:: cina islam | 2011 :: |
- Anak dakwa FGVH menipu dalam prospektus
- Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu
- Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka
- Nik Aziz mahu semua ahli PAS tunjukkan 'gah'
- Malaysia didesak iktiraf Presiden baru Mesir
- Rafizi letak jawatan tumpu tumbangkan Umno BN
- Politik: Belum ada KSN macam Ali Hamsa
- Anak ajak Musa dan Pak Lah ke Himpunan Oren
- 1Malaysia lambang rasuah bukan perpaduan - Zunar
- Ulama Umno akui PAS konsisten, Ridhuan emosi
- NGO Umno ganggu himpunan sokong royalti esok?
- Mesir: Kemenangan manis usaha tegak keadilan
- Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi
- Darul runtuh: Pentadbiran Ahmad Said tidak berkat?
- PRU13: Kemenangan Dr Morsi inspirasi buat PAS
- Najib Menteri Wanita: Wanita Umno tak relevan
- KGT: Husam cabar TV3 anjur forum dengan Awang
- Bas terbalik lapan maut, 44 cedera
- Misi berlabuh manual China berjaya
- Hamas sedia tawaran gencatan senjata
- Seorang maut serangan bom ketika tonton Euro di Kenya
- Lelaki kudung kaki panjat Kilimanjaro
- Dua ceroboh kem tentera
- Saya Presiden Mesir bagi semua, isytihar Mohammed
- Penduduk Asal Hidup Terpinggir Tanpa Pengenalan diri
Anak dakwa FGVH menipu dalam prospektus Posted: 25 Jun 2012 12:59 AM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendakwa wujud penipuan dalam prospektus Felda Global Ventures Holding (FGVH). Dalam prospektus itu menurut Mazlan, FGVH menyenaraikan tanah-tanah kerajaan negeri yang sebenarnya tidak pernah diserah kepada FGVH termasuk di Kelantan Perak dan Johor. "Saya ditunjukkan surat permohonan oleh Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan tanah-tanah itu tetapi Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah menolak. "Dah ditolak kenapa masih masukkan dalam prospektus ini, tidak relevan sama sekali," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Dalam pada itu Mazlan juga mendakwa FGVH turut mencagarkan tanah berpeneroka termasuk 18,000 hektar di Negeri Sembilan yang belum mendapat hak milik. Bagaimanapun maklumat lanjut berkaitan perkara itu akan didedahkan kemudian selepas mandapat maklumat terperinci mengenai tanah tersebut. Beliau juga memberitahu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dijemput untuk turut serta mengetuai 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' pada 14 Julai ini. Selain Abdullah, bekas timbalan perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan bekas Menteri Kewangan Tengku Raleigh Hamzah. "Kita akan jumpa dengan semua tokoh-tokoh ini dalam masa terdekat dan hantar jemputan dengan tangan. "Kita percaya mereka-mereka ini akan bersama kita dalam isu ini," katanya. Menurut Mazlan, jemputan terhadap Tun Abdullah adalah kerana bekas perdana menteri itu pernah membatalkan hasrat penyenaraian Felda Holding yang dicadang Tun Dr Mahathir pada tahun 2004. "Penyenaraian ketika itu dicadangkan Tun Mahathir, tapi bila Tun Abdullah jadi perdana menteri pada 2004, dia telah membatalkan cadangan tersebut," kata Mazlan yang juga AJK PAS Pusat. Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam pula menurut Mazlan adalah antara pemimpin negara yang terlibat secara langsung dalam penubuhan agensi berkepentingan orang Melayu seperti Felda, Mara dan Uda. Selain tokoh-tokoh itu, turut akan dijemput, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar dan beberapa tokoh lain. "Ini bukan isu PAS atau Anak, ini isu masa depan tanah orang Melayu. "Belum terlambat beliau (Tun Abdullah) untuk menasihati Najib mempertimbangkan semula," katanya. Sementara itu, Himpunan Oren mensasarkan 20,000 penyertaan. Mereka dijadual berarak dari Masjid Wilayah Jalan Duta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan turun sendiri mengepalai himpunan ini. Harakah Daily |
Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu Posted: 25 Jun 2012 12:58 AM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina. Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat. Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah "As-Solah Qobla Al-Islah", iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala. "Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah)," pesan Syeikh Jum'ah Amin. Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma'tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah." Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang. Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang diperoleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya. Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan diraih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas. Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, " Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat.." Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail. Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir. Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang. "Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya." Harakah Daily |
Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka Posted: 25 Jun 2012 12:52 AM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam. Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa. "Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan. "Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi. "Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu," kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar). Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum. Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk. Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004. Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986. Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno. Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan. Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia. Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator. Harakah Daily |
Nik Aziz mahu semua ahli PAS tunjukkan 'gah' Posted: 24 Jun 2012 11:58 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - BUTTERWORTH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, ahli PAS kena tunjuk 'gah' terhadap kekuatan parti dengan menghadiri setiap Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya supaya Umno yang mentadbir negara ini merasa gerun. (Himpunan Hijau di Padang Datuk Ahmad Badawi, Butterworth) Beliau yang berucap secara langsung dari pejabatnya di Kota Darul Naim, Kelantan dan disalurkan melalui layar besar ke sini menambah, kekuatan itu sepertimana yang diterjemahkan menerusi solat. Di mana dalam bersolat umat Islam diajar berdiri tegak dan mengikut langkah yang dilakukan oleh Imam yang bertindak sebagai ketua dalam berorganisasi. "Parti kita kena tunjuk kekuatan yang menyeluruh kepada musuh politik supaya mereka yang mempunyai kekuatan wang ringgit dan media rasa gundah gulana bila berhadapan dengan jentera kita nanti," jelasnya. Serupa juga ketika umat Islam berada di Mekah tambahnya, betapa rapatnya saf tanpa mengira warna kulit atau bangsa asalkan Islam semua boleh duduk dan mengerjakan haji dengan sempurna. "Itu merupakan lambang kekuatan yang kita sendiri bina," kata Tuan Guru Nik Aziz. Untuk mengelak fahaman yang