Isnin, 11 Jun 2012

Khalid Samad

Khalid Samad


Undi PAS masuk Syurga!?

Posted: 10 Jun 2012 06:41 PM PDT

Ini pun satu lagi kepelikan Mufti Perak. Beliau sanggup memfitnah TGNA dengan menuduh TGNA berkata bahawa "undi PAS masuk Syurga". Sedangkan apa yang selalu disebut TGNA ialah "undi PAS boleh pahala".

Ini adalah kerana, semua yang dilakukan seseorang Muslim akan dihakimi Allah dan dalam semua aspek, termasuklah politik. Maka sebagai seorang Muslim yang percaya kepada hari pembalasan, persoalan dosa dan pahala adalah amat releven. Oleh itu, dalam soal politik, seseorang Muslim yang menyokong politik Islam dan ingin melihat masyarakat dan Negara dicorakkan mengikut Islam dan dia memilih untuk mengundi PAS di atas sebab itu, sudah pasti dia akan beroleh pahala. Soal masuk syurga atau tidak sudah pasti tidak bergantung kepada undi semata-mata kerana banyak lagi perkara yang akan diambil kira oleh Allah pada hari perhitungan segala amalan.

Semua orang Islam tahu dan faham, lebih-lebih lagi TGNA, bahawa tiada sesiapa yang boleh menjanjikan syurga kepada manusia lain kerana dirinya sendiri pun tidak tentu lagi akan ke mana! Tetapi, apa yang tetap pelik ialah tuduhan Mufti Perak yang tidak berasas sama sekali dan inilah yang merosakkan imej Islam dan institusi Mufti di negara kita ini. Beliau mengeluarkan kenyataan secara tidak cermat. Dengar hasutan budak-budak UMNO maka terus menyerang PAS dan TGNA tanpa soal selidik.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Video: Beku PTPTN Unisel - BN Politikkan Pendidikan

Posted: 10 Jun 2012 06:20 PM PDT



Video ihsan TVSelangor
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tiada ulasan:

Nuffnang