Isnin, 25 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Seorang Lagi Wanita Diserang Dan Dirompak

Posted: 25 Jun 2012 12:58 AM PDT

25 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri kereta mereka kini menjadi sasaran perompak bersenjata. Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes melibatkan wanita yang berseorangan dan mereka diserang oleh penyerang yang memiliki senjata.

Terbaru kes melibatkan seorang wanita apabila jarinya hampir terputus diserang oleh perompak yang memiliki senjata dan ia berlaku berhampiran Taman Tun Dr Ismail di sini.

Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi, Ahad.

"Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan mereka.

"Kejadian berlaku apabila wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di Jalan Datuk Sulaiaman dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal menghampirinya," Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Wan Abdul Bari berkata dalam pergelutan tersebut perompak berjaya melarikan diri dan dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak mangsa. Perompak tersebut akhirnya berjaya membawa lari beg tangan mangsa.

Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.

"Kami menerima laporan bahawa wanita yang berusia dalam linkungan 20 an itu dikelar di kepala ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat," katanya,

Beliau berkata ketika kejadian wanita wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang pada pukul 10 malam apabila dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki bersenjata dengan objek yang tajam.

"Mangsa bergelut dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu kepada perompak berkenaan supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala," katanya sambil menambah bahawa wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4 pagi Ahad.

Wan Abdul Bari berkatapolis kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.

Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata wanita berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menaiki ambulans 25 minit selepas kejadian itu berlaku. Mangsa dibenarkan pulang keesokan paginya.

"Manga kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya," katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak menjadi perhatian apabila seorang pedagang saham Internet Chin Xin-Ci memaklumkan di laman sosial Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik yang dilakukan oleh dua lelaki terjadi ke atasnya di pusat membeli belah berkenaan pada 27 Mei lalu.

Kenapa banyak kejadian lemas di pantai Port Dickson?

Posted: 24 Jun 2012 07:41 PM PDT

Pantai Port Dickson lautnya tidaklah begitu bergelora dan dalam jika dibandingkan dengan kawasan di pantai timur yang mengadap Laut China Selatan. Namun dari masa ke semasa kedengaran kes lemas di PD. Apakah puncanya? Adakah pantai di PD tidak selamat disebabkan aktiviti penambakan pasir yang menyebabkan dasar laut tidak landai, justeru mewujudkan banyak kawasan pasir jerlus dan kawasan pusaran air? Lebih banyak papantanda amaran perlu diletakkan sekiranya ada kawasan seperti ini antaranya dasar laut tidak landai, pasir jerlus dan pusaran air.

Aktiviti riadah undang tragedi
25 Jun 2012

BAGAN PINANG – Seorang pekerja kontrak bahagian penyelenggaraan dalaman di sebuah hotel, di sini, lemas ketika beriadah di Pantai Bagan Pinang, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Wahab Harun berkata, mangsa, Mohamad Shahizul Azwan Kamaruzzaman, 19, disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson, di sini.

"Siasatan awal mendapati, sekitar jam 5.45 petang mangsa bersama rakan-rakannya beriadah di kawasan pantai berkenaan dan berenang dengan jarak sehingga 100 meter dari pantai.

"Satu jam kemudian mereka kembali berenang ke darat, namun sebaik tiba di pantai rakan-rakannya menyedari kehilangan mangsa," katanya.

Abdul Wahab berkata, rakan-rakan mangsa kemudian meminta bantuan nelayan di Pengkalan Nelayan Bagan Pinang dan dua bot berserta anak kapal membantu mencari mangsa.

"Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 7.10 malam sekitar 50 meter dari kawasan pantai dan orang awam yang berada di situ turut membantu membawa mangsa ke hospital," katanya.

Mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak dituntut keluarganya, semalam.


Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah Di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Sabtu Januari 14, 2012

PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan, Sabtu.

10 minit tenggelam di laut
Harian Metro 9 Nov 2010
PORT DICKSON: "Saya sempat menasihatkannya segera naik ke darat sebelum terlambat kerana menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya sudah hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau."
Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang mandi-manda bersamanya di Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas apabila tenggelam selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air laut pasang secara tiba-tiba.

Pemancing lemas air laut bergelora
Harian Metro 24 Okt 2010

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang lelaki yang memancing dan menjala ikan di pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.

Berita Harian 23 Feb 2010
PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan sejarah aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu di sebahagian kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya tebing tinggi yang didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.

New Straits Times 4 Oct 2010
PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son. Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it.

Sinar Harian 17 Feb 2010
PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan penemuan mayat remaja lemas.

Utusan Malaysia 15 Feb.2010
PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

MStar Januari 31, 2010
PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

Bernama 22 Jul 2007
PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.

Utusan Malaysia 13 Jun 2005
PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.

PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.
While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still under way for his missing friend whose identity is not known.
  

Bas ekspres di Malaysia tak mesra pengguna Islam

Posted: 24 Jun 2012 05:52 PM PDT

25 Jun 2012 ; BAS EKSPRES DAN SOLAT - Kami sebagai pelajar kebanyakannya merantau jauh ke negeri lain untuk ke tempat pengajian dan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama pada musim cuti semester ataupun cuti-cuti perayaan untuk pulang ke rumah.

Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api.

Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat.

Hal ini menyebabkan kami sebagai penumpang berasa amat tidak senang dan susah hati kerana terpaksa meninggalkan solat yang merupakan suatu kewajipan yang amat besar nilainya.

Saya yakin kebanyakan penumpang mempunyai perasaan yang sama seperti ini.

PELAJAR IPT MALAYSIA

Tiada ulasan:

Nuffnang