sengaja ditimbulkan oleh golongan tertentu dengan tujuan mengelirukan kefahaman Islam PAS yang ditubuhkan bersandarkan Al Quran dan Hadith mesti bertindak cepat menghalang fahaman itu daripada terus melekat di hati remaja Islam di Malaysia. Jika sesiapa menolak Islam bermakna mereka menolak Allah s.w.t yang menciptakan dunia ini maka sebagai jentera Islam PAS mesti berhadapan dengan golongan yang menentang Islam secara jelas. "Tidak kira apa bangsa mereka sekali pun. Cina Muslim, India muslim, Asli muslim asalkan mereka Islam wajid hadir ke perhimpunan tersebut bagi menunjukan kesatuan kita yang tinggi, " tambahnya. Hendak harapkan Umno kata beliau, ia agak mustahil kerana parti itu tidak langsung berminat untuk meningkatkan syariat Islam sebaliknya apa yang dilakukan sekadar lakunan semata demi mendapat sokongan orang Islam. Selain Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan ucapan menerusi lintas langsung ke Padang Datuk Ahmad Badawi, Butterworth itu Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berbuat demikian dari Mesir pada pukul 10.00 malam. Harakah Daily |
Malaysia didesak iktiraf Presiden baru Mesir Posted: 24 Jun 2012 11:56 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar Kerajaan Malaysia segera mengiktiraf keputusan rakyat Mesir dan Dr Mohamed Morsi sebagai presiden baru negara itu. "Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Negara Mesir setelah dapat melalui satu proses sistem pilihanraya bagi menentukan pemerintah terbaru Mesir kini," ujar Pengerusi Lajnah Antarabangsa merangkap Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar. Katanya, sudah tentu Pilihan Raya Umum (PRU) Mesir mencerminkan keyakinan rakyat untuk menentukan pemerintah bagi meneruskan pentadbiran Mesir yang telah bergolak satu ketika dahulu. Beliau juga panjangkan ucapan tahniah kepada calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi yang telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden Negara Mesir semalam. "Bagi kami juga, kemenangan tersebut sebagai satu titik permulaan baru bagi melalui kenangan pahit yang telah berlaku di Negara Mesir," ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, dan adalah menjadi harapan DPPM ingin melihat Mesir kembali bagi mengukuhkan sistem demokrasi sedia ada. Beliau berkata, dunia sewajarnya mengiktiraf dan menyokong keputusan pilihanaraya ini yang mengangkat Dr Morsi sebagai Presiden Mesir kini setelah melalui proses sistem demokrasi di sana. Menurutnya, bibit-bibit campur tangan asing kini kedengaran terhadap keputusan rakyat ini dan sewajarnya perlulah dihentikan dengan segera. "Kemenangan calon dari Ikhwanul Muslimin ini juga membuktikan rakyat Mesir sudah bosan dengan ketidakadilan dan kezaliman pemerintahan sebelum ini," ujarnya lagi. Beliau menegaskan, Islam yang menjadi asas perjuangan Ikwanul Muslimin terbukti berjaya diterima oleh semua lapisan rakyat Mesir tanpa mengira agama dan warna kulit dan perlu dicontohi oleh semua negara termasuk Malaysia sendiri. PDDM juga, katanya yakin rakyat Negara Mesir akan mendokong keputusan tersebut dan merealisasikan pemerintahan yang terbaik kelak. "Kami juga mengharapkan Dr Morsi dapat menzahirkan kemenangan yang telah diperolehi untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di sana kelak. "Kami juga yakin rakyat Malaysia amat bangga dengan rakyat Mesir kerana mampu keluar daripada kemelut yang lalu," katanya. Harakah Daily |
Rafizi letak jawatan tumpu tumbangkan Umno BN Posted: 24 Jun 2012 11:56 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini menegaskan perletakan jawatannya dalam kerajaan Selangor adalah tindakan biasa yang dilandaskan pada asas moral. Ini, katanya kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik partinya. Malah menurutnya keputusan itu telah lama dirancang demi menumpukan perhatiannya kepada usaha PKR dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional. "Saya telah mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor sejak bulan Oktober tahun lepas lagi semasa PKR mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC). "Pembubaran Dewan Rakyat yang makin hampir dan keputusan ini akan memberi peluang saya untuk menumpukan kepada usaha merancang kempen PKR dan menyusun strategi hadapi pilihanraya," katanya. Tambahnya, PKR adalah sebuah parti reformasi, budaya politik berbeza dan beliau cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan lebih kepada kerja politik. "Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno BN, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat. "Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno-BN ini apabia saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka," sambungnya. Rafizi menyatakan, beliau akan duduk berbincang dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin bagi meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno. "Tindakan ini sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," ujarnya lagi. Harakah Daily |
Politik: Belum ada KSN macam Ali Hamsa Posted: 24 Jun 2012 11:54 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Kenyataan media pertama Datuk Dr Ali Hamsa setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) amat dikesali dan dibantah," ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar). Katanya, kenyataan Ali untuk penjawat awam setia kepada kerajaan yang ada dan menolak janji pembangkang sudah menunjukkan bahawa beliau bukan orang yang tepat menjawat jawatan KSN. "Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini secara terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta semua penjawat awam menyokong kerajaan yang ada dan menolak pembangkang," ujarnya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, Teras berpendirian jika KSN dipilih kerana sikap politik dan bukan atas merit professionalisme maka sendi kestabilan negara iaitu pentadbiran awam akan runtuh. "Kami percaya beliau sepatutnya faham betul etika penjawat awam sebelum memegang jawatan KSN. Tidak faham atau sengaja tidak faham menggugurkan kelayakannya untuk dilantik sebagai KSN," ujarnya. Beliau berkata, jika seorang ketua pentadbiran awam menggugurkan etika utama dalam pentadbiran awam iaitu bersikap neutral dan bertindak adil kepada semua rakyat di negara , maka dia tidak boleh memimpin jentera pentadbiran awam lagi. Katanya, Teras membantah keras dan mengutuk jika pentadbiran awam dicemari oleh manipulasi politik tidak berertika yang boleh memporak-peranda pengurusan awam. "Adakah hak beliau untuk menyatakan kakitangan awam mesti hanya menyokong kerajaan yang ada?" soalnya. Beliau menambah, di manakah tercatat dalam Perintah Am bahawa penjawat awam mesti hanya menyokong kerajaan. "Jika persoalan asas ini tidak diketahui kami berpendapat jawatan KSN tidak boleh diserah kepada beliau. Sebabnya jelas, jawatan tersebut tidak boleh diberi kepada orang yang didapati bias dari segi politik," katanya. Ini, ujar beliau kesannya amat jauh kerana sistem pemisahan kuasa esksekutif, kehakiman dan legistatif dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan runtuh kerana jentera kerajaan diketuai oleh KSN yang berkhidmat kepada parti politik bukan kepada rakyat. "Teras menggesa Datuk Dr Ali Hamsa menarik balik kenyataan beliau jika rakyat mahu diyakini bahawa pentadbiran awam tidak berfungsi di bawah arahan parti politik," ujarnya. Mohd Azmi berkata, rakyat tidak akan menghormati KSN jika beliau dilihat orang yang dilantik kerana kecenderungan parti politik. Harakah Daily |
Anak ajak Musa dan Pak Lah ke Himpunan Oren Posted: 24 Jun 2012 11:52 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - BUTTERWORTH: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan menjemput mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad ke Perhimpunan Oren. Ia bertujuan untuk bersama rakyat dalam perhimpunan yang akan di adakan di halaman Masjid Wilayah Persekutun, Jalan Duta pada 14 Julai nanti jam 2.00 petang. Semua yang datang terutamanya golongan peneroka ke ala Perhimpunan Bersih hendaklah berpakaian oren iaitu warna rasmi Felda untuk menuju ke Istana Negara menyerahkan memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa saham Malaysia. Ketika berucap di Himpunan Hijau di Padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth semalam, beliau memohon Yang Dipertua Agung sendiri masuk campur untuk menyelamatkan kedudukan peneroka hasil kerja kotor kepimpinan Barisan Nasional (BN). "Buat masa ini pihak Anak sedang berusaha dengan pihak istana untuk melincinkan pertemuan tersebut. Kita harap ia berjalan dengan licin dan dapat bertemu Yang Dipertuan Agung untuk kami bercakap terus dengan baginda, " ujar Mazlan. Kata beliau, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan mengetuai perhimpuan berkenaan serta berjalan kaki bersama rakyat ke pintu utama Istana Negara. Selepas itu, mereha mahu bertemu baginda untuk mengatakan hasrat yang terpendam demi kebaikan semua peneroka. "Selepas Himpunan berbaju kuning menuntut pilihanraya yang bersih, Perhimpunan Hijau yang sekarang rancak di adakan keseluruhan negara dan selepas ini marilah meraikan satu lagi perhimpunan Oren. "Kita tidak akan duduk diam menyelamatkan rakyat yang terainaya, " katanya. Harakah Daily |
1Malaysia lambang rasuah bukan perpaduan - Zunar Posted: 24 Jun 2012 11:50 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar ul Haq menyifatkan 1 Malaysia adalah lambang rasuah bukannya lambang perpaduan. (Gambaran Zunar tentang sikap pemimpin kerajaan dalam membanteras rasuah) Oleh itu, sebagai kartunis beliau menolak untuk bernaung di bawah lambang satu 1Malaysia kerana,"Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut." Zunar mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya kartunis menyokong gagasan "1Malaysia" semalam yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej "1 Malaysia" melalui karya-karya. Datuk Seri Najib berkata demikian dalam majlis PM Bersama Kartunis di Pasar Seni semalam. Harakahdaily difahamkan, Zunar menolak anugerah dan wang tunai sekitar RM10,000 oleh penganjur kerana program tersebut bukan program seni tetapi politik. Ini kerana, penganjurnya adalah dua pemimpin Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Putra Umno) dan Datuk Suhaimi Shadan (Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Umno). Walau pun kenyataan Perdana Menteri itu adalah satu gesaan, tetapi sekiranya ia datang dari mulut Perdana Menteri, ia ditafsir sebagai arahan, kata Zunar. Bagi beliau, kartunis adalah insan seni yang melahirkan karya-karya berperanan, antara yang paling besar adalah mengkritik kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah. Kerana itu, katanya, Perdana Menteri tak perlu merendahkan martabat kartunis kepada propogandis. "Karya-karya kartun harus dibiarkan berkembang, bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan. Karya-karya kartun hanya akan tumbuh subur jika kartunis diberi kebebasan berkarya," katanya. Selain itu, dengan mengajak kartunis menyokong gagasan 1Malaysia, PM mempamerkan sifat hipokrit kerana dalam pemerintahan Najib, kebebasan kartunis paling teruk disekat. "Selain pengalaman saya sendiri yang ditangkap dan buku-buku diharam, semua kartunis-kartunis lain yang berkarya di media-media arus perdana dilarang dari mengkritik kerajaan," kata Zunar dalam kenyataannya. Akta-akta yang menyekat kebebasan kartunis seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta akta Hasutan masih dipertahan PM. Selain itu, tambah beliau, karya-karya kartun juga dilarang dalam kempen PRU akan datang. "Secara gambarannya, ini bererti Najib mengikat tangan dan kaki kartunis dengan akta dan peraturan dan mahukan kartunis menyokong beliau?" dakwa Zunar. Mengenai saranan supaya kartunis menyokong kerajaan menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum melalui karya-karya mereka, ia adalah wajar tetapi pihak yang hendak disokong mesti terlebih dahulu menyuburkan perpaduan kaum. "Perpaduan kaum unjuran Najib adalah satu 'wayang' politik kerana beliau ke sana kemari menjaja '1Malaysia', tetapi pada masa yang sama mempelopori dan mendokong NGO pemecah belah kaum seperti Perkasa, Pekida dan lain-lain," katanya. Kerana itu, 1 Malaysia tidak dilihat lambang perpaduan kaum, sebaliknya adalah lambang rasuah. Kerana itu, kartunis seharusnya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan 1Malaysia, bukan menyokongnya! tegas Zunar. Harakah Daily |
Ulama Umno akui PAS konsisten, Ridhuan emosi Posted: 24 Jun 2012 11:47 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Ulama Muda Umno, Fathul Bari memberitahu PAS sangat konsisten di mana politik tidak boleh dipisah dengan agama. "Saya setuju di mana PAS sangat kosisten dalam isu tersebut. Saya pertegaskan ketaatan di atas perkara yang makruf. "Apabila timbul segala masalah hendaklah kita rujuk kepada al Quran dan Hadis," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi. Emosi Wacana siri ke-11 mencatat sejarah apabila seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat mengawal emosinya apabila hujahnya mendapat respon negatif penonton. Ada ketikanya selepas diberi peluang moderator, Amin Idris, pengacara TV9 Dr Ridhuan tidak mahu menjawab soalan mungkin terkilan dengan gelagat penonton. Malah beliau dua kali bangun berdiri ketika menjawab soalan moderator dan penonton. Amalan itu tidak pernah berlaku sejak siri wacana diadakan tiga tahun lalu. Penalis lain bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan. Penuh sesak Wacana itu juga mencatat sejarah apabila kehadiran luar biasa sehingga ramai terpaksa mengikuti dengan menonton melalui skrin besar di luar dewan. Fathul juga berkata, sejak lebih setahun menyertai Umno beliau telah memberi nasihat kepada pemimpin Umno secara tertutup dan bukan terbuka. Selain itu beliau menganjurkan program usrah di Masjid PWTC dan merangka modul usrah. Beliau yang agak petah membaca ayat-ayat al Quran dan Hadis serta membawa sirah-sirah pada awalnya menerima terjahan penonton apabila berkata, kalau hendak bercakap politik hendaklah keluar daripada kepompong agama. "Antara PAS dan Umno sebenarnya bukan berpecah sebaliknya hanya berselisih pandangan. Maka saya datang ke sini malam ini untuk mencari kaedah membincangkan Islam dan bukan untuk berpecah," ujarnya. Orang Islam terancam Dr Ridhuan Tee pula meluahkan