Nuffnang

Suara Sri Andalas

Posted by Tanpa Nama | Posted on 3:13 PTG

Suara Sri Andalas


Pencapaian Bersama Rakyat - Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan & Kerajaan Prihatin 2008-2012

Posted: 03 Jun 2012 09:15 PM PDT


KESIHATAN
 
1. Memerangi Denggi 
a) Mesyuarat telah diadakan sepanjang dua tahun yang lalu untuk memantau keadaan 
b) Memastikan majlis-majlis tempatan mempunyai  tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani  masalah ini 
c) 2010: Mesyuarat dan perjumpaan di antara pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan ketua-ketua majlis tempatan supaya jawatankuasa tindakan bersama dibentuk di setiap majlis tempatan 
d) Seminar Denggi telah dijalankan dengan penglibatan pakar-pakar akademik dari Universiti Malaya dan pakar-pakar dari Singapura.

2. Wabak Influenza A (H1N1) (2009) 
a) Menyokong kempen peringkat kebangsaan terhadap H1N1 - mengedar poster, risalah. 
b) Mengagihkan 2000 facemask dan 1000 biji sabun  kepada setiap DUN

3. Seminar Kesihatan  
Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan beberapa seminar, antaranya; 
a) Masa Depan Sistem Penjagaan Kesihatan  Malaysia' pada 18 Julai 2009 di Subang 
b) Sesi dialog antara MMA dan Kerajaan Negeri Selangor telah dijalankan di Holiday Villa Subang,  22 Ogos 2010. 
c) 22 Oktober 2010, Kempen Kesedaran Barah Payudara Awam dengan kerjasama MAKNA telah diadakan di SUK, Shah Alam untuk semua  penjawat awam.

4. Kem Kesihatan
a) Dua kem kesihatan setiap tahun pada 2008 dan 2009. Tumpuan akan diberikan kepada kawasan miskin dan berpendapatan rendah.  
b) 2010, Alumni Manipal bekerjasama dengan  kerajaan negeri dalam menguruskan kem-kem kesihatan. Berkepakaran dalam mengesan kanser  awal (ujian pap smear), ujian diabetes dan rawatan pergigian untuk mereka yang hadir kem kesihatan.
c) Kem-kem kesihatan lain: Kem Kesihatan dan Mata di Kg Sg Kandis

5. Bantuan Penjagaan Kesihatan
a) Subsidi Rawatan Hemodialisis untuk Pesakit Ginjal
• Pesakit miskin yang dipilih (kemiskinan pada  garis panduan RM1500 dan ke bawah) diberi RM60 setiap rawatan dialisis. 
• 2010 dasar bantuan hemodialisis diubah dengan subsidi RM2000
b) Pembedahan Katarak
• Satu program di mana kerajaan negeri akan  membayar bagi kanta intraocular yang digunakan dalam pembedahan katarak
c) Pembedahan Kecil
• Pembedahan kecil kos di bawah RM2000 diberikan subsidi untuk pesakit miskin yang terpilih. 
• Kos pembedahan melebihi RM2000, bantuan  dihadkan pada RM2000.
d) Sumbangan Peralatan Perubatan
• Kerajaan negeri telah menyumbangkan 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Hemodialisis Klang 
• Bantuan kerusi roda khas kepada kanak-kanak bernilai RM2000-RM5000 setiap satu.

PEKERJA LADANG

1) Skim Perumahan Pekerja Ladang
• Menyempurnakan perumahan untuk pekerja Ladang Coalfield dan rundingan tanah bekas pekerja ladang Bukit Raja. 
• Highlands Estate, kerajaan negeri telah menyempurnakan penyerahan sebanyak 33 buah rumah. 
• Sedang dirundingkan termasuk Sg. Sedu, Semenyih Estate, Bukit Subang dan inisiatif baru pada tahun 2010 adalah Tumbuk Estate.

2) Bantuan Pengajian Tinggi untuk Anak-anak Pekerja-Pekerja Ladang
• Bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang datang daripada latar belakang Perladangan
• Geran sehingga RM 5000, yang telah dibayar terus ke universiti-universiti masing-masing

3) Latihan Kemahiran daripada INPENS International College
• Menaja kira-kira 50 orang pelajar India yang telah tamat SPM untuk mengikuti kursus Sijil Tahap 1 dan Tahap 2 di INPENS International College
• Pada tahun 2010, sebanyak 167 pelajar telah mendaftar untuk kursus.
• Contoh kursus disediakan: juruteknik sistem komputer, juruteknik automotif, juruteknik penghawa dingin, dandanan rambut,   kecantikan, menjahit, kejuruteraan mekanikal, juruteknik elektrik

4) Bantuan untuk sekolah­-sekolah Tamil di Ladang-ladang
• Sekolah-sekolah Tamil di ladang-ladang dipantau dengan rapi melalui lawatan kerap oleh pegawai-pegawai kepada EXCO
• Bantuan kewangan telah diberikan kepada sekolah-sekolah untuk kelas tambahan UPSR
• Bantuan kewangan telah diberikan untuk membina "Pondok Bacaan" di sekolah-sekolah termasuk meja, kerusi dan perabot asas juga aktiviti ko-kurikulum seperti pertandingan drama antara sekolah

5) Pembangunan Teknologi Maklumat di Sekolah Tamil
• 2009, RM256,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan dan menyiapkan 3 Makmal Komputer yang lengkap di SJK(T) Ladang Acob, SJK(T) Ladang Permata dan SJK(T) Ladang Rasak.
• 2010, RM256,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan dan menyiapkan 3 Makmal Komputer yang lengkap di SJK(T), Ladang Rinching SJK(T) Teluk Merbau dan SJK(T) Ladang Emerald.

6) Inisiatif Memastikan Kanak-kanak terus Bersekolah 
a) Program Subsidi Yuran Bas Sekolah
b) Program Berbasikal ke Sekolah

7) Kem Kesedaran Kesihatan untuk Pekerja Ladang
Mengadakan 3 kem kesihatan pada tahun 2009 di ladang-ladang untuk menyediakan pekerja dengan asas-asas penjagaan kesihatan.

8) Anugerah Kecemerlangan UPSR
Mengadakan 3 kem kesihatan pada tahun 2009 di ladang-la­dang untuk menyediakan pekerja dengan asas-asas penjagaan kesihatan.

9 Cermin mata untuk pelajar-pelajar miskin
Kerajaan negeri juga telah memulakan inisiatif menyediakan cermin mata untuk pelajar-pelajar dari sekolah die stet-estet.

PEMBASMIAN KEMISKINAN

Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meningkatkan garis kemiskinan bagi pendapatan isi rumah (PLI) kepada RM1500, ini memberi indikasi kemiskinan yang lebih realistik. Pada tahap ini, dianggarkan bahawa 30% daripada Selangor diklasifikasikan sebagai miskin. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk alat atau peralatan. Inisiatif ini tidak memberikan bantuan kewangan.



KERAJAAN PRIHATIN


Taktik Baru Tawan Selangor : Bermastautin Di Sabah Tetapi Menggundi Di Selangor

Posted: 03 Jun 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 3 JUN : Pas mendakwa usaha Umno-BN untuk menawan Selangor bukan sahaja melalui pekerja asing yang diberikan MyKad, tetapi dengan mengimpot mereka yang bermastautin di Sabah.

Pengundi-pengundi tersebut kemungkinan besar masih bermastautin di Sabah tetapi telah mendaftarkan diri sebagai pengundi di Selangor.

MP Shah Alam Khalid Samad berkata perkara ini dikesan Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Pas yang mendapati terdapat jumlah pertambahan penduduk yang meragukan di kawasan negeri ini termasuk di Shah Alam.

Menurutnya, pertambahan pengundi Sabah tertumpu di kawasan perumahan bertingkat di dalam peti undi yang strategik.

"Ini di antara strategi yang sedang dilakukan di mana memang banyak kes yang dilaporkan dan telah dikenal pasti.

"Di Shah Alam sendiripun beberapa kes kita telah buat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan mereka ini adalah  orang-orang dari Sabah.

"Mereka telah didaftarkan sebagai pengundi di Selangor dan apabila kita membantah, mereka tidak hadir di pejabat SPR. Ini menunjukkan mereka tidak bermastautin di Selangor," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan jentera Kerajaan Negeri sendiri untuk turun padang bagi mengenal pasti masalah pendaftaran pengundi yang meragukan.

"Ia beradasarkan kepada daftar pengundi terbaru dikeluarkan SPR bagi memastikan pengundi yang sah serta yang boleh dianggap sebagai pengundi hantu. Perkara itu akan dibawa kepada pihak berkewajiban untuk tindakan perubahan," kata, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Beliau berkata, sewajarnya Umno-BN selaku Kerajaan Pusat menghormati hak rakyat negara ini untuk membuat pilihan dan menentukan pihak mana akan diangkat sebagai kerajaan.

Malah, katanya, Kerajaan Pusat sepatutnya juga mencontohi Kerajaan Selangor dalam tindakan membersihkan daftar pengundi daripada nama-nama yang meragukan itu.


Sumber: Selangorku

Khalid : Buat RCI Tentang Pengundi di Selangor Juga

Posted: 03 Jun 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 3 JUN 2012 : Bukan Sabah sahaja, Selangor juga perlu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan pertambahan pemilih yang mendadak di dalam daftar pengundi terbaru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menimbulkan banyak persoalan.

MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, pertumbuhan pemilih baru disifatkan luarbiasa dan di luar jangkaan.

"Itulah di antara sebab mengapa kita melihat pertambahan yang begitu mendadak dan luarbiasa di Selangor di mana disebutkan hampir lebih 400 ribu pengundi baru dari 2008 hingga sekarang.

"Kita juga banyak dengar bahawa orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Filipina yang telah diberikan kerakyatan  dengan sewenang-wenangnya supaya mereka menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN)," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Khalid berkata kebanjiran warga asing yang mendapat kerakyatan semasa pilihanraya di Selangor dan di seluruh Semenanjung Malaysia mungkin akan berlaku seperti di Sabah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan penubuhan RCI di Sabah bagi menyiasat kebanjiran warga asing tanpa izin yang dipercayai diberikan kerakyatan semasa pilihanraya 1994.

Bernama melaporkan suruhanjaya tersebut dijangka akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke Sabah sempena Pesta Kaamatan pada 9 Jun ini.

Menurutnya, penubuhan RCI di Sabah itu disokong MP Pakatan Rakyat (Pakatan). MP BN sendiri tidak menafikan perkara itu berlaku apabila isu tersebut dibahaskan dalam sidang Parlimen lalu.

"Ini untuk kita jamin pilihanraya di negara ini menjadi pilihanraya yang bersih kerana hanya rakyat sebenar yang memilih kerajaan.

"Maka dengan ini, satu RCI untuk menjalankan siasatan berhubung warga asing diberikan kerakyatan ini perlu ditubuhkan dan perlu disegerakan sebelum pilihanraya umum diadakan," katanya.

Abdul Khalid berkata, perkara itu amat serius kerana ia melibatkan jabatan dan agensi kerajaan yang mendaftarkan warga asing berkenaan.

"Sebagaimana didedahkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa SPR bersama Jabatan Pendaftaran Negara serta Majlis Keselamatan Negara telah bekerjasama untuk mendaftarkan warga-warga asing ini.

"Apabila perkara ini didedahkan, kita melihat pihak yang disebutkan itu tidak memberikan satu menafian yang kukuh dan bersungguh-sungguh. Maka adalah diyakini perkara ini memang sedang berlaku," katanya.

Sumber: Selangorku

Air Percuma Melalui Program “Lapor Dan Dapat” Dibuka Kepada Pangsapuri Kos Rendah

Posted: 01 Jun 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM 1 JUN: Penduduk kediaman berstrata di Selangor yang tidak memiliki meter inidividu kini boleh mendapat 20 meter air percuma dengan menyertai program 'Lapor dan Dapat'.

Dengan program yang diperluaskan ini memberi peluang kepada penduduk pangsapuri kos rendah menikmati air percuma, kata Iskandar Samad dalam satu kenyataan.

"Bagi mendapatkan kemudahan ini penduduk hanya perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jumlah unit kediaman berpenghuni di pangsapuri mereka.

"PBT kemudian akan memberitahu Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) akan jumlah ini dan Syabas akan melakukan potongan pada bil di meter pukal. Pihak yang menguruskan pangsapuri itu pula akan melakukan potongan pada bil-bil setiap kediaman di situ," kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan itu.

Program "Lapor Dan Dapat" ini adalah satu lagi program dibawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Selain itu, program ini juga diperluaskan kepada pangsapuri kos sederhana.

"Pihak yang menguruskan kediaman berstrata kos sederhana seperti pemaju, agen pengurusan, JMB, MC atau persatuan penduduk boleh menghubungi Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan mereka untuk menyertai program ini,"jelasnya.

Iskandar juga berharap dengan membuka membuka penyertaan kepada pangsapuri kos sederhana, lebih ramai rakyat Selangor akan menikmati skim air percuma di bawah program MES.

Beliau juga menyarankan kepada penduduk agar mendesak pengurus bangunan mereka membuat laporan kepada COB secepat mungkin. Tanpa kerjasama pengurus bangunan, Kerajaan Negeri tidak akan dapat membantu penduduk.


Sumber: Selangorku

Rodziah : Selangor Giat Bantu Wanita Tingkat kemahiran

Posted: 01 Jun 2012 02:00 AM PDT

KUALA SELANGOR, 31 MEI : Wanita di Selangor akan terus dibantu meningkatkan kemahiran sedia ada bagi membaiki taraf hidup masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi, dan Kebudayaan Rodziah Ismail berkata, Geran Selangorku yang berjumlah RM30 juta dikhususkan untuk melihat wanita negeri Selangor ini berada dalam tahap yang baik.

"Jadi sebab itu dalam projek di bawah Geran Selangorku yang sebanyak RM30 juta itu, salah satunya ialah untuk menyediakan pusat wanita berdaya," kata Rodziah dalam lawatan kerja beliau ke INPENS International College.

Lawatan itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri berkenaan peluang-peluang yang boleh diterokai bersama untuk kemajuan pendidikan dan latihan kepada golongan wanita.

"Kolej INPENS adalah salah satu pusat pembelajaran yang tersusun dalam kurikulum dan pembangunan dalam latihan seperti jahitan, salun dan sebagainya.

"Saya juga berhasrat anak-anak yang keluar daripada Kolej INPENS ini nanti dapat memberikan khidmat bakti kepada masyarakat kelak," katanya.

Dalam lawatan itu, Rodziah turut disertai kumpulan wanita daripada DUN Ijok, DUN Jeram dan DUN Melawati bagi meninjau peluang kerjasama yang boleh digerakkan untuk membangunkan wanita setempat dengan INPENS.

Kolej Antarabangsa INPENS adalah sebuah pusat pengajian tinggi yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bertujuan menghasilkan insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mampu bersaing meningkatkan sumber tenaga mahir yang berkualiti dan produktif.

INPENS bekerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) dalam memenuhi objektif membangunkan industri pendidikan dan latihan bagi mempertingkatkan pencapaian cemerlang pelajar.

Kolej ini menyediakan kemudahan penginapan yang mampu menempatkan 500 pelajar dengan pelbagai kemudahan.


Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Tawar RM3 Juta Beli Tanah Sekolah Effingham

Posted: 31 May 2012 03:30 AM PDT

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Selangor bersedia membayar RM3 juta kepada MIC untuk mendapatkan semula tiga ekar tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Effingham yang didakwa diberi kepada kepada parti itu ketika Datuk Seri S. Samy Vellu menjadi presiden.

Tanah yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya itu kemudiannya digunakan untuk membina ibu pejabat MIC.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, bayaran RM3 juta itu adalah setimpal dengan harga premium tanah yang dibayar MIC kepada kerajaan negeri ketika itu.

Beliau berkata, MIC perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ia membabitkan kepentingan kaum India terutama kepada murid-murid di sekolah berkenaan.

"Tanah seluas enam ekar telah diperuntukkan pemaju Bandar Utama kepada sekolah sebelum ini, namun hanya tiga ekar sahaja yang mereka dapat. Kita gesa MIC untuk serahkan tanah itu kepada Kerajaan Negeri bagi membolehkan kita menyerahkannya kepada Sekolah Effingham untuk diwartakan," ujarnya.

Sebelum ini, tanah seluas 6 ekar diperuntukkan pemaju Bandar Utama iaitu See Hoy Chan Holdings Group kepada sekolah mengikut peraturan dan dasar Kementerian Pelajaran serta peraturan perancangan bandar.

Bagaimanapun, difahamkan lot 28814 seluas enam ekar dipecah dua kepada lot 50222 yang dimiliki Sekolah Effingham, manakala bakinya diambil MIC.

Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga sebelum ini pernah memaklumkan, mengikut peraturan Kementerian Pelajaran, sekolah rendah sepatutnya mempunyai keluasan sekurang-kurangnya enam ekar, manakala sembilan ekar bagi sekolah menengah.


Sumber: Selangorku

Isu Air Di Selangor : Duit Kerajaan Persekutuan Bukan Duit Pemimpin UMNO Tapi Duit Rakyat Malaysia

Posted: 31 May 2012 03:00 AM PDT

Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan akhbar oleh beberapa pemimpin UMNO Selangor termasuk tulisan di blog bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo baru-baru ini yang secara angkuhnya mengatakan bahawa segala kos Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang Ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA 2) yang dianggarkan menelan RM8Bilion adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak langsung mengambil wang Kerajaan Negeri.

Kita menganggap kenyataan sedemikian oleh pemimpin-pemimpin politik UMNO/BN merupakan kenyataan yang begitu korup dan jahil daya pemikiran, sekadar mementingan diri mereka sendiri.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN  janganlah memperbodoh-bodohkan minda rakyat Malaysia umumnya dan warga Selangor khasnya kerana mereka tahu wang Kerajaan Persekutuan itu adalah wang milik titik peluh dan keringat semua warga Selangor dan Rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kita ingin menasihatkan Datuk Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani),  Dato' Ir Mohd Zin Mohamed (Setiausaha UMNO Selangor) dan Dr. Mohd Khir Toyo (bekas MB Selangor) janganlah terus menjadi 'orang suruhan' kepada Tan Sri Rozali Ismail, pengerusi Puncak Niaga dan Syabas.
 
Pemimpin-pemimpin UMNO ini Nampak begitu beriya-iya melobi saban hari agar projek PPAMPS dan LRA 2 ini diteruskan secepat mungkin.

Disebabkan tindakan Kerajaan Negeri tidak membenarkan projek ini diteruskan pelobi-pelobi tadi berada dalam keadaan tertekan dan "kepanasan" lantaran menggunakan media tunggangan mereka iaitu Utusan Malaysia dan Kumpulan NST untuk terus menerus memutarbelitkan  isu air di negeri Selangor.

Kita juga sedar bahawa Pemberi Pinjaman dari Negara Jepun  dan Perunding Kejuruteraan dan kontraktor utama Terowong Penyaluran Air yang juga dari Jepun menekan Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi  Hijau dan Air untuk meneruskan projek tersebut memandangkan kerja-kerja menggerudi di bawah gunung ganang sejauh 44.6 km bermula dari Karak, Pahang hingga ke  Hulu Langat, Selangor  telah 50% siap.         

Rakyat Malaysia dan warga Selangor harus sedar bahawa pelaburan 8 Bilion yang dibelanjakan bagi projek tersebut harus dibayar balik oleh warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam bentuk kenaikan tariff (harga) air yang tinggi dalam masa terdekat.

Kita sekali lagi ingin menegaskan bahawa 7 buah empangan sedia ada mampu membekalkan air mentah yang mencukupi secara berterusan sepanjang tahun sementara 33 buah Loji Rawatan  Air yang dikawal selia oleh agensi Kerajaan Negeri  di seluruh Negeri Selangor berkemampuan membekal air bersih yang terawat untuk keperluan Warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lantaran itu Kerajaan Negeri tidak nampak sebarang rasionalnya untuk kita 'mengimpot' air mentah dari Pahang bagi tujuan tersebut dengan perbelanjaan kos RM8 Bilion yang begitu besar.

Yang jelas dan nyata ialah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sebenarnya tidak memperdulikan samada berlakunya krisis air menjelang 2014 atau tidak tetapi yang sangat penting bagi mereka ialah memastikan syarikat Puncak Niaga dan Syabas milik Tan Sri Rozali Ismail (bekas Bendahari UMNO Selangor) dapat terus menjalankan "perniagaan air"nya di Negeri Selangor.

Kita ingin tegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menyelesaikan isu air ini secara holistik sekiranya semua pihak terlibat dapat duduk berbincang secara muafakat.

Sekiranya semua pihak bersetuju, Kerajaan Negeri begitu yakin bahawa dalam tempoh 48 jam semua masalah berbangkit dapat diselesaikan.

Sebenarnya semuanya terletak di tangan Datuk Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.      

            
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

31 Mei 2012

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP