Isnin, 28 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ramai rakyat Malaysia tidak mampu miliki rumah

Posted: 27 May 2012 06:51 PM PDT


Ini baru penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Bagaimana dengan pengawal keselamatan, pekerja kilang, kerani, tukang cuci, penghantar surat dan sebagainya. Di Seremban sahaja ketika ini harga rumah melambung tinggi. Rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik paling kurang pun harganya sekitar RM160,000.00

Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah, kata Cuepacs
28 Mei, 2012

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu.

MACHANG:  Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB).

-Bernama


Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah

MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus," katanya kepada Bernama di sini semalam.


CERAMAH PERDANA 2 JUN 2012

Posted: 27 May 2012 03:54 PM PDT


Kem Motivasi Anak Hebat

Posted: 27 May 2012 03:53 PM PDT


Kem Motivasi Anak Hebat (KOMBAT)
4-6 Jun 2012, di SMKA Hj Hasan Sail, Pedas, N.Sembilan
Terbuka Kepada Semua Pelajar Berumur 13-17 Tahun
Hubungi Segera: 013-2756192 013-6613614

Tiada ulasan:

Nuffnang