rasa bimbang kerana baginya kekuatan orang Islam dan bukan Islam sekarang 50-50. Menurutnya, orang bukan Islam tidak boleh hendak harapkan untuk selamatkan Islam. "Saya juga tidak nampak agenda Islam lebih baik dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang atau kerajaan akan datang. "Saya takut kita hanya menang sorak kalau tidak mahu berubah," katanya, yang disifatkan penonton hujahnya mewakili kelompok Umno. Beliau dilihat ramai cuba mengheretkan idea supaya PAS dan Umno bersatu bagi memperkuatkan orang Melayu dan Islam. Umno khianati orang Melayu Bagaimanapun hujah itu ditolak Dr Fadzli dengan menceritakan sejarah Umno merosakkan orang Melayu ketika pakatan dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuh pada 17 Oktober 1945. Parti tersebut merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. "Semua pemimpin Melayu bernaung di bawah PKMM, namun pemimpin Umno secara senyap-senyap berunding dengan penjajah sehingga ditinggalkan PKMM selepas diberi habuan oleh Inggeris. "Umno sekali lagi mengkhianati PAS apabila parti itu mulai mendapat sokongan selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya 1974. "Sedangkan semasa menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 Umno mengharapkan kerjasama PAS bagi memperkuatkan orang Melayu, namun selepas menang selepas PAS ditendang keluar," ujarnya. Dr Asri pula meluahkan rasa hairan apa ancaman sebenarnya yang akan dihadapi orang Islam sekiranya ada perubahan pentadbiran negara selepas PRU-13 nanti. "Adakah masjid akan diruntuhkan, orang Islam tidak boleh solat lagi, jadi kita hendak tahu apa yang terancamnya apabila orang Melayu membuat perubahan politik baru," katanya. Harakah Daily |
NGO Umno ganggu himpunan sokong royalti esok? Posted: 24 Jun 2012 11:46 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BAHRU: Ketika rakyat Kelantan mahu menganjurkan pra-himpunan royalti bagi menjunjung Titah Sultan Muhammad V di hadapan Kota Darulnaim pagi esok, NGO yang didalangi Umno juga dfahamkan mahu berhimpun di lokasi sama. Aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan itu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. "Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan. "Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram," katanya ketika mengutarakan soalan pada wacana perdana di Balai Islam malam tadi. Sementara itu Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, pra-himpunan tersebut diadakan bertujuan menyerahkan Memorandum Tuntutan dan juga Plak Royalti yang ditandatangani Sultan Kelantan dan Menteri Besar kepada pihak kerajaan negeri. "Mereka yang berminat menyertai pra himpunan tersebut diminta berpakaian warna merah, putih atau merah putih mengambil kira warna bendera Kelantan. "Peserta dilarang membawa bendera mana-mana parti politik atau bahan yang mempunyai logo mana-mana parti politik. Hanya bendera negeri, organisasi NGO atau lambang "R" sahaja dibenarkan," katanya di sini. Beliau berharap setiap peserta berhimpun dalam keadaan aman dan tidak cuba menimbulkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik. Program berkenaan akan bermula jam 9. Katanya juga Royalti menghantar seorang wakil dan dua peguam bagi memaklumkan himpunan tersebut kepada pihak polis. "Pihak polis bersetuju untuk memberi kerjasama bagi melancarkan perjalanan program pagi esok. Kami mengucapkan ribuan terima kasih. "Kami juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya program pra himpunan royalti tersebut tidak mengikut prosedur ditetapkan pihak berkuasa," katanya. Nazri berkata, kerajaan negeri difahamkan bersetuju menerima memorandum dan plak royalti tersebut. Dalam perkembangan lain Royalti menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak dapat membezakan di antara royalti dan wang ihsan. Setiausaha Royalti, Hishamuddin Ghazali berkata, apakah Ketua Pemuda tidak tahu pembayaran royalti kepada Kelantan tidak pernah dibuat Petronas sejak minyak dan gas disedut keluar dari bumi Kelantan pada 2005. Katanya, dari manakah Khairy mendapat maklumat kononnya Kelantan menerima royalti. Baru-baru ini Khairy dalam laporan media baru mendakwa Kelantan telah diberikan royalti minyak melalui jawatankuasa diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Harakah Daily |
Mesir: Kemenangan manis usaha tegak keadilan Posted: 24 Jun 2012 11:44 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kemenangan Dr Mohamed Morsi di Mesir yang diisytiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah Taala. Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali At-Takiri (gambar) dalam laman sosial beliau ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Morsi diisytiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihan raya Presiden negara itu. Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi. Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 juta undi. Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. "Moga kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat. "Dan untuk akhirnya bumi ini ditadbir oleh hamba-hamba yang soleh sebagaimana janji Allah bahawa bumi ini pasti diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh," ujar Khairuddin. Harakah Daily |
Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi Posted: 24 Jun 2012 11:43 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir. Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan. Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan 'kuku besi'. Lebih manis lagi apabila yang terpilih adalah Dr. Mohamed Morsi calon dari Freedom and Justice Party (FJP) parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir. (Rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir) Hanya setahun lalu, tidak siapa dapat menjangkakan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak yang juga merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Britain serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang 'terroris Islam' serta 'menjamin keselamatan Israel' berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela meluahkan perasaan, berdemonstrasi ke jalan-jalanraya di seluruh negara. Dan pada minggu ini, sekali lagi kita dapat menyaksikan sejarah terukir apabila ratusan ribu rakyat Mesir terutamanya dari kalangan golongan muda membanjiri Dataran Tahrir yang terletak ditengah-tengah kota Kaherah bagi meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin itu walaupun ada percubaan awal dari pihak tentera SCAF bagi menafikan kemenangan itu. Kemenangan rakyat ini adalah amat manis bagi Ikhwan Muslimin di Mesir. Apa tidaknya. Kalau setahun lalu Ikhwan Muslimin adalah dianggap sebagai sebuah 'pertubuhan haram' dan sesiapa yang didapati menjadi ahli pertubuhan ini akan terus ditangkap. Sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Anwar Sadat dan Mubarak, Ikhwan Muslimin telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan. Mereka diharamkan dari bergerak aktif di Mesir dan semua media massa di kawal ketat dengan tidak dibenarkan sebarang bentuk kritikan terhadapi rejim ini. Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim ini sampai kepada kemuncaknya apabila mereka telah bertindak membunuh serta memenjara ribuan para ulama dan cendekiawan yang simpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin. Namun kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden ini juga berhadapan dengan penuh cabaran besar yang terpaksa terus dihadapi. Isu utama yang dianggap paling sensitif adalah hubungan beliau sebagai Presiden dengan pihak tentera SCAF yang sejak sekian lama telah mendominasi kuasa dan politik Mesir. Pada proses pengundian Pilihanraya Presiden pusingan kedua, ia di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah membatalkan semua keputusan pilihanraya Parlimen yang telah di adakan beberapa bulan lepas. Pihak tentera SCAF serta-merta membubarkan Parlimen dan menghalang ahli-ahli Parlimen yang majoritinya dari parti FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi dari memasuki bangunan Parlimen. Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia di anggap sebagai suatu percubaan 'rampasan kuasa' dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti Hakim-Hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak. Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untuk merampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 'pindaan kilat' kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan 'kelulusan' dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF. Di peringkat antarabangsa pula, Dr. Morsi berhadapan dengan cabaran menunaikan janji 'menilai semula perjanjian Camp David' dengan Israel yang memberi banyak kelebihan dan perlindungan berat sebelah kepada rejim Zionis itu. Persoalan ini jugalah yang banyak di tumpukan oleh pembuat polisi di 'White House' bagi menilai hubungan Amerika Syarikat dengan Mesir dibawah seorang Presiden yang berlatar-belakangkan Ikhwan muslimin yang menolak dasar kekejaman dan apartied negara Zionis Israel. Perlu diingat bahawa Mesir adalah sekutu terpenting Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah sejak lebih 4 dekad yang lalu. Amerika Syarikat juga menyalurkan lebih US3 billion setiap tahun kepada rejim Mubarak terutamanya untuk persenjataan dan pertahanan. Atas dasar inilah Mesir dianggap sebagai 'buffer' atau 'pintu penghalang' bagi menyekat sebarang ancaman serta menjamin keselamatan dan keamanan Israel. Begitu juga dengan 'Terusan Suez' yang merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas. Sepanjang kempen pilihanraya Presiden yang dijalankan, Dr. Mohamed Morsi juga berhadapan dengan konspirasi media barat dan kebanyakan media utama Mesir bagi memastkan calon Ikhwan Muslimin ini kalah. Pelbagai publisiti negatif telah di timbulkan dan beliau telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan 'bahaya' kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta. Manakala calon pilihan mereka, Ahmed Shafik pula telah diberikan pelbagai publisiti positif oleh media barat terutamanya BBC dan CNN serta media utama di Mesir dan dianggap 'sebagai calon penyelamat' bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Namun keputusan resmi yang di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir yang mengesahkan kemenangan berpihak kepada Dr. Mohamed Morsi adalah kemenangan 'Kuasa rakyat'. Seperti ungkapan awal beliau; 'Saya adalah Presiden yang dipilih bagi seluruh rakyat Mesir. Semua rakyat termasuk penganut Kristian adalah rakyat di bawah saya bagi sama-sama membangunkan Mesir yang baru'. Ya, apapun yang ada dihadapan dalam politik Mesir, catur politik antara Dr. Mohamed Morsi sebagai seorang Presiden dengan pihak tentera SCAF akan terus dibidak bagi menentu masa hadapan politik Mesir. Sementara itu Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menjadi pemerhati yang 'istemewa'. Ia juga akan menjadi inspirasi dan semangat baru selepas Arab Spring kepada seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia. Tahniah Dr. Morsi... ------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS yang berada di Mesir baru-baru ini. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk TWITTER: @syedazman Harakah Daily |
Darul runtuh: Pentadbiran Ahmad Said tidak berkat? Posted: 24 Jun 2012 11:40 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu di Perantuan (Perantau) kesal terlalu banyak bangunan yang dibina oleh kerajaan Umno runtuh semasa pemerintahan Ahmad Said mungkin kerana tiadanya keberkatan dalam perintahannya. Ia berbanding dengan kerajaan sebelum ini sama ada kerajaan Terengganu 'Membangun Menurut Islam' pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau 'Islam Haddhari, Terengganu Bistari' pimpinan Datuk Seri Idirs Jusoh sebagai Menteri Besar. Ketika mengulas isu 'Terengganu Darul Runtuh', Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong turut berkata, perkara ini berlaku disebabkan tindakan sambil lewa Ahmad Said dalam memastikan bangunan yang runtuh dibaiki semula demi kepentingan rakyat. Malah ada yang dibiarkan sehingga bertahun-tahun seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyebabkan rakyat bangkit membuat program Himpun dan Ingat Stadium Runtuh di tapak stadium berkenaan pada 8 Jun lalu. Beliau berharap Menteri Besar Terengganu segera bertindak atau rakyat Terengganu memilih sebuah kerajaan yang lain sebagai alternatif. Disebabkan perkara ini, ramai pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong Umno sebelum ini tidak tahan lagi dan mulai sedar perjuangannya bukan untuk kepentingan rakyat sebaliknya hanya slogan sahaja. Umno menjadikan slogan mereka 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamanakan' retorik sahaja kerana yang sebenarnya adalah untuk menjaga 'periuk nasi' mereka sahaja. Seorang lagi ahli Perantau, Abdul Rahman Taib, bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang pernah menyertai Umno dikampongnya, Bukit Petiti, Manir telah nekad meninggalkan UMNO dan menyertai PAS pada bulan Mei lepas. Abdul Rahman akan berceramah pada program 'Himpunan Hijau ke Putrajaya – PAS ganti Umno' peringkat Negeri Terengganu pada 29 Jun ini di Marang, Terengganu bersama dengan lain-lain pegawai kerajaan yang telah berhijrah kepada PAS. Sebelum ini, ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu, beliau mendedahkan sikap hipokrit pemimpin Umno. Rawatan Panadol Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara. "Sebagai contoh, mereka ini (pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam 'panadol' tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu. "Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,"jelasnya. Harakah Daily |
PRU13: Kemenangan Dr Morsi inspirasi buat PAS Posted: 24 Jun 2012 11:38 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kemenangan Dr Mohamed Morsi (gambar) sebagai Presiden Mesir sebagai inspirasi buat PAS bagi memimpin kebangkitan rakyat dalam PRU13. "DPPM percaya kemenangan ini menunjukkan bahawa trend dan gelombang perubahan telah semakin diterima oleh rakyat seluruh dunia dan trend ini sedang menular pula ke negara ini," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor. Justeru, kata beliau jentera dan penyokong PAS di seluruh negara menyambut kemenangan ini dengan bertakbir dan bersyukur serta menaikkan semangat mereka bekerja bagi menghadapi pilihan raya di negara ini pada bila-bila masa. Katanya, DPPM juga merasa bersyukur dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru. "Kemenangan ini wajar buat rakyat Mesir yang telah terjajah lama di bawah rejim Hosni Mubarak yang bertindak zalim terhadap rakyatnya," katanya. Katanya, Rakyat Mesir juga bergelut dengan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak kejatuhan Hosni Mubarak sehingga telah membunuh beribu rakyatnya. Bagi DPPM, ujarnya tidak ada apa yang lebih memaniskan selain apabila rakyat Mesir memilih jalan demokrasi yang sebenar dalam pemilihan kepimpinan mereka. "Keputusan yang dianggap adil dan telus telah menyaksikan rakyat memilih Dr Mohammed Morsi sebagai Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafiq mewakili proksi rejim terdahulu," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, demokrasi yang tulen dan telus adalah jalan keluar bagi mereka yang mencari keadilan dalam sesebuah negara, dan Mesir telah berjaya mendapatkannya. "DPPM mendoakan supaya negara Mesir menjadi aman, makmur dan adil di bawah pemerintahan Dr Mohammed Morsi. "DPPM juga mengharapkan supaya rakyat di sana turut mendoakan supaya angin perubahan ini melanda negara ini dengan kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat pula dalam PRU ke 13," tambahnya. Harakah Daily |
Najib Menteri Wanita: Wanita Umno tak relevan Posted: 24 Jun 2012 11:38 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Wanita Umno disifatkan tidak relevan untuk memperjuangkan nasib wanita negara ini apabila tanggungjawab Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dipegang oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak. Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) berkata, tanggungjawab itu diserahkan kepada Perdana Menteri dan merupakan seorang lelaki seolah-olah wanita-wanita yang ada di dalam Umno tidak mampu menggalas jawatan berkenaan. Malah Zuraidah turut malu dengan kenyataan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique yang memuji kononnya tercatat dalam sejarah Kementerian Wanita diterjui oleh Perdana Menteri. "Saya malu dengan sikap Tenggara yang memuji PM yang pegang wanita, sepatutnya merekalah yang dilantik menjadi menteri wanita. Beliau sepatutnya memberi sokongan atas apa yang saya bangkitkan," katanya dalam sidang media. Tambahnya, banyak dasar-dasar wanita yang tidak terlaksana menyebabkan Kementerian Wanita pada hari ini seperti 'hidup segan mati tak mahu'. "Perdana Menteri banyak tugas yang perlu dipikul sebagai Menteri Kewangan lagi, dan banyak program yang perlu dihadiri. Sudah tentu beliau gagal untuk memperkasakan Kementerian Wanita," katanya. Sementara itu Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota) turut mempertikaikan kewajaran kerajaan tidak memasukkan bajet tambahan untuk Kementerian Wanita. "Wanita hadapi bermacam-macam masalah. Mungkin Perdana Menteri terlupa untuk masukkan bajet tambahan untuk Wanita. Kalau beliau prihatin dengan Wanita beliau tidak akan lupa," katanya. Terdahulu, dalam sesi soal jawab Zuraida meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah perancangan baru jangka pendek dan jangka panjang pembangunan Wanita dan keluarga setelah kementerian ini diterajui oleh Perdana Menteri sendiri. Dalam jawapannya, Najib menegaskan wanita hari ini diberi peluang dalam sektor awam diperingkat Jusa apabila pencapaian peningkatan mereka begitu ketara iaitu 31.7 peratus pada tahun 2012 berbanding 18.8 peratus pada tahun 2004. Harakah Daily |
KGT: Husam cabar TV3 anjur forum dengan Awang Posted: 24 Jun 2012 11:37 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT). Cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 malam tadi. Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam. "Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa. "Diharap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia berpihak kepada kebenaran," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS. Husam juga mencadangkan TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara beliau dengan Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu ini. "Saya berharap Dr Awang boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21 hari untuk menyatakan persetujuan," kata Husam dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. Sebelum TV3 dan Awang Adek campur tangan, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan seorang blogger terhadap KGT. Dakwaan blogger itu sudah dijawab Husam dan juga pengurusan KGT sebelum ini. Namun ia tidak berhenti di situ apabila Awang Adek pula campur tangan. Cemerlang Ketika serangan terhadap KGT berjalan, jualan dirham dan dinar mencatat sejarah dalam Exco Perdagangan di Kota Bharu apabila jualannya mencecah RM500,000. KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu. Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000. Harakah Daily |
Bas terbalik lapan maut, 44 cedera Posted: 24 Jun 2012 09:40 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KEADAAN bas yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan lapan maut di Gospic, Croatia kelmarin. ZAGREB, Croatia - Lapan orang maut dan sekurang-kurangnya 44 orang cedera apabila sebuah bas dari Republik Czech yang membawa lebih 50 penumpang merempuh halangan berhampiran sebuah terowong di sini kelmarin. Kemalangan berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di sebatang jalan raya yang menuju ke satu destinasi pelancongan terkenal di bandar Adriatic, Split. "Sebuah bas dengan nombor pendaftaran Republik Czech merempuh halangan keselamatan dan terbalik dekat terowong di Sveti Rok, 230 kilometer dari Zagreb," kata Direktorat Penyelamat dan Perlindungan Nasional. Media tempatan melaporkan, tujuh mayat mangsa ditemui, sementara mangsa kelapan dikeluarkan tidak lama kemudian daripada bangkai bas. Duta Republik Czech ke Croatia, Karel Kuhnl dipetik akhbar Jutarnji List sebagai berkata, pemandu bas maut dalam kemalangan itu. Sementara pembantunya cedera dan dimasukkan ke hospital. "Semasa kemalangan, semua penumpang sedang tidur," kata Kuhnl. Menurut pasukan penyelamat, mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital berhampiran bandar Gospic. Tiga mangsa yang cedera parah iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak dibawa oleh helikopter tentera ke Zagreb. Seorang jurucakap agensi pelancongan, Martin Vasulin berkata, semua penumpang bas merupakan warga Republik Czech. - AFP |
Misi berlabuh manual China berjaya Posted: 24 Jun 2012 09:34 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - GAMBAR skrin besar Pusat Angkasa Lepas Jiuquan menunjukkan kapal angkasa Shenzhou-9 sedia untuk bercantum dengan modul Tiangong-1 semalam. BEIJING - Sebuah kapal angkasa China berjaya melakukan misi berlabuh secara manual di orbit, kata agensi berita rasmi Xinhua. Kapal angkasa Shenzhou-9 bercantum secara manual dengan modul Tiangong-1 selepas misi berlabuh secara automatik selesai pada Isnin lalu. Kejayaan tersebut menyusul seminggu selepas China menghantar sepasukan angkasawan termasuk seorang wanita ke angkasa lepas. "Prosedur berlabuh secara manual berjalan lancar " kata pusat kawalan misi angkasa lepas dalam satu pengumuman secara langsung yang disiarkan oleh stesen televisyen China. Pencantuman di orbit merupakan matlamat utama misi Shenzhou-9. Misi berkenaan menguji teknik berlabuh yang merupakan keperluan utama bagi membolehkan China membina sebuah stesen angkasa lepas menjelang 2020. Berlabuh secara manual sukar dikuasai kerana melibatkan pencantuman dua kapal angkasa lepas yang berada di orbit sama dan bergerak mengelilingi Bumi pada kelajuan beberapa ribu kilometer sejam. Sebarang kesilapan akan menyebabkan kedua-dua kapal angkasa berkenaan hancur berkecai. - AFP |
Hamas sedia tawaran gencatan senjata Posted: 24 Jun 2012 09:31 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - GAZA - Pemerintah Hamas bersetuju memulakan gencatan senjata di sempadan selepas tiga rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis, kelmarin. Jurucakap Kanan Hamas, Ayman Taha berkata, jika semua pihak menghentikan keganasan dan menghormati gencatan senjata, keamanan akan kembali dan ketenangan akan disambut dengan ketenangan. "Jika pejuang Palestin berhenti menyerang, kita juga akan berhenti menyerang namun jika serangan diteruskan kami akan bertindak balas," katanya. Dalam kenyataan rasmi kumpulan jihad Islam berkata, gencatan senjata yang dicapai menerusi perantaraan Mesir itu di jadual berkuat kuasa mulai 1 pagi ini (7 pagi waktu Malaysia) dan berdasarkan pengalaman lalu, perjanjian gencatan senjata sebelum ini selalunya bermula dengan goyah. Pada mesyuarat Majlis Revolusi Fatah kelmarin, Presiden Palestin, Mahmud Abbas turut mengutuk keganasan Israel terhadap penduduk di Gaza. sinar harian/- |
Seorang maut serangan bom ketika tonton Euro di Kenya Posted: 24 Jun 2012 09:26 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - MOMBASA: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa lagi cedera selepas bom tangan meletup di sebuah bar di kawasan tumpuan pelancong di Mombasa ketika pengunjung sedang menonton bola sepak Euro 2012, awal pagi tadi. Tiga yang cedera dalam serangan bom itu dilaporkan dalam keadaan kritital, kata Ketua Polis Wilayah, Aggrey Adoli. Ketika serangan berlaku di Jericho Bar di kawasan padat penduduk itu, pengunjung dan peminat bola sepak sedang menonton perlawanan suku akhir antara England dan Itali. "Serangan berlaku jam 10 malam waktu tempatan. Seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera," kata polis. Seorang saksi, George Lado, memberitahu AFP: "Ramai yang cedera. Saya lihat satu kawasan di dalam bar yang tiba-tiba meletup dan saya terus keluar menyelamatkan diri." Serangan itu berlaku selepas sehari Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya mengeluarkan amaran kemungkinan wujud serangan pengganas apabila polis tempatan menahan dua suspek pengganas warga Iran. - AFP |
Lelaki kudung kaki panjat Kilimanjaro Posted: 24 Jun 2012 09:22 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - GAMBAR pada 22 Jun menunjukkan lelaki kudung kedua-dua kakinya, Spencer West tiba di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania. MONTREAL, Kanada - Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki berjaya menakluk puncak tertinggi di Afrika, Gunung Kilimanjaro, sekali gus menyangkal dakwaan beberapa doktor bahawa dia tidak akan dapat berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat. Spencer West, 31, hilang kakinya ketika masih kanak-kanak akibat penyakit genetik, sacral agenesis yang menyebabkan bahagian bawah badannya lumpuh. Namun, warga bandar Toronto di Kanada itu tidak membiarkan kecacatan itu menghalangnya. Dia tiba di puncak Kilimanjaro, pada ketinggian sekitar 6,000 meter dari aras laut, Selasa lepas. "Mendaki Gunung Kilimanjaro merupakan perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan, baik dari sudut fizikal atau pun mental. "Namun, dengan berbuat demikian kita sedar betapa pentingnya untuk kita percaya kepada diri sendiri dan orang lain," kata West kepada agensi berita AFP dari Nairobi, Kenya. "Saya memanjat menggunakan tangan. Ia memberi tekanan ke atas bahagian tersebut serta bahu saya," tambahnya. Sepanjang pendakiannya, West ditemani oleh dua sahabat baiknya, David Johnson dan Alex Meers. Matlamat mereka adalah untuk mengumpul dana buat Free the Children, sebuah pertubuhan yang membekalkan air bersih kepada beratus-ratus orang di Kenya. Kenya mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun pada 2011. Misi itu berjaya mengumpul lebih AS$500,000 (RM1.59 juta) untuk pertubuhan amal tersebut. Dia mendaki Kilimanjaro berkenaan pada Selasa lepas dan tiba di kemuncak gunung berkenaan tiga hari kemudian. - AFP |
Posted: 24 Jun 2012 08:59 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - MACAM ASLI...sebahagian peluru, bom asap dan pistol yang ditemui dalam Mercedes Benz. ALOR GAJAH: Tindakan dua lelaki menyamar pegawai kanan tentera dan membawa puluhan senjata tiruan dalam kereta dinaiki mereka ketika memasuki Kem Terendak di sini, kelmarin, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama motif mereka berbuat demikian. Tambahan pula, kedua-dua mereka yang memakai seragam pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat kapten dan seorang lagi berpakaian separa celoreng turut memiliki pas keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Luar serta Jabatan Perdana Menteri. Pegawai Risik 10 Briged Para Kem Terendak, Mejar Abd Razak Sipit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, senjata tiruan ditemui pada kedua-dua suspek dikategorikan gred A berdasarkan bentuknya 100 peratus mengikut saiz serta berat senjata asal dan bernilai kira-kira RM20,000. "Senjata tiruan gred A yang dirampas itu termasuk pistol, pelancar mortar, raifal dan bom asap, selain alat kelengkapan komunikasi tentera," katanya di sini, kelmarin. metro/- |
Saya Presiden Mesir bagi semua, isytihar Mohammed Posted: 24 Jun 2012 08:52 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - KAHERAH - Beberapa jam selepas diumumkan sebagai presiden baru, yang pertama dipilih secara demokratik, Mohammed Morsi berjanji akan mewakili keseluruhan rakyat Mesir. Dalam ucapan sulungnya, yang disampaikan sekitar awal pagi tadi (waktu Malaysia), Mohammed menggesa rakyat negaranya agar mengetepikan segala perbezaan mereka dan berganding demi kepentingan bersama. "Perpaduan nasional adalah satu-satunya cara bagi Mesir keluar daripada krisis," kata Mohammed dalam ucapan yang disampaikan menerusi televisyen. Anggota lama Ikhwanul Muslimin ini memberi penghormatan kepada mereka yang mati syahid, yang membantu mengembangkan revolusi sehingga membawa kepada kejatuhan Hosni Mubarak, Presiden Mesir paling lama berkuasa, awal tahun lalu. Bagi pihak kerajaan, beliau juga mengucapkan terima kasih dan kekagumannya kepada anggota tentera, polis, hakim dan lain-lain anggota kerajaan atas sumbangan mereka. "Saya harus tabik mereka sebab mereka ada peranan dalam menentukan masa depan Mesir," kata Mohammed lagi. Mohammed yang mengatasi bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafik dalam pusingan kedua pemilihan presiden, berjanji akan memelihara kesemua perjanjian kebangsaan dan antarabangsa - antara aspek yang menjadi perhatian masyarakat antarabangsa dan lokal. Mohammed berjanji bahawa beliau akan melindungi hak wanita dan kanak-kanak, begitu juga komuniti Islam dan Kristian. Berdasarkan keputusan yang diumumkan sekitar 10.30 malam (waktu Malaysia) semalam, Mohammed memperoleh 52 peratus undi manakala Ahmed pula 48 peratus undi. Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu tetapi hanya diketahui semalam. Pengumuman itu membawa kepada suasana terharu dan kegembiraan tidak terhingga, disambut dengan tembakan ke udara, di Dataran Tahrir meskipun suhu ketika keputusan diumumkan adalah kira-ira 38 darjah Celsius. Dataran Tahrir menjadi hab kepada kebangkitan rakyat awal tahun lalu, yang membawa kepada kejatuhan Hosni, yang memerintah negara itu selama 30 tahun. Dipetik CNN, Abdul Mawgoud Dardery dari Ikhwanul Muslimin berkata, "kami telah menanti yang ini sejak 7,000 tahun lalu." "Buat kali pertama dalam sejarah, kami ada presiden sendiri, dipilih oleh kami. "Kuasa rakyat kini di tangan presiden dan presiden perlu bertindak dan pergi ke depan," katanya lagi. Seorang lagi yang ditemui di Dataran Tahrir berkata, "apa yang kami gembira ialah rakyat Mesir boleh membuang saki-baki rejim lalu." Di sebalik kegembiraan ini, beberapa penyokong Ahmed kelihatan kecewa dengan keputusan Mohammed dipilih sebagai presiden. Manal Koshkani memberitahu CNN bahawa dia bimbang dengan hala tuju parti Islam itu akan menguasai Mesir. "Saya berharap kami boleh melihat masa depan yang lebih baik," katanya sambil menambah, "saya ragui" ia akan berlaku. Keputusan ini diumumkan beberapa hari selepas mahkamah mengarahkan pembubaran Parlimen atas alasan ada wakil rakyat dipilih secara tidak sah enam bulan lalu manakala Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) membuat deklarasi beberapa kuasa presiden ditarik sementara Mesir juga belum ada perlembagaan. Oleh itu seorang pemuda bernama Mohamed Saleh mengetepikan pentingnya kedudukan Mohammed sebagai presiden. "Mohammed tidak ada kuasa, Scaf miliki kuasa," katanya lagi. Sebaik sahaja keputusan diumumkan semalam, Mohammed melepaskan keahlian dalam Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan bagi membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin kepada keseluruhan rakyat Mesir. "Kita semua adalah saksama dalam hak dan kita semua ada obligasi untuk dijalankan demi negara ini. "Bagi diri saya, saya tidak ada hak, tetapi saya ada obligasi," katanya. sinar harian/- |
Penduduk Asal Hidup Terpinggir Tanpa Pengenalan diri Posted: 24 Jun 2012 08:38 PM PDT 5 Syaaban 1433H. [MOD] - SIBUTI - Rh Sengkabang yang terletak dalam kawasan parlimen Sibuti yang mengambil masa satu jam lebih perjalanan dari bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Iban dan bekerja sebagai petani. Jalan masuk ke rumah panjang Sengkabang agar teruk dimana apabila musim hujan jalannya berlumpur, licin dan sukar untuk kenderaan kecil bergerak. Selain masalah jalanraya, bekalan air bersih juga antara masalah yang dihadapi oleh penduduk Rh Sengkabang dan mereka terpaksa menggunakan air sungai dan air hujan untuk kegunaan harian. Kerajaan Malaysia baru-baru ini menyumbang tangki air 1Malaysia kepada penduduk di rumah panjang tersebut. Baru-baru ini PAS Miri juga telah berkunjung ke Rh Sengkabang dan bertemu dengan masyarakat Iban di situ. Mereka menyambut kedatangan rombongan PAS dengan baik dan mesra sekali. Mereka menceritakan keadaan nasib hidup mereka setelah rumah panjang asal mereka terbakar kira-kira 5 tahun yang lalu. Sehingga kini tiada sebarang bantuan dari pihak pemerintah untuk membantu mereka membina semula rumah panjang mereka yang terbakar itu. Mereka terpaksa membina sendiri dalam keadaan yang serba daif semata-mata untuk melindungi mereka dari hujan dan panas. Penduduk asal tiada memiliki pengenalan diri Disamping masalah infrastuktur, ramai juga penduduk di Rh Sengkabang tidak mempunyai surat beranak dan juga kad pengenalan atau Mykad. Mereka mengadu kepada PAS untuk membawa perkara ini kepada pihak kerajaan agar dapat membantu menyelesaikan masalah mereka ini dengan segera. Hidup mereka yang tidak memiliki pengenalan diri ini ibarat pendatang asing tanpa izin. Diantara nama-nama penduduk asal Rh Sengkabang yang tiada memiliki dokumen pengenalan diri adalah Linda Anak Renggie, 32 tahun, Connylia Bunga Anak Kubong, 7 tahun , Degeles Ingkie Anak Kubong, 6 tahun dan ramai lagi keluarga yang tidak memiliki surat beranak dan juga MyKad di Rh Sengkabang. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk asal tanpa dokumen pengenalan diri adalah:- - Tidak dibenar melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi - Tidak dibenar bekerja atau memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dengan kerajaan atau pun syarikat swasta - Tidak dibenar menuntut hak mereka sekiranya tanah mereka di rampas - Tidak diberi bantuan oleh Jabatan kebajikan masyarakat - Tidak diberi wang tunai Rm500.00 Borang Bantuan 1Malaysia (BR1M) seperti rakyat Malaysia yang layak - Tidak diberi subsidi atau pun kemudahan kebajikan seperti penduduk yang memiliki dokumen pengenalan diri Begitulah nasib yang menimpa mereka yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, mereka dianggap sebagai pendatang asing sedangkan asal usul keturunan mereka adalah peribumi Sarawak. Diantara punca terjadinya mereka ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri seperti surat beranak dan kad pengenalan adalah disebabkan jalan perhubungan negeri Sarawak yang sukar dihubungi dan terpaksa melalui jalan yang berliku-liku dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar atau pekan yang berdekatan untuk memproses membuat surat beranak dan kad pengenalan. Ini sepatutnya tanggungjawab pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara untuk turun ke kampung-kampung atau rumah panjang untuk melakukan pendaftaran kelahiran dan seterusnya memproseskan kad pengenalan. Penduduk yang tinggal jauh di pedalaman memang tidak semua yang mampu keluar ke bandar untuk membuat surat beranak dan kad pengenalan disebabkan kos perjalanan yang tinggi serta jalan perhubungan yang teruk sehingga sekarang masih lagi jalanraya masuk ke pedalaman Sarawak terlalu sukar ditembusi. Kita mendesak agar pihak kerajaan memandang serious masalah penduduk asal yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ini kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang tersisih dari arus pembangunan dan peluang mereka untuk mendapat hak sebagai rakyat juga perlu diberi pertimbangan. Jangan pula ada kita dengar pendatang asing pula diberi kemudahan dan mendapatkan hak kerakyatan sedangkan penduduk asal tersingkir dari memiliki hak serta kemudahan yang sepatutnya. Jangan seperti kata pepatah "Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan." Berlaku adillah kepada rakyat sendiri, jangan memandang ringan masalah ini kerana penduduk asal yang berhak keatas tanah air mereka sendiri bukannya pendatang asing yang berkuasa merampas hak mereka. Kerajaan yang adil dan bertanggungjawab saja akan berusaha mengatasi masalah ini tanpa mengira bangsa dan agama. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan