Isnin, 4 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masalah air berpanjangan di FELDA Jengka 7

Posted: 04 Jun 2012 12:51 AM PDT

Benarkah dakwaan di bawah ini? Dah lah tak ada air, bil air pula tinggi kerana meter air berpusing disebabkan angin? Bila Perdana Menteri datang ada pula air, kemudian tak ada kembali?

Masalah Bekalan Air di Jengka 7 Yang Berpanjangan
Aduan Rakyat 7 Jun 2012

Masalah bekalan air dikawasan FELDA JENGKA 7 sememangnya semakin berleluasa sejak dulu lagi. Daripada saya kecil lagi terutama ketika ingin menyambut hari raya tiap-tiap tahun..kami terpaksa mandi & menbasuh di sungai.

Air sungai pula tidaklah begitu bersih dan terletak jauh di dalam kawasan ladang sawit. Kini, apabila sungai di dalam kawasan ladang sudah tidak dapat digunakan lagi kerana semakin cetek & kotor.

Kami sekeluarga akan ke sungai di KUALA SENTUL untuk membasuh & mandi. Tempat tersebut adalah tempat reakrasi tapi sudah menjadi kawasan DOBI kami.

Kami terpaksa menaiki kereta berulang alik untuk ke sana. Jarak pula..boleh menyebabkan kami kehilangan wang ringgit untuk mengisi minyak sahaja.

Walaubagaimanapun, hanya sebahagian kawasan di JENGKA 7 yang tidak dapat bekalan air. Iaitu akibat daripada tekanan air yang begitu rendah & mungkin disebabkan sistem pempaipan yang tidak diperbahurui.

sering sahaja berlaku paip bocor dan pecah sejak dahulu hingga kini & itu memburukkan lagi keadaan. Ada khabar angin yang pelbagai mengenai pengurusan di sini.

Apabila kami membuat aduan pada jawatan kampung, tidak dipedulikan. mahupun sudah berpuluh kali, ini kerana bukan 1 kampung yang mengalami masalah ini, tapi cuma sebahagian.

Sebahagian itu adalah di barisan deretan BLOK E1 & rumah kami memang di kawasan tanah yang agk tinggi.

Yang paling dikesali, bil air tetap banyak sedangkan kali tidak mendapat bekalan air langsung yang dapat cuma angin yanmg keluar. Malahan bekalan air kadang-kala naik pada tengah malam sahaja.

Kami sekeluarga membina kolah yangbanyak untuk tempat menyimpan air namun kalau bekalan air langsung tiada apalah gunanya. Kami sudah tidak sanggup lagi hidup bagaikan merempat, sehingga kami hendak mandi, memasak pun tidak sanggup & mengeluh kerana sampai bilalah perkara ini akan berakhir.

Kini, sejak awal tahun 2012 ini masalah air semakin menjadi-jadi. yang peliknya, ketika YANG BERHORMAT PERDANA MENTERI kita datang ke JENGKA 8 baru-baru ini untuk menyampaikan DURIAN RUNTUH bekalan air sentiasa ada walaupun pada siang hari. Tapi selepas itu masalah air kembali semula & ia semakin menyeksakan hidup kami.

Jadi,dengan ini saya salah seorang mangsa penyeksaan ini, merayu sekeras-kerasnya agar ada pihak yang sudi membantu & tampil untuk menyelesaikan masalah yang sudah bertahun-tahun ini. Kami betul-betul memerlukan keprihatinan dari pihak yang berwajib.

By: siti mariana


SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Posted: 03 Jun 2012 07:55 PM PDT


Tarikh : 4 Jun 2012, Isnin
Masa : 7.40 mlm, Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Imam serta Khatib : Al Fadhil Ustaz Hj Khairuzzaman bin Mohd Yusof

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

80 peratus orang Melayu derhaka kepada Sultan dan Raja?

Posted: 03 Jun 2012 04:21 PM PDT


Kajian pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah mendapati 80 peratus umat Islam di Malaysia tidak menunaikan solat lima waktu. Kemungkinan besar majoriti 80 peratus ini adalah orang Melayu. Sultan serta Raja adalah merupakan Ketua Agama Islam negeri. Kita perlu taat kepada Sultan dan Raja dalam pekara kebaikan. Dan solat adalah perkara kebaikan. Mereka yang meninggalkan solat bukan hanya berdosa kepada Allah, malahan dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia , orang Islam atau orang Melayu yang meninggalkan solat juga derhaka kepada Sultan dan Raja.

Apakah hukuman yang sewajarnya di dunia ini kepada orang Islam dan orang Melayu yang derhaka kepada Sultan dan Raja kerana meninggalkan solat? Bagaimana pula orang Melayu yang berjudi haram (tanpa lesen) dan berjudi? Bagaimana pula orang Melayu yang mengamalkan sihir? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang minum arak? Adakah mereka ini berdosa kepada Allah serta derhaka kepada Sultan dan Raja selaku Ketua Agama Islam?

************
Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

************
Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri.

**********
Hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-
Maksudnya :
Dari 'Auf bin Malik, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang yang kamu kasihi dan pemimpin itu pula mengasihi kamu, kamu mendoakan mereka itu dan mereka pula mendoakan kamu.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 59 :-
Tafsirnya :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan kepada Ulul-Amri (orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu).

Raja atau kepala negara adalah termasuk sebagai Ulul-Amri, perintah ketua wajib dipatuhi, dan dilaksanakan selagi bukan perintah ke arah dosa dan maksiat.

Sebagaimana hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-

Maksudnya :
Dari Abdillah, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sungguhnya baginda bersabda : Seorang muslim itu wajib taat dan mendengar perintah ketua atau pemimpin samada rela atau tidak, selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat.

Tiada ulasan:

Nuffnang