Direct Free Kick |
Posted: 28 May 2012 01:38 AM PDT Saya telah mendapat banyak aduan dari orang ramai bahawa mereka yang menggunakan MRR2 dari Cheras/Sg Besi dan keluar ke Taman Shamelin Perkasa dan Taman Cheras Indah tidak dapat membelok kanan ke Pandan Indah. Mereka terpaksa membuat U-turn di simpang Jalan Pandan Indah dan Jalan Indah. Iaitu di hadapan kedai kereta terpakai Keong Heng. U-turn ini telah menimbulkan masalah kepada laluan trafik dan membahayakan. Oleh itu saya akan melakukan lawatan tapak ketika "peak hour" untuk mengenalpasti masalah dan mencadangkan penyelesaian. Tarikh dan masa lawatan adalah seperti berikut. Tarikh - 29 Mei 2012 (Selasa) Masa - 4.00 petang Tempat berkumpul - Di hadapan kedai kereta terpakai Keong Heng. Para wartawan dan jurufoto dijemput hadir untuk membuat liputan. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Haji Suhaimi di 0197598622 Sekian. Terima kasih. Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka 28 Mei 2012 |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan