhaan Allah, insyaallah.

Tiada ulasan:

Nuffnang