Isnin, 11 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sumbangan Ramadhan untuk Rumah Penempatan Sementara

Posted: 11 Jun 2012 12:44 AM PDT

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan berasaskan perkhidmatan kebajikan semata-mata mempelawa mana-mana pihak untuk menyalurkan bantuan kepada cabang perkhidmatan kami sebuah Rumah Penempatan Sementara untuk golongan yang memerlukan yang berpusat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Segala bentuk sumbangan boleh dihantar atau disalurkan melalui mana-mana kaedah berikut :-

1. Pos : No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tel:- 06-4810122 / 06-4810092 / 06-4810068

2. Hand Phone: 013-272 3079 ( Puan Zarinah )

3. Bank In/Transfer/Cek : Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Tampin, No. Akaun: 0502 101 001 9276

4. Hantar Sendiri :- One Stop Centre, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Unit Ukhuwah, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Tel:- 06-678 1021

5. Hand Phone: 012- 632 1519 ( Hajah Norizan )

Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 H Peringkat Rembau

Posted: 10 Jun 2012 07:54 PM PDT

PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH

Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu sesama Muslim.

Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Rembau.

Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program )  013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau)  012-2268230

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7

Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70

Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 di Rembau

Posted: 10 Jun 2012 07:03 PM PDT

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

Punca tanah adat Perpatih terbiar ialah …...

Posted: 10 Jun 2012 06:34 AM PDT

Kenapa tanah dan rumah yang dibina atas tanah adat di Negeri Sembilan ini banyak yang terbiar? Blogger Anak Rembau yang mahir selok belok dalam Adat Perpatih mempunyai pandangan serta rumusan yang menarik, antaranya ;

Beliau meminta pembaca blog memikirkan beberapa persoalan yang dikemukakan di bawah :

1.Adakah benar penghijrahan merupakan punca tanah terbiar di Negeri Sembilan?
2.Sejauhmanakah kefahaman mengenai tanah adat di kalangan masyarakat Negeri Sembilan baik di kalangan penyandang pusaka adat mahupun anak-anak buah?
3.Apakah fungsi penyandang-penyandang pusaka adat di dalam memajukan tanah adat?
4.Sejauh manakah semangat kekeluargaan yang dikatakan hebat di kalangan masyarakat Adat Perpatih?
5.Adakah semangat ini masih wujud?

Kekeliruan ini timbul kerana ramai yang tidak mengetahui bahawa perempuan hanyalah sebagai penama bukan pemilik mutlak tanah tersebut. Ini diburukkan lagi apabila di dalam geran tidak dinyatakan nama suku seolah-olah menunjukkan tanah tersebut adalah milik individu. Setiap geran hanya mempunyai cop "Tanah Adat".
Perkara yang sama juga berlaku sekiranya tanah adat diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Pampasan tidak boleh dimiliki sepenuhnya oleh penama di mana ia perlu dibahagikan secara faraid mengikut syarak. Pemegang amanah bagi pampasan tersebut adalah Dato' Lembaga Suku. Dato' Lembaga perlu bijak di dalam urusan pembahagian pampasan di kalangan waris yang masih ada bagi mengelakkan perkelahian dan perebutan hasil pampasan.

Penjelasan ini menimbulkan persoalan di dalam pemikiran saya adakah benar resolusi telah berada di Pejabat Tanah dan Galian atau masih berada di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa tindakan yang diambil atau tidak dihantar. Adakah ia hanya sekadar bengkel, resolusi dan kertas cadangan. Isu tanah adat ini telah dibengkelkan sejak dari tahun 1994 sehingga sekarang.
Diantara resolusi-resolusi yang dibuat dan boleh diambil tindakan segera :-
•Nama suku di dalam geran tanah perlu diletakkan.
•Berikan tanah gantian selain daripada pampasan
•Setiap pengambilan tanah adat perlu dimaklumkan kepada Dato' Lembaga agar tidak timbul masalah di dalam pembahagian pampasan.
•Agensi yang ingin mengusahakan tanah adat perlu memaklumkan kepada Dato' Lembaga bagi mengelakkan sebarang masalah di masa yang akan datang.
•Tanah Rezab Melayu dan Tanah Adat perlu diteliti oleh ADO Tanah, Pejabat Tanah Daerah sebelum sebarang keputusan diambil.
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada YAB Menteri Besar dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri :-
•Dato'-Dato' Lembaga perlu dilibat di dalam JKKK sebagai jawatankuasa yang dilantik bagi memudahkan membincangkan pembangunan yang melibatkan tanah adat.
•Berikan kursus atau penerangan kepada semua Dato'-Dato' Lembaga mengenai Enakmen Tanah Adat Bab 215 agar pembesar-pembesar memahami tanah adat dari segi adat dan juga undang-undang berdasarkan Kanun Tanah Negara.
•Kerajaan Negeri perlu memasukkan modul mengenai Adat Perpatih di dalam Kursus Induksi kakitangan baru.
•Agensi-agensi yang memajukan tanah adat perlu memaklumkan Dato' Lembaga bagi mengelakkan kekeliruan.
•Sekiranya ada syarikat atau individu yang ingin memajukan tanah adat, ia perlu mendapat kebenaran daripada agensi yang berkenaan dan memaklumkan kepada Dato' Lembaga bagi mengelakkan penipuan dan manipulasi.

Artikel penuh di

Tiada ulasan:

Nuffnang