Anwar Ibrahim |
- Umno Sengaja Mahu Timbulkan Kekecohan
- Lawyers Grill Mahathir Over PKFZ
- Isu Perumahan Penjawat Awam
- Peruntukan Saham FGVH: Tidak Adil Kepada Peneroka; Tawaran Hebat Kepada Pekerja Dan Bumiputera Kaya
- Indraf 2.0 Berhimpun Suarakan Sokongan Kepada Pakatan
Umno Sengaja Mahu Timbulkan Kekecohan Posted: 28 May 2012 03:41 AM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan. Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR). Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan. "Hormatilah budaya berpolitik dan prinsip berdemokrasi. Cuba fikir, kita sudah dihentam tiap-tiap malam dalam media yang dikawal kerajaan Umno, kita dibina dan dan dimaki hamun setiap hari, kenapa kita mahu memberi penjelasan di pentas seperti ini juga mahu diganggu? Kita minta Umno hormatilah adab berpolitik," katanya. Kurang 20 meter berhampiran ceramah tersebut, Umno turut mengadakan pesta karaoke Cina dengan menguatkan bunyi pembesar suara bagi tujuan mengganggu ceramah tersebut sehingga ke akhir. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku hasil kawalan ketat dan berdisiplin petugas-petugas Unit Amal. Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengajar dan mengawal Umno dan sekutu-sekutunya menghormati undang-undang. "Seorang pemimpin mesti memelihara undang-undang. Bayangkan dalam ceramah-ceramah kami akhir-akhir ini kami diganggu termasuk dibaling telur dan botol, beberapa minggu lalu kereta saya dirosakkan. "Datuk Ambiga seorang warganegara profesional boleh diganggu sesuka hati oleh penyokong Umno dan dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan. Sebab itu jika Najib tak mampu lagi memelihara undang-undang dan keamanan baiklah turun daripada jawatan kerana gagal memimpin," tegasnya. Mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang, Anwar menjelaskan rakyat perlu melihat kehidupan pemimpin-pemimpin Pakatan jika mahu membuat keputusan untuk mengundi parti mana untuk memerintah. Beliau berkata, dapat dilihat contohnya bagaimana Tuan Guru Nik Aziz yang sudah 22 rahun menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi beliau tidak mengambil kesempatan mengumpul kekayaan berbanding pemimpin Umno yang lain. Sementara itu Anwar berkata, PR memberi komitmen jika menang sahaja PRU, dalam masa 24 jam akan umum turunkan harga minyak kerana itulah punca meningkatnya harga barang dan kos perkhidmatan. "Langkah seterusnya kita akan bincang dengan syarikat-syarikat IPP (pembekal jana kuasa swasta) supaya boleh turunkan harga kadar elektrik. Kita juga bertekad meletakkan gaji minimum RM1,100 sesuai dengan kos kehudupan semasa. "Kita juga tegas menghapuskan hutang PTPTN kerana hasil minyak yang banyak sehingga RM80 bilion setahun. Itu belum termasuk keuntungan hasil sawit, getah balak dan lain-lain. Kita tengok Turki yg tiada hasil minyak boleh memberikan pendidikan percuma," ujarnya. Anwar menambah, beliau hairan bagaimana PM boleh mengatakan jika diberi pendidikan percuma negara boleh bankrap sedangkan ia cuma memerlukan RM5 bilion saja setahun. Anwar dalam rangka lawatan sehari ke Parlimen Maran. Turt berceramah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Adun Tras Choong Siew Onn dan Yang Dipertua PAS Maran Tuan Guru Baqi Othman. | ||||||||||||||||||||
Lawyers Grill Mahathir Over PKFZ Posted: 28 May 2012 01:49 AM PDT Former prime minister Dr Mahathir Mohamad was interviewed by lawyers this morning in relation to cheating charges faced by former transport minister Dr Ling Liong Sik over the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal. Mahathir was interviewed for almost two hours at the Kuala Lumpur Court Complex, said a source close to the case, on the condition of anonymity. Ling was ordered to enter his defence on March 9 by High Court judge Ahmadi Asnawi as the prosecution had established a prima facie case against the 69-year-old former MCA president, of cheating the federal government in 2002. His defence team had earlier requested Prime Minister Najib Abdul Razak and his predecessors Mahathir and Abdullah Ahmad Badawi as possible witnesses to prepare for Ling’s defence. Eight others who were also named are current and former ministers who were members of the cabinet from 2002 to 2004 including Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim and Plantation Industries and Commodities Minister Bernard Dompok. Fourth minister quizzed The others are former women, family and community development minister Shahrizat Abdul Jalil, former energy and telecommunications minister Leo Moggie, former education minister Musa Mohamad, former tourism minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir , former energy, water and communications minister Dr Lim Keng Yaik and former minister in the Prime Minister’s Department Abdul Hamid Zainal Abidin. Also included in the lineup is the then special economic adviser to Mahathir, Ali Abul Hassan Sulaiman. Ling had allegedly deceived the government by not disclosing to the cabinet an additional interest rate of 7.5 percent per annum on the purchase price of the land for the mega-transshipment hub. The price had been fixed at RM1,088,456,000 by the Valuation and Property Services Department, based on RM25 per sq ft, inclusive of the interest rate. Ling also faces two alternative charges, of allegedly cheating and intentionally omitting from informing the cabinet that the 7.5 percent per annum was an additional interest rate on the 999.5-acre site in Pulau Indah. The offences were allegedly committed at the fourth floor of the Prime Minister’s Office in the Perdana Putra building in Putrajaya, between Sept 25 and Nov 6, 2002. Its understood that the defence team has thus far interviewed Moggie, Lim and Shahrizat. The case will be heard over five days from June 18, with Ling expected to testify. | ||||||||||||||||||||
Posted: 28 May 2012 01:43 AM PDT Keadilan memandang serius kecenderungan Kerajaan Barisan nasional yang sejak mutakhir ini menggubal dasar–dasar jangka pendek yang nampak lunak dan mesra Rakyat pada mulanya tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa, bersifat sementara dan tidak menangani sebarang permasalahan secara tuntas. Pendedahan Cuepacs bahawa lebih kurang 60% penjawat awam berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 di seluruh negara khususnya di Lembah Kelang tidak mampu memiliki rumah sendiri merupakan satu lagi bukti jelas kegagalan Kerajaan Barisan Nasional merangka dasar-dasar jangka panjang yang boleh menjamin kesejahteraan Rakyat terutamanya berkait kediaman berkualiti. Sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan kemampuan para penjawat awam memiliki rumah sendiri, KEADILAN menuntut agar kadar faedah pinjaman perumahan bagi penjawat awam pada tahap 4% sekarang diturunkan segera sekurang-kurangnya kepada 2.5% hingga 3.5% sebagai permulaan. Dengan pendapatan bulanan kekal di bawah RM3,000 biarpun sudah berpuluh tahun berkhidmat, maka tidaklah menghairankan jika kemampuan penjawat awam berpangkat rendah ini untuk memiliki rumah sendiri dengan kualiti yang memuaskan sangat terbatas dan hanya mampu menyewa atau hanya memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin memandangkan kenaikan mendadak harga hartanah beberapa tahun kebelakangan ini. Akibatnya, Elaun Tetap Perumahan yang diberi masih tidak mencukupi untuk menampung kos pemilikan rumah kerana bebanan kos sara hidup keseluruhan yang ditanggung oleh penjawat awam berpendapatan rendah di kawasan bandar terutamanya di Lembah Kelang adalah berkali ganda lebih tinggi. Ini menyerlahkan lagi kegagalan skim "My First Home" yang diperkenalkan pada tahun 2011 kerana institusi kewangan tidak mungkin dapat memberikan pinjaman 100% kepada mereka yang bergaji bawah RM3,000. Sebagai ilustrasi, pinjaman bagi rumah berharga RM400,000, jika dibayar pada kadar 4.3% selama 30 tahun akan menyebabkan individu tersebut terpaksa membayar sebanyak RM1,780 sebulan, lebih separuh daripada pendapatan seseorang individu bergaji RM3,000 sebulan. Justeru, KEADILAN menggesa agar SSM bagi penjawat awam berpendapatan rendah diperhalusi lagi dengan sistem kenaikan gaji dan elaun yang lebih teratur dan mencerminkan realiti kenaikan harga keperluan asas, sekaligus meningkatkan peluang dan hak mereka untuk memiliki kediaman pada kualiti yang memuaskan. Malah, sebagai langkah lanjutan dalam usaha mengawal kenaikan mendadak harga rumah, KEADILAN menyarankan rundingan dengan pemaju perumahan diadakan untuk mencapai persetujuan mengawal margin keuntungan mereka dalam julat yang munasabah bagi segmen perumahan mampu milik dan kos sederhana. Yang membimbangkan, sehingga hari ini, kita masih belum mendengar sebarang khabar berita mengenai Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam yang dijanjikan oleh PM Najib pada 8 Mac 2012. Ketidakadilan dan kecenderungan berat sebelah jelas menjadi mercu tanda Kerajaan Barisan Nasional. Ambil perbandingan kenaikan gaji penjawat awam berlainan kategori dalam SBPA yang diumumkan pada bulan Februari 2012 (yang kemudiannya dibatalkan dan digantikan dengan SSM yang ditambahbaik) sebagai contoh. Dalam cadangan SBPA, penjawat awam tinggi sepatutnya menikmati kenaikan di antara RM30, 000 hingga RM40,000 sedangkan penjawat awam berpangkat rendah hanya dijangka menikmati kenaikan di antara RM10 hingga RM20. Kesibukan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bak silap mata ketika membuat pelbagai pengumuman yang pada mulanya kelihatan bernas tetapi akhirnya terbukti hanyalah janji kosong (penggabungan MAS-AirAsia yang gagal / ETP yang tidak dinikmati Rakyat kebanyakkan / "durian busuk" hasil penyenaraian FGVH / pembangunan semula Kg Baru yang bakal mengenepikan masyarakat Melayu bandar dan banyak lagi) hanya mencerminkan Kerajaan Barisan Nasional yang ketandusan idea dan hanya sibuk hendak mempertahankan kuasa dengan politik samseng seperti yang berlaku pada "Malam Berdarah Lembah Pantai". KEADILAN yakin bahawasanya Rakyat sudah mulai sedar bahawa selagi negara masih belum menikmati demokrasi sepenuhnya, selagi itu kerajaan tidak akan merasa perlu untuk menjaga hati, hak dan kepentingan Rakyat. Justeru, Rakyat wajib menuntut tiga perkara dasar agar kerajaan lebih memberi fokus terhadap Rakyat: Pertama, menjamin Pilihanraya Bebas dan Adil agar Rakyat menjadi tuan di bumi Malaysia di mana Rakyat akan menikmati pentadbiran kerajaan yang mewakili aspirasi Rakyat hasil daripada 'pertandingan politik' yang semestinya akan dinilai sebagai pilihan terbaik di peti undi; Kedua, melaksanakan Reformasi Parlimen di mana konsep penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen di dalam bidang utama pentadbiran kerajaan termasuklah Perkhidmatan Awam yang dapat memantau dan menjadi timbang-tara bagi sebarang muslihat dan helah Kerajaan Pusat; Ketiga, membasmi rasuah dan ketirisan ekonomi agar pembinaan perumahan untuk Rakyat tidak perlu disengajakan mahal untuk keuntungan orang tengah atau menggunakan dana KWSP akibat kekurangan sumber kewangan kerajaan. Usaha murni ini juga memerlukan penjawat awam memainkan peranan beramanah melalui Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dengan mendedahkan segala bentuk rasuah terutamanya dalam penganugerahan kontrak atau konsensi yang berat sebelah pada kos yang tidak berpatutan dan merugikan Rakyat serta sebarang dasar yang membahayakan kepentingan awam dan mengancam kedaulatan negara. Hanya dengan kerjasama semua pihak menuntut tiga perkara dasar negara demokrasi ini akan menjamin kepentingan semua pihak termasuklah memelihara hak dan kebajikan penjawat awam. YB Nurul Izzah Anwar | ||||||||||||||||||||
Peruntukan Saham FGVH: Tidak Adil Kepada Peneroka; Tawaran Hebat Kepada Pekerja Dan Bumiputera Kaya Posted: 28 May 2012 01:41 AM PDT Keadilan tidak sabar-sabar menanti pelancaran prospektus lengkap mengenai IPO FGVH oleh Perdana Menteri pada hari Khamis 31 Mei 2012. Datang Khamis ini, kami semua akan tahu berapa banyak saham Tan Sri Isa Samad akan dapat. Sebagai preview kepada hari Khamis ini dan untuk memulakan perbincangan tentang hal peruntukan saham, kami ingin mendedahkan beberapa analisa terbaru.
Dua belas hari yang lepas, Keadilan telah mendedahkan bahawa “durian runtuh” peneroka adalah cuma ?9% daripada jumlah keuntungan FELDA daripada IPO. Hari ini, kami membuat komen analisa tentang 2.2 bilion saham FGVH yang akan dijual. Pecahan peruntukan saham-saham tersebut adalah seperti berikut:
Peruntukan saham diatas menimbulkan dua soalan penting:
Soalan 2: Lebih menggemparkan adalah isu pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI dengan peruntukan sebanyak 420 juta saham. Siapakah mereka Bumiputera khas ini yang berhak menerima 4.6 kali ganda peruntukan daripada semua golongan peneroka? Pernahkah pelabur khas ini kerja bantu membangunkan FELDA? Kami tidak tahu identiti mereka tetapi melalui garis panduan rasmi MITI, untuk menjadi seorang pelabur Bumiputera khas yang diluluskan oleh MITI, anda perlulah dari golongan kaya raya. Garis panduan MITI mengatakan bahawa jika pelabur Bumiputera adalah seorang individu, beliau mestilah mempunyai sekurang-kurangnya aset sebanyak RM3 juta. Jika pelabur adalah sebuah syarikat (mesti dimiliki 100% Bumiputera), ianya mesti mempunyai aset bernilai RM10 juta.
Kami menuntut MITI mengeluarkan senarai lengkap pelabur Bumiputera kaya yang akan menerima saham FGVH ini. Kami menuntut senarai ini kerana penerokamempunyai hak untuk tahu mengapa golongan Bumiputera yang kaya ini berhak berlipat kali ganda lebih saham daripada mereka.Oleh kerana IPO ini adalah isu kepentingan nasional, kami percaya bahawa orang ramai juga berhak nak tahu sama ada mana-mana pelabur Bumiputera yang kaya ini ada atau tidak kaitan dengan UMNO.
WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PELABURAN DAN PERDAGANGAN - 28 MEI 2012
FGVH Shares Allocation: Unfair to settlers; fantastic to employees and rich Bumiputeras
Keadilan eagerly awaits the launching of the complete prospectus on the IPO of FGVH by the Prime Minister on Thursday 31st May 2012. Come Thursday, we will all finally get to know how many shares Tan Sri Isa Samad will get. As a preview to Thursday and staying on the subject matter of shares allocation, we will like to expose to you the following disturbing facts.
Twelve days ago we exposed that settlers "durian runtuh" windfall represents a mere 9% of FELDA's total gains from the IPO. Today, we will provide our comments on the 2.2 billion FGVH shares offered for sale. The breakdown of the shares allocation is as follows:
The manner the shares are allocated raises two important questions: Question 1: Why are settlers (numbering 112,635) getting less shares than the 3,835 employees of FELDA? Assuming a 100% take up rate, each settler will only get 810 shares whereas each employee of FELDA will get 28,368 shares. This effectively means that an employee of FELDA is being offered 35 times more shares than a settler.
Question 2: More alarming is the MITI approved Bumiputera share allocation of 420 million shares. Who are these special Bumiputeras that deserve 4.6 times larger allocation than all the settlers collectively? What have they ever done to help develop FELDA? We do not know their identity but we know that under MITI's official guideline, to be a Bumiputera investor approved by MITI, you must first be very rich. The guideline says that in order to qualify as a MITI approved Bumiputera investor, an individual must have at least RM3 million in assets. If the investor is a company (100% Bumiputera owned), it must have assets worth RM10 million. As such, we demand that MITI produces a complete disclosure list of the rich Bumiputera investors and beneficial owners of this IPO. We demand this list because the settlers have a right to know why these rich Bumiputeras are many many times more deserving than them. We demand to know how many rich Bumiputeras will be allocated shares compared to 112,635 settlers. Since this IPO is of great national importance, we believe that the public also deserves to know if any of these rich Bumiputeras investors are linked to UMNO.
Putting things in proper context, I would like to remind all that FELDA was set up to help the landless Bumiputera poor. In addition, the PM has announced that the FGVH IPO to be an exercise that will greatly benefit the settlers. The way the shares are allocated clearly shows that the PM is more interested in helping the rich. In conclusion, we urge PM Najib to withdraw the undeserving rich Bumiputera allocation and give it to the settlers. We also ask the employees allocation to be appropriately reduced in favour of settlers.
WONG CHEN, CHAIRMAN, INVESTMENT & TRADE BUREAU 28 MAY 2012 kind regards Wong Chen | ||||||||||||||||||||
Indraf 2.0 Berhimpun Suarakan Sokongan Kepada Pakatan Posted: 27 May 2012 09:24 AM PDT Video Dari Malaysiakini Kumpulan Indian Rights Action Force (Indraf 2.0) hari ini berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. Himpunan tersebut yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga memperlihatkan kepimpinan PR cuba untuk meraih sokongan pengundi India ekoran penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini menyatakan sokongan komuniti tersebut telah kembali kepada Barisan Nasional (BN) ekoran transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Himpunan di Girl Guides Hall yang bermula jam 3 petang di Brickfields di sini dan dijangka berakhir jam 8 malam ini turut melihatkan kehadiran Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, serta kepimpinan tertinggi PR yang lain. Menurut penganalisis politik tanah air, polisi-polisi Najib yang dilihat lebih baik berbanding polisi yang diamalkan perdana menteri sebelum ini telah berjaya meraih kembali sokongan pengundi India selepas sokongan mereka berpindah kepada pembangkang pada 2008. Mengulas berkenaan perhimpunan tersebut, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "PR akan merombak semula polisi ekonomi dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat India di negara ini." Jelas Izzah lagi, Indraf turut menyerahkan memorandum sokongan terhadap PR, yang mana bertujuan untuk mengubah pentadbiran negara ini dan membebaskan pentadbiran daripada belenggu politik perkauman. "Indraf menyerahkan memorandum kepada kami dengan harapan kepimpinan negara perlu diubah bagi mengelakkan politik perkauman," katanya lagi. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang hadir dalam perhimpunan tersebut melihat sokongan rakyat India kepada PR semakin kukuh dan turut menepis dakwaan media BN yang menyatakan masyarakat India sudah kembali menyokong mereka. "Itu mainan media BN. Saya yakin masyarakat India menyokong penuh kepimpinan PR. "55 tahun memerintah BN tak mampu menyelesaikan masalah masyarakat India seperti — masalah berkaitan kad kelahiran, kad pengenalan, masalah mendapatkan biasiswa dalam pendidikan, dan masalah dalam meningkatkan ekonomi masyarakat India." tambahnya kepada The Malaysian Insider. Beliau yakin segala masalah komuniti India di negara ini akan beroleh penyelasaian melalui kepimpinan PR dan masyarakat India menolak untuk menyokong MIC atau mana-mana parti yang mewakili masyarakat India selain PR. "Kami sudah tidak percayakan mana-mana parti India lagi temasuk MIC. Kami letakkan kepercayaan penuh kepada Pakatan untuk membantu masyarakat India," katanya dan menambah "Indraf akan bergabung dengan Pakatan dalam pilihan raya akan datang." Perhimpunan Indraf 2.0 hari ini menyaksikan kehadiran hampir 2,000 peserta daripada seluruh negara adalah projek NGO Suara Masyarakat India Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy, Presiden National Interlok Action Team, Datuk Thasleem Ibrahim dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V. Ganabatiraodan R. Kengadharan. Sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung, turut kelihatan anggota polis di sekitar kawasan Brickfield bagi mengawal keadaan lalulintas. